Sunday, October 28, 2012

Ringkasan sejarah empat anasir Kejadian Manusia Tanah Air api Angin

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Ringkasan sejarah empat anasir

Nur Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata

Selepas Allah s.w.t menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat sumber alam yang nyata yang terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul 'Adhom, anasir ini seperti yang di nyatakan pada mengenal diri yang ke 72, selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh Allah maka Allah perintahkan kepada Nur Muhammad (Hakikatul Muhammadiyah) pergi melawat ke empat-empat anasir tersebut (ketika ini tiada satu alam nyatapun yang ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa ketika ini manusia jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang di nyatakan dalam quran Al Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al Baqarah 29 dan pandangan quran Fi Zilalil Quran terjemahan syed Qutub

Kunjungan Nur Muhammad

Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw) pada peringkat ini, kunjungan pertama kepada anasir angin nurani dan salam di beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani memperlihatkan sikap dan sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan tiupannya yang kecang serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad, lalu Nur Muhammad berkata " Adakah engkau menyedari akan kelemahanmu ? Jawab angin nurani "Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan aku akan di tempatkan di langit dan juga bumi" Jawab Nur Muhammad " Adakah engkau menyedari bahawa engkau akan di pergunakan oleh manusia, jawab angin " jika demikian engkau rupanya lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad "Aku adalah makhluk Allah yang di jadikan sama seperti kamu hanya Allah sahaja yang terlepas dari serba kekurangan

Selepas Nur Muhammad mengunjungi angin maka dia pergi pula mengunjungi Api Nurul Adhom yang pada ketika ini sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya lalu Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di anggap kuat dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad berkata " Adakah engkau menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ? Jawab Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad aku adalah hamba yang Tuhan jadikan sama seperti kamu juga, hanya Tuhan saja yang tiada cacat celanya

Selepas mengunjungi Api maka Nur Muhammad pun pergi mengunjungi Air, ketika ini Air sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu salam itu di sambut, Air berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ? Aku ganas, aku kuat, Aku pemusnah, tiada siapapun yang menandingi aku, lalu Nur Muhammad berkata " Tidakkah engkau tahu satu hari nanti kamu akan di pergunakan dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air " Jika demikian kamu lebih baik daripada aku "jawab Nur Muhammad "Aku adalah hamba Tuhan sama seperti kamu hanya Allah saja yang tiada cacat celanya

Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu memberikan salam kepadanya, salam itu di sambut oleh Tanah dengan baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya yang tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan dirinya, lalu Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan dia sendiri lalu Nur Muhammad berkata " Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah (Muthmainnah) Jawab Tanah "Engkau rupanya lebih baik daripada Aku, lalu jawab Nur Muhammad " Sesungguhnya aku sama seperti kamu iaitu hamba kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan yang tiada cacat dan celanya

Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat anasir tersebut maka Nur Muhammadpun melaporkan kepada Allah hasil selidiknya, lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah memakluminya dari ilmuKu sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari Empat anasir tersebut kerana Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap empat anasir yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah anasir ini di padankan dengan firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan surah al fussilat ayat 9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38

Demikianlah rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan dari empat anasir tersebut yang mempunyai berbagai ragam makhluknya untuk renungan kita bersama dan melihat perangai setip daripada kita dan alam yang lain



.Perangai Manusia Mengikut Sifat Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin

 

Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada api, ke empat-empat anasir ini berasal daripada Nur, tanah yang di sebut oleh Allah asal kejadian manusia (jasad) yang berbagai perangai dan sikap adalah asas ujudnya air, angin dan api sebagai pengimbang ketahanan diri jasmani apabila Rohani di tempatkan padanya

Di dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tarmizi menyebut begini:

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah "Azza Wajalla telah menciptakan Adam dari segenggam tanah dari unsur semua zat tanah, maka telah terbentuk keturunan Adam menurut sifat unsur itu, di antaranya berkulit merah,hiam,sawo matang ada yang berkulit halus dan kasar dan ada yang baik dan ada yang jahat

Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud serta sahabat yang lain menyatakan Allah telah memerintahkan kepada Malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, sesampainya ke bumi tanah tidak mengizinkan ia di ambil kerana menganggap ia suatu perbuatan membuat kerosakan lalu ia berkata "'Auzubillahi minka" jangan engkau merosakan aku, lalu Jibrail naik berjumpa Tuhan dan berkata " Ya Tuhanku tanah tidak membenarkan dan ia berlindung atas namaMu dan tanah takut Adam akan membuat kerosakan, lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail turun kebumi untuk mengambil tanah, sampai ke bumi masalah yang sama berlaku yang mana tanah berkata A'uzubillahi minka, kemudian Allah perintahkan kepada malaikat Israfil pula turun ke bumi juga masalah yang sama berlaku yang mana tanah tidak mengizinkan ia di ambil, akhirnya Allah utuskan pula malaikat 'Izroail pula turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, tanah tetap juga dengan pendiriannya namun malaikat 'Izroil berkata pada bumi sama ada kamu bagi atau tidak aku tetap juga akan mengambilnya kerana ini adalah perintah daripada Allah, jika engkau engkar maka derhakalah engkau kepada Allah

Tanah tiada pilihan lain melainkan membenarkan malaikat 'Izroil mengambil tanah untuk mencipta manusia (Adam yang awal) yang menjadi keturunan manusia, maka sejak dari peristiwa tersebut maka bermulalah malaikat 'Izroil memegang amanah Tuhan untukmengambil nyawa segala makhluk Allah tanpa mengenal belas kasihan atas perintah Allah kepadanya kerana itulah nyawa setiap manusia tidak akan dapat di lambatkan atau di percepatkan walau dalam keadaan apa sekalipun

ROHANI BERKUASA TINGGI

Sifat dan sikap Rohani adalah berkuasa tinggi yang tiada tolak bandingnya kerana itu dia sentiasa beserta Allah dan menjadikannya menjalankan urusan Allah iaitu Ammar Rabbi, andainya kejadian manusia awal (jasad) itu di bentuk oleh Allah hanya dengan satu anasir sahaja maka sudah tentu anasir yang hanya satu itu akan musnah, kerana itulah ketahanan jasad manusia mesti di selaraskan dengan kuasa yang ada pada kuasa Rohani tersebut, bab ini perlu di bincangkan dengan para doktor dalam hal anatomi yang melibatkan istilah ilmu sain dan bab ini juga ada di dalam ilmu sifat 20 pada bab Iftiqar, ertinya ilmu sifat 20 bukan hanya untuk mengenal diri Rohani, jasmani dan Tuhan saja akan tetapi ia juga melibatkan ilmu kedoktoran bagi tamadun manusia


33.Penciptaan Adam Manusia Pertama

Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah)

Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi"

Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An'am ayat 165

Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir

Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua pihak

Soalan:
Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan khalifah ?

Jawapan:
Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil

Soalan:
Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ?

Jawapan:
Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah, walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan dan bertumpah darah

Soalan:
Kemudian apa jawapan Allah ?

Jawapan:
Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak mengetahuinya

Soalan:
Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia khalifah ?

Jawapan:
Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia

Soalan:
Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ?

Jawapan:
Malaikat akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya

Soalan:
Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A'araf 172

Soalan:
Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat tanah dari bumi

Soalan:
Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ?

Jawapan:
Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga

Soalan:
Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ?

Jawapan:
Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi, syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha

Soalan:
Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ?

Jawapan:
Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai) belum lagi di jadikan Tuhan

Soalan:
Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama di cipta ?

Jawapan:
Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14


 

Enhanced by Zemanta
Post a Comment