أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
          
 
Durun Nafis2
Ber-awal ini satu muqadimah 
pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik
 dan yang menegahkan dia, dari pada sampai kepada Allah Ta’ala.
Ketahui olehmu hai salik. bahwasanya 
wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat, maksiat
 bathin atau dzahir, dan melepaskan dirimu dari segala yang membatalkan 
sulukmu, dan dari yang menegah di kau dari pada sampai kepada Allah 
Ta’ala.
Ber-awal, segala yng membatalkan suluk 
itu amat banyak. Setengah dari padanya *كسل * artinya segan daripada 
mengerjakan ‘ibadat serta kuasa mengerjakan dia.
Kata Abu Dzar Jamhir barangsiapa berperangai ‘kasal’, maka tiada diperolih ia akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat.
Dan setengah daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan ‘ibadat sebab bimbang dengan dunia.
Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya 
jemu dan puas daripada memperbuat ia berulang2, padahal belum lagi hasil
 yang dikehendakinya. syahadan, adalah sebab yang demikian itu 
sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan 
mengikutkan nafsu akan hawanya.
Dan yang menegahkan sampai orang yang 
salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah 
daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu 
membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada 
makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala 
perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala
 makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala 
mengadakan sesuatu dengan alat.
Dan setengah daripadanya *رياء* riya’, 
ertinya memperlihatkan ‘ibadatnya kepada orang yang lain atau 
menghendaki dengan ‘ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah 
Taala, jikalau syurga sekalipun.
Dan setengah daripadanya *سمعة *sum’ah 
ertinya mengkhabar2kan ‘ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu 
kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang.
Dan setengah daripadanya *عجب* ‘ujub, 
ertinya membesarkan dan membanyak akan ‘ibadatnya, padahal tiada 
dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala.
Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف 
مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan ‘ibadatnya
 itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah 
Taala atasnya.
Dan setengah daripadanya *حجب* hijab 
ertinya dinding iaitu dinding ‘ibadatnya daripada segala cahayanya dan 
perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap2 tiap2 satu amal ‘ibadat itu 
baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang 
salik kepadanya daripada melihat akanperhiasannya dan keelokannya, maka 
sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab
 yang demikian itu.
Syahadan, tiada yangmelepaskan akan dikau
 salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, 
melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanyasegala perbuatan itu 
sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan 
datang kenyataannya pada fasal yang petama ini. Insyaa Allah Taala.* 
الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
Bermula fasal pertama pada menyatakan 
tauhid Af’al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. 
Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau 
daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu 
akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, 
sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik 
pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada
 rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma’siat, kerana kafir 
dan ma’siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik 
iaitu Allah Taala.
Dan tiap2 yang terbit daripada Allah 
Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, 
kerana syara’ datang ia mencela akan dia.
Bermula kifiat memandang segala pebuatan 
itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan 
syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga matahatinya, 
bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan 
mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada 
pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada
 Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. 
Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * .
Dan ertinya perbuatan dengan mubashirah 
itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam 
pada tangan orang yang menyuruh.
Dan ertinya perbuatan dengan tawallud 
itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti 
jatuh batu daripada tangan melempar.
Bermula dalil yang menunjukan 
bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada 
daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran *
 والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allah taala jua menjadikan 
kamu dan barang perbuatan kamu.
Kata syeih Muhammad ibnu Aljazuli 
rahimallah dalam syarah ‘Dalail AlKhairat’ ‘tiada terbit daripada 
sesaorang daripadasegala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan 
tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan 
qadhoNya dan qadarNya, ‘intiha’.
Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت 
إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, 
tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar 
tatkala itu.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة
 إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma’siat, 
dan tiada upaya pada mengerjakan ta’at, melainkan dengan daya dan upaya 
Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة 
إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua
 pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.
Syahadan, maka manakala sentiasa engkau 
memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia, 
nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan 
engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan matahatimu akan segala ujud
 majazi ini hapus ia dibawah nur ujud Allah yang sebenarnya.
Syahadan, manakala engkau kekalkan akan 
syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan
 itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia sedikit, 
kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu.
Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia 
dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada 
bercampurlah dengan pandanganmu zohirmu dan bathinmu, maka baharulah 
sampai engkau kepada maqam wahdatul Af’al, ertinya Esa Allah taala pada 
segala perbuatan, iaitu ‘ibarat ia daripada fana’ segala perbuatan 
makhluk ini, sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya,
Sekeliannya itu fana’ dibawah perbuatan 
Allah taala, sekira2 tiada dilihat didalam akuan itu sesuatu, perbuatan 
Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.
Dan dalil yang menunjukkan dan 
mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang 
tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ 
بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan
 daripadaMu.
Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan.
Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, 
segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua 
datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.
Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من 
عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan 
kejahatan itu daripada Allah.
Syahadan, dibuat mithal olih setengah 
daripada arifin billah kerana menghapirkan faham jua, tiada pada 
haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang 
yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan.
Maka seperti tiada bagi wayang itu punya 
perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya.Tetap, 
sesungguhpun seperti demikian itu, ya’ni segala perbuatan itu perbuatan 
Allah taala jua.
Maka jangan engkau melampaui akan syariat
 Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan 
Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang 
dilarangNya, jangan sekali2 ‘itiqadkan gugur taqlif syara’.
Maka jikalau engkau ‘itiqadkan gugur taqlif syara’ nescaya jadilah engkau kafir zindiq ‘nauzubillah min zalik’.
Dan berpeganglah engkau pada syariat 
Muhammadiyah serta engkau ‘itiqadkan dan engkau pandang dengan 
matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat 
sekeliannya perbuatan Allah taala.
Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu.
Kerana manakala engkau pandang kepada 
dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu 
daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli
 sekalipun.
Dan erti syirik jalli itu, menduakan 
Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti 
firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada
 percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan 
padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud 
yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu 
kepadanya.
Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a*
 ولو خطرت لي في سوال إرادة – على خاطري سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau
 terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas 
khatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, nescaya aku hukumkan diriku itu
 dangan murtad.
Dan tetapi, engkau dikatakan didalam 
kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu’min yang 
sebenarnya, sebab yang demikian itu.
Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada 
orang yang menjalani akan jalan mu’min yang sebenar, melainkan bahawa 
engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang 
maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua.
Maka ketika itu baharu engkau dinamai 
mu’min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan 
keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam 
AlQuran dengan Musyrik.
Dan jadilah engkau pada ketika itu 
daripada ahli Tauhid yang sebenarnya, daripada orang yang mempunyai 
syurga yang bersegera didalam dunia ini. Maka lazimlah olihmu atasnya 
kerana bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau
 kepada yang lagi akan datang didalam akhirat.
Maka engkau perolihi akan nikmat dua 
syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه جنّتان * 
ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan 
maqam TuhanNya.
Syurga yang pertama itulah syurga ma’rifah akan Allah taala diadalam dunia ini.
Dan syurga yang kedua itulah syurga yang 
maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang mulia,
 iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.
Kata Syehuna Alalimul Alamahtu Biharul ‘Arik’ Maulana as syeh Abdullah ibn Hijazi Lis syarkawi Al Masry rahimallah:
Barangsiapa masuk kepada syurga ma’rifah 
didalam dunia ini, nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan 
nisbah daripada bidadarinya dan mahligainya, bukan dengan nisbah 
daripada barangyang hasil disana, ya’ni didalam akhirat, daripada ru’yah
 Allah taala dan damping kepada hadrat Allah taala dan ma’rifah akan 
Allah taala.
Maka menjauh segala perbezaan antara dua 
hal itu. Ya’ni hal didalam dunia ini dan hal didalam akhirat, kerana 
bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif 
didalam dunia ini.
Hanyasanya, iaitu baharu setengah 
daripada barang yang disediakan olih Allah taala kepada mereka didalam 
akhirat, kerana muliakan merekaitu didalam dunia ini. wallahu ‘alam.

 
 
No comments:
Post a Comment