أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
21. Yakni yang asalnya tidak berwarna dan tidak berupa. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicarakan, sekelian makhluk jua pada ibaratnya. Barangsiapa menyembah makhluk, ia itu musyrik (menyekutukan Allah), seperti menyembah orang mati, jantung dan paru-paru, sekelian itu berhala jua hukumnya. Barangsiapa menyembah berhala, ia itu kafir…. kami berlindung dengan Allah daripadanya, Allah yang lebih mengetahui.
22. Jika demikian mengapa memandang seperti ombak dan laut? (padahal kedua-duanya esa jua).
23. Seperti kata syair:
Bekas kaca dan hening air minuman Maka serupa kedua-duanya dan sebagai pekerjaannya Maka sanya minuman tiada dengan piala Dan bahawa piala tiada dengan minuman. Yakni warna kaca dan warna minuman esa jua, warna minuman dan kaca begitu jua, tiada dapat dilainkan.
Seperti kata syair:
Asalnya satu jua warnanya berbagai-bagai Rahsia ini bagi orang yang tahu jua dapat memakainya. Dan lagi syair:
Berahi dan yang berahi dan yang diberahikan itu ketiga-tiganya esa jua Sini apabila pertemuan tiada lulus, perceraian di mana kan ada?

No comments:
Post a Comment