أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Durun Nafis 5
Durun Nafis 5
(bermula fasal) yang ketiga
pada menyatakan tauhidus sifat (ya�ni) mengesakan allah ta�ala pada
segala sifat berdiri ia pada zat allah itu iaitu �ibarat daripada fana�
segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya
fana� ia didalam sifat allah
(bermula kifiyat) memandang dan
musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan
engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan �itiqadmu bahawasanya
segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan
irodat dan ilmu dan hayat dan sami� dan basar dan kalam sekeliannya itu
sifat allah ta�ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan
segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan allah zat allah
ta�ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan
majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala sifat yang
tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya
sifat allah ta�la jua
(maka apabila) tahqiqlah memandangmu
dengan yang demikian itu nescaya fana�lah segala sifat makhluk itu
didalam sifat allah ta�ala ya�ni tiada mendengar ia melainkan dengan
pendengaran allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat allah
ta�ala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu allah ta�ala dan tiada
hidup ia melainkan dengan hayat allah ta�ala dan tiada berkata2 ia
melainkan dengan kalam allah ta�ala jua hingga yang lain daripada segala
sifatnya sekeliannya itu dengan sifat allah ta�ala jua
fana’ فماء @ binasa @ lenyap @ lupus @
tiada kelihatan kerana telah menjadi sebatian kedirianmajazi مجاز @
seakan2 @ seolah2 @ metaforiktahqiq تحقيق @ menetap dengan keyaqinan
serta menyaksikan
(bermula) dalil yang menunjukan atas
bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang
ada bagi hamba itu mazhar sifat allah ta�ala jua iaitu firman allah
ta�ala didalam hadis qudsi
(ما تقرب إلىّ المتقربون بمثل أداء ما
إفترضت عليهم ولايزال الغبد يتقرب إلىّ بالنّوافل حتى أحبّه فإذا أحببته
كنت سمعه الذى بسمع به وبصره الذى يبصر به ولسنه الذى ينطق به ويده التى
يبطش بها ورجله التى يمشى بها وقلبه الذى يضمر به)
ertinya tiada menghampirkan olih segala
orangyang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan
barangyang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku
menghampirkan diarinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala �ibadat
yang sunat hingga aku kasih akan dia maka apabila aku kasih akan dia
nescaya adalah aku pendengaranya yang mendengar ia dengan dia dan
penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya berkata2 ia dengan
dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan
dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia
**nota** Hadis Ketigapuluh LapanDari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
” Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman :
Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka
sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya.
Dan tiada seorang hambaku yang
bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai
hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya.
Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya.
Maka apabila Aku telah mencintainya,
nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya,
dan sebagai penglihattannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai
tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia
berjalan dengannya.
Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya
Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu
nescaya Aku lindungi ia
(shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat
itu bahawa engkau pandang akan haq allah ta�ala itu bahawasanya hamba
mendengar itu dengan allah maka fana�lah daripada segala keadaan
mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat
yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang
lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu
kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan
�atho� dan mani� maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan
yang demikian itu hanya menerima daripada sifat allah ta�ala jua
kemudaian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka
tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua
yang bersifat haiyun maka fana�lah hayat itu daripada dirimu maka
nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya allah ta�ala jua maka
apabila hasillah bagimu maqam fana� ini pada ketika itu maka jadilah
engkau baqa� bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada
ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang
layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana� fi
sifat illah dan baqa� bi sifat illah dan memberi tahu allah ta�ala akan
dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.
�atho� (عطاء) @ memberi @ menganugerah (
khayalan, fantasia, waham, maya, sangkaan, dualisma keberadaan)Bashar
(بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2
avatarbaqa� bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal Fana� (فناء) @
binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujudbaqa� bi sifat
illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhananhaiyun
(حىّ) @ hidup @ berfungsiIlmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal
sesuatu Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhiKalam (كلم) @ berkata @
berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibirMani� (مانع) @
melarang @ menghalang dari memberiTajalli (تجلّى) @ menyatakan
keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh Tajrij (تدريج) @ satu demi satu
(shahadan) pada maqam albaqa� ya�ni maqam
tauhid alsifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan
yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah
kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia� dan aulia� dan
tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua
dan barang yang ada anbia� dan aulia� yang dibawah qidamnya
(shahadan) faedah tajalli itu memandang
ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana
setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah
yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu
itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah
daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli
dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu
sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati
maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah
ia kholifah allah ta�ala didalam bumi ini dan menjadikan allah akan dia
itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti
nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini seperti firman allah
ta�ala yang tersebut didalam alquran (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل
فى الأرض خليفة) ertinya tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat
bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah
(ya�ni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam
bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa
mengajari akan dia akan segala asma� sekeliannya seperti firman allah
ta�ala (وعلم آدم الأسماء كلّها) ertinya dan telah mengajari allah ta�ala
akan nabi allah adam akan segala asma� sekeliannya dan lagi menunjuki
ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan
segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan
pengajaran daripada allah ta�ala kerana jadi kholifahnya seperti kata
setengah �ariffin billah (من عرف الله لا يخفى عليه شىء) ertinya barang
siapa mengenal ia akan allah ta�ala dengan sebenar2 pengenal nescaya
tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi allah
ta�ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan allah
ta�ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin
daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa
maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan �alim yang sebenarnya
seperti kata abu yazid albustami qadassallahu sirrahu dan lainnya
bukannya orang yang �alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada
kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia
jahil dan hanyasanya orang yang �alim sebenarnya itu iaitu orang yang
mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya
dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan
al�alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman
allah ta�ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan
ilmu daripada kami
(ya�ni) dengan tiada wasitah dengan
berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk
kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu
laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang
menghasilkan akan dia pada khorij kata abu yazid albustami qadassallahu
sirrahu bagi segala ulama� zhohir pada khasnya (أخذتم علمكم ميتا من ميت
وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu
hai ulama� az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil
akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati
intiha�demikianlah hasil yang disebutkan olih imam alghazali didalam
ihya ulumuddin
al�alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ)
memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanananbia� (أنبياء) nabi2 @ pemberita2
@ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agamaaulia� (أولياء)
wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada
tuhankholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakangkhorij
(خارج) luar @ tidak dari dalamladuni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa
menuntut dari mana pihakmasyaih (مشائح) guru2 kerohanianqidam (قدم)
telapak kaki @ dibawah hirakitamkin (تمكين) keadaantalqin (تلقين) ajaran
@ pimpinan @tunjuk ajarwasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah
(adapun) pada maqam ini melihatlah ia
segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka
baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang
menganugerah ia allah ta�ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat
zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan
hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun
menegahkan dia seperti yang tersebut didalam alquran firmannya (كلا نمدّ
هؤلاء من عطاء ربّك وما كان عطاء ربّك محظورم) ertinya sekeliannya kami
anugerah ia akan merekaitu dan merekaitu daripada pemberian tuhanmu itu
tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini mendengar ia akan segala
seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin
iaitu �ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau
hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya
didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan
warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia� allah
ta�ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah allah ta�ala dan
rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut yang
demikian itu supaya engkau dapat akan dia (dan) bersungguh2 lah engkau
pada memintak doa kepda allah subhanahu wata�ala kerana allah subhanahu
wata�ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman allah
ta�ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku
perkenankan bagimu
hathir (حطر) bisikan @ goyangan @ detak- detikjabal khof (جبل قاف) bukit khafwarid (ورد) kehendak @ ya’ni @ dimaksudkan @ tujuan
(shahadan) bersalahan ulama’ pada segala
sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya (kata) ulama’
usulluddin ya’ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya
segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun
dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya’ni tiada
bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma’ani yang berdiri kepada
zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah
allah ta�ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi
haiyun bihayatihi samiun bisam�ihi dan basirun bibasrihi dan
mutakallimun bikallamihi
(dan) kata ulama� ahlu attassawuf ya�ni
�ariffin billah qadassallahu asrarrahum bahawasanya segala sifat itu
diri mausufya�ni diri zat maka atas qaul ini adalah allah ta�ala qodirun
bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi
dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya (dan kata)
syechuna al�arif billah maulana as syech siddiq ibni umar khan talmiz
almarhum alqutub ar rabbani maulana as syech Muhammad bin abdul karim as
saman almadani rodiallahu anhuma
(bermula qaul) yang mengatakan
bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas
jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu yaini
ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu
sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah taala akan
merekaitu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih
merekaitu akan sifat itu berdiri kepada maani yang qoimun ia kepada zat
dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu berdiri
kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal
jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah
taala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha
suci allah taala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih
makrifah daripada segala yang makrifah (bermula) qaul yang mengatakan
bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya
maka iaitu atas jalan ajal dan iktiqad iaitu terupa ia pada pihak akal
kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada
baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka
iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada
baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah
yaini bahawasanya qodirun itu isim fe’el yang diterbitkan ia daripada
masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi
tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal
ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua
(dan lagi) qaul terupa yang demikian itu
pada iktiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah yaini
berhadapan dan musyahadah yaini berpandangan (adapun) jikalau sudah
sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana
sifat ini lain daripada saufun intiha� dimithalkan seperti seorang
orangyang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan
sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul
itu sangat hitam umpamanya maka �itiqadkan olih orangyang belum melihat
ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orangyang pada
akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu
kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah pada �itiqadnya
dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali2 dirupakan olih akal
dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka
dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia kenegeri mekah umpamanya
terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya
jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang
itu jua maka hilanglah pada ketika itu �itiqadnya yang mengatakan hitam
itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia
dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri
kepada kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah
zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam (soal) jika ditanya
orang apa perbezaaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab
mu�tazillah
(jawab) bahawasanya mazhab mu�tazillah
yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya
dan tiada bertambah atasnya itu iaitu �itiqadkannya dengan ittihad
ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan
ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi
satu seperti bercampur sakarnabat dengan air maha tinggi allah ta�ala
daripada sangka mu�tazillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang
amat besar
(shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat
inilah maqam yang tetap dan rosih maka ratkala sudah habis segala
tajalli sifat itu didalam hati maka dianugerahkan allah ta�ala akan dia
pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika
dikehendaki allah taala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif
itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam
yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalam
No comments:
Post a Comment