أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Durun Nafis 3
(Maka hubaya2), takut olihmu
daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdatul af’al itu,
yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang
keelokan Yang wajib Ujud.
Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.
Tanbih ya ihwani. Ertinya ini suatu
perkataan yang menjagakan hai sekelian saudaraku.bermula hasil kata syeh
Abdul wahab as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud
Durrur, Ia manqul (dididatangkan) dari perkataan syeh Muhaiyiddin ibn
Arabi r.a:
Bermula segala akuan itu sekelian dinding
yang mendindingi daripada memandang haq Allah taala pada hal haq taala
jua, Yang berbuat Ia, dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan
kita daripada memandang Allah taala.
Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu
yang dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang
mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua.
Maka barangsiapa terbuka daripadaNya
hijab itu, nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu
Allah taala sendirinya.
Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu,
terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fai’il yang
haqiqi, ya’ni yang berbuat sebenarnya, iaitu Allah taala.
Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:
Pertama kaum yang tiada mengetahui
merekaitu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala
perbuatan ini dan hanya di’itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang
merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua.
Dan adalah qudrah hamba itu baharu itu
memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu. Maka iaitu
mazhab mu’tazillah yang bi’daah lagi fasik.
Kedua mazhab Jabariah; iaitu kaum yang
mengetahui merekaitu dan memandang merekaitu akan bahawasanya segala
perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya.
Dan keraslah atas merekaitu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.
Dan tiada sampai merekaitu kepada
menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang merekaitu
daripada darjat kamal, maka tersalahlah merekaitu daripada jalan syariat
dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada
merekaitu. Maka iaitu ‘itiqad zindiq.
Ketiga kaum yang mengetahui merekaitu
akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah taala,
tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar.
Dan dengan keduanya itulah hamba
memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta’lik hukum
syara’, tetapi kedua2nya itu tiada sekali2 memberi bekas pada perbuatan
yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala sendiriNya jua.
Maka iaitu As’ariyah ialah ‘itiqad yang
maqbud (dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat,
tetapi tiada sampai merekaitu kepada martabat kasyaf kerana terdinding
merekaitu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua,
tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala
sendiriNya.
Maka tiap daripada segala thoif
(gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah
(kabur/ keliru) , ya’ni dinding yang menutupi daripada sampai
penglihatan merekaitu kepada memandang wahdatul Af’al selama2nya.
Mereka itu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf dan musyahadah dan mukafahah.
Keempat mazhab Ahli Kasyaf, ya’ni orang
yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan
kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya itu
daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah
menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua.
Dan qalam itu menjadi alat persandaran
menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan,
dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua. Wallahu ‘alam.
Ya’ni segala yang berlaku didalam segala
alam ini, Allah taala jua yang menjadikan dia. Intiha’(Dan lagi kata)
syech abdul wahab as sya’rani telah menyebutkan syech Muhaiyuddin ibnu
Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul
Makiyah akan barangyang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu
daripada allah Ta’ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta’ala akan
segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat
menanggong siksa dan pahala padahal perbuatan itu bagi allah Ta’ala jua
pada haqiqatnya tetapi tatkala menda’wi kita pada ketika berhenti
didalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu
bagi kita jua maka menyandarkan Allah Taala itu akan dia kepada kita
dengan sekira2 da’wi kita berbuat kerana cuba daripada allah ta’ala
kepada kita maka apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka
nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit
dari allah ta’ala pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan
segala perbuatan itu.
Kemudian apabila sampailah kita kepada
musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita
pada barangyang telah menamakan allah ta’ala akan perbuatannya itu
kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia
akan barangyang telah menamakan allah ta’ala akan sesuatu kepada kita
serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana
mengamal akan firman allah ta’ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك
من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akandikau daripada
kebajikan itu makaiatu daripada allah ta’ala dan barangyang mengenai
akandikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.
Shahadan kata syechuna alaalamah maulana
assyech yusuf abu zharah almasry pada ketika tadarrisnya (mengajarnya)
didalam masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada
allah ta’ala melainkan pada maqam ta’alim jua intiha’.
(Dan kata) syech ibnu hajar didalam
syarah arbain pada sabda nabi saw. didalam setengah daripada segala doa
iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia
daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus
disandarkan kepada allah ta’ala segala yang menghina akandia seperti
tiada harus dikata allah ta’ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan
jika adaia menjadikan tiap2 sesuatu sekalipun kerana adab (maka tiap2)
adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatkan akan
firman allah ta’ala jua intiha’
(dan lagi kata) syech abdul wahab
assya’rani qadasallahu sirrahu kepada syechnya sidi ali alkhawas r.a
(soal) apa haqiqat usaha mengatakan iman as’ary itu (maka jawabnya) r.a
(bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta’lik irodat mumkin dengan memperbuat
barang perbuatan ada ia maka diperolihi taqdir ilahi pada ketika ta’lik
irodat itu maka dinamai merekaitu akan yang demikian usaha bagi mumkin
pada ma’ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan dia itu kemudian
daripada sudah berkehendak kepadanya ya’ni berkehendak kepada taqdir
ilahi itu
(dan lagi) kata syech abdul wahab as
sya’rani qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya’ni sidi ali al
khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa
mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala2 bagi makhluk
pada memperbuat sesuatu daripada sekira2 taqwin hanyasanya baginya hukum
jua faqad (=sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana bahawasanya
kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan atsar ayat
(berkata) syech ia pula ya’ni sidi ali al khawas ra
(bermula) kenyataan yang demikian itu
bahawasanya haq allah ta’ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan
harkat atau ma’ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya
melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan
sendirinya maka tiada dapat tiada daripada unjudnya mahal (@ tempat @
wadah) yang menzahirkan ia akan taqwin (=keberadaan) perkerjaan ini
ya’ni perkerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal @
(tempat hinggap) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka
mumkin ini padahal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha’
فأفهم فإنه دقيق وتحقيق
**nota**: adalah kitab darun nafis ini
ditulis dalam bahasa melayu lama.. dan ayat2 tidak mempunyai permulaan
dan perhentian@ noktah… tutur bahasanya pula dicampur aduk dengan bahasa
arab pasar.. (arab loghat nusantara). Saya terpaksa menyalin kitab ini
secara asal, untuk memelihara keasliannya
(dan lagi kata) syech abdul wahab
assyarani qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku afdaluddin
rahimallah ta’ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah
hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya
sifat itu ya’ni qudrah itu sifat daripada ketentuan tunggal ketuhanan
iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi mumkin itu
da’wi dengan tiada dalil
(dan lagi berkata ia) ya’ni syech
afdaluddin rahimallah ta’ala bermula kata kami ini muafakat serta
asa’riyah yang mengisbatkan merekaitu bagi qudrat hamba serta menafikan
perbuatan daripadanya intiha’
(dan lagi kata) syech abdul wahab
assya’rani qadassalahu sirrahu dan telah menyebutkan olih syech
muhayiddin radiallau anhu pada bab seratus dua puloh daripada futuhuhul
makiyah bahawasanya mengisbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa’il
daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana
membawa kepada keadaan fa’lun
(dan lagi berkata ia) ya’ni syech
muhayiddin r.a dan tiada membukakan allah ta’ala atasku dengan
menghilangkan labisa ya’ni samar pada masaalah ini ya’ni hal keadaan
fa’lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan
tempat ini pada tahun hijrah enamratus tiga puloh tiga dan sanya sukar
atas aku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli
sunah dan khalqhi (خلق) yang mengata akan dia kaum mu’tazillah maka
mengurniakan taufik allah ta’ala akan daku dengan membukakan
penglihatanku atas mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia
makhluk kerana tiada ada ketika itu melainkan allah ta’ala jua
Aasar (اثار) @ kesan @ bekasFa’il (فاعل) @
perlaku @ pembuat @ perlakun Fa’lun (فعل @ buatan @ lakunan @
kelakuanMumkin (ممكن) @ yang diadakan @ yang dicipta @ yang
dilembagakanTafsil (تفصيل) @ penjelasan @ penerangan @ kupasanQudrat
((قدره) @ kuasa @ daya @ energy @ force
(maka firman allah ta’ala) bagiku didalam
sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk adakah
perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada ya rabb
(maka) firmannya bagiku seperti
demikianlah sekelian barangyang engkau lihat akandia daripada segala
yang baharu tiada bagiku seorang didalamnya yang memberi bekas dan tiada
suatu daripada makhluk maka akulah tuhan yang menjadikan segala asyia’
pada sisi asyia’ tiada dengan asbab maka adalah dengan perkerjaan ku
jadikan nafhun pada isa dan kejadian taqwin pada thoir
(maka) sembahku baginya ya rabb maka
apabila adalah seperti demikian itu maka tiap2 adalah dirimu yang engkau
khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat
(maka firmannya) bagiku apabila aku
perlihatkan akandikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah
olihmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan saat
menidak2ki akan perbuatan tuhan seperti firmannya لا يسئل عما يفعل وهم
يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian
kamu itu akan ditanya intiha’
(kata) syech abdul wahab assya’rani فتأمل
فاله نفيس(syahadan) jikalau itu jua musyahadahkan insyaallah ta’ala
sampai jua ia kepada allah ta’ala kerana maqam tauhidul af’al ini maqam
yang dibawah segala2aripada sega maqam arifin maqam tauhidul af’al ini
satu martabat daripada beberapa martabat orang yang sampai kepada allah
ta’ala kerana jalan sampai kepada allah ta’ala itu empat martabat
seperti lagi yang akan datang insyaalah ta’ala pada akhir khotimah
asyia’ (أشياء) Setiap sesuatu @ ada @ keberadaan…
(‘keseolahan ada’ namun ‘tiada’ kerana
setiap keujudan cuma besifat sementara @ khayalan @ maya materi
(dualisma)labisa (لبس) kekaburan @ keracauan @ hijab @ kesamaran @
kurang faham @ kekalutlan dalam mengerti @ keteledoran fikirkhitob
(خطاب) cerita @ lakatkan @ berita @ sifatkanNafhun (نفخ) @ tiupan ruh @
menjana pergerakanthoir (طائر) @ unggas terbang @ burung @ yang bisa
terbang
**nota** Pemburu haqiqat tidak membiarkan
fikirannya ditakluki larangan2 @ hijab2 @ kekaburan2. Dia sentiasa
mencari jalan @ kaedah2 menembusi hijab2 untuk mara terus kembali kepada
‘keesaan semata’”tiap2″ adalah sifat2 dualisma tuhan. “TIAP” adalah
sifat fungsi ketuhanan
(shahadan) maqam inilah yang mula2 ia
anugerah akan allah ta�ala kepada orang yang salik atau kepada orang
yang lainnya iaitu seperti orangyang majzub umpamanya dan erti majzub
itu orangyang diambil allah ta�ala dengan terkejut serta dirinya tahu
akan mengenal zatnya dan sifatnya dan asma�nya dan af�alnya daripada
tiada mengerjakan �ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada
ijazah masyaih
(shahadan) bahawasanya maqam inilah
natijahtus suluk dan samarahnya ertinya jadi daripada orangyang salik
dan buahnya (dan) erti salik iaitu orangyang bersunggoh2 ia ijtihadnya
berbuat �ibadat kepada allah ta�ala dengan riadhoh ijazah akan dia olih
syehnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan
tiada menyalahi ia akan barang disuruhkan akan dia olih gurunya daripada
segala �ibadat dan lainnya (dan) erti arif itu iaitu orangyang mengenal
allah ta�ala dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara kholiq
dan makhluk dan musyahadah segala yang tersebut itu
ijazah (إجازه) @ izin @ baiat @
menurunkanijtihad (إجتهاد) @ bersunggoh2 tampa erti penat lelahkholiq
(خالق) @ penciptamajzub (مجذوب) @ medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar dari
sesiapapunmasyaih (مشائخ)@ guru yang mengajar dan pemberi
pertunjuknatijahtus suluk (نتيجة السولوك) @ tujuan @ hasil pengembaraan
rohaniyahriadhoh (رياضة) @ sentiasa melakukansamarah (ثمره) @ buah ato
hasilnyatalqin (تلقين) @ tunjuk ajar atau arahan
(dan maqam inilah) maqam yang pertama
daripada maqam arifin yang meyampaikan ia kepada maqam yang diatasnya
iaitu maqam tauhidul asma iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam
ariffin الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء
No comments:
Post a Comment