أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Durun Nafis 4
Bermula fasal yang kedua pada
menyatakan tauhidul asma ertinya mengesakan allah ta�ala pada segala
nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan (shahadan) bermula kifiyat
mengesakan allah ta�ala pada segala asma�nya itu iaitu seperti bahawa
engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu
bahawasanya segala asma� itu kembali kepada ia kepada esa allah ta�ala
ya�ni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma�
iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada
haqiqat hanya allah ta�ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya
khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada allah ta�ala maka sebab
itulah kembali segala asma� itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu
wata�ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma� dan zhohir ia
dengan dia itu satu jua ya�ni bahawasanya segala asyia� itu kezhohiran
dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala
asyia� itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul maha tinggi allah
ta�ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar
sebab pun dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu
kerana menghampir kepada faham jua (ada pun) allah subhanahu wata�ala
itu maha suci dan maha tinggi seperti yang dimithalkan itu iaitu seperti
kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan
setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya
benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya
matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap2 sifat
yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada
berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari
itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekeliannya
itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu akan mithal
ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta�ala akan
dikau pada barangyang engkau dapat akandia muafakat ia bagi barangyang
kami mithalkan akan dia itu.(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif
jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta�ala
atasmu menselak2 daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang
menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu
didalam diri ahadiyah allah ta�ala
asma’ (اسماء) @ nama2hullul (حلول) @
melingkupi @ mengandungi berlawanan kepada meliputi @ sebatian itihad
(إتحاد) @ didalam kifiyat (كيفية) @ cara @ kaedah @ jalan2musamma (مسمى)
@ yang dinamai
(kata) syech al alim al�alammatus sarul
alma�rifah maulana assyech abdullah ibn hijazis syarkhowy almasry
rohimallah dalam syarah wirdus sahar apabila tajalli allah ta�ala dengan
asma�nya zhohir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini
sekeliannya diri haq ta�ala ertinya daripada sekira2 zhohir akuan itu
dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalannya dan
bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia
membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini ertinya daripada
sekira2 bahawasanya [color=blue]akuan itu sekeliannya makhluk allah
ta�ala ya�ni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi
memandang ia akan allah ta�ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti
firman yang maha tinggi فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ
ertinya barangdimana ada kamu maka adalah disana ujud allah (ya’ni)
barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu
atau akalmu adalah disana ujud allah (shahadan) ketika itulah keluar
satah daripada lidah hamba itu ya’ni mengeluarkan perkataan yang tiada
diredhoi olih syara’ maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana
terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang ujud
allah yang mutlaq
mazhar مظهر @ penzhohiran @ penyataan
maya @ keseolahan ada/ ujudqhoyum قيوم @ berdiri @ sifat kedirian
awalsatah سطح @ latah @ membebel dengan tuturkata yng tidak mampu
difahami orang kebanyakan
(seperti kata syech) abdul karim aljalili
qadassallahu sirrahu bermula terdinding hamba daripada memandang
makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta�ala maka iaitu menjadikan
hamba itu mengata tiada yang maujud didalam ujud ini melainkan ujud
allah ta�ala bermula yang demikian itu kerana adalah maboknya dan
ghoibnya seperti barangyang jatuh bagi halaj maka perkataan orangyang
mabok itu tiada bolih dipegang intiha� maka sebab itulah (kata) sultan
auliya� maulana alsyech abdul qadir jailani qadassallahu sirrahu jikalau
halaj itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku ya�ni
aku tegahkan akan orangyang hendak membunuh dia intiha� (bermula yang
pertama) daripada dua isim seperti isimnya (jami�) ertinya yang
menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu
syuhudul kasrah fil wahdah ya�ni pandang banyak yang banyak pada yang
satu muradnya sekelian alam ini daripada zat allah ta�ala satu jua tiada
daripada yang lainnya (dan yang kedua) daripada dua isim itu seperti
isimnya (mani�) ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi segala
mazharnya iaitu zhohir ia daripada yang lainnya bermula muradnya itu
daripada zat allah ta�ala jua terbitnya sekelian alam ini (maka)adalah
hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekelian alam ini kepada
allah ta�ala dan tertegah daripada lainnya ya�ni e]]permulaan daripada
allah ta�ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada allah ta�ala
jua[/b] (seperti) firman allah ta�ala (ولله الأمر وإليه ترجعون) ertinya
dan bagi allah ta�ala jua permulaan segala perkerjaan dan kepadanya
kembali mereka itu
dalallah (دلاله) @ dalil @ bukti @
pertunjuk @ penyataanjami� (جامع) @ yang menghimpun @ yang
mengumpul alkasrah (الكثرة) @ banyak @ berbilang2 @ beragam2mani’ (مانع @
menegah @ melarang @ menghalang @ mendindingi maujud (موجود) @ yang
seolah2 ada @ seakan gambaran bersifat dualisma murad (مرد) @
dikehendaki @ bererti @ kesimpulansyuhud (شهود) @ penyaksian @ pandang
tembus @ melihat dengan daya ketajaman akalalwahdah (الوحده) @ ujud
keesaan @ satu ujud
(setelah itu) maka apabila engkau pandang
bahawasanya yang murah itu daripada allah ta�ala jua dan yang zhohir
pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama karim jua dan demikian lagi
apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka
engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada
allah ta�ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama
sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim allah ta�ala dan
seperti demikian itulah tiap2 orangyang bernama dengan barang nama ada
ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar
asma� allah ta�ala jua (shahadan) kata setengah daripada �arif billah
tiada bagi allah ta�ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang
bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma�ani hanyasanya yang ada
baginya itu asma� jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu
daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada datang dalam
quran dan hadith mengatakan bahawasanya allah ta�ala itu bersifat dan
hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma� jua (seperti)
firman allah ta�ala ( ولله الأسماء حسنى فاعوه بها) ertinya dan bagi
allah ta�ala itu berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu
kepadanya dengannya (maka) menentukan allah ta�ala akan dirinya dengan
nama jua tiada bersifat (dan lagi) sabda nabi saw (وإنما تدعون من هو
سميع بصير متكلم وهو معكم أينما كنتم) ertinya dan hanyasanya yng kamu
seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2
padahal serta kamu barang dimana kamu (dan keduanya daripadanya) �aqali
iaitu pada akal bahawasanya allah ta�ala itu jikalau ada ia bersifat
nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang
majhul (bermula allah ta�ala) itu terlebih ma�rifah daripada segala
ma�rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha
suci allah ta�ala itu daripada bersifat dengan sebab ma�ani yang
demikian itu (dan lagi pula) betapa disifatkan allah ta�ala itu padahal
ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas
quran dan hadith yang tersebut itu (shahadan) maqam inilah ya�ni maqam
tauhidul asma� maqm yang kedua daripada segala maqam �ariffin yang
dianugerahkan allah ta�ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya
seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan
samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orangyang sentiasa
memandang wahdatul af�al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada
maqam yang diatas iaitu tauhidus sifat iaitu maqam yang ketiga daripada
segala maqam �ariffin
karim (كريم) @ permurah majhul (مجهول) @
yang dibodohkan @ diperbudak2kan @ tidak layak di didarjatkanmazhar
(مظهر) @ tempat kezhohiranran @ wadah kenyataan @ wajah ujudnaqli (نقلي)
@ ambil @ kutip @ istinbatsawwirun (صور) @ melakar @ menggambar @
membentuk @ menyerupa @ melembaga @ memberi susuk… dari khayal dan waham
kepada seolah realiti
**nota**
فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ
عَمَّا يَصِفُونَ Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa
yang mereka sifatkan.
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَMaha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,
نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَKami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.
سُبْحَانَ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَMaha Suci Tuhan Yang empunya langit dan
bumi, Tuhan Yang empunya ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.
(الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات)
No comments:
Post a Comment