أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Al Muntahi (bag. 12)
24. Mengapa dikata bertemu danbercerai itu dua? Hendaknya pada Alim (yang mengetahui) hakikatnya tiada dua. Seperti ombak dan laut esa jua, pada zahirnya jua dua, tetapi bertemupun tidak bercerai pun tidak, di dalamnya tiada di luarnya pun tiada.
'
Seperti kata Ghawth: Mana kebaktian terlebih kepadaMu ya Tuhanku?
'
Firman Allah SWT: Sembahyang yang di dalamnya tiada lain selain daripadaKu, dan yang menyembah ghaib.
'
Nyatalah daripada ini bahawa yang disembah pun Ia jua, yang menyembah pun Hak. Seperti kata Mashakikh:
'
Tiada mengenal Allah hanya Allah Tiada mengetahui Allah hanya Allah Tiada melihat Allah hanya Allah.
'
Dan lagi seperti kata Maulana Abdul Rahman Jami:
'
Orang yang wasal (sampai) itu seperti orang yang duduk kesal; Taulannya diceritakannya daripada penceraiannya Dan seru dan tangisnya, sehingga jadi harum daripada wasal; terhenti olehnya Daripada penceraiannya dan daripada penuh dengan dukacitanya.
'
Dan seperti kata Shibli: Aku seperti katak tinggal dalam laut Jika kubukakan mulutku nescayadipenuhi air; Jika aku diam nescaya matilah aku dalam percintaanku.
'
25. Isyarat daripada Syeikh Sakdul Din: Jangan lagi dicari tidak akan diperolehi, jika lagi dipandang tiada dilihat, kerana perbuatan kita itu seperti angin di laut. Jikalau berhenti angin ombak pulang kepada asalnya.
'
Seperti Firman Allah QS Al Fajr 89: 27,28: Hai jiwa-jiwa nan tenang (mutmainah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai, maka masuklah ke dalam surga Ku.
'
Ertinya datangnya daripada laut (Dzat Allah), pulang pun kepada laut (Dzat Allah) jua.
'
Seperti kata-kata: Syurga orang zahid (peribadah) bidadari dan mahligai, Syurga orang berahi (kekasih) kepada perbendaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
'
'
Bersambung ke bahagian 13.'
TAMBAHAN.
1.Fawai lul lil mussalin allazi nahum ansala tihim sahun…..
'
Sejahat 2 cilaka orang sembahyang itu adalah lalai di dalam sembahyang nya. Untuk mengingati akan ALLAH NYA.

No comments:
Post a Comment