Saturday, September 1, 2012

KITAB TERSOHOR ADAB AS SULUK BERKENAAN ADAB-ADAB PERJALANAN : SYEIKH NAJMUDDIN KUBRA ( SIRI 4)

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
BAB 3

Adab-Adab Dalaman Bagi Perjalanan Tariqat Ini


Pertama adalah sentiasa mengawasi ke atas Nafs dirinya. Ianya bahawa, Salik hendaklah selalu berwaspada ke atas hatinya. Diahendaklah jangan melalaikannya walaupun untuk seketika; kerana jikalau tidak dia akan tertunduk tewas kepada kehendak Jasmaniahnya danHawa Nafsu Syaitaniahnya. Dia hendaklah menganggap bahawa dirinyasedang diperhatikan oleh Allah, sebagaimana firmanNya:
"Sesungguhnya Allah adalah Maha memerhatikan atas kegiatanmu." [4:1]

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Allah memandang kepada hati kamu dan sifat amalan kamu,bukannya rupa kelakuan kamu dan pemilikan Duniawimu."

Kedua adalah pernyataan kehinaan, kefaqiran dan menghinakan diri dihadapan Tuhan Semesta Alam. Hadhrat Abu Yazid Bistami Rahmatullah'Alaih, semoga Allah mensucikan Ruhnya telah berkata bahawa satu suaratelah memanggilnya dari dalam dirinya dan berkata,
"Wahai Abu Yazid, terdapat ramai Para Hamba yang berada dalamkhidmat Kami, maka jika kamu mencari Kami, bawalah kehinaan dandengan penuh berhajat."

Seterusnya suara itu berkata kepada Hadhrat Abu Yazid Rahmatullah 'Alaih:
"Kamu tahu sesungguhnya bahawa kamu sedang dalam tangisanyang memerlukan terhadap Tuhanmu pada setiap saat atas banyakkeadaan; maka kamu amat memerlukan cahaya pimpinanNya sebagaimana juga pandangan Rahmatnya, petunjuk dan keperluanNya pada setiapketika. Dan juga, kamu adalah memerlukanNya pada masa saat kematiansupaya cahaya Islam dan ilmu pengetahuannya adalah tetap terpelihara didalam hatimu. Di dalam kubur juga kamu adalah memerlukan Dia supayakamu dapat berjaya menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh Nakir danMunkar iaitu dua Malaikat. Ianya adalah Dia yang akan menjadi rakanmudalam menghadapi ketakutan Alam Kubur. Keperluanmu yang paling besar adalah kebergantunganmu terhadapNya pada Hari Pengadilan, iaituhari penyesalan dan penuh sesalan supaya Allah Yang Maha Mulia akanmenjadikan wajahmu terang bersinar, menyembunyikan kekuranganmudengan RahmatNya dan meninggikan kadar timbangan dan nilai pekerjaanbaikmu dalam Mizan timbanganNya, bahawa Dia akan memudahkan pencerangan catatan laporan keburukanmu dan meletakkan buku catatanamal kebaikanmu dalam tangan kananmu, bahawa Dia akan menjaga kamu teguh atas Jalan Sirat dan menyelamatkan kamu dari api Neraka Jahannam dan memimpinmu menuju ke arah Syurga. KekurniaanNya yang tertinggi dan penganugerahan yang terbaik adalah merahmatimu denganpandangan MusyahadahNya yang indah."

Perkara-perkara ini adalah keperluanmu yang mustahak denganmerenungkan kepada Tuhan Penguasamu dalam Alam Dunia ini dan diAlam Akhirat yang lain. Maka, pernyataanmu tentang kefaqiran dankehinaan di hadapan Allah hendaklah menurut sepertimana kefaqiran dankeperluanmu yang sebenar.Prinsip yang ketiga adalah Taubat dan Inabat yakni kembali di hadapanAllah, dalam setiap keadaan kemiskinan dan kekayaan, keselesaan danmusibah. Merujuk kepada Hadhrat Baginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalam,Allah telah menfirmankan,
"Dia adalah seorang Hamba yang baik kerana dia kembali Inabahkepada Allah."
Allah menfirmankan kenyataan yang sama berkenaan Hadhrat Baginda NabiAyyub 'Alaihissalam, kerana Hadhrat Baginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalamtelah melihat Maha Pengurnianya dalam nikmat dan Hadhrat Baginda NabiAyyub 'Alaihissalam telah melihat Yang Maha Esa mengujinya denganujianNya.Kenikmatan yang dinikmati Hadhrat Baginda Nabi Sulaiman 'Alaihissalamtidak mengkaburkan gambaran pandangannya terhadap Yang MahaMengurnia dan begitu juga kesusahan dan penderitaan yang dihadapi olehHadhrat Baginda Nabi Ayyub 'Alaihissalam tidak menghijab penglihatannyadari melihat bantuan Yang Maha Memberikan Bantuan kepada mereka.Dalam kedua-dua hal keadaan ini, mereka mensifatkan segala apa yang telahberlaku terhadap Allah Ta'ala.Prinsip yang keempat adalah Taslim yakni menyerahkan diri untukmematuhi perintah Allah Yang Maha Mulia.

Taslim bermaksud menyerahkankepada Allah dengan hati dan tubuh badan secara kedua-duanya, yang manakedua-duanya adalah berada dalam pemilikanNya. Menyerahkan hartakepada pemiliknya adalah suatu hal keadaan yang perlu dilakukan.Pemilik mempunyai hak untuk menguasai hartanya dan melupuskannyadalam apa jua cara yang dirasakan sesuai olehNya. Adalah terserah bagiNyasama ada Dia memuliakan atau menghinakan HambaNya, memberikan nafaskehidupan ke dalamnya ataupun membunuhnya, menyebabkan kesakitanpenyakit atau mengurniakan kesihatan atasnya dan menjadikannya kaya ataumiskin.

 Maka, adalah dituntut dari seseorang Salik agar tidak menimbulkan sebarangpenentangan terhadap kehendakNya. Dia hendaklah jangan bersungut secaraterbuka ataupun tertutup, kerana bangkangan terhadap Pemilik Haqiqiadalah tidak masuk akal dan merupakan pelanggaran kepada segala normakebiasaan. Sungutan terhadap Tuhan oleh seseorang yang mendakwa sebagaihambaNya dan kekasihNya adalah suatu kekurangan dalam kecintaan,perhambaan dan kesetiaan.Prinsip kelima adalah Ridha yakni keakuran iaitu menerima ketentuanbahagiannya tanpa mempersoalkannya meskipun ianya pahit. Orang-orangberiman yang awam memohon pertolongan dalam kesabaran apabilakesulitan menimpa. Tetapi hal keadaan tersebut bagi orang-orang yangkhawas adalah dinamakan Ridha.Perbezaan di antara Sabar dan Ridha adalah bahawa seseorang yang Sabir,dengan kelebihan keimanannya menghadapi mala petaka dengan kesabaran,keimanannya tetap teguh tidak bergoyang dan dia tidak merasa tergangguketika ditimpa malapetaka; dia tidak akan berpaling dari jalan pengabdian,walaubagaimana besar dan tak tertahan dengan keadaan malapetaka itumeskipun hatinya marah terhadap malapetaka, tetapi seorang Radhi adalahseseorang yang hatinya sentiasa dalam hal keadaan Ridha dan akur sertabahagia. 

Malapetaka dan kesenangan tidak memberikan sebarang kesankepadanya, kerana apa sahaja yang diterimanya dari Tuhan, diamenganggapnya sebagai suatu pemberian hadiah dari seorang rakan. Diagembira apabila kesusahan menimpa ke atas dirinya oleh Kekasihnya danRakannya, dengan kegembiraan yang sama sepertimana orang lain yangmenerima pertolongan.Prinsip yang keenam ialah Huzun yakni kesedihan yang berterusan. HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telahbersabda,
"Allah mengasihi setiap hati yang dalam keadaan kesedihan."

Berkenaan sifat-sifat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu 'Alaihi Wasallam adalah dikatakan bahawa Baginda sentiasaberada dalam hal keadaan Muraqabah dan bersedih.Menurut Para 'Urafa, setiap hati yang tiada kesedihan adalah tiada apa-apaselain tanah. Bagaimanakah seorang yang beriman dapat menguruskankegembiraannya sedangkan dia tidak tahu apa yang telah tertulis oleh Qalamdi Lauh Mahfuz berkenaan Taqdirnya, sama ada kegembiraan ataupunkecelakaan. Juga, dia tidak menyedari bagaimanakah penghabisannya,kerana dia tidak tahu apakah yang akan dia perolehi pada hari esok sama adakelebihan atau kekurangan. Dia tidak tahu sama ada kepatuhannya akanditerima oleh Tuhan atupun tidak, dan sama ada dosa-dosanya akandiampunkan atau tidak.

Hadhrat Syaikh Abu Al-Hasan Al-Kharqani Rahmatullah 'Alaih adalahseorang yang berkesedihan. Pada suatu hari, beliau telah ditanya apakahyang menyebabkan kesedihan pada Para Ahli Sufi yang ternama. Beliaumenjawab bahawa yang menyebabkan hal tersebut adalah kerana merekamahu mengenali Allah sebagaimana yang Dia mahu dikenali. Tetapi, yangdemikian itu adalah mustahil, kerana tiada sesiapa pun yang dapatmengenali Allah sebagaimana yang Dia patut dikenali.Prinsip yang ketujuh adalah memiliki Husnuz Zhan iaitu sangkaan yang baik terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan Dia telah berfirman di dalamsebuah Hadits Qudsi:
"Ana 'Inda Zhanna 'Abdi, Falyazhunna Bi Ma Sha-a."
 "Aku bertindak kepada HambaKu sebagaimana sangkaannya terhadapKu,maka biarkanlah dia bersangka denganKu dengan apa yang dia suka."

 Jesteru, adalah perlu bagi seseorang Hamba Allah untuk memiliki sangkaanyang baik terhadap Allah atau sangkaan yang sepatutnya tentang DiriNya.Hal keadaan ini tercapai sebagai natijah daripada kepandaian penilaiannyaberkenaan Sifat-Sifat Keindahan Allah yang merangkumi kekurniaan, belas-kasihan, kemurahan hati dan keluasan keampunanNya.Barangsiapa yang tidak mempercayai Allah atau mempunyai pandangan yang tidak selayaknya berkenaan TuhanNya akan hilang pengharapan terhadap RahmatNya, yang mana dia menganggap kejahatan dan dosa-dosanya lebih besar dari keluasan kekurniaan dan Rahmat belas kasihanAllah. Ini seolah-olah mensifatkan Allah dengan kelemahan dan kekurangan.Prinsip yang kelapan ialah bahawa seseorang Salik tidak sepatutnyamenganggap dirinya jauh dari Makar tindakan Allah, sebagaimanana Allahtelah berfirman:
"Apakah mereka berasa aman dari Makar tindakan Allah? Sesungguhnyatiada yang dapat aman dari Makar tindakan Allah melainkan kaum yang rugi." [7:99]

 Seterusnya Allah Ta'ala telah berfirman:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar takut kepada Allah dari kalanganPara HambaNya adalah Para 'Ulama." [35:28]

 Ketakutan dan kegerunan ini diterbitkan dalam jiwa seseorang yangbermuraqabah sambil merenung Sifat-Sifat Kemuliaan dan Kemarahan Allah.Kerana, sepertimana Allah bersifat dengan sifat-sifat kemurahan dan belas-kasihan, Dia juga bersifat dengan sifat-sifat kemurkaan dan keperkasaan.Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman:
"Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu bahawa sesungguhnya Akuakan memenuhkan Neraka Jahannam dari kalangan jin dan manusiabersama." [11:119]

Adalah dinyatakan dalam sebuah Hadits bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'alaakan berkata kepada Hadhrat Baginda Nabi Adam 'Alaihissalam,
"Bangunlah dan campakkan mereka ke dalam Api Neraka!"

Hadhrat Baginda Nabi Adam 'Alaihissalam akan bertanya,
"Berapa banyak?"
Maka akan dijawab, "Sembilan ratus sembilan puluh daripada setiap seribu."

Lantas, bagaimanakah seorang hamba dengan bebanan dosa-dosanya bolehterhalang dari berasa takut terhadap kemurkaan dan keperkasaan Yang MahaSuci setelah menyedari tentangnya?Prinsip yang kesembilan adalah Cinta Mahabbah. Dalam kaitan ini Allahtelah berfirman:
"Yuhibbuhum Wa Yuhibbunahu.""Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya." [5:54]

Cinta adalah intipati bagi sekelian Maqamat dan Karamat dengan manaseseorang Hamba Allah dapat maju menuju Tuhan langit dan bumi, dandengan kelebihannya yang mana dia akan mencapai ke tingkatan yang lebihtinggi pada perjalanan Suluk. Cinta adalah buah ilmu pengetahuan tentangAl-Asma Al-Husna iaitu Nama-Nama Terbaik Allah. Tiada yang memilikikeindahan yang tersendiri dalam Dunia ini kecuali Allah. Apa sahajakeindahan dan kesempurnaan yang dapat dilihat pada makhluk-makhlukciptaan, pada hakikatnya adalah ibarat satu zarrah dari mentarikeindahanNya, setitis air dari lautan kesempurnaanNya.

Jika kamu menganggap keindahan dan kesempurnaan menjadi terbataskepada bentuk jasmani dan kebendaan Duniawi, maka ketahuilah bahawakamu adalah terkurung di dalam rupa bentuk Alam Zahir dan terlucut darimemerhatikan Haqiqat sebenar. Kerana, keindahan yang Haqiqi dankesempurnaan yang menyeluruh adalah didapati pada Zat Wajib Wujudyang memiliki kekuasaan dan kehidupan, memiliki sifat-sifat kemurahan,kekurniaan, kesabaran dan tanpa sebarang kekurangan dan kecelaan.Kerana itulah seseorang yang pemurah, mulia dan bijaksana adalah dikasihioleh semua orang.

Begitu juga, seseorang pahlawan dan pendekar yangberani adalah dikasihi kerana kekuatannya, dan seseorang yang berilmupengetahuan dan Salih dalam amalan adalah dihormati kerana kejujuran dankeikhlasannya.Kamu mengetahui bahawa setiap satu daripada sifat-sifat kemuliaan dankeindahan ini adalah semula jadi di dalam Diri Hadhrat Zat Yang Suci, yangmemilikinya secara tidak terbatas dan berkekalan. Akan tetapi, yang selainAllah memiliki keindahan dan kesempurnaan yang terbatas, terhitung, takdisengajakan, terhad dan akan mati, meskipun sifat-sifat tersebut adalahdipinjamkan dari lautan suci kekurniaan dan kebajikan.Hatta, tiada selain Allah yang layak dicintai pada hakikatnya, kerana setiapbentuk Jamal keindahan adalah berasal dariNya. Maka barangsiapa yangmencintai sesuatu yang selain Allah sesungguhnya adalah buta terhadapKeindahan Allah.Prinsip yang kesepuluh adalah menyerahkan pergantungan kehendak diridan kebebasan ikhtiar dengan mengambil sepenuh kepercayaan pada TuhanYang Maha Menguasai seluruh alam. Allah Ta'ala berfirman:
"Allah memberikan suatu misal dengan perumpamaan seorang hambayang dimiliki lagi tiada berkuasa atas sesuatu, dan seorang hamba yang Kami telah kurniakan rezeki yang baik, dan dia menafkahkanperbelanjaan darinya secara tersembunyi dan terbuka; adakah martabatmereka sama?" [16:75]

Jesteru, tiada apa-apa yang boleh dilakukan oleh seseorang hamba dengankebebasan, kerana kebebasan adalah sesuai untuk orang-orang yang bebas.Dan Para 'Urafa telah berkata, bahawa jika seseorang Penuntut ada sesuatukeinginan hawa nafsu, ianya bermakna bahawa pandangan Musyahadahnyaadalah terhalang dengan tabir Hijab. Mereka juga telah berkata bahawa hawanafsu adalah tutupan Hijab yang paling besar. Sehinggakan walau keinginannafsu untuk bersatu dengan Tuhan adalah yang tergelap dari sekeliantutupan Hijab.Maka, apabila walaupun keinginan nafsu keakraban dengan Tuhan jugadianggap sebagai tutupan Hijab yang terbesar, apa yang dapat dikatakantentang hal keadaan seseorang yang diceburkan dalam keinginan hawa nafsudan kebiasaan dalam godaan?Lantaran itu, adalah mustahak bagi seseorang Penuntut untuk menjadiseperti mayat yang berada dalam penguasaan tangan Ghussal si tukangmandi, supaya dia dapat mencapai perhubungan dengan Al-Haqq. Setiapkeinginan hawa nafsu akan membawa seseorang jauh dari Allah.


KHATIMAH

Prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas adalah perkara yangterpenting untuk mencapai kesempurnaan Batin yang manaseseorang Salik hendaklah menghiaskan Nafs dirinya untukdibenarkan memasuki ke dalam daerah keintiman dengan Allah. Jikalau tidak, keikhlasan dan harapannya akan dianggap palsu, kecintaannyaakan dianggap sebagai dakwaan yang dusta, meskipun dia menganggapdirinya sebagai seorang Salik yang menuju Tuhan, namun pada Haqiqatnyadia adalah tercebur di dalam kekangan hawa nafsu.
Catatan:
Hadhrat Sayyidina Imam 'Ali Karramallahu Wajhah, di dalam khutbahnyayang masyhur bernama
"Khutbat Hammam",
menjelaskan sifat-sifat orangyang Salih telah berkata,
"Mereka adalah tetap gembira dalam menghadapi bala musibahsebagaimana yang lain merasa gembira dengan keselesaan."
Wabillahit-Taufiq Was-Salam.

No comments: