أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
BAB
2
Berkenaan
Prinsip-Prinsip Luaran Perjalanan Tariqat Ini.
Hendaklah kamu ketahui bahawa perjalanan
hati ini menuju Tuhanmemerlukan pemerhatian terhadap adab-adab yang tertentu,
yangmana sebahagiannya adalah berkaitan tentang perkara yang Zahirdan
sebahagian lagi adalah perkara Batin.Prinsip pertama yang berkaitan luaran
ialah bahawa Salik hendaklahmenyerahkan segala pemilikan kebendaannya dan asbab
penghidupannyadan menjauhkan dirinya dari ikatan takluk Duniawi. Dia tidak
boleh adasebarang ikatan melainkan pengabdian terhadap TuanNya dan
ketaatankepadaNya dan mengingatiNya. Allah Yang Maha Mulia telah berfirman:
"Dan
ingatlah Nama Tuhan Pemeliharamu dan berbaktilah kepadaNyadengan sepenuh
kebaktian." [73:8]
Prinsip yang kedua berupa pengasingan
dan menjauhkan diri dari orang-ramai, khasnya dari setiap orang yang menghalang
seseorang mendekatkandiri kepada Allah. Dan Allah Ta'ala telah berfirman kepada
Hadhrat BagindaNabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Jauhkan
diri dari mereka dan hindarkan mereka yang menyerukepada segala sesuatu yang
selain Allah."
Prinsip ketiga ialah bahawa Salik
hendaklah menjaga tujuh anggota tubuhbadannya dari apa yang jijik di sisi
Tuhannya, Allah. Ianya adalah sepertiberikut: Mata hendaklah ditutup dari
melihat apa yang dilarang dan tidakberfaedah kepada seseorang; telinga
janganlah mendengar fitnah, kutukanpenghinaan yang keji dan perkataan yang
lucah dan yang seumpamanya;lidah hendaklah dipelihara dari kesalahan yang
seumpamanya dan bibirhendaklah ditutup dari memperkatakan apa yang tiada
berfaedah. Dansebahagian Para 'Urafa telah berkata, bahawa ucapan seseorang
hendaklahdalam ingatan terhadap Allah, diam seseorang hendaklah dijadikan
sebagaiusaha untuk bermuraqabah, pandangan seseorang kepada
benda-bendahendaklah untuk maksud mendapatkan pengajaran. Salik juga
hendaklahmenjaga perutnya dari makanan yang Haram dan Syubhat, dan dalamperkara
yang Halal juga janganlah dia bersikap tamak dan rakus denganpenuh bernafsu
dalam hal keadaan alpa terhadap Tuhan, sehinggakan ketikamemakan makanan dia
hendaklah sedar dan berkesedaran tantang kehadiranAllah. Dengan jalan yang
sama, dia hendaklah menjaga kaki dan tangannyabegitu juga anggota kelaminnya
dari pekerjaan yang Haram dan menjijikkan.
Prinsip yang keempat adalah bahawa Salik
hendaklah menentang Nafsu jasmaninya, iaitu melawan dorongan-dorongannya dalam
menghendakimakanan dan minuman yang sedap, pakaian yang cantik, perlakuan
yangmemberahikan dan pemilikan tanah tinggi untuk menunggang kuda
dansebagainya. Ini adalah Jihad Akbar yakni perjuangan Mujahadah terbesaryang
mana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam selaku
pemimpin ummat manusia telah bersabda mafhumnya,
"Kamu
telah kembali dari Jihad Asghar yakni perjuangan kecilmenuju kepada Jihad Akbar
yakni perjuangan yang lebih besar."
Dan Jihad ini adalah lebih penting dan
buah-buahannya adalah lebihmencakupi berbanding melawan menentang golongan
Kuffar, kerana merekaketika dalam peperangan adalah bertujuan mencari harta
rampasan dansentiasa menurut kemahuan Nafsu Jasmaninya yang akan memimpin
merekakepada kebinasaan yang berkekalan dan kekurangan yang kekal. MenurutPara
'Urafa, pengabaian terhadap Nafs adalah seperti mencampakkan kayuapi ke dalam
api yang marak, dan seseorang penuntut Talib dan Salik dalamrangka usaha
menghapuskan gangguan Nafsnya hendaklah memadamkanapi tersebut dalam dirinya
sendiri.Prinsip yang kelima adalah bahawa Salik hendaklah mencari seorang yang berkesedaran,
sempurna dan Syaikh yang 'Arif untuk membimbingnya atas jalan menghasilkan
kesempurnaan supaya dia dapat mencapai Kehadhrat Haqq, kerana seseorang Talib
penuntut adalah seperti seorang pesakit yang dikelilingi dengan berbagai
penyakit dan Syaitan-syaitan dan dijangkiti dengan begitu banyak penyakit dan
kesakitan
Seseorang Salik adalah tidak menyedari
tentang mereka dan sekalipun jikadia menyedari, dia tidak mengetahui bagaimana
untuk mengubati Nafsnya.Supaya dia tiada pilihan melainkan dengan mencari
seorang yang berbelas-kasihan dan Tabib yang boleh dijadikan rakan yang dapat
mengenalpastipenyakit-penyakitnya dan membantunya untuk mendapatkan kembali
danmengatasi penyakitnya.
Dalam perkataan yang lain, seseorang
Salik adalah seperti seorangpengembara dalam sebuah gurun padang pasir yang
bahaya dan teruk,seorang yang tiada sebarang pilihan melainkan untuk mencari
seorangpembimbing Ruhani dalam rangka usaha supaya terpimpin ke arah
destinasimatlamatnya.Prinsip yang keenam ialah bahawa Salik hendaklah jangan
menyibukkandirinya dengan beraneka susunan doa-doa, membaca
Zikir-Azkar,melakukan Solat Sunnah Nawafil dan latihan Riyadhah keruhanian
yangberbagai, tetapi hendaklah menumpukan kepada satu jenis Zikir yangtertentu
dan melakukan kesemua Solat yang telah difardhukan dandisunnahkan.
Baharulah kemudian, dia seharusnya
tenggelamkan dirinya dalam kegiatanmengingati Allah. Adalah dikatakan bahawa
amalan Zikir adalah kuncimenuju Alam Ghaib yang tersembunyi dan cahaya bagi
Dunia dalaman.Tanpa kunci, seseorang tidak boleh masuk ke sesebuah rumah dan
tanpacahaya, rumah yang gelap tidak akan terang benderang. Maka, Salikhendaklah
mengingati Allah dengan cara seorang kekasih mengingatikekasihnya, dan ingatan
tersebut jangan sesekali meninggalkannya.Kemudian dia mestilah mengekalkan
dalam dirinya dalam Zikir sehinggazikir tersebut benar-benar melekat pada
dirinya dan tidak meninggalkan hatidengan berkeadaan kosong dari Zikir walaupun
untuk seketika. Apabila diamenyambung semula dalam kegiatan Zikir ini, ianya
akan berubah dari ZikirNafsi manusia kepada Zikir Qudsi yang suci.Zikir Nafsi
yang dilakukan oleh manusia ialah ingatan yang dilakukandengan bantuan bunyi,
huruf dan bilangan manakala Zikir Qudsi ialahingatan yang bebas dari sebarang
bilangan, huruf dan bunyi.
Sesudah tahapini, seseorang Zakir
kehilangan pengenalan tentang dirinya dan tenggelam didalam Zat Zikir. Dia
menjadi tidak sedar tentang Zikirnya sebagaimana jugatentang dirinya
sendiri.Terdapat banyak darjat tingkatan Zikir, sebahagiannya adalah
menggunguliyang lain yang mana susah untuk dimulakan; tetapi secara
beransur-ansurkeperitan dan susah-payah akan hilang dan Zikir akan menjadi
kelazimandan suatu tabiat bagi Salik.Prinsip yang ketujuh ialah menjaga puasa
atau lapar yang berterusan, keranakelakuan ini menandakan penentangan dan
penekanan terhadap diri Jasmani, yang mana ianya adalah akar yang menyebabkan
segala hijabtutupan, dasar kepada perpisahan dan penjauhan dari Yang Haqq 'Azza
Wa Jalla. Jika seseorang Salik mengurangkan pemakanannya secara beransur-ansur,
ianya adalah diperbolehkan. Ini adalah jalan yang telah dituruti olehsebahagian
Para Masyaikh Sufiyyah.Adalah juga sesuai jika seseorang mengambil jalan tengah
iaitu denganmemerhatikan kesederhanaan. Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Peliharalah
Nafs dirimu dalam keadaan baik kerana ia adalah yang menanggung dirimu, kamu
hendaklah bersikap belas kasihan terhadapnyadan menjaganya."
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallamseterusnya telah bersabda:
"Barangsiapa
yang menjadikan keimanannya dengan bersungguh-sungguh untuk dirinya, Nafsnya
akan menenggelamkannya danmerendahkannya."
Jika berlaku keadaan yang mana seseorang Salik
harus membuka puasanyayang Mustahab dengan tujuan untuk melayani tetamunya atau
padamenuruti arahan Murad Murshidnya, dia tidak sepatutnya membiarkanNafsunya
bersuka-ria hingga ke tahap sepenuhnya, tetapi mengambilmakanan dalam jumlah
yang sedikit dan makan kurang sedikit dari apa yangdimakan secara kebiasaannya
setiap hari ketika dia berlapar atau ketikaberbuka puasa, supaya dia akan dapat
melucutkan Nafsnya dari duakeseronokan iaitu ketika berbuka puasa dan kedua
ialah seronok menikmati makanan yang memuaskan hati. Seterusnya, dia janganlah
selalu makan rotiberserta lauk yang dididihkan tetapi makanlah hanya roti
sahaja, keranaamalan ini adalah dianggap menjijikkan oleh sebahagian Para
MasyaikhSufiyyah, khasnya didihan lauk yang disediakan mengandungi
daging.Prinsip yang kelapan ialah menjaga kebersihan tubuh badan,
keranakebersihan yang sedemikan adalah senjata orang Mukmin danmembangkitkan
pencahayaan dalaman. Hadhrat Baginda Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam telah bersabda:
"Wudhu
yang dilakukan oleh orang yang sudah berwudhu adalahseumpama cahaya di atas
cahaya pada Hari Penghisaban kelak."
Prinsip yang kesembilan ialah tetap
berjaga-jaga ketika malam. Amalan iniadalah dianggap sebagai satu amalan yang
paling penting bagi seseorang Salik. Dalam memuji golongan Abrar, Allah Yang
Maha Mulia telah berfirman:
"Mereka
hanya tidur sedikit pada sebahagian daripada malam." [51:17]
Ianya bermakna bahawa mereka tidur hanya
sedikit pada sebelah malam danmalam adalah masa melakukan permohonan doa bagi
kalangan Awliya danSalihin.Prinsip yang kesepuluh bagi Salik ialah bahawa dia
perlu berusaha dengansebaik mungkin untuk mendapatkan sumber rezeki yang Halal
untukpenghidupan. Allah Yang Maha Mulia telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik-baik apayang
telah Kami rezekikan kepada kamu." [2:172]
Dan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam telah bersabda:
"Sesudah
perlaksanaan amalan Fardhu, adalah Wajib untuk mencaripenghidupan yang Halal."
Ini bermaksud bahawa setelah melakukan
tanggungjawab beriman denganperkara keimanan ianya merupakan perkara yang
paling diwajibkan padakewajiban seseorang. Pendapatan yang Halal adalah
menjadikan Batinseseorang bercahaya dan pendapatan yang Haram adalah
menggelapkanhati.Para 'Urafa telah berkata bahawa, barangsiapa yang menyuburkan
dirinyadengan pendapatan yang Halal selama empat puluh hari, Allah Ta'ala akan mencahayakan
hatinya.
Seandainya pendapatan yang sepenuhnya
Halaltiada didapati disebabkan oleh kebiasaan yang mendesak serta ada
ciri-cirikeraguan pada pendapatan rezeki yang telah diperolehi, maka dia
hendaklahmakan apa yang mudah serta kurang keraguannya dan ianya
perlulahdiambil menurut keperluan yang minima dan bukannya sebagai memenuhikeperluan
dan sebagai suatu kepuasan. Jika seseorang Penuntut bertindak dengan kelalaian
dalam perkara ini, diatidak akan berada dalam suatu kedudukan yang berfaedah
daripada buah-buahan pohon 'Irfan Ma'rifat. Pengarang risalah ini semoga
Allahmerahmatinya telah berkata bahawa, seseorang Murid yang sedang beradadalam
hari-hari Mujahadah dan ketika saat yang memerlukan tidak bolehmengambil
walaupun sebiji bijan yang diragui, untuk tidak bercakap apa-apatentang
pengambilan sedemikian ketika masa senang dan mudah.Akar penyebab segala
kejahatan orang-orang yang Ahli Dunia adalah keranapengabaian mereka berkenaan
perkara ini, sebagaimana kecuaian merekadalam menghindarkan diri dari perkara
dan makanan yang haram.Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallamtelah bersabda mafhumnya:
"Ciri-ciri
Agama adalah kesalihan dan ketaqwaan terhadap Allahdan Iman adalah menjadi
rosak disebabkan kehalobaan."
Di sini adalah penghabisan adab-adab
luaran yang ditentukan kepada Salik.Terdapat juga banyak adab-adab dalaman yang
diikuti oleh orang-orang AhliTariqah.
Catatan:
Ianya tidaklah bermakna bahawa Salik
tidak sepatutnya melibatkan diridalam kegiatan kemasyarakatan, tetapi adalah
bahawa dia perlu hidup dalamkeadaan yang mana bahawa apa sahaja yang
dilakukannya hendaklah keranamengharapkan Keridhaan Allah dan apa jua kegiatan
pengejaran ataukhidmat yang dipilihnya hendaklah menjadi sebagai asbab untuk
mencapaipenghampiran yang suci. Dalam hal keadaan ini, setiap tindakan
dankegiatannya meskipun pada paparan Zahiriahnya adalah berbentuk Duniawinamun
pada Haqiqatnya adalah untuk Akhirat, iaitulah suatu alamkehidupan yang lebih
besar dari alam kehidupan Dunia ini.
Cheist Dunya Az Khuda Ghafil Shudan, Ney
Qumash Wa Khanah Wa Farzand Wa Zan.
Terjemahan:
Apakah ertinya Dunia ini selain
keterlupaan terhadap Tuhan,Ianya bukanlah gaya, harta kebendaan, isteri dan
anak-anak
No comments:
Post a Comment