أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
BAB
1
Berkenaan
Perjalanan Tariqat Ruhaniah Menuju Tuhan Yang Maha Agung Dan Kepentingan
Perjalanan Tariqat Ini.
Wahai Hamba Allah, ketahuilah bahawa
Allah Yang MahaMeninggikan telah menciptakan manusia hanya dengan suatuperintah
yang membolehkan hatinya atau ruhnya melakukanperjalanan Suluk menuju DiriNya
dan untuk mencapai perhubungan denganDiriNya dan memerhatikan Jalal KeagunganNya
serta Jamal KeindahanNyayang merupakan kesudahan terakhir bagi segala maksud
dan segalamatlamat dan penghabisan bagi segala pengurniaan dan pemberian.Dunia
dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya, begitu juga denganDunia lain dan
apa sahaja yang terkandung di dalamnya telah diciptakanuntuk maksud yang sama.
Kedatangan Para Nabi dan Para Rasul danpenurunan wahyu Al-Quran dan kitab-kitab
yang lain kesemuanya adalahbermaksud untuk memenuhi keperluan yang sama.
Sebagaimana FirmanAllah:
"Dan
tiadalah Aku telah menciptakan Jin dan Insan melainkan supayamereka beribadat
mengabdikan diri kepadaKu." [51: 56]
Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu
telah berkata bahawa dalam ayat ini,
"Liya'budun" yakni supaya
mereka beribadat mengabdikan dirikepadaKu memberikan makna
"Liya'rifun" yakni supaya
mereka mengenalMa'rifat tentangKu. Ianya bermaksud, bahawa kesemuanya telah
diciptakandengan tujuan supaya mengenali DiriKu.Menurut mafhum sebuah Hadits
Qudsi, Allah telah berfirman:
Kuntu Kanzan Makhfiyyan Fa Ahbabtu An U'rafa,
Fakhalaqtu Al-Khalqa Likai U'rafa.
"Aku
adalah Khazanah yang tersembunyi, kemudian Aku telah suka untukdikenali, maka
Aku telah menciptakan makhluk supaya dapat dikenali."
Tetapi sebagaimana menuju maksud
perjalanan ini, ketahuilah bahawa hatimanusia adalah berdepan dengan tutupan
hijab, rintangan dan jarak yangsangat jauh pada pemisahan dari Allah.
Terdapat juga baginya darjat-darjat,
tingkatan-tingkatan dan maqam-maqamperhentian keintiman dengan Allah. Kehadiran
Suci Hadhrat Al-Quddustidak akan disingkapkan sehinggalah dan melainkan dia
mengoyakkan habissegala tutupan Hijab Nafs. Maka tabir tutupan pertama yang
merupakanpenyebab pemisahan dari Hadhrat Al-'Izzah Allah 'Azza Wa Jalla
adalahkejahilan mengenai DiriNya, menganggap ada gandingan perkongsianterhadap
Yang Maha Esa dan berkeraguan dalam sifat-Sifat Keagungan danKesempurnaanNya.
Kesemuanya ini adalah sejumlah kekufuran terhadapAllah Tuhan Yang Maha Tinggi
yang mana merupakan sebesar-besar dansegelap-gelap tutupan bagi segala hijab
sebagaimana Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan sesiapa yang melakukanSyirik terhadapNya."
[4: 48]
Maka ianya adalah penting bagi Para
Murid yang mencari Allah untukmenukar kegelapan kejahilan hatinya ke dalam
pencerahan menerusi cahayailmu pengetahuan, untuk menghasilkan cahaya keyakinan
denganmenghindarkan kegelapan keraguan untuk mencapai Tauhid denganmengeluarkan
diri dari kegelapan Syirik dan untuk menghasilkan cahayakeimanan dengan cara
membebaskan dirinya dari kebingungan penafian. Jikalau tidak, tubuh dan
ruhaninya akan tetap dalam kegelapan yang kekaldan kecelakaan di dalam
tingkatan Neraka yang paling rendah yang Allahtelah tentukan untuk orang-orang
yang tidak beriman, orang-orang Kafir dansekelian musuh Allah.Tahap tingkatan yang
kedua atas perjalanan mencapai keintiman yang akrabkepada Allah adalah dengan
ketaatan dan pengabdian 'Ubudiyyah terhadapNya kerana Allah Ta'ala telah
memerintahkan:
"Wahai
manusia, sembahlah Tuhan kamu!"
Seterusnya, Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'AlaihiWasallam telah bersabda dari Firman Qudsi
Allah bahawa:
"Barangsiapa
yang mencari penghampiran kepadaKu tidak akanberjaya mencapai matlamat mereka
melainkan dalam kadar nisbahpenyempurnaan mereka terhadap semua yang telah Aku
fardhukan kepadamereka. Para HambaKu adalah yang sentiasa mencari
penghampirankepadaKu dengan perantaraan amalan ibadat Nawafil yang
Sunnahsehingga dia memperolehi KecintaanKu untuk dirinya."
Maka dengan itu, barangsiapa yang
benar-benar mengenali Tuhan Mawlanyamestilah mentaatiNya dan barangsiapa yang
telah menemui TuhanNyamestilah menyembahNya. Jikalau tidak, dia akan terus
berada dalamkegelapan dosa-dosa pada tahap kekufuran kerana dosa adalah
suatutingkatan yang menjauhkan dari Tuhan manakala ketaatan adalah
suatuperantaraan kepada penghampiranNya.Tahap yang ketiga dalam penghampiran
adalah kelakuan Akhlaq yang baik.Maka itu, perlulah bagi Para Penuntut Haqq
untuk mengubah kelakuantingkah-lakunya yang buruk kepada kelakuan Akhlaq yang
terpuji, keranasetiap Akhlaq yang terpuji adalah dianggap sebagai suatu
perantaraan untukpenghampiran kepada Hadhrat Tuhan.
Sebagaimana kelakuan yang jahatadalah
suatu langkah yang mengarahkan kejauhan dari DiriNya lantasmendorongkan
kemurkaanNya, maka Para Penuntut kebenaran yang Haqqadalah diperintahkan untuk
mengalihkan dirinya dari kegelapan keangkuhankepada cahaya kerendahan diri,
dari kebakhilan dan kedengkian kepada kelebihan kasih-sayang dan belas-kasihan,
dari kekikiran yang tak berhujung pangkal kepada kemuliaan bermurah hati, dari
jurang gelap ketidak-syukuran kepada kecemerlangan yang tinggi dalam
kesyukuran, dari kegelapan kemunafikan kepada cahaya keikhlasan, dari gurun
yang berkaitdengan kecantikan luaran dan kekayaan Duniawi yang nyata
zahirnyakepada taman kecintaan dan pergantungan terhadap Allah Tuhan Pemelihara
sekelian langit dan bumi, dari kegelapan ketidak-waspadaan kepada cahaya Khauf
takutkan ancaman Allah, dari kekaburan putus harapan dan berputus-asa kepada
cahaya pengharapan dan kepercayaan pergantungan, dari bayang-bayang kebencian
dan kemarahan kepada cahaya kesabaran dan toleransi, dari kegelapan ketergesaan
dan kerunsingan ketika menghadapikemalangan dan bala musibah kepada cahaya
kesabaran dan penyerahantidak bersyarat terhadap kepahitan Taqdir, dari kegelapan
kejahilan kepadacahaya kesedaran dan ingatan, dari kegelapan kebingungan
kedegilan kepada cahaya penyerahan dan kerendahan hati, dari
kegelapanpergantungan terhadap asbab Duniawi kepada cahaya kepatuhan terhadap kehendak
Allah Raja Segala Raja, dan dari kegelapan kehambaan terhadaphawa nafsu kepada
cahaya ketaatan terhadap Pencipta Yang Mulia.
Maka,perjalanan ini adalah satu daripada
perjalanan yang paling penting dan ianyaadalah wajib kepada semua Para Penuntut
penghampiran terhadap KesucianNya dan Para Penuntut kebahagiaan yang tertinggi
dan tempatkediaman kekal dalam kehidupan Akhirat agar melakukan perjalanan
ini.Tahap keempat perjalanan Ruhaniah ini ialah perjalanan menempuhi Nama-Nama
Terbaik Asma Al-Husna dan Sifat-Sifat Haqq Allah. Kerana apabilaseseorang
Penuntut mensucikan diri Batinnya yang merupakan sebab terjarakkejauhan dari
Allah dan menapis serta menggilap hatinya dengan adab-adabpenghampiran, dia
akan layak untuk maju menuju Raja Segala Kerajaan dankesan daripada kecintaan
Allah serta kemurahanNya akan terpapar dalamdirinya dengan sendiri.
Pada tahap ini, terdapat perbezaan pada
kedudukan martabat Para Awliyadan Para Asfiya. Hadhrat Abu 'Abdillah Muhammad
Ibni 'Ali At-Tirmidzi Rahmatullah 'Alaih telah berkata:
"Allah, Yang Maha Mulia dan Maha
Megah telah mengajarkanNamaNya kepada Para HambaNya dan setiap Nama adalah
berhubungankepada Iqlim kawasan keruhanian yang tertentu dan bagi setiap Iqlim terdapat
seorang yang berautoriti sebagai Sultan, dan bagi setiap Iqlim adamajlis,
penyampaian kuliah, pengurniaan dan ganjarannya yang dianugerahkan terhadap
orang yang berada pada Iqlim tersebut, dan Diatelah menentukan Maqam-maqam yang
khas kepada hati seorang 'Arif.""Ianya mungkin berlaku di mana
seseorang Wali tinggal dalamsuatu Iqlim yang pertama kerana daripada himpunan
Nama-Nama Allah,dia hanya mengetahui Nama yang berhubungan dengan Iqlim
tersebut.Kerap kali juga berlaku bahawa terdapat seseorang dari kalangan
ParaAwliya yang memiliki Maqam dalam Iqlim kedua, ketiga dan keempatpada masa yang
sama.""Maka dengan itu apabila dia memaling terhadap sesuatu
Iqlim,Nama yang terkandung pada Iqlim tersebut akan dianugerahkan keatasnya,
supaya dia dapat sampai ke tingkatan Wali yang mengambilbahagian dari
keseluruhan Nama-Nama. Dia adalah seorang yang mendapat manafaat daripada
keseluruhan Nama-Nama dan dia adalahKetua Para Awliya."
Hadhrat Abu 'Abdillah Muhammad Ibni 'Ali
At-Tirmidzi Rahmatullah 'Alaih selanjutnya berkata:
"Apa yang merupakan bahagian bagi
orang awam daripada Nama-Nama Suci adalah keimanan mereka dalam Nama-Nama ini.
Sebagaimanabagi mereka yang berada di tahap pertengahan sebagai Ashab
Al-Yamin,sebagaimana juga Para Awliya yang umum, peruntukan bahagian
merekadaripada Nama-Nama Suci adalah bergantung atas pembukaan hati di dadamereka
iaitu Syarah Sadar tentang Nama-Nama ini dan cahaya yang bersinar di dalamnya
dengan perantaraan 'Ilmu Ma'rifat mengenali Sifat-SifatNya Yang Maha
Suci.""Setiap orang menikmati menurut kesanggupannya dan
sukatancahaya keruhanian yang dimiliki oleh hatinya.
Tetapi faedah yang dinikmati oleh mereka
yang terpilih dari kalangan Para Awliya, seseorang yang penuh dengan pakaian
yang bertakluk dengan keduniaan dandipakaikan dengan persalinan Ruhani yang
baharu, mengandungipemerhatian secara langsung terhadap Sifat-Sifat Kesucian
danpenerimaan cahaya mereka di dalam hati-hati mereka.""Dari apa yang
telah dimaklumkan oleh Hadhrat Syaikh kami,semoga Rahmat Allah terlimpah ke
atasnya, adalah ternyata bahawa setiap Wali menikmati satu Maqam yang
ditentukan khas untuk dirinya yang tidak dapat dilampauinya dan Maqam ini telah
ditetapkan untuknyamenurut kemampuan dan kesanggupan dan tingkatan yang
telahditaqdirkan untuknya oleh Allah."
"Maka apabila hatinya mencapai kepada
Maqam yang diketahui itu,perjalanan Suluk Ruhaniahnya akan sampai ke destinasi
matlamat dankemuncak perjalanannya berakhir. Di dalam perjalanan ini tiada
persoalantentang pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain, juga
bukanmerujuk kepada pergerakan seseorang Salik dalam ruang udara dan bukan juga
suatu destinasi yang dituntut. Kerana Allah Yang Maha Mulia adalahlebih dekat
kepada seseorang dari urat lehernya sendiri. Di sini, denganperjalanan adalah
bermaksud penyingkapan tutupan Hijab yang menghalang pandangan mata hati dan
cahaya Sifat-Sifat Yang Suci daribersinar di dalam hati seseorang Salik. Ini
adalah perjalanan sama yang kerananya manusia telah diciptakan."
No comments:
Post a Comment