أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Susunan
Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
ISTINSAB,
TAARUF DAN MUQADIMMAH KITAB ADAB AS SULUK
ISTINSAB
Segala pujian dan sanjugan hanyalah bagi
Allah Tuhan Semesta Alam. SalawatRahmat dan Salam kesejahteraan dari Allah
semoga dilimpahkan ke atas HadhratBaginda Mulia, Penghulu sekelian Nabi dan
Rasul Junjugan, Pemimpin sekelianWali dan Qutub ikutan, Muhammad Mustafa Ahmad
Mujtaba 'Abdullah WaRasulullah, Sallallahu Ta'ala Wabaraka Wasallam 'Alaihi Wa
'Ala Alihi Wa Ashabihi WamanIttaba'ahu Bi Ihsan. Amma Ba'du;
Hamba
Dha'if Faqir Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin Fani, Hadhrat Maulawi
Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani 'Afa Allahu 'Anhu telah memohon Kehadhrat
Allahuntuk menghasilkan perhubungan Nisbat Silsilah dan Tariqah Kubrawiyah yang
dinisbatkan kepada Hadhrat Syaikh Al-Masyaikh Khwajah Abul-Janab AhmadNajmuddin
Kubra Rahmatullah 'Alaih dengan menuruti kaedah Uwaisiyah menerusikehormatan
dan kemuliaan Ruh Hadhrat Sayyidina Wa Murshidina Wa Maulana WaShaikhina Fi
Darain Makhdum Zaman Qutub Dauran Khwajah Khwajagan Pir PiranQiblah Khwajah
Abul-Khalil Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiyah Rahmatullah'Alaih, Sahib
Nisbat yang terhimpun padanya Nisbat Muhammadiyah Bakriyah 'AliyahKhwajaganiyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah Mazhariyah Ahmadiyah SirajiyahSa'adiyah Qadiriyah
Chishtiyah Suhrawardiyah Syattariyah Qalandariyah MadariyahKubrawiyah dan
Uwaisiyah.
Menurut kenyataan seorang Syaikh
Naqshbandi yang masyhur di Asia Tengah bernamaHadhrat 'Abdullah Nidai Kashghari
Istanbuli Rahmatullah 'Alaih (1688-1760 M) di dalamRisalah Haqqiyah bahawa,
"Tariqat
Khufiyah telah diajarkan oleh Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-SiddiqRadhiyallahu
'Anhu, Tariqat Kubrawiyah telah diajarkan oleh Hadhrat Sayyidina
'UmarRadhiyallahu 'Anhu, Tariqat 'Ishqiyah telah diajarkan oleh Hadhrat
Sayyidina 'UtsmanRadhiyallahu 'Anhu dan Tariqat Jahriyah telah diajarkan oleh
Hadhrat Sayyidina 'AliRadhiyallahu 'Anhu."
Dalam kenyataan sebahagian Masyaikh, bahawa
Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-SiddiqRadhiyallahu 'Anhu telah membangunkan
Tariqat Khufiyah yang mengamalkan Zikir Khafidalam keadaan senyap dan Hadhrat
Sayyidina 'Umar telah membangunkan TariqatKubrawiyah, Hadhrat Sayyidina 'Utsman
telah membangunkan Tariqat Jahriyah yangmengamalkan Zikir Jihri dalam suara
yang kuat dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu'Anhu telah membangunkan
Tariqat Qadiriyah. Adapun sehingga ke hari ini, pengamalanTariqat Khufiyah dan
Tariqat Kubrawiyah telah dicantumkan ke dalam pengamalan TariqatNaqshbandiyah
manakala pengamalan Tariqat 'Ishqiyah dan Tariqat Jahriyah telahdicantumkan ke
dalam pengamalan Tariqat Qadiriyah. Pendiri Tariqat Kubrawiyah ini yangdikenali
juga sebagai Tariqat Firdausiyah, Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra
Rahmatullah'Alaih adalah seorang daripada Khalifah Hadhrat Abun-Najib
Dhziauddin SuhrawardiRahmatullah 'Alaih, pendiri Tariqat Suhrawardiyah.
Wallahu
Ta'ala A'lam Wa 'Ilmuhu Akmal Wa Atamm, Fahasbunallahu Wani'mal-Wakil
Wani'mal-Mawla Wani'man-Nasir,Wala Haula Wala Quwwata Illa
Billahil-'Aliyyil-'Azhim,Wa'alaihi Tawakkaltu Wa Ilaihi Uniibu Wabihi Nasta'in
Wassalam.
Faqir
Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin FaniHadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad
Ar-Rowi Al-Amani 'Ufiya 'Anhu.
TA'ARUF HADHRAT SYAIKH NAJMUDDIN KUBRA RAHMATULLAH
'ALAIH
Hadhrat Hadhrat Syaikh Ahmad Najmuddin
Khiwaki KubraRahmatullah 'Alaih adalah seorang daripada kalangan Masyaikhyang
mendahului serta menerajui dalam bidang Ilmu TariqatTasawwuf. Nama beliau
adalah Ahmad dan gelaran bagi beliau adalah "At-Tammat Al-Kubra".
Beliau telah dilahirkan di Khwarazam.
Kehidupan beliauyang dipenuhi dengan berbagai buah-buahan Ma'rifat telah
berkesudahanketika beliau berusia tujuh puluh lapan tahun. Para periwayat
menyatakanbahawa beliau telah Syahid bersama 600,000 orang bersama dengan
parapengikutnya ketika mempertahankan kota mereka terhadap serangan
tenteraMongol pada tarikh 10 Jamadi Al-Awwal tahun 618 Hijrah/1221
Masihi.Beliau telah mula mengembara menuntut ilmu semenjak masih remaja.
DiMesir, beliau telah menyertai halqah jemaah Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri
Rahmatullah 'Alaih dan menghadiri kuliah pengajian dan ceramahSyaikh tersebut.
Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih amatterpegun dengan
kebijaksanaan dan keikhlasan hati muridnya ini sertamengasihinya sebagaimana
anaknya sendiri dan kemudiannya telahmengkahwinkan anak perempuannya dengan
beliau.Setelah beberapa lama pengembara Sufi ini memulakan perjalanannya,
beliautelah memperolehi banyak manafaat daripada sebilangan Para Masyaikhyang
ada pada setiap bandar. Apabila beliau kembali ke Mesir, HadhratSyaikh Ruzbahan
Al-Misri Rahmatullah 'Alaih telah mendapati beliau sudahmenjadi seorang manusia
sempurna yang mengetahui rahsia perjalananSuluk dan sudah mempelajari adab-adab
dan jalan-jalan mendapatkanberbagai tingkatan Cinta 'Ashiq dan beliau sudah
berkemampuan untukmengajar dan membimbing hamba-hamba Allah yang lain.
Lantaran itu,Hadhrat Syaikh Ruzbahan
Al-Misri Rahmatullah 'Alaih telah menasihatkanbeliau untuk kembali ke tempat
asalnya yang bernama Khiyuk yang terletakdi Khwarazam. Beliau pun menurut
arahan gurunya dan telah melibatkandirinya dalam membimbing para penuntut
Tariqat Tasawwuf danmenyebarkan ajarannya.Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra
Rahmatullah 'Alaih telah berpindah keKhwarazam bersama-sama dengan isteri dan
anak-anaknya serta telahmembina sebuah Khanqah dan telah mengasaskan Tariqat
Dhzahabiyah danQurbaniyah di samping beberapa aliran Tariqat yang lain. Beliau
telahmelatih ramai para pengikutnya yang mana kemudiannya telah berjayamencapai
marabat kewalian dan ada juga yang telah menjadi Murshid sepertiHadhzrat
Majduddin Al-Baghdadi, Hadhzrat Syaikh 'Attar, Hadhzrat SyaikhSa'aduddin
Al-Hamawi dan Hadhrat Najmuddin Ar-Razi Rahmatullah'Alaihim Ajma'in.
Terdapat lapan karya yang telah
dinisbahkan kepada beliau oleh parasejarahwan, antaranya adalah sebuah Tafsir
Al-Quran yang tidak dapatditemui walau senaskhah pun sehingga ke hari ini.
Sebuah karya yangberjudul "Fi Adab As-Salikin"yang bererti, pada
menerangkan adab bagi Para Salik telah dituliskan oleh beliau dalam bahasa
Farsi yang kini masihterdapat di Muzium Asian.
Manakala karya yang dipersembahkan ini
adalah merupakan salah sebuahkarya Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Rahmatullah
'Alaih yang telahdikarang dalam bahasa 'Arab dengan judul "Adab As-Suluk
Ila Hadhrat Malik Al-Muluk" yang
terbahagi kepada dua bahagian.Yang pertama adalah perjalanan Ruhaniyah menuju
Allah Al-Haqq menerusipenyingkapan tirai-tirai hijab kejahilan dan hijab-hijab
jarak kejauhan dankegelapan. Yang kedua adalah perjalanan Jasmaniyah di atas
muka bumiAllah yang luas. Selain dari kedua-dua perjalanan tersebut, dalam
karya inidinyatakan tentang perjalanan
Para Khawas Al-Khawas iaitu golongan
yangkhusus daripada mereka yang khas berdasarkan manuskrip yang masihterdapat
di Central Library Tehran University.Risalah ini telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Parsi oleh Hadhrat HusaynMuhyiuddin Qumshehi dan pernah diterbitkan
dalam Jawidan Khirad –Sophia Perennis - The Bulletin of the Islamic Iranian
Academy of Philosophy,Vol. IV, No. 2, Autumn 1981, pp. 16-26 dan telah
diterjemahkan ke dalambahasa Inggeris menurut terjemahan Parsi oleh Hadhrat 'Ali
Baqir Shahi,pemegang ijazah Ph.D Department of Philosophy, Aligarh
MuslimUniversity, Aligarh, India. Terjemahan ke bahasa Melayu ini adalah
menurutterjemahan bahasa Inggeris sebagai rujukan kepada naskhahnya yang
asal.Karya ini ditujukan kepada mereka yang telah melangkah ke dalam
alamkesufian dan telah mencapai kemabukan menerusi minuman arak-arakTauhid.
MUQADDIMAH
Segala pujian dan sanjungan adalah bagi
Allah, Tuhan Yang MahaPintar dan Yang Maha Memberi Rahmat, Dialah Tuhan
yangmembolehkan Para HambaNya mengembara menempuhi Alam Afaqisupaya mereka
dapat memerhatikan keajaiban Kekuasaan dan HikmahKebijaksanaanNya dan menemukan
berbagai bukti-bukti KeagunganNya,sebagaimana juga dengan tanda-tanda Kemuliaan
dan Belas-KasihanNyapada setiap arah dan sudut Dunia.
Dialah Tuhan yang membuatkan Nafsu
Syaitaniyah Para Salikin menjadimati lantas mempamirkan rahasia yang
tersembunyi di dalam Nafs dirimereka dan membawa apa yang telah tersembunyi
kepada cahaya penjelasanmenerusi kepayahan Mujahadah dalam perjalanan Suluk,
berkesanggupanuntuk mengambil risiko dan keterpisahan dari rumah kediaman serta
anak-anak dan mengelakkan diri serta menjauhi dari berhubungan dengan
segalasesuatu yang selain Allah Malik Al-Mulk Raja Segala Kerajaan.
Semoga Selawat dan Salam sanjungan Allah
terlimpah ke atas Penghulusekalian manusia dan yang termulia dari kalangan
jenis manusia, HadhratSayyidina Wa Maulana Muhammad Al-Mustafa Sallallahu
'Alaihi Wasallamdan ke atas Ahli keluarganya yang suci, Para Sahabatnya dan
Ummatnya.Maka itu, serahkanlah dirimu sepenuhnya Kehadhrat Haqq Allah 'Azza Wa
Jalla.Wahai Hamba Allah! Ketahuilah bahawa kamu adalah Salik yang
menjalaniperjalanan mencari Tuhan Pemeliharamu dan sesungguhnya pasti suatu
harinanti kamu akan menemuiNya, sebagaimana telah dinyatakan di dalammafhum
sebuah Hadits:
"Barangsiapa
yang berharap untuk bertemu Tuhan perlulahmengetahui bahawa saat pertemuan
pasti akan tiba."
Dan hendaklah kamu ketahui bahawa Allah
Yang Maha Tinggi dengankesempurnaan Kekuasaan dan KebijaksanaanNya telah mentaqdirkan
dua jenis perjalanan terhadap Anak Adam. Yang pertamanya adalah perjalananQahri
yakni dengan secara tidak sengaja dan yang keduanya adalahperjalanan Ikhtiyari
yakni dengan secara sengaja.
Adapun perjalanan Qahri yang tidak
berlaku dengan sengaja, titikpermulaannya adalah pada Sulbi bapa, tahap kedua
adalah di dalam perutibu, tahap ketiga adalah Alam Jasmani dan tahap keempat
adalah kehidupanQubur yang mana sama ada ianya akan merupakan sebuah taman
daritaman-taman Syurgawi ataupun suatu lembah dari lembah-lembah Neraka.Tahap
kelima ialah pada Hari Kebangkitan yang mana kadar tempohmasanya adalah
bersamaan dengan lima puluh ribu tahun di Dunia ini.Sesudah tahap tersebut kamu
akan sampai ke rumah yang berkekalan danmencapai tempat kediaman yang kekal
iaitulah Dar As-Salam yakni tempatkesejahteraan dan Syurga keselamatan dan
kesejahteraan seandainya jikakamu adalah dari kalangan mereka yang sesuai layak
dan merupakan rakan-rakan kebenaran yang Haqq; ataupun rumah kediaman kamu akan
menjaditempat kediaman Api Neraka dan penyiksaan, jikalau tidak, semoga
Allahmencegahnya, kamu akan berada di kalangan orang yang malang celaka
dansebagai musuh-musuh Allah Al-Haqq, sepertimana Allah telah berfirmanyang
mafhumnya:
"Pada Hari Kebangkitan, suatu golongan akan berada di dalamSyurga dan
suatu golongan akan berada dalam Neraka."
Setiap nafas yang kamu ambil adalah satu
langkah menuju tingkatan pentaskematian. Setiap hari dalam hidupmu adalah
menyamai satu Farsakh. Setiapbulan adalah seperti suatu tingkatan Marhalah dan
setiap tahun adalahseperti suatu Manzil yakni suatu tingkatan tempat
perhentian. Perjalanankamu adalah seperti pergerakan matahari dan bulan, namun
kamu tidakmenyedari perjalanan ini serta pergerakannya dan dalam kejahilanmu
danberketidak-sedaran, kamu telah gagal untuk bersedia dan mempersiapkandirimu
dengan sebaik-baiknya untuk menuju tempat perhentian Manzil diAlam Qubur dan
perjalanan seterusnya menuju tempat perhentian di HariKebangkitan dan rumah
kampung halaman yang kekal dan hakiki.Akan tetapi perjalanan Ikhtiyari
terbahagi kepada dua keadaan. Pertamaadalah perjalanan Safar Ruhi dan Qalbi
menuju ke arah Hadhrat Allah YangMaha Berkuasa dan Raja Yang Maha Perkasa di
seluruh alam.
Kedua adalahperjalanan Safar Jasmani dan
Qalibi di muka bumi Tuhan. Kami akanmenumpukan pada bab yang berasingan bagi
setiap satu daripada duaperjalanan, supaya kamu dapat menerima petunjuk yang
diperlukan untukmencapai matlamat mereka dan terpimpin dalam menyediakan
segalaperantara, dalam membuka pintu dan dalam mempelajari prinsip
peradaban,yang mana akan menjadi sebagai sahabatmu dan pembantu dalam
urusan-urusan yang berkaitan dengan setiap kebaikan dan kesalihan, dan supaya
iamenolong orang yang cinta 'Ashiq dan berharapan ketika dalam perjalanan,dan
khidmat, Insha Allah Ta'ala kepada pengarang sebagai peruntukanbekalan di Hari
Kebangkitan ketika bersemuka dengan Tuhan Mawlanya'Azza Wa Jalla
No comments:
Post a Comment