أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Penerangan bagi perumpamaan atau ibarat ini melibatkan dua perkara penting; yang sangat luas bidangnya. Tetapi di sini saya berikan ringkasannya sahaja.
Pertama:
Ilmu pengetahuan dan cara (method) perumpamaan, bagaimana ruh atau
isi tanggapan (idea-idea) itu terkandung dalam perumpamaan tersebut;
perkaitan antara keduanya; keadaan batin persamaan ini antara Alam
Deria (Alam Pancaindera) sebagai acuan dan kebendaan kepada perumpamaan
dan Alam Tinggi yang dirinya turunnya tanggapan idea.
Kedua: Peringkat-peringkat bagi beberapa ruh pada tanah liat (badan) kita, dan darjah cahaya yang ada pada tiap-tiap satunya.
Kita bincangkan perumpamaan yang kedua ini untuk menerangkan yang pertama itu.
ZAHIR DAN BATIN DALAM PERUMPAMAAN- JENIS DAN PASANGANNYA
Alam ini terbahagi kepada dua iaitu;
PENGETAHUAN TENTANG IBARAT MUKADDIMAH TENTANG PERUMPAMAAN MISYKAAT, LAMPU, KACA, POKOK, MINYAK DAN API
Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan
cahayaNya itu laksana sebuah Misykaat di dalamnya ada lampu. Lampu itu
di dalam sebuah kaca. Kaca itu laksana bintang yang gemerlapan.
Dipasang dari sebatang kayu yang beroleh berkat, iaitu (minyak) pohon
zaitun, tidak timur, dan tidak barat. Hampir sahaja minyak itu
bernyala-nyala walaupun ia belum disentuh oleh api. Cahaya Atas Cahaya (SURAH AN NUR : AYAT 35)
Penerangan bagi perumpamaan atau ibarat ini melibatkan dua perkara penting; yang sangat luas bidangnya. Tetapi di sini saya berikan ringkasannya sahaja.
Kedua: Peringkat-peringkat bagi beberapa ruh pada tanah liat (badan) kita, dan darjah cahaya yang ada pada tiap-tiap satunya.
Kita bincangkan perumpamaan yang kedua ini untuk menerangkan yang pertama itu.
ZAHIR DAN BATIN DALAM PERUMPAMAAN- JENIS DAN PASANGANNYA
Alam ini terbahagi kepada dua iaitu;
- Alam Ruhani dan Alam Kebendaan atau
- Alam Deria dan Alam Aqal atau
Alam boleh juga dikatakan Alam Tinggi dan Alam Rendah.
Semua istilah-istilah alam tersebut adalah hampir ertinya antara satu dengan yang lain. Perbezaan hanya pada segi pandangan sahaja.
- Jika saudara anggap kedua-kedua Alam itu dari seginya masing-masing, maka saudara menggunakan istilah pertama (Alam Ruhani dan Alam Kebendaan)
- Jika berkaitan dengan anggota yang melihatnya, maka itu adalah yang kedua (Alam Deria dan Alam Aqal).
- Boleh juga saudara katakan Alam Zhohir dan Alam Ghaib.
Tidaklah hairan kenapa ada
juga penuntut-penuntut yang mengkaji ilmu ini terkeliru tentang
banyaknya istilah-istilah itu dan menyangka banyak pula tanggapan atau
idea yang dimaksudkan. Tetapi bagi orang yang mengenal hakikatnya,
mereka tidak akan menyangka istilah-istilah itu yang terpenting. Yang terpenting ialah maksud atau tanggapan yang dibawa oleh istilah-istilah itu.
Tetapi orang yang kurang pintar mungkin menganggap sebaliknya- iaitu ia
mementingkan istilah dan tidak mementingkan maksud atau isinya. Pada
pandangan mereka istilah itulah punca atau sumber tempat hakikat itu
terbit. Berkenaan dua jenis pandangan fikiran itu. Al-Quran
menerangkan,
"Siapakah
yang lebih benar dipimpin, orang yang berjalan dengan mukanya tertunduk
ke bawah, atau orang yang berjalan lurus tegak?
No comments:
Post a Comment