Saturday, September 1, 2012

MISYAKAATUL ANWAR IMAM AL GHAZALI (4)

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

CAHAYA INI SEBAGAI LAMPU ALAM RENDAH DAN ALAM TINGGI

Jika sewajarnyalah digelar sesuatu itu yang dirinya cahaya pandangan itu terpancar keluar sebagai "Lampu Yang Bersinar",  maka sesuatu itu yang dirinya lampu itu dengan sendirinya terpasang nyala,  bolehlah diibaratkan sebagai api.
Semua lampu-lampu Alam Rendah (Alam Nyata) ini pada asalnya dipasang dari cahaya Maha Tinggi,  dan berkenaan Ruh Kenabian itu ianya ditulis sebagai "Minyaknya bersinar meskipun tidak disentuh oleh api". dan menjadi "cahaya atas cahaya" apabila disentuh oleh api.  Dengan itu,  punca atau sumber yang menyalakan ruh-ruh rendah itu ialah Ruh-ruh Maha Tinggi,  sebagaimana diceritakan oleh Sayyidina Ali dan Ibn. Abbas r.a demikian;
"Allah mempunyai satu malaikat yang mempunyai 70,000 muka.  Bag tiap-tiap satu muka ini ada 70,000 lidah dan lidah ini sentiasa memuji Allah SWT.".

Inilah dia yang dibezakan dari semua malaikat dalam ayat yang  bermaksud;

"Pada hari di mana ruh itu berdiri dan malikat berbariskan bersaf-saf".
(Al-Quran).
Ruh-ruh Alam Tinggi ini,  jika mereka dianggap sebagai sumber yang menyalakan lampu-lampu Alam Rendah ini,  maka bolehlah dibandingkan dengan "API" dan menyalanya itu tidak dapat dilihat kecuali  "di atas tepi gunung". (Al-Quran).

Sekarang marilah kita bincangkan perkara yang berkenaan lampu-lampu Alam Tinggi ini yang dirinya dipasang lampu-lampu Alam Rendah ini.  Marilah kita susun lampu-lampu itu menurut nyalanya  satu lepas satu yang paling atas dalam susunan itu ialah nama cahaya yang paling mulia dan dialah yang mengambil tempat paling tinggi dalam susunan itu.

Perumpamaan susunan ini di alam deria (pancaindera) hanya boleh difahami oleh seseorang yang melihat cahaya bulan yang menembusi tingkat rumah,  dan cahaya itu tertumpu kepada sekeping cermin yang terlekat pada dinding,  dan cahaya itu berbalik ke dinding yang satu lagi,  dan seterusnya berbalik menuju lantai. 
Maka teranglah lantai itu.
Cahaya lantai itu datang dari dinding,  dan cahaya dinding itu datang dari cermin,  dan cahaya cermin itu datang dari bulan,  dan cahaya bulan datang dari matahari,  kerana matahari itu yang menyinarkan cahayanya pada bulan.
Dengan itu,  empat cahaya ini tersusun bertingkat-tingkat satu lepas satu.  Tiap-tiap satu cahaya lebih sempurna dari yang satu lagi,  dan tiap-tiap ada mempunyai tingkatan tertentu dan darjat sewajarnya yang tidak boleh melampaui tingkatan darjat bagi dirinya itu.
Ingin saya(Imam Ghazali) beritahu kepada saudara, bahawa telah ternyata kepada orang yang mempunyai makrifat,  iaitu jika demikianlah susunan cahaya-cahaya Alam Tinggi itu.  Maka yang paling tinggi ialah yang paling hampir dengan cahaya terakhir atau sumber cahaya itu.  Maka dengan itu,  Israfin(malaikat) adalah lebih tinggi dari pangkat Jibrail.  Dan di kalangan mereka itu ada malaikat yang hampir sekali dengan Hadirat Allah SWT.,  dan Allah itulah yang menjadi sumber cahaya-cahaya ini,  dan di kalangan itu pula ada manusia yang paling hampir;  dan di antara kedua peringkat itu banyak dan ada susunan-susunannya pula,  berperingkat-peringkat.
Oleh itulah dikatakan;

"Tidak seorang pun daripada kamu melainkan mempunyai tempat kedudukan tertentu masing-masing",

dan;

"Sesungguhnya kami adalah berpangkat;  kami adalah daripada mereka yang mulutnya sentiasa memuji Allah". (Al-Quran)

Enhanced by Zemanta

No comments: