Saturday, September 1, 2012

MISYAKAATUL ANWAR IMAM AL GHAZALI (14)

SATU LAGI MISALAN DUA SEGI YANG SAMA BERKENAAN ZAHIR DAN BATIN

Apabila Nabi SAW. bersabda;
"Saya lihat Abdul Rahman masuk syurga merangkak"
maka janganlah saudara anggap Nabi SAW.   tidak melihat dengan matanya sendiri.  Sebenarnya Nabi SAw.  melihat perkara itu dalam jaganya,  seperti orang yang bermimpi melihat dalam mimpinya,  meskipun orang yang bernama Abdul Rahman bin Auf pada masa itu sedang tidur di rumahnya.  Kesan tidur yang hanya ada di sini dan pandangan-pandangan (batin) yang seumpamanya ialah; ianya  menyekat kuasa deria ke atas ruh;  yang mana adalah Cahaya Ketuhanan yang batin.  Ini adalah  kerana
  • deriTa telah terlebih dahulu menguasai ruh,
  • menarik kembali ke alam deria,  dan
  • memalingkan muka manusia jauh dari Alam Ghaib dan Alam Tinggi itu.
Tetapi dengan menyekat deria itu,  setengah daripada cahaya Kenabian boleh menjadi terang dan tetap hingga deria tidak lagi menarik ruh itu kembali ke alamnya dan tidak juga menguasai seluruh perhatian mereka.  Oleh itulah mereka melihat dalam keadaan jaga apa yang dilihat oleh orang lain dalam mimpi.
Tetapi jika ini telah mencapai kesempurnaan yang sebenarnya,  maka tidaklah terhad kepada melihat bentuk zhojir sahaja,  ianya melalui terus dari situ ke tanggapan batin;  maka terlihat oleh orang-orang itu bahawa;
  • iman sedang menarik jiwa atau ruh seorang Abdul Rahman bin Auf ke Alam Tinggi itu (di sebut "syurga") dan
  • harta kekayaan menarik ruh itu ke alam rendah iaitu dunia yang diduduki ini.
Jika ruh itu lebih kuat terpengaruh oleh Alam Rendah,  maka perjalanan ruh itu menuju syurga akan terhalang.  Tetapi jika tarikan iman lebih kuat,  maka jiwa itu hanya mendapat kepayahan atau terhenti kadang-kadang dalam perjalanannya.  Mak perumpamaan (simbol) ini,  dalam alam deria ialah ibarat "merangkak" .
Itulah rahsia-rahsia yang dinampakkan keluar dari belakang lutsinar hablur khayalan (imaginasi) itu.  Ini bukanlah terhad hanya kepada pandangan Nabi SAW.  terhadap Abdul Rahman itu sahaja,  meskipun dia sahaja yang beliau lihat pada masa itu. Pandangan ini membolehkan baginda membuat kesimpulan bahawa tiap-tiap orang yang kuat pandangan batinya dan teguh imannya,  tetapi harta-bendanya yang banyak menekan imannya,  hampir-hampir ia dipengaruhi oleh harta,  tetapi imannya masih kuat,  maka menanglah ia,  tetapi dalam keadaan merangkak-rangkak.
Inilah simbol atau ibarat yang dipandang oleh Nabi SAW.  hingga baginda dapat membuat kesimpulan dari pandangan itu.  Contoh ini menerangkan kepada saudara bagaimana Nabi-nabi melihat benda-benda konkrit dan dapat terus memandang idea-idea keruhanian di sebalik benda-benda itu. Selalunya idea atau tanggapan itu dibawa terus kepada pandangan batin dahulu dan kemudian dari situ melihat kepada ruh khayalan dan menerima cop atau bekas benda konkrit yang dikiaskan oleh idea itu.  Apa yang diberikan oleh ilham dalam pandangan waktu tidur atau mimpi perlu ditafsir atau dita'birkan.
Enhanced by Zemanta

No comments: