Friday, August 31, 2012

10 maksiat bathin

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

قدافلح من زكها
...Sesungguhnya telah dapat kemenangan orang yang menyucikan hati mereka itu daripada sifat kecelaan.


Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang menjauhi maksiat bathin spt dlm kitabnya اربعين فى اصول الدين  ada 10 perkara:

1-Gemar kpd. membanyakkan makan...bab makan org karang mencari yg sedap2, yg pelik2..kita pulun, hayun tak sanggah..hingga lalai pada ibadat dan membazir..lupa yg membazir itu perangainya syaitan. Dah sangkak dan kenyang hingga lupa beribadat..makan hingga x hiraukan halal haram kerana nakkan yg sedap..yg pelik..

2- Membanyakkan perkataan...lagi manyak cakap lagi manyak salah..banyal salah banyaklah silap..dan masuk benda2 tak betul..muhong dsbnya...

3 -Marah. Apabila marah apa yg tak keluar...habih maki hamun, mencarut, merosakkan harta benda hatta mencedera hingga tahap membunoh dsbnya. Marah itu drp. syaitan!

4- Hasad dengki...mai perasaan bermusoh, berkelahi, nanya orang, kianat dsbnya. Hasad macam api yg memakan sekam atau tongkoi kayu...adoih..jahat sungguh!

5- Bersifat kikir..yakni kedekut pait..tak ada sikap menolong..kemut pada hartanya..x leh menumpang langsung

6-Hubbul Jah yakni kasih akan kemegahan. Buat apa2 untuk dipuji orang...Nak bermegah2 dgn orang. Jadi x ikhlas lah kerja buat tuh. Bila kemegahan dunia yg dicari jawabnya tiada apa habuan di akhirat nanti.

7-Hubbul Dunya yakni kasih akan keduniaan. Merebut cari kekayaan, nakkan kemewahan hidup dan bersuka2 dengan nikmat dunia. Selalunya orang  macam ni lupa akan akhiratnya.

8-Membesar dan membanggakan diri. Dia sorang yg betul semua orang tak betul. Selalu mencari kesalahan orang. kalau bijak dian bangga dgn kebijaksanaanya..kalau alim, berbangga dgn kealimannya..kalau kaya, nak tunjuk akan kekayaannya..dsbnya. Yang ni ramai oo..

9-Merasa takjub akan dirinya..merasa hairan dgn kebolehannya. Jadi akan timbul perasaan tunjuk pandai kat org. Dia rasa hebat, orang lain kurang..nak semacam hat atas tadi gak.

10-Sifat Riya'...yakni menuntut mertabat pada hati makhluk supaya boleh kemegahan padanya. Menunjuk2 pada orang.

Maka berkata Imam Al-Ghazali bahawa menjadi wajib setiap mukallaf yang akal baligh yang berkehendakkan kemenangan di akhirat menyucikan hatinya daripada 10 perkara di atas dan tidak sempurna iman selagi mempunyai sifat2 tercela seperti di atas.....Lihat hadith Nabi saw.... الطهورشطرالايمان...

  ميوجيكن هاتي درفد صيفة كجلان ايت ستغه درفد ايمان

10 perkara dari maksiat bathin diatas aku kutip dari kitab karangan Syeikh Abdul Samad Falimbani dalam bab.........الباب الرابع في اجتنا ب المعاصي الباطنة...........دري كتاب هداية السالكين ...دان سبارغ كسلاهن دري فنمباهن ايت اداله ساله تفسير اكو سنديري

Allahu’alam.

No comments: