Thursday, August 23, 2012

Baqa-bi-Allah

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Baqa-bi-Allah, Peringkat tertinggi dlm kesempurnaan manusia dan tdk terdapat di manapun dlm spiritual yang lain.
Baqa-bi-Allah adalah peringkat tertinggi dalam kesempurnaan manusia dan tidak terdapat di mana pun dalam sistem spiritual yang lain. Ianya adalah pengembalian kepada diri asal seseorang sesudah diperkenalkan secara penuh dengan Yang Esa. Dengan kata lain, ianya adalah pengembalian kepada ketenangan (Sahv) sesudah keasyikan lebur-diri (Sukr ). Dalam rajah pada halaman terawal, peringkat Baqa-bi-Allah akan tercapai sesudah perjalanan ADB dilalui, dan seseorang salik akan kembali ke titik B (iaitu kembali kepada keindividuannya). Perjalanan pada titik A adalah yang paling panjang. Ianya tidak berkesudahan, kerana Yang Maha Esa itu tidak berkesudahan juga. Makin dalam kita memasuki Zat Allah, semakin tinggi pula darjat kesempurnaan, dan bertambah kencang pula perjalanan turun (Baqa). Pada darjat yang tertinggilah dari fana, iaitu di titik A, kita akan dianugerahkan sifat-sifat Allah atau layak dengan sifat-sifatNya dan memolehkankan mendengar dengan PendengaranNya dan melihat dengan PenglihatanNya seperti yang dinyatakan dalam Hadith Nabi terdahulu. Setelah dianugerahkan sifat-sifat tersebut, salik tadi layak menjadi Khalifah Allah dan kembali sebagai Insan-ul-Kamil untuk mengambil bahagian dalam hal-ehwal duniawi dan memimpin yang lain ke matlamat yang sama. Sekembalinya kepada keindividuannya di titik B, ianya tidak sama seperti diri dahulunya.
Pada permulaan perjalanan ia seorang novis (yang belum berpengalaman). Kini ianya seorang Insan Kamil (manusia sempurna). Pada peringkat ini ia memainkan dua peranan. Ia berada pada masa yang sama dalam Fani-fi-Allah (berserta Allah) dan baqi-bi-Allah (berasingan dengan Allah). Ia menggabungkan dirinya serentak dalam kedua-kedua keadaan penyatuan dan berasingan dengan Allah. Hal ini seolah-olahnya bertentangan kepada mereka yang kurang pengalaman; tetapi sebenarnya, tidak sedemikian. Terdapat dua aspek atau sudut pandangan kehidupan manusia, Haqiqat (Spiritual) dan (fizikal). Oleh kerana manusia adalah gabungan jasad dan ruh, ianya hidup dalam alam spiritual dan fizikal secara serentak.
Allah berfirman dalam Al-Quran:

“Kami adalah dekat dengan manusia daripada urat lehernya sendiri”

Malangnya manusia tidak sedar tentang asal-usulnya iaitu dari Ilahi dan penghidupan selanjutnya berserta Allah sehingga ia melalui proses pembersihan (tazkiyah-al-nafs) dalam perjalanan spiritual (suluk-ila-Allah), seperti yang telah dihuraikan sebelum ini. Setelah menamatkan perjalanan spiritual dan kembali kepada keadaan pelbagaian/majmuk dari Yang Esa sahajalah maka Haqiqi dan Majazi atau aspek Ketuhanan dan kemanusiaannya akan disedari. Peringkat ini dikenali dalam istilah Sufi sebagai Jame-iyyat yang bermaksud penggabungan kedua-dua Fana-fi-Allah dan Baqa-bi-Allah.
NEOPLATONISME ADALAH SEPARUH PERJALANAN
Baqa-bi-Allah adalah lebih tinggi dari Neoplatonisme. Menurut Plotinus sebagaimana terdapat dalam kitabnya “Enneads”, peringkat yang tertinggi ialah fana yang beliau namakan “Kembali kepada Ketuhanan.” Beliau berkata, “Pengembalian menyimpulkan seluruh kewajiban manusia.” Ini adalah fana yang tidak berkesudahan atau bersemadi dalam Dzat Allah. Kita tidak mempunyai maklumat tentang Neoplatonisme. Sekiranya dapat dikesan, ianya adalah separuh perjalanan sahaja menurut Sufisme. Ia disamakan dengan kesenyapan (Quietism ), pertapaan (Asceticism ) dan mengasingkan diri daripada keduniaan (Renunciation ). Tidak hairanlah kalau di Barat, sistem-sistem mistik sering dicaci kerana sifatnya yang menolak hal-hal duniawi.
Dua peringkat Sufisme berbanding dengan Satu dalam sistem-sistem mistik lain
Perjalanan spiritual dalam Islam mempunyai dua fasa/peringkat, berlainan dengan perjalanan satu fasa/peringkat sebagaimana yang terdapat dalam agama Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi Cabbalaisme dan Hasidisme di mana matlamat terakhir adalah fana (bersemadi dalam Dzat Allah).
Dalam Islam fasa/peringkat pertama bersifat intoxication yang menghasilkan kesenyapan dan pertapaan, sementara fasa/peringkat kedua bersifat aktiviti dan penglibatan sepenuhnya dalam kehidupan duniawi.
Sebenarnya, kehidupan selepas tamat perjalanan spiritual (suluk ) adalah lebih aktif, bermakna dan nyata daripada sebelumnya. Kini salik telah bebas daripada cengkaman sifat kehaiwanan (nafsu ammarah ) dan telah dianugerah pula dengan sifat-sifat Ketuhanan (takhalluq-bi-akhlaq Allah ). Kini ia melihat melalui pandangan Ilahi, mendengar melalui pendengaran Ilahi dan melakukan setiap sesuatu dengan Kuasa Ilahi. Ianya kini menjadi lebih jujur, lebih ikhlas, lebih baik hati daripada dahulunya, dan lebih simpati terhadap manusia serta berkemampuan untuk memikul tugas-tugas yang lebih mulia dan pengorbanan yang lebih besar. Ia bukan lagi menjadi beban kepada masyarakat tidak seperti Pertapa Barat , Yogi Hindu, atau Sami Buddha. Sebaliknya ia adalah insan yang paling berharga kepada masyarakat. Sumbangannya yang paling tinggi lagi mulia kepada masyarakat adalah kebolehannya untuk membimbing orang lain menuju ke matlamat yang sama berdasarkan pengalaman yang dialaminya dan Nur-Ilahi yang diperolehinya.
Satu keistimewaan Baqa-bi-Allah-nya, di samping aktiviti duniawi, adalah ia sentiasa memperbaiki kedudukannya dengan terus mendekati Allah. Badai yang bergelombang dalam hatinya sebegitu hebat sehingga ia tidak pernah puas pada mana-mana peringkat apa jua pun dalam mendekati Allah. Lebih tinggi ia meningkat, maka bertambah pula ia terpesona. Ia mengembara dari satu peringkat ke satu peringkat dan masih mendapati peringkat-peringkat yang tidak terhitung. Namun perjalanan tidak akan berakhir, walaupun ia meneruskan perjalanannya sehingga kekekalan (eternity). Lebih jauh ia mengembara, maka lebih hebat keindahan mendekatiNya. Dengan cara ini ia terus melalui beberapa peringkat fana yang tidak ada akhirnya, namun badai cinta dalam hatinya begitu besar sehingga kehausannya tidak pernah puas dan ia tetap menyeru dan memohon lagi berulang-ulang kali (hal min mazid ). “Seorang Qalandar * yang lebih tinggi dari penyatuan.”

No comments: