أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Perkataan uzlah ataupun khalwat
tidaklah satu yang asing bagi seorang ahli yang mengamalkan sesuatu
tarekat. Uzlah ertinya memencilkan diri iaitu mengasingkan diri dari
orangramai untuk melatih diri menghampirkan diri dengan Allah swt. Untuk
tujuan itu seseorang itu perlu mengetahui amal ibadat yang perlu
dilakukan dalam uzlah itu seperti solat, zikir, doa, wirid dan
sebagainya. Diri, pakaian dan tempat untuk beruzlah mestilah bersih
zahir dan batin. Dan yang penting niat dikhususkan semata-mata ikhlas
kerana Allah dan sebaik2nya hendaklah berpuasa dalam beruzlah itu. Orang
yang beruzlah tidak boleh berkata2 dengan sesiapa dan paling penting
tidak boleh meninggalkan solat lima waktu sehari semalam dan yang paling
afdhal bersolat berjemaah.
Biasanya
orang yang melakukan uzlah ini dipanggil Salik. Uzlah dibahagikan
kepada dua iaitu uzlah lahir dan uzlah batin. Yang pertama, seseorang
yang melakukan uzlah faham bahawa dia mesti mengosongkan diri dari hal2
keduniaan dan sebaik2 carilah tempat yang boleh terhindar dari gangguan
manusia. Tujuan uzlah itu sendiri adalah untuk mengikis segala dosa dan
noda dengan berzikir dan bertaubat yang tanpanya adalah mustahil cita2
dan hajatnya tercapai. Disamping itu dia harus memperbanyakkan memikir
penciptaan Allah, mengenal dirinya sebagai hambaNya yang banyak berdosa
dan melakukan banyak kesalahan yang kalau tidak dimaafkanNya niscaya dia
berada dalam celaka. Apabila timbul perasaan2 semacam ini maka kuatlah
keimanan dan keyakinannya bahawa Allah akan mengampuninya dan
seterusnya. Si Salik tadi hendaklah juga berhasrat denga beruzlah itu,
hendaklah kewujudannya, ego dan nafsu ammarahnya tidak lagi menggangu
orang lain dan dengan itu dapat mendidik dirinya dan nafsunya
mempertingkkatkan kemajuan kerohaniannya. Dia bersungguh2 dalam
peribadatanya dan memohon agar segala dosa dan kesalahan samada sengaja
ataupun tidak, nyata ataupun yang tersembunyi diampunkan dan bertaubat
tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan. Itulah taubat yang
sebenar2nya taubat. Ertinya dalam permulaan uzlah itu seseorang itu
perlu melakukan solat taubat.
Firman Allah dalam surah An Nazi’at ayat 40 dan 41 yang bermaksud:
“Adapun
orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada
keinginan hawa nafsu, maka sesungguhnya surgalah tempatnya”
“Kecuali
orang2 yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka kejahatan mereka
diganti allah dngan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang”.
Al-Furqan : 70
Adapun
uzlah itu sendiri umpama benteng yang melindungi dirinya dari serangan
musuh (nafsu) yang sentiasa cuba menyerang untuk menganjurkan kesalahan
dan dosa samada ringan maupun berat. Ketika beruzlahlah si Salik tadi
dapat menjauhi diri dari perbuatan dosa di samping membersihkan diri
dari dosa2 yang ada.
“Maka
barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun
dalam ibadatnya pada Tuhannya”.
Al-Kahfi : 110
Begitu
juga uzlah batin, yang membuang daripada hati semua yang
bersangkutpaut dengan keduniaan, kejahatan, makan-minum, kenafsuan dan
melupakan keluarga (anak / isteri), dan segala jua selain Allah. Tumpuan
hanya kepada Allah, kerana Allah dan untuk Allah semata2. Masuknya ke
pintu uzlah itu maka tutuplah segala perasaan sombong, dendam, zalim,
marah. hasad, dusta dan segala sifat2 kotor menuju kepada tujuan uzalah
itu sendiri iaitu untuk mensucikan diri. Tindakannya bertujuan menafikan
dan mematikan segala sikap ego dan segala penyakit berpunca dari hati
dan nafsu serakahnya. Selepas dia mengerjakan solat taubat hendaklah dia
bertafakur dan mengheningkan fikiran serta zikir terus menerus sehingga
ego dan sifat2 jahat yang bersarang di hatinya terhapus. Ini mungkin
memakan masa yang panjang. Uzlah yang dilakukan bukan boleh dibuat2
dengan sengaja atau sewenang2nya. Ia bukan perbuatan olok2 dan main2.
Bukan pergi bertapa berhajatkan ilmu keduniaan..nakkan ilmu kebal, ilmu
ghaib, ilmu terbang, ilmu yang entah apa-apa bukan yang menghampirkan
diri kepada Allah. Bertapa dan beruzlah bunyi dan caranya serupa tapi
kaedahnya tidak sama. Bertapa lebih pada menuntut bab duniawi. Lain
pula halnya dengan beruzlah atau berkhakwat itu. Apa yang perlu adalah
rasa kecintaan, keikhlasan dan iman yang sejati. Uzlahnya bukan meminta
balasan. Ia bukan merupakan jalan buatan sendiri tapi adalah jalan para
sahabat Nabi, jalan mereka yang menuruti jejak langkah para sahabat, dan
jalan mereka yang tahu jalan para pengikut sahabat lalu menurutinya.
Oleh
itu apabila sudah menurutinya, jangan menoleh kebelakang lagi meskipun
apa yang sedang dihadapi itu terasa berat sekali pada permulaannya. Jika
sudah terbiasa akan menjadi mudah dan pasti berazam untuk melakukannya
lagi. Pohonlah pertolongan Allah dalam menempuh uzlah ini kerana ia
bermula dengan taufik hidayah Allah, maka jika berazam benar dan ikhlas,
pertolongan Allah pasti datang mengiringi segala gerak gerik si salik
tadi. InsyaAllah jika dilakukan dengan cara yang betul maka Ia akan
memagari diri si Salik supaya tidak mengulangi perkara2 yang tidak
diingini dan dijauhkan diri daripadanya. Rupanya berseri2, perasaan
zahir dan batinnya akan menjadi suci kerana ia telah diampuni Allah,
kerana ia berada dengan Allah. Allah akan mengawasinya, menerima doa dan
rayuannya dan memperkenankan segala kehendaknya.
‘Barangsiapa
yang mengkehendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu
semuanya. KepadaNyalah naik segala perkataan2 yang baik dan amal yang
saleh dinaikkanNya”.
Al-Fathir : 10
“……Allah menghapuskan kesalahan2 mereka dan memperbaiki keadaan mereka”.
Muhammad : 2
Mereka
yang telah dikasehi Allah akan diangkat darjatnya, tidaklah ada lagi
“keduaan” atau kesyirikan, gangguan dan huru-hara, kekhuatiran dan
kegelisahan dalam hati mereka. Segala amalan yang dilakukan semasa
beruzlah meliputi seperti solat (samada fardhu, taubat, tahajjud, hajat,
dsb), zikir, doa, wirid dan sebagainya semata2 bertawqarrub kepada
Allah swt yang mana kesemua amalan itu dikira amalan saleh dan terpuji.
Maka adalah tidak mustahil dia akan diangkat ke pangkat kemuliaan dunia
dan akhirat dan itulah matlamat tertinggi bagi seoarang hamba yang
mengakui kehambaannya kepada Allah. Segala pangkat dan darjat tidak akan
diberikan kecuali, sesudah berkhidmat dengan jujur dan ikhlas!
“Dari keduanya keluar mutiara dan marjan”.
Ar-Rahman : 22
Barangsiapa
sampai kepada keadaan ini, maka ia berada di peringkat taubat yang
sebenar2, ilmunya diluaskan kerana tindakannya semua untuk berkhidmat
dengan sesama insan lillahi taala, hatinya tidak lagi tertarik kepada
dosa dan maksiat, percakapannya hanya mengenai urusan dengan Tuhan. Dah
tiada masa nak bertanyakan hal2 Ghairullah dan nafsunya memikirkan
Zahratil-Hayatid-Dunia. Jika ia lupa dan tersalah ia akan diampunkan
kerana ia ingat semula setelah ia lupa, ia bertaubat seandainya berbuat
dosa kerana lupa dan lalai serta tidak disengajakan. Ia merasa hampir
dengan Allah yang telah terlebih dahulu hampir dengannya. Bukankan itu
satu nikmat yang tiada taranya dan satu kurnia yang besar nilalnya, biar
orang yang pintar tahu rahsianya, orang2 bodoh terkapai2 tangannya
hanya menterbeliakkan dua bijik matanya yang buta, tidak kenal maka
tidak ada makrifatnya, tidak ada cahaya mana boleh mendapatkannya.
Kata
orang2 alim dan makrifat, bersihkanlah hatimu dari segala daki2
kekotoran, tumpukan perhatian kepada Tuhan yang menciptakan, kelak
engkau akan mengenali jalanNya, bila engkau menuju kepadaNya, engkau
akan sampai kepadaNya!
“…..kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang2 mukmin”.
Al-Munafiqun : 8
وَاَللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَاب
No comments:
Post a Comment