أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Prinsip dan Asas HUDUD
Hudud atau "batas-batas' adalah hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam
as-Syari'at bagi jenayah dan kesalahan tertentu. Bilangannya tidak
banyak tapi kepentingannya tidak boleh digambarkan kerana ia adalah asas
atau tunjang struktor dan politikal umat Muslimin. Unsur-unsur ini
ibarat kubu-kubu sempadan Islam iaitu kawasan-kawasan lemah yang mesti
dikawal dan dipertahankan. Ia adalah kawasan militari / sosial yang amat
sensitif. Secara keseluruhannya, ia membentuk seperlima daripada Deen
Allah.
Secara tradisinya, syari'at dibahagikan kepada dua yaitu:
1. Amalan-amalan peribadi ke hadrat Allah swt.
2. Urusan-urusan sesame Manusia (muamalat).
Muamalat dibahagikan kepada beberapa ketegori yang khusus:
1. Al-ahwal ash-shakhsiyyah
Soal-soal peribadi seperti perkahwinan, penceraian dan sebagainya
2. Al-muamalat al-maliyyah
Urusan-urusan perniagaan
3. AqdiyahPenghakiman
4. Hudud(Akan disentuh yang ini secara umum sahaja.)
Rasulullah saw bersabda: "
Mithal bagi orang-orang yang memelihara batas-batas Allah (Hudud) dan
orang-orang yang melanggarnya ialah (ibarat) sekumpulan manusia yang
mengundi untuk menentukan tempat duduk mereka dalam sebuah kapal.
Sebahagian dari mereka berkesudahan di bahagian atas dek, manakala yang
lain berkesudahan dibahagian bawah dek. Tiap kali orang-orang yang
berada dibawah hendak mendapatkan air minum, mereka mesti melalui
orang-orang yang berada di atas mereka, lalu mereka berkata, "Jika kita menebuk satu lubang pada bahagian kita ini, kita tidak akan (perlu lagi)menyusahkan orang-orang diatas kita ini."
Jika yang lain (dalam kapal itu) membiarkan mereka berbuat apa yang
mereka suka, maka semua yang didalam kapal itu) akan binasa; tetapi jika
menghalang orang-orang itu (dari berbuat sesuka hati mereka), maka
mereka bukan sahaja menyelamatkan diri mereka tetapi juga orang-orang
lain."(Diriwayatkan dalam Hidayah al-Murshidun)
Jadi
jika Hudud dipelihara maka semua manusia mendapat manafaat, tetapi jika
hudud dikekepikan, semua orang akan rugi. Hudud merupakan sekatan yang
Allah swt telah tetapkan sebagai sebahgian daripada syari'at untuk
menghalang manusia dari melakuka apa yang ditegahNya; atau untuk menegah
mereka dari mengabaikan apa yang difardhukanNya. Kerana nafsu manusia
lazimnya akan melalaikan mereka dari bala yang akan menimpakan mereka di
akhirat kelak, akibat keinginan untuk menikmati beberapa kesenangan
remeh-temeh di dunia fana ini. Jadi Hudud ditegakkan untuk menyekat
orang-orang Jahil dari melakukan perkara yang ditegah menerusi "ancaman kesakitan yang bakal dirasai dalam hukum-hukum itu" dan juga melalui 'perasaan malu apabila kesalahan-kesalahan mereka didedahkan kepada orangramai."
Dengan cara itu terdapat jaminan segala apa yang dilarangNya akan
dijauhi dan segala yang diperintahNya akan dikerjakan. Seterusnya, ini
akan membuahkan kemanfaatan untuk setiap insan, dan memimpin kepada
ketaatan yang lebih sempurna. Surah an-Anbiyaa ayat 107 Allah berfirman
"Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam."
Ia
merupakan rahmat kerana ia menyelamatkan manusia dari kejahilan mereka
sendiri; menyelamatkan mereka dari kecetekan ilmu pengetahuan tentang
cara kehidupan yang terbaik, menunjukkan kepada mereka jalan keluar dari
kesalahan, menghalang mereka amalan-amalan yang mengingkari Allah
Taala, memberi perangsang kepada mereka untuk mengerjakan amalan amalan
soleh (petikan dari kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh alMawardi)
Hudud
melibatkan beberapa hukuman-hukuman yang paling tegas dalam syari'at.
Dan sedihnya, inilah yang menyebabkan orang-orang kafir juga golongan
Islam sendiri merasa tidak senang dengan Deen al-Islam itu.
Hukuman
Mati dilihat oleh kebanyakan manusia dizaman ini (Amnesty
International) sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Hak Asasi
Manusia walaupun dalam kes bilamana ia dikenakan sebagai balasan ke atas
satu jenayah yang dahsyat. Mereka bertelagah, berkelahi tentang
menggunakan kekerasan sebagai balasan bagi satu2 jenayah takkira jenayah
itu terancang atau tidak. Adalah tugas umat Islam menerangkan pada
masyarakat umum supaya mereka memahami dan menerima Hudud dan
menerangkan pada mereka tentang salah tafsir apa itu hak-hak asasi
manusia. Human Right atau hak-hak asasi manusia bukan bermakna kamu berhak buat apa saja yang kamu suka atau menghukum ikut nafsi-nafsi. Ini bukan hak asasi, ini adalah Anarki.
Hudud ini telah ditetapkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta, yang menciptakan sekelian manusia, Tuhan sekelian Alam dan "Dialah Yang Awwal dan Yang Akhir, dan Yang Dhahir dan Yang Bathin dan Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu" (Al-Hadid ayat 3)
Dan
yang paling utama antara kesemua Nama-namaNya Yang Maha Indah ialah
ar-Rahman, ar-Rahim dan Dia telah mengutuskan KekasihNya, Nabi Muhammad
saw sebagai Rahmatulil a'lameen, dan RahmatNya ini meliputi setiap
sesuatu.
Dalam ayat lain Allah berfirman "Dan Allah tidak menzalimi manusia, tetapi mereka adalah orang yang menzalimi diri mereka sendiri." (At-Taubah, ayat 70, Al-Ankabut ayat 40, dan ayat 9 surah A-Rum)
Para
ulama usul mengatakan ada enam keperluan asasi yang menyempurnakan
kehidupan manusia – enam tunjang kehidupan yang tanpa salah satu darinya
maka manusia tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan ini juga
bermakna kesempurnaan masyarakat manusia. Keperluan-keperluan itu
adalah:
1. Deen
Untuk memelihara ad-Deen, ada hadd untukperbuatan Riddah (murtad dsbgainya)
2. Nafs
Untuk
memelihara Nafs (Nyawa), maka ada hokum Qisas. Walaupun ia bukan secara
khusus satu hadd, atau mempunyai satu ketentuan limit hukuman (kerana
dalam Qisas itu terdapat beberapa pilihan), tetapi para ulama
memasukkannya bersama hokum Hudud berdasarkan kesamaannya dengan
had-hadd lain serta kerana adanya hukuman mati dan lain-laian hukuman
berat dalam pilihan-pilihan hukuman Qisas ini.
3. 'Aql
Untuk
memelihara 'Aql (akal atau intelek) yang mana menerusinya Allah telah
memuliakan manusia mengatasi lain-lain ciptaaanNya, maka ada hadd untuk
(kesalahan) meminum Khamar.
4. Nasb
Untuk
memelihara Nasb (Nasab atau keturunan kekeluargaan) dan struktor
keluarga (suku kaum dsbnya), maka ada hadd untuk zina, i.e perhubungan
jenis luar nikah, samada zina muhsan ataupun zina bukan muhsan.
5. 'Ird
Untuk
memelihara maruah insan, juga untuk memelihara sikap saling
hormat-menghormati dalam masyarakat, maka ada hadd untuk (kesalahan)
membuat Fitnah, khususnya fitnah dalam soal-soal seksual seseorang
insan.
6. Mal
Untuk memelihara wang dan harta manusia (Mal), maka ada hadd untk mencuri, merompak atau samun dsbgai.
Setengah ulama menggabungkan Nasab dan "Ird
kerana keduanya bersabit dengan tindakan seksual, tetapi golongan lainl
ebih gemar memisahkan keduanya kerana untuk setiap satu dari itu ada
hadd-hadd yang berbeza.
Selain dari yang enam itu ada satu lagi hadd untuk Jenayah Hirabah
(rompakan yang melibatkan pembunuhan atau ancaman nyawa), tapi ini
sebenarnya dari satu sambungan dari hadd untuk pemeliharaan Nyawa dan
Harta. Ia ada unsur penzaliman ke atas nyawa dan harta seseorang insan.
Lihat al-Baqarah ayat 229, "Ini adalah Hudud Allah, maka jangan kamu melanggarinya" dan Allah swt menyambung lagi "Barangsiapa yang melampaui (Hudud Allah), maka mereka adalah orang-orang yang berdosa."
Allahumma salli 'ala Sayyiduna Muhammad wa 'ala aalihi wa ashabiji ajma'in.
No comments:
Post a Comment