Saturday, June 23, 2012

RAHASIA MAKRIFATULLAH (1) : KITAB KASYF AL-ASRAR

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

RAHASIA MAKRIFATULLAH (1) : KITAB KASYF AL-ASRAR

SELURUH ISI KITAB KASYF AL-ASRAR YANG DISAMPAIKAN DALAM BENTUK SOAL JAWAB
Berikut ialah isi kandungan kitab Kasyf al-Asrar yang dinukilkan dengan sepenuhnya, seperti tersebut di atas, naskhah asal berbentuk soal jawab dengan meletakkan angka urutan bagi setiap soal jawab itu seperti soal pertama serta jawabnya di beri angka 1 demikianlah seterusnya hingga kepada angka 182
1. Tiga ilmu yang wajib dituntut
  1. Soal: Mana ilmu fardhu ain (wajib) menuntut dia?

Jawab: Ilmu fardhu a'in menuntut dia itu ada tiga iaitu pertama ilmu Usuluddin, kedua ilmu fiqh dan ketiga ilmu tasawuf.
  1. Soal: Mana had ilmu Usul yang fardhu menuntut dia, mana had ilmu Fiqh, dan mana had ilmu Tasawuf yang fardhu menuntut dia?

Jawab: Had fardhu a'in bagi ilmu usul ialah mengetahui perkara yang wajib, mustahil, dan harus bagi Allah dan bagi semua rasul. Hadfardhu a'in bagi ilmu fiqh sekadar mengetahui segala syarat dan rukun yang mengesah dan membatalkan amal, dan had fardhu a'in bagi ilmu tasawuf ialah mengetahui perkara yang membatalkan pahala amal seperti ria'.
3. Soal: Apa kata kamu pada orang yang beramal tanpa mengetahui tiga ilmu ini?

Jawab: Orang yang tidak mengetahui ilmu yang tiga ini tidak akan diterima segala amal ibadatnya walau mengerjakan haji sekalipun, dan haram menuntut ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui fardhu a'in.
2. Ma'rifat
4. Soal: Mana asal amal dan mana asal ma'rifat?
Jawab: Asal amal dan asal ma'rifat itu ilmu. Sebab itulah wajib menuntut ilmu.
5. Soal: Mana asal ilmu?
Jawab: Asal ilmu itu Qur'an dan Hadith. Perkara yang tiada muafakat dengan Qur'an dan Hadith itu ditolak.
6. Soal: Mana awal-awal agama dan mana yang dinamakan agama?
Jawab: Awal agama ialah mengenal Allah seperti sabda Nabi , Bermula awal-awal agama itu mengenal Allah.
7. Soal: Mana asal mengenai (ma'rifat) Allah?

Jawab: Asal mengenai (ma'rifat) Allah ialah mengenai diri. Yang dinamai agama itu ialah Iman, Islam, Tauhid, dan Ma'rifat.
8. Soal: Apa erti Iman, Islam, tauhid, dan ma'rifat?

Jawab: Erti Iman ialah percayakan Allah, Rasul-rasul, malai'ikat, kitab-kitab, Hari Kemudian, dan untung baik dan untung jahat. Erti' Islam mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Erti tauhid ialah mengesakan (a) dzat Allah, (b) sifat Allah, dan (c) afal (perbuatan) Allah. Erti ma'rifat ialah membezakan di antara yang qadim dan yang muhdath (baru).
3. Rukun Iman
  1. Soal: Apa erti percayakan Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari
    Kemudian dan untung baik dan untung jahat?

Jawab: Erti percayakan Allah ialah percayakan dzat-Nya, sifat-Nya, af'al (perbuatan)-Nya, dan asma' (nama)-Nya. Percayakan Rasul ialah seperti lahirnya di Makkah dan wafatnya di Madinah. Percayakan Malai'ikat ialah ianya tubuh halus, tiada lelaki atau perempuan, tiada makan dan minum, tiada beranak atau diperanakkan, dan tiada tidur. Percayakan Kitab-Nya sebanyak seratus empat buah di bawa turun dari langit. Percayakan Hari Kiamat bangkit dari kubur, berhimpun di Padang Mahsyar, Titian Sirat al-mustaqim, telaga, syurga dan neraka. Percayakan untung baik ialah iman dan ta'at dan untung jahat ialah kufur dan ma'siat, keduanya datang dari Allah.
4. Wahadat al-Wujud
  1. Soal: Bitapa mentauhidkan (mengesakan) dzat Allah, sifat Allah, Af’al Allah?

Jawab: (a) Maksud mengesakan dzat Allah ialah tiada yang maujud dalam alam hanya Allah. Wujud selain Allah itu tiada hakikat tetapi hanya seperti wujud bayang-bayang yang tiada hakikat baginya.
(b) Maksud esa sifat-Nya ertinya tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allah. Sifat ini ada pada makhluk adalah semata-mata bayang-bayang bagi wujud Allah jua. Makhluk diumpamakan seperti cahaya matahari dan Allah adalah seperti matahari. (c) Maksud mengesakan afal (perbuatan) iaitu taida yang mempunyai perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah bukan perbuatan makhluk walau seberat zarah sekalipun. Jika engkau percaya ada perbuatan makhluk walau seberat zarrah sekalipun, maka engkau syirik. (d) Yang dimaksudkan dengan ma'rifat itu ialah membezakan di antara hadith dengan qadim.
  1. Soal: Kemana ta'lluq ma'rifat?

Jawab: Ta'alluq ma'rifat itu ialah kepada mengenal diri.
  1. Soal: Mengenal diri kemana ta'alluq?

Jawab: Mengenal diri itu pula berta'alluq kepada mengenal Allah. Mengenal Allah itu pula ta'alluq kepada binasa diri. Sabda Nabi, terjemahnya: Sesiapa mengenal dirinya, mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal Tuhannya, binasa dirinya. Maka jadilah satu tiada beza di antara yang mengenal dengan yang dikenal. Yang dikenal itulah yang mengenal dan yang mengenal itulah yang dikenal, , Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku.
  1. Soal: Bagaimana kita mengenal Tuhan sedangkan Dia tiada 'ain bagi-Nya?

Jawab: Kita mengenal Tuhan itu dengan sifatnya ya'ni bekas sifatnya seperti firman-Nya "Aku jadikan tiap-tiap sesuatu kerana hendak mengenal akandaku pada tiap-tiap suatu itu".

Soal: Di atas ada menyebut sifat. Maka apakah yang dinamai sifat?

Jawab: Yang dinamai sifat ialah sesuatu yang za'idah (lebih) ke atas dzat.
  1. Soal: Apakah erti sifat, dzat, af’al dan asma'?

Jawab:Tentang pengertian dzat sifat, asma', dan af'al piila ialah sifat itu kelakuan-Nya, dzat itu diri-Nya, aPal itu perbuatan-Nya, dan asma itu nama-Nya, yang menunjukkan di atas sesuatu maka iaitu asma' namanya.
  1. Soal: Allah itu siapakah yang memberi nama?

Jawab:Asma' atau nama Allah itu adalah Allah sendiri yang memberi nama bukan makhluk meletakkan nama "Allah" itu.32 Dan nama Allah qadim bukan hadith.
  1. Soal: Bagaimana hendak beri hukum ada Allah Ta'ala?

Jawab: Allah itu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binafsihi
Wahdaniyat. (Sedia, Kekal, berlainan dengan yang baharu, Berdiri dengan sendiri dan
tunggal)
  1. Soal: Apakah beza di antara sifat dengan mausuf, wujud dengan maujud, ilaab dengan ilaa-hiyah, ilaa-h dengan Allah?

Jawab: Bezanya ialah sifat itu kenyataan bagi mausuf, wujud itu kenyataan bagi maujud, ilaahitu kenyataan bagi ilabiyah, Allah yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepada-Nya tiap- tiap barang yang lain. Allah ialah nama-bagi Tuhan yang Wajib al-Wujud yang mewajibkan dua puluh sifat.

Soal: Sifat (Allah) dengan dzat (Allah) itu bersekutu atau bercerai?

Jawab: Sifat dengan dzat itu tiada bersekutu dan tiada bercerai dan kita tiada ketahui kaifiyatnya.
  1. Soal: Sifat dengan dzat itu satu syai’(sesuatu) atau dua syai’(sesuatu)?

Jawab: Sifat dengan dzat itu dua sya,i' pun kita tidak boleh kata dan satu syai' pun kita tidak boleh kata kerana kita tidak ketahui kaifiyatnya.
  1. Soal: Apakah beza di antara dzat dengan sifat?

Jawab: Bezanya ialah dzat itu ialah diri-Nya dan sifat itu kelakuan-
Nya.
  1. Soal: Apa sebab sifat dua puluh terbahagi kepada empat iaitu sifat nafsiyah, salbiyah, ma'ani, da ma'nawiyah?

Jawab: Nafsiyah ialah jenis atau bangsa wujud (ada), salbiyah bangsa 'adam (tiada), ma'ani bangsa hal, dan ma'nawiyah itu bangsa i'tibar.
  1. Soal: Mana bangsa wujud, mana bangsa adam, mana bangsa hal, mana bangsa i'tibar?

Jawab: (a) Bangsa wujudiaiah sifat ma'ani kerana sifat ma'ani itu maujud pada zihin (fikiran) dan pada kharij(di luar). (b) Adapun 'adam itu sifat salbiyah yang keadaannya tiada maujud pada zihin dan tiada maujud pada kharij, (c) Adapun bangsa halitu sifat nafsiyah kerana sifat nafsiyah ini kelakuan maujud. (d) Adapun bangsa i'tibar itu ialah sifat ma'nawiyah kerana sifat ma'nawiyah ini nama bagi dibilangkan sifat seperti dzat itu bernama Hayy Yang Hidup kerana berdiri sifat hayat itu pada dzat. Inilah era dikerana dengan suatu kerana.
  1. Soal: Berapa martabatkah Sifat Dua Puluh itu?

Jawab. Sifat Dua Puluh itu ada tiga martabat. Pertama martabat dzat, kedua martabat sifat dan ketiga martabat asma'.
  1. Soal: Mana martabat dzat, mana martabat sifat, dan mana martabat asama'?

Jawab: Martabat dzat itu sifat nafsiyah dan salbiyah, martabat sifat itu ialah sifat ma'ani, dan martabat asma' itu sifat ma'nawiyah.
  1. Soal: Apa sebab sifat salbiyah dinamakan martabat dzat, sifat ma'ani dinamakan martabat sifat, sifat ma'nawiyah dinamakan martabat asma'?

Jawab: Martabat dzat itu tiada siapa yang boleh mengetahui akan kunhi dzat Allah Ta'ala hingga mala'ikat muqarrabin. Sifat nafsiyah itu tiada kenyataan pada kharij (luar). Sifat salbiyah itu tiada maujud kenyataan pada kharij hanya sifat pada khabar jua.
Martabat sifat itu dinamakan bagi ma'ani kerana sifat itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan alam. Sifat ma'ani itu ada kenyataan memberi bekas pada menjadikan alam. Sifat ma'nawiyah itu dinamai martabat asma' kerana sifat ma'nawiyah itu nama bagi dzat seperti dzat yang bernama Qadir yang kuasa kerana berdiri sifat Qudrat kepada dzat adanya.
  1. Soal. Apa sebab Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binafsihi masuk pada sifat kaya?

Jawab:Lima sifat tersebut ini termasuk dalam sifat kaya kerana sifat yang lima ini bernama kaya iaitu Wujud dzat Allah tiada dikeranakan dengan suatu kerana, Qidam-Nya tiada permulaan,
  1. Soal: Apa sebab sifat Sama', Basar, Kalam, Samai', Basir, Mutakallim masuk kepada sifat kaya?

Jawab. Sebab masuk kepada sifat kaya kerana sifat itu bernama sifat kaya maha suci dari kekurangan.
  1. Soal: Apa sebab bersifat Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Hayyun, 'Alimun, Qadirun, Muridun, Wahdaniyat?

Jawab: Kalau Allah tiada bersifat dengan sembilan sifat ini nescaya tiada diperbuat suatu daripada alam ini.
  1. Soal: Apa erti maujud pada zihin dan apa erti maujud pada kharij?

Jawab: Ertinya maujud sifat kepada dzat, dan erti maujud pada kharij ialah memberi bekas sifat pada menjadikan alam.
  1. Soal: Apa sebab sifat nafsiyah dan sifat ma'nawiyah maujud kepada zihin tiada maujud kepada kharij?

Jawab:Sifat nafsiyah itu kenyataan bagi maujud. Sifat ma'nawiyah itu nama bagi dzat.
Nama itu tiada memberi bekas sekali-kali adanya.
  1. Soal: Apa sebab sifat salbiyah itu tiada maujud kepada zihin dan kepada kharij?

Jawab: Kerana sifat salbiyah itu 'adami (tiada) maujud kepada dzat, hanya sifat pada khabar, hanya sifat menanggali dan menapikan barang yang tiada patut bagi Tuhan kita Jalla wa'Azza.
  1. Soal: Apa sebab sifat ma'nawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu bersifat ma'ani, dan sifat ma'ani itu diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan dzat Allah Ta'ala?

Jawab: Sifat ma'nawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib kerana wasitah antara yang maujud dan mu'dam (tiada), kerana sifat itu tiada maujud dan tiada mu'dam (tiada), dan kerana diqaidkan dengan sifat ma'ani dan kerana membezakan antara ma'nawiyah
qadim dan ma'nawiyah muhdatah
. 6. Sifat Dua Puluh Menjadi Batiniyah-Wahdat al-Wujud
  1. Soal: Di mana (apakah) kalimah yang menghimpun Sifat Dua Puluh ini?
Jawab:Yang menghimpunkan Sifat Dua Puluh ini ialah kalimah
  1. Soal: Dalam berapa terkandung dalam kalimah, dalam berapa terkandung kalimah , dalam berapa terkandung kalimah dan dalam berapa terkandung kalimah ?

Jawab: Terkandung dalam kalimah lima sifat iaitu wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu, dan qiyamuhu binafsihi. Terkandung dalam kalimah ialah enam sifat iaitu sama', basar, kalam, sami', asir, mutakalim. Yang terkandung dalam kalimah empat sifat iaitu hayvun. 'alimun, qadirun, muridun, dan terkandung dalam kalimah lima sifat iaitu hayat, ilmu, qudrat, iradat, dan wahdaniyat.
  1. Soal: Apa sebab sifat lima terdahulu itu terkandung dalam kalimah , apa sebab sifat yang enam terkandung dalam kalimah , apa sebab sifat yang empat itu terkandung dalam kalimah , dan apa sebab sifat yang lima terakhir itu terkandung dalam kalimah ?

Jawab:Sifat yang lima wujud, qidam, baqa', mukhalafathu dan quyamuhu binafsihi terkandung dalam martabat la ta'yyun ertinya "tiada nyata-Nyata".
Allah dari sudut dzat atau dari sudut batin tiada nyata-Nya, Allah dari sudut zahir adalah ta'yyun (nyata) iaitu makhluk. La Ta'yyun dan ta'yyun adalah istilah wahdat al-wujud dan kalimah itu kalimah tauhid namanya, maka inilah sebabnya. Enam sifat iaitu sama', basar, kalam, sami', basir, mutakallim, terkandung dalam kalimah sebab sifat itu bernama sifat kaya. Ma'na itu yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya. Manakala sifat hayy, 'alim, qadir, murid, yang terkandung kepada kalimah kerana sifat itu melazimi bagi sifat ma'ani dikeranakan dengan ma'ani. Manakala sifat yang lima yang akhir iaitu hayat, ilmu, qudrat, iradat, dan wahdaniyat, terkandung dalam kalimah kerana dengan dia zahir segala sifat, kerana sifat itu wujud kepada zihin dan kepada kharij. Adapun ma'na itu nama bagi dzat wajib al-wujud yang mewajibkan Sifat Dua Puluh.
7. Sifat Dua Puluh (sambungan)
  1. Soal: Apa perbezaan di antara qudrat dengan qadir, sama' dengan sami', hingga ketujuhnya?

Jawab: Perbezaan Qudarat dengan Qadir, Sama' dan Sami' hingga ketujuhnya ialah Qudrat itu sifat yang berdiri bagi dzat tiada dikeranakan dengan suatu kerana, manakala sifat Qadir itu nama bagi dzat sebab berdiri sifat Qudrat kepada dzat mewajibkan dzat itu bernama Qadir Yang Berkuasa. Demikianlah juga Sama' dengan Sami' dan seterus semua sifat ma'ani - ma'nawiyah itu.

  1. Soal: Apa sebab sifat qudrat itu dinamakan sifat ma'ani dan qadir itu
    sifat ma'nawiyah?

Jawab:Kerana qudrat itu nyata kenyataan memberi bekas pada menjadikan alam, manakala qadir dinamakan sifat ma'nawiyah kerana tiada memberi bekas pada menjadikan alam tetapi ia adalah nama bagi dzat Yang Berkuasa kerana berdiri sifat qudrat pada dzat. Dengan kata lain, dengan qudrat Allah maka alam ini terjadi, dan qudrat itu ada pada dzat Allah Yang Berkuasa (qadir).
  1. Soal: Apakah beza di antara ma'ani dengan ma'nawiyah?

Jawab: Ma'ani qa'im dengan dzat tiada dikeranakan dengan suatu kerana mewajibkan suatu hukum. Manakala sifat ma'nawiyah pula tiada qa'im dengan dzat hanya qa'im (terletak) dengan ma'ani
dikeranakan dengan suatu kerana ya'ni kerana ma'ani.
  1. Soal: Dzat (Allah) itu jadi apa kepada kita, sifat (Allah) itu jadi apa kepada kita, af'al atau perbuatan (Allah) itu jadi apa kepada kita, dan asma' atau nama (Allah) itu jadi apa kepada kita?

Jawab: Dzat itu jadi rahsia kepada kita, sifat itu jadi nyawa kepada kita, af'al itu jadi tubuh kepada kita, dan asma' itu jadi had kepada kita.
8.Syari'at, Tarikat, Hakikat, dan Ma'arifat (Satu)
  1. Soal: Berapa jalan kepada Allah Ta'ala dalam tubuh manusia?

Jawab: Jalan kepada Allah Ta'ala di dalam tubuh manusia ada empat iaitu jalan Syari'at, Tariqat, Haqiqat, dan Ma'rifat.
  1. Soal: Syari'at itu apa kepada Rasul, tariqat itu apa kepada Rasul, hakikat itu apa kepada Rasul, dan ma'rifat itu apa kepada Rasul?

Jawab: Syari'at itu perkataan Rasul, tariqat itu jalannya, hakikat itu kediamannya, dan ma'rifat itu kelakuannya.
  1. Soal: Syari'at itu apa kepada kita dan apa zikirnya, tariqat itu apa kepada kita dan apa zikirnya, haqiqat itu apa kepada kita dan apa zikirnya, dan ma'rifat itu apa kepada kita dan apa zikirnya?

Jawab:Syari'at itu tubuh kepada kita dan zikirnya ,tariqat had kepada kita dan zikirnya hakikat itu nyawa kepada kita dan zikirnya dan ma'rifat itu rahsia kepada kita dan zikirnya iaitu hakikat kunhi dzat.
  1. Soal: Mana istana syaria'at, mana istana tariqat, mana istana haqiqat, dan mana istana ma'rifat?

Jawab: Istana syari'at itu lidah, istana tariqat itu hati, istana haqiqat itu nyawa, dan istana ma'rifat itu lengkap meliputi sekalian badan.
  1. Soal: Syari'at itu kejadian-daripada apa, tariqat itu kejadian daripada apa, hakikat itu kejadian daripada apa, dan ma'rifat itu kejadian daripada apa?

Jawab: Kejadian syari'at itu daripada air, tariqat itu daripada angin, hakikat itu daripada bumi, dan ma'rifat itu daripada api.
  1. Soal: Kejadian syari'at itu daripada air, air yang mana; tariqat itu daripada angin, angin yang mana; hakikat itu daripada bumi, bumi yang mana, dan ma'rifat itu daripada api, apa yang mana?

Jawab:Air itu ialah cahaya Nur Muhammad, angin itu ialah nafas Muhammad, bumi itu ialah badan Muhammad, dan api itu ialah (nazir atau pemandang Muhammad).
  1. Soal: Mana awal Muhammad, mana akhir Muhammad, mana zahir Muhammad, dan mana batin Muhammad?

Jawab:Awal Muhammad itu nurani, nyawa kepada kita; akhir Muhammad itu rohani, hati kepada kita; zahir muhammad itu insani, tubuh kepada kita; dan batin Muhammad itu rabbani, rahsia kepada kita.
terjemahnya: Bermula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu hai Jabir, maka dijadikan daripadanya segala. sesuatu, dan engkau adalah salah satu daripada segala sesuatu itu.33 Maka asal jadi manusia dan seluruh alam ini adaiah daripada Nur Muhammad. Masalah Nur Muhammad ini sebenarnya tidak asal dalam Islam yang bersumberkan Qur'an dan hadith sahih. Jika hakikat ini jelas kepada minda anda,
maka tidaklah menghairankan tenang kebatilan perkara 45 dan 46 yang tersebut di atas. Kerana Muhammad di sebut itu bukanlah nabi Muhammad Rasulullah yang lahir di Makkah dan wafat di Madinah itu, malah ianya adalah wujud prtama dan semua asal hakikat wujud adalah terjadi daripadanya. Maka timbullah konsep Muhammad awal, Muhammad akhir, Muhammad zahir, dan Muhammad batin, seperti katanya:
9. Syari'at, Tariqat dan Haqiqat Ma'rifat, (Dua)
  1. Soal: Ma'rifat itu berapa perkara?

Jawab:Ma'rifat itu tiga iaitu ma'rifat orang syari'at, ma'rifat orang tariqat, dan ma'rifat orang haqiqat.
  1. Soal: Apa perbezaan di antara tiga itu?

Jawab: (a) Ma'rifat orang Syari'at itu ialah mengenal segala hukum yang zahir seperti mengenal halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, fardhu dan sunat, rukun dan syarat. (b) Ma'rifat orang tariqat itu ialah mengenal barang yang seni-seni seperti ria, 'ujub, sum'ah, takabbur, hasad, dan sebagainya daripada sifat madzmumah yang dicela oleh Syara', dan mengenal kasih sayang Allah Ta'ala akan hamba-Nya, dan mengenal baik dan jahat zahir dan batin. (c) Manakala ma'rifat orang hakikat itu iaitu antara tanzih dan tasybih, tiada terdinding padangan yang zahir akan yang batin, dan tiada terdinding pandangan yang batin akan yang zahir.
  1. Soal: Mana yang dinamai syari'at, mana yang dinamai tariqat, mana yang dinamai haqiqat, dan mana yang dinamai ma'rifat?

Jawab: (a) Yang dinamai Syari'at itu engkau sembah akan Allah Ta'ala, kerjakan segala suruh Syara', jauhi segala yang ditegah Syara'. (b) Yang dinamai tariqat itu engkau sahajakan Allah Ta'ala dengan ilmu dan amal, dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. (c) Yang dinamai haqiqat itu seperit engkau pandang Allah Ta'ala dengan cahaya yang dipertaruhkan Allah pada sama tengah hatimu. (d) Manakala ma'rifat itu lengkap meliuputi sekalian badan.
  1. Soal: Adakah haqiqat itu bersalahan dengan syari'at?
Jawab: Haqiqat itu tiada bersalahan dengan Syari'at. Sesiapa yang mengatakan bersalahan haqiqat itu dengan Syari'at, orang itu kafir kerana haqiqat itu Syari'at Nabi yang batin, dan Syari'at itu ya'ni ilmu Fiqh iaitu Syari'at Nabi yang zahir, dengan sebab itulah tiada boleh bercerai Syari'at itu dengan haqiqat kerana haqiqat itu nyawa dan Syari'at itu tubuh. Inilah isyarat sabda nabi s.a.w.
terjemahnya: Syari'at tanpa haqiqat itu hampa, haqiqat tanpa syaria'at itu batil. Sebab itulah di antara keduanya tiada bercerai.
terjemahnya: Syari'at tanpa haqiqat itu hampa, haqiqat tanpa syariat itu batil, bukanlah hadith Rasululllah s.a.w. tetapi kata-kata orang sufi sahaja. Sebab itu pada pendapat saya, ilmu haqiqat adalah satu perkara menambah-nambah dalam Agama Islam.
10. Ma'rifat - wahdat al-wujud
52. Soal: Manakah ma'rifat haqiqat yang wajib diketahui agar terlepas daripada syirik?

Jawab:
Haqiqat itu engkau pandang dengan cahaya yang dipetaruhkan Allah Ta'ala pada tengah hatimu akan haqiqat dirimu dan apa yang ada pada dirimu dan pandang daripada Allah kepadamu.
53. Soal: Apa yang daripadamu dan apa yang daripada Allah kepada kamu?

Jawab: Daripadamu itu hina, faqir, dha'if, lemah, itulah bahagian darimu. Manakala mulia, kaya, kuat, dan kuasa, maka inilah yang daripada Allah Ta'ala kepada kamu. Mulia engkau itu ialah mulia Allah Ta'ala, kaya engkau itu kaya Allah Ta'ala, kuat engkau itu ialah kuat Allah Ta'ala, kuasa engkau itu adalah kuasa Allah Ta'ala. Maka fana'kanlah muliamu itu dalam mulia Allah Ta'la. Fana'kanlah kayamu itu dalam kaya Allah Ta'ala. Fana'kanlah kuatmu dalam kekuatan Allah Ta'la. Fana'kanlah kuasamu dalam kuasa Allah. Tiada satu dzarah dan dirimu pada hakikatnya hanya semata-mata anugerah Allah Ta'ala kepadamu. Fikirkan asal kamu itu 'adam (tiada) maka Allah anugerah kepadamu dengan didatangkan ni'mat. Mengadakan dikau dengan tiada kerana 'illah (sebab). Kemudian Allah datangkan ni'mat anugerah yang tiada terkira seperti membei rezeki yang berbagai-bagai, ada yang manis, masam, kelat, pahit, masin, pedas, dan sebagainya yang tiada terkira. Saudara sekalian! Banyaklah dikau fikir akan ni'mat Allah pada dirimu. Maka kerjakanlah segala suruhan Allah sekali-pun jika engkau terasa berat, dan jangan sekali-kali melakukan ma'siat, serta jangan jadi seperti binatang yang tiada mempunyai akal fikiran dan tiada memikirkan tentang hidup dan mati
  1. Soal: Mana darjah haqiqat?

Jawab: Darjah haqiqat itu ialah hilang segala wujud yang zahir ini pada pandangan hati.
  1. Soal: Mana haqiqat tauhid?

Jawab: Haqiqat tauhid itu ialah segala apa yang terlintas di hati semuanya itu binasa lagi baharu.
  1. Soal: Mana haqiqat tasawuf?

Jawab: Haqiqat tasawuf ialah meninggalkan segala da'wa.
  1. Soal: Mana asal mengenal Allah?

Jawab:Asal mengenal Allah ialah mengenal diri.
  1. Soal: Berapa yang bernama diri?

Jawab:Ada tiga: pertama sebenar-benar diri, kedua diri terperi, dan ketia diri terdiri.
  1. Soal: Mana sebenar-benar diri, mana diri terperi, dan mana diri terdiri?

Jawab:Sebenar-benar diri keadaannya kapas iaitu keadaan Allah, diri terperi keadaan benang iaitu keadaan Muhammad, dan diri terdiri itu keadaan kain iaitu keadaan Adam. Mithal ini kerana menghampirkan kepada faham jua kerana maha suci Allah daripada mithal dan tasybih.
11. Tamsil (perbandingan) dan tanzih (tiada perbandingan), atau transcendent dan immanent keduanya sekali
  1. Soal: Apakah yang menyampaikan kita kepada Allah?

Jawab: Yang menyampaikan kita kepada Allah itu ialah anugerahnya.
  1. Soal: Mana sebenar-benar ilmu?

Jawab:Sebenar-benar ilmu ialah mengetahui baik dan jahat, zahir dan batin, awal dan akhir, halal dan haram, makruh dan harus, sunat dan fardhu, syarat dan rukun, sah dan batal.
  1. Soal: Apakah yang mengalahkan ilmu?
Jawab: Yang mengalahkan ilmu itu nafsu.
  1. Soal. Apakah yang mengalahkan nafsu?

Jawab: Yang mengalahkan nafsu ialah takutkan Allah sebenar-benar takut.
  1. Soal: Mana kesudahan ilmu?

Jawab: Kesudahan ilmu ialah kembali kepada asal seperti sediakala.
  1. Soal: Mana kesudahan ma'rifat?

Jawab: Kesudahan ma'rifat ialah jahilkan diri.
  1. Soal: Mana kesudahan akal?

Jawab: Kesudahan akal lemah daripada mendapat, itulah mendapat. Seperti keadaan Tuhan kita tiada dalam suatu dan tiada di luar sesuatu, tiada suatu dalamnya jauh, tiada antara hampir, dan tiada bersentuh.
Inilah sabda Nabi (bukan hadith tetapi kata-kata ulama'):
terjemahnya: Bermula lemah daripada mendapat akan pendapat maka itulah yang didapat. (Lemah daripada mendapat tanggapan mengenai ketuhanan maka itulah tanggapan).
terjemahnya: Bermula lemah daripada mendapat akan pendapat maka itulah yang didapat. (Lemah daripada mendapat tanggapan mengenai ketuhan maka itulah tanggapan) maka inilah yang ada persamaan dengan tanzih atau transcendent, manakala perbandingan "kain = Adam,, benang = Muhammad, dan kapas = Allah", yang tersebut dalam sanggahan di atas maka ini ada persamaan dengan tamthil (perbandingan) atau immanent.
12. Orang berakal
  1. Soal: Mana yang dinamai cerdik?
Jawab: Yang dinamai cerdik ialah memelihara akan harta dan agama.
  1. Soal: Yang mana orang berakal?

Jawab:Tanda orang berakal itu ada empat belas: (1) Meninggalkan kemuliaan dunia. (2) Meninggalkan takabur. (3) Suka mem-banyakkan buat amal ibadat. (4) Suka membanyakkan berbuat amal kebajikan. (5) Benci kepada jalan kejahatan. (6) Kasihkan orang alim lagi beradab. (7) Membalas jasa orang kepadanya. (8) Bersegera membayar hutang. (9) Menahan marah. (10) Suka bersedekah serta manis muka dan tuturkata. (11) Banyak kasihan kepada kaum kerabat. (12) Tiada mahu makan yang haram. (13) Mahu terkena dan tiada mahu mengena. (14) Benci kepada orang yang membuat kebesaran dan kemegahan kerana ditilik dalam hatinya pekerjaan yang tiada memberi faedah dunia dan akhirat. (Jika anda bersifat dengan 14 sifat ini) sempurnalah dunia dan akhirat walaupun tiada tahu membaca kitab sekalipun. Inilah orang yang berakal terpelihara dunia dan akhirat.
Lawan bagi 14 ini adalah tanda orang yang tiada berakal yang bakal mendapat celaka dunia dan akhirat.
  1. Soal: Mana sekurang-kurang akal manusia?

Jawab: Sekurang-kurang akal itu meninggalkan dunia.
13. Beza Iman dan Islam
  1. Soal: Apa perbezaan Iman dengan Islam?

Jawab: Perbezaan di antara Iman dengan Islam ialah bahawa Iman itu batin dan Islam itu zahir yang tiada bercerai di antara keduanya seperti nyawa dengan tubuh, tiada hidup tubuh melainkan dengan nyawa. Maka demikianlah jua tiada sah Islam melainkan dengan Iman, dan tiada sah Iman melainkan dengan Islam, kerana Islam itu zahir Iman. Sebab itulah tiada boleh dikata muslim orang tiada Islam ya'ni tiada mngerjakan suruh dan meninggal apayang ditegah oleh Syara'.
  1. Soal: Mana asal amal, mana asal ta'at, mana asal kebaikan dan mana asal kejahatan?

Jawab. (Asal) amal itu ilmu, asal ta'at itu ketiadaan mengikut hawa nafsu, asal kebaikan itu menyalahi hawa nafsu, dan asal kejahatan itu mengikut hawa nafsu.
14. Ikhlas
  1. Soal: Apa syarat sah amal?

Jawab: Syarat sah amal itu ialah ikhlas.
  1. Soal: Ikhlas itu pula berapa perkara?

Jawab: Ikhlas itu tiga jenis: Ikhlas orang mubatadi (permulaan), ikhlas orang mutawassit (pertengahan), dan ikhlas orang muntahi (kesudahan).
  1. Soal: Apakah perbezaan tiga jenis ikhlas ini?

Jawab: Ikhlas orang mubtadi ialah suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah dengan mengharapkan mendapat pahala masuk syurga dan kerana takutkan azab masuk neraka.
Ikhlas orang mutawassit ialah maha suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah, hanya mengerjakan suruhan Allah kerana dia hamba Allah. Mengerjakan suruh dan meninggalkan tegah bukan kerana hendakkan pahala masuk syurga dan bukan kerana takutkan azab masuk neraka. Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetapi hanya memandang kelakuan Allah Ta'ala pada dirinya. (Inilah sikap orang wahdat al-wujud).
  1. Soal: Apakah perbezaan di antara tiga jenis ikhlas ini?

Jawab: amal orang mubtadi itu syirik semata-mata kerana membangsakan amal bagi dirinya, lagipun ia menuntut akan balasan amalnya. Amal orang mutawassit itu syirik juga tetapi halus syiriknya jika dibandingkan dengan syirik orang muntahi, kerana sabda Nabi (bukan hadith), terjemahnya,
Wujudmu itu dosa tiada boleh dikiaskan baginya bagi lainnya. Manakala amal orang muntahi itu lepas daripada syirik halus ini. Maka inilah yang dituntut.
76. Soal: Manakah jalan yang boleh mengeluar dan melepaskan kita daripada syirik?

Jawab: Jalan yang boleh mengeluarkan engkau dariapda syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau. (Keluar dari diri erti diri dianggap tidak ada, yang ada hanya Allah - pada sangkaan orang wahdat al-wujud).
terjemahnya: Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (kerana mengerjakan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa, takut (akan kemurkaan-Nya) dan harap (akan rahmat-Nya)?
(2) Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetap hanya memandang kelakuan Allah ta'ala pada dirinya, maka ini adalah wahdat al-wujud lagi jabariyah.
(3) Kata-kata dalam perkara 76 di atas yang berbunyi "Jalan yang boleh mengeluarkan engkau daripada syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau" berbau fana' atau wahdat al-wujud iaitu menganggap diri tidak ada yang ada hanya Allah, segala yang dilakukan oleh diri sebenarnya itu adalah dilakukan oleh Allah sendiri.
15. Ma'rifat atau orang 'arif
77. Soal: Apakah yang dinamakan jahil murakkab?

Jawab:
Yang dinamakan jahil murakkab ialah orang yang tiada membezakan di antara muhdath dan qadim, kerana ia jahil akan dirinya dan jahil akan Tuhannya, maka tiadalah mencium bau ma'rifat.
78. Soal: Siapakah orang 'arif?

Jawab: Orang 'arif ialah orang yang mengenal akan dirinya dan mengenal akan Tuhannya, mengenal akan segala sifat-Nya
mengenal akan segala afal-Nya, mengenal akan segala asma'Nya, dan mengenal zahir dan batin, baik dan jahat, suka dan duka itu sama sahaja, tiada suka sebab dipuji dan tiada duka sebab dicela.
.
  1. Asal kejadian anak Adam dari Nur Muhammad
  1. Soal: Apakah asal kejadian anak Adam?

Jawab: Asal kejadian anak Adam ialah daripada empat anasir iaitu tanah, air, angin, dan api.
  1. Soal: Tanah itu jadi daripada apa, air jadi daripada apa, angin jadi daripada apa, dan api jadi daripada apa?

Jawab: Tanah itu daripada air, air itu daripada angin, angin itu daripada api, dan api itu daripada rahsia Muhammad.
  1. Soal: Tanah itu tanah yang mana, air itu air yang mana, angin itu angin yang mana dan api itu api yang mana?

Jawab: Tanah itu badan Muhammad, air itu cahaya nur Muhammad, angin itu nafas Muhammad, dan api itu nazir Muhammad.
  1. Soal: Tanah itu jadi apa, air itu jadi apa, angin itu jadi apa, dan api itu jadi apa?

Jawab: Tanah itu jadi daging, air itu jadi tulang, angin itu jadi aurat, dan api jadi darah.
  1. Soal: Mana kejadian diri batin?

Jawab:Kejadian diri batin itu ialah daripada empat anasir batin.
84. Soal: Mana empat anasir batin?

Jawab:
Empat anasir batin itu ialah wujud, nur, ilmu, syuhud. Erti wujud itu dzat Allah, erti ilmu itu sifat Allah, erti nur itu asma' Allah, dan erti syuhud itu af'al Allah.
85. Soal: Dzat itu jadi apa kepada kita, sifat itu jadi apa kepada kita, asma' itu jadi apa kepada kita, dan aPal itu jadi apa kepada kita?

Jawab: Dzat itu rahsia kepada kita, sifat itu nyawa kepada kita, asma' itu hati kepada kita, dan af'al itu tubuh kepada kita.
86. Soal: Berapa kejadian daripada ibu, berapa kejadian daripada bapa, dan berapa kejadian daripada Allah?

Jawab: Empat kejadian dari ibu iaitu lemak, darah, rambut, dan daging (dusta). Empat kejadian dari bapa iaitu kulit, 'asab, urat, dan tulang (dusta). Enam daripada Allah iaitu pendengaran, penglihatan, penciuman, perasa, akal dan roh. Apabila Allah berikan pendengaran, akan kita pun dengarlah dengan pendengaran Allah. Apabila Allah berikan penglihatan, maka kita pun melihatlah dengan penglihatan Allah. Apabila Allah berikan kita penciuman, maka kitapun menciumlah dengan penciuman Allah. Apabila Allah berikan kita perasa, maka kitapun rasalah dengan perasaan Allah. Apabila Allah berikan kita akal, maka kita pun berakalkah dengan akal Allah. Apabila kita diberikan roh, maka hdiuplah kita dengan Allah. Akan tetapi tiada diketahui kaifiyaat pemberian itu bagaimana Allah memberinya kepada kita, kerana pengertian beri itu boleh bercerai sifat dengan dzat, maka ini adalah mustahil. makhluk pada batinnya ialah Allah".
18. Hamba dengan Tuhan seperti matahari dengan cahaya
  1. Soal: Mana mithal hamba dengan Tuhan dan mithal Tuhan dengan hamba?

Jawab: Mithal hamba dengan Tuhan dan mithal Tuhan dengan hamba ialah seperti matahari dengan cahayanya. Tiada sekutu dan tiada bercerai cahaya itu dengan dzat matahari, bukan cahaya itu matahari - bukan lain daripada matahari.
Lagi mithalnya seperti api dengan asap. Asap itu menunjukkan ada api. Bukan asap itu api - tiada lain dariapda api, taida becerai dan tiada besekutu. Seperti inilah mithal Tuhan dengan hamba: Tiada bercerai tiada sekutu. Akal pun tercengang memikirkannya pelek sungguh bagaimana boleh berhimpun dua yang berlawanan yang tiada sah keduanya boleh berhimpun. Sabda Nabi (dusta sebenarnva ini bukan hadith) berbunyi, terjemahnya: Tiada bercerai di antara nafi dan ithbat dan sesiapa ceraikan maka, orang itu kafir.
  1. Soal: Mana rupanya yang tiada bercerai tiada sekutu?

Jawab: Rupanya tiada bercerai itu iaitu kuasa engkau itu kuasa Allah, bergerak engkau itu digerakkan oleh Allah, dan ikhtiar engkau itu ikhtiar Allah. Manakala erti tiada sekutu pula iaitu tiada sekali-kali engkau berkuasa walaupun seberat zarah tetapi hanya semat-mata kuasa Allah Ta'ala seperti sabda nabi (sebenarnya bukan hadith),
terjemahnya: Tiada bergerak satu zarah jua melainkan dengan Allah, ya'ni dikehendaki oleh Allah Ta'ala. Inilah erti nafi mengandungi ithbat dan ithbat mengandungi nafi, tiada bercerai dan tiada bersekutu.
  1. Soal: Betapa engkau pandang diri engkau?

Jawab:Aku pandang diri aku tiada hakikat baginya.
  1. Soal: Betapa engkau mengenal Allah?

Jawab: Aku mengenal Allah dengan Allah.
19. Erti Wahdat al-wujud
  1. Soal: Betapa engkau pandang pada segala yang ada?

Jawab: Aku pandang segala yang ada qa'im (terletak) dengan Allah belaka.
  1. Soal: Mana yang dikatakan hampir kepada Allah?

Jawab: Yang dinamai hampir itu apabila ingat hatinya kepada Allah.
  1. Soal: Mana yang dikatakan jauh kepada Allah?

Jawab:Yang dimanai jauh itu apabila hati berhadap kepada makhluk serta lupa dan lalai (kepada Allah).
  1. Soal: Mana yang dinamai sampai kepada Allah?

Jawab: Yang dinamai sampai kepada Allah ialah hapus sekalian yang ada dalam alam ini dari pandangan hadnya, hanya yang senantisa dinampak dalam hatinya Allah jua tiada dilupa lalai walau sekejap pun.

20. Masalah Qadim Azali
  1. Soal: Yang mana dinamakan qadim dan mana yang dinamakan azali?

Jawab: Qadim dan azali itu sama ma'na iaitu barang yang tiada awal bagjnya wujudi atau adami, ya'ni bermula segala sifat itu qadim lagi azali.
  1. Soal: Qadim itu berapa perkara?

Jawab: Qadim itu tiga perkara iaitu qadim haqiqi, qadim zamani, dan qadim idhafi.
  1. Soal: Mana qadim haqiqi, qadim zamani, dan qadim idhafi?

Jawab: Qadim haqiqi itu ialah qadim bagi dzat Allah Ta'ala, qadim zamani itu ialah masa yang telah lalu dan dhabitnya hingga setahun sekarang, dan qadim idhafi itu ialah seperti terdahulu bapa daripada anak.
  1. Soal: Berapa hukumnya yang azali itu?

Jawab:Hukum yang azali itu empat. Pertama, wujud Allah Ta'ala; kedua, 'adam (tiada); ketiga, segala makhluk; keempat, ni'mat syurga dan azab neraka.
21. Melihat Allah dan mengutuk dunia mengajak hidup zuhud
  1. Soal: Mengapa kita tidak boleh melihat Allah dalam dunia tetapi boleh melihat-Nya di akhirat sedangkan Dia terlebih hampir dari urat tengkok?
Jawab: Tiada dapat dilihat Allah dalam dunia kerana sangat hampir-Nya, dan kerana dunia ini sangat hina pada sisi Allah Ta'ala. Mulia dengan hina tiada boleh bercampur. Seperti firman Allah (bukan ayat Qur'an): Hai insan! Aku jadikan dunia ini tempat mencari bekalan akhirat. Tiada Aku jadikan tempat mencari kemuliaan dan kemegahan. Tiada Aku jadikan tempat mencari harta dan kemuliaan. Sesiapa berkebesaran dalam dunia, Aku kecilkannya dalam akhirat seperti semut yang kecil. Sesiapa mulia dalam dunia, Aku hinakan dalam akhirat. Kemuliaan dunia dengan kemuliaan di akhirat tiada boleh bersua. Aku jadikan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara hambaku yang mu'min. Sesiapa dari hambaku yang mengambil kemuliaan dunia, tiada baginya kemuliaan akhirat.
22. Ayat Mutasyabihat atau Sifat Khabariyah
  1. Soal: Adakah Tuhan itu pergi dan datang?

Jawab: Tiada Tuhan itu pergi datang dan berpindah kerana semuanya ini lawazim bagi y
ang baharu. Manakala ayat Qur'an yang berbunyi terjemahnya, Dan telah datang Tuhanmu, maka ayat itu mengata "Datang Tuhan" pada ma'na ayat itu. Maka itu ayat mutasyabihah yang wajib dita'wilkan ma'na "yang datang" itu ialah suruhnya dan tegahnya. Dalam Qur'an ada dua jenis ayat: mahkamah dan mutasyabihah. Ayat muhkamah itu tiada dita'wilkan, manakala ayat mutasyabihah itu wajib dipalingkan ma'nanya kepada yang munasabah akan dia.
.
23. ("Jadilah" maka terjadilah ia)
101 soal: Apa kata kamu pada ayat ma'nanya, Apabila menghendaki Allah Taala akan suatu bahawa mengata baginya "Adalah kamu" maka adalah ia suatu itu. Maka iaitu adalah kalam Allah Ta'ala berhuruf kaf dengan nun. Aku dengar perkataan orang ulama' bahawa kalam Allah itu tiada huruf tiada suara?
Jawab: Adapun ayat itu adalah ayat mutasyabihah wajib dipalingkan ma'nanya kelain. Adapun ma'nanya yang apabila menghendaki Allah Ta'la akan suatu ada suatu itu bersegra seperti mengata lafaz pada bersegranya. tiada juga diperentahkan kata "jadilah" keatas sesuatu yang sudah ada, kerana ianya sudah ada. Tetapi ini adalah majaz (kiasan) tentang cepatnya terjadi sesuatu yang dikehendaki terjadi itu.
24. Usaha Dan Ikhdar
  1. Soal: Mana yang dinamakan usaha pada hamba?

Jawab:Yang dinama usaha itu iaitu zahir perbuatan Allah Ta'ala pada hamba.
  1. Soal: Apa kata kamu pada firman Allah dalam Qur'an, ertinya, Tiada bagi insan itu melainkan barang yang mengerjakan ia, maka iaitu adalah usaha bagi manusia pada ma'na ayat itu?

Jawab: Ayat itu membangsakan Allah Ta'la usaha itu kepada hamba kerana kembali menaf'atnya kepada hamba kurnia Allah Ta'ala semata-semata.
25. Mencaci orang yang melebihkan kepentingan dunia dari akhirat dan ilmu (agama)
  1. Soal: Mana manusia yang tiada akal baginya'?

Jawab: Sabda Nabi Salla Allah 'alahi wa sallam (sumber hadith ini tidak dapat dikesan) Bermula manusia yang tiada akal baginya iaitu yang melebihkan dunia daripada akhirat, melebihkan harta daripada amal dan menuntut ilmu, suka berbanyak harta serta kurang amal. Itulah manusia yang tiada berakal dan tiada mengetahui jahat dan baik, awal dan akhir, zahir dan batin.
Tiada ingat hidup akan mati tetapi hanya ingat akan harta, makan, minum dan jima'. Inilah, sebodoh-bodoh manusia. Tubuhnya tubuh manusia tetapi akalnya seperti binatang, tiada mengetahui bahawa hidup itu akan mati, sedangkan harta itu tiada dibawa mati. Janganlah bersahabat dengan orang yang bersifat seperti ini kerana ianya jahat semata-mata mewarithkan diri kita mati hati. Larilah daripadanya seperti larimu daripada harimau.
  1. Soal: Mana manusia yang dipuji Syara'?

Jawab:Sabda Nabi Salla Allah 'alaihi wa sallam, (dari mana sumber hadith ini?), Bermula yang sebenar-benar manusia itu tiga perkara: Pertama, orang mengajar Ilmu yang sebenarnya. Kedua, orang yang belajar ilmu yang sebenarnya. Tiga, orang yang mendengar dengan sebenarnya. Manakala yang baki seperti lalat yang mengikut kumbang yang kurus tiada darjat baginya di sisi Allah Ta'ala.
  1. Soal: Mana orang yang dilebihkan Allah dunia dan akhirat?

Jawab: Orang yang dilebihkan Allah dunia dan akhirat firman Allah dalam Qur'an ya'ni, Naik saksi Allah Taa'la bahawasanya tiada tuhan mdainkan ia dan segala mala'ikat dan segala orang yang mempunyai ilmu yang mendirikan dengan yang betul.42 Dan lagi firman Allah Ta'ala, ya'ni, Dan orang-orang yang diberi pengetakuan beberapa darajat.43 Dan lagi sabda Nabi Salla Allah 'alihi wa sallam, (dari sumber hadith ini?), Bermula umatku

26. Sifat-sifat terpuji dan terkeji
  1. Soal: Apa tanda orang dikasihi Allah?

Jawab: Orang yang dikasihi Allah itu iaitu orang yang dikasihi oleh sekalian manusia.
  1. Soal: Apa tanda orang yang dibenci Allah?

Jawab. Ialah orang yang dibenci oleh kebanyakan manusia.
  1. Soal: Apa tanda orang isi syurga?

Jawab:Alamat orang isi syurga ialah orang yang murah tangannya berbuat kebajikan kepada manusia.
Tangannya memberi sedekah kepada fakir miskin serta manis mulut dan mukanya.
  1. Soal: Apa tanda orang isi neraka?
Jawab:Tanda orang isi neraka ialah orang yang bakhil kedekut tangannya kepada berbuat baik menolong berbuat kebaikan sesma manusia, dan bakhil tangannya kepada bersedekah kepada fakir miskin kerana sayang kepada hartanya, masam mukanya dan keji lidahnya walau alim sekalipun.
  1. Soal: Mana celaka manusia?

Jawab: Celaka manusia itu atas tiga perkara: Pertama, banyak malas berbuat kerja.
Kedua, tiada cermat. Ketiga, berkelahi sesama manusia
  1. Soal. Berapa tuah manusia?

Jawab:Tuah manusia itu tiga perkara: Pertama, banyak rajin membuat kerja kebaikan. Kedua, cermat. Ketiga, pandai mentadbir.
  1. Soal: Orang yang ulama' itu berapa perkara?

Jawab: Orang ulama' itu atas dua perkara?
Pertama ulama' dunia, dan kedua ulama' akhirat.
  1. Soal: Mana rupa ulama' dunia dan ulama' akhirat?

Jawab: Mengetahui hukum yang zahir seperti halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, sunat dan fardhu, rukun dan syarat, dan mengetahui rukun yang pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan batalnya, hukum berniaga sahnya dan batalnya, halalnya dan haramnya, dan mengetahui hukum antara perbantahan segala manusia, serta kasih akan dunia dan kemulian hadhirnya. Manakala ulama' akhirat laitu tiada suka akan kemuliaan dunia dan kemegahannya serta mengamalkan ilmunya. Banyak takut akan Allah Ta'la. Banyak suka akan ilmu batin ya'ni ilmu tasawuf. Benci kepada pekerjaan ma'siat. Membenci segala sifat mazmumah yang dicela oleh Syara' seperti ria', sum'ah, 'ujub, takabbur, hasad, dan sebagainya daripada sifat yang dicela oleh Syara'. Engkau tuntutlah ilmunya dan jikalau kepada bangsa Habsyi sekalipun dapat berkat ilmunya hadith (?) Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam
Ertinya, Aku bukan daripada dajal terlebih takut atas kamu daripada dajal. Maka dikata orang siapa ianya Ralullah, kemudian berkata Rasulullah ulama' jahat. 'Ulama jahat itu tiada mengamalkan ilmunya, dan suka ziarah raja-raja dan sultan. Jangan engkau percaya akan dia. Janganlah engkau tuntut ilmunya membawa ilmu syaitan la 'nat Allah tiada berkat ilmunya kepada engkau kerana engkau jahat sangka kepada guru jahat perangai, guru inilah sebabnya. Janganlah menuntut ilmu kepadanya. Hendaklah tuntut ilmu kepada guru yang mursyid yang baik perangainya, lagi banyak kasih kepada orang menuntut ilmu. Lagi jangan ada guru itu tama' kepada dunia. Lagi jangan banyak marah. Lagi manis muka dan manis mulut kepada muridnya dan tiada tama' kepada harta engkau. Maka tuntutlah ilmunya.

27. Di antara harta dan ilmu
  1. Soal: Aku tanya satu masalah dengan lima (enam?) kali tanya dengan jawab yang berlainan. (1) Mana lebih harta dengan ilmu?

Jawab: Lebih ilmu daripada harta. Harta itu tiada dibawa mati dan ilmu itu dibawa mati menulung kita.
  1. Soal: (2) Mana lebih ilmu dari harta?

Jawab: Lebih ilmu dari harta. Sebab harta tiada memberi menaf’at pada kemudian hari, hanya memberi menaf'at harta itu beri sedekah kepada fakir dan miskin. Jika tiada harta buat sedekah menyakiti kemudian hari, sedangkan ilmu itu memberi menaf’at kemudian hari.
  1. Soal. (3) Mana yang lebih harta atau Ilmu?

Jawab: Lebih ilmu dari harta, kerana harta itu dapat dicuri orang lagi boleh rosak binasa. Manakala ilmu itu tiada dapat dicuri orang dan tiada boleh rosak binasa.
  1. Soal: (4) Mana lebih harta dengan ilmu?

Jawab: Lebih ilmu dari harta. Kerana harta itu apabila dibelanjakan kurang ia, manakala ilmu apabila diajar semakin bertambah.
  1. Soal: (5) Mana yang lebih harta dengan ilmu?

Jawab:.Lebih ilmu daripada harta, kerana harta itu warith Qarun, manakala ilmu itu warith Nabi.
  1. Soal: (6) Mana yang lebih harta dengan ilmu?

Jawab: Lebih ilmu dari harta, sebab ilmu itu menulong kita pada kemudian hari. Manakala harta itu menyakitai kita pada kemudian hari, jikalau halalnya berhisab, dan jikalau haramnya diazab. Sabda Nabi Salla Allah 'alalhi wa sallam (hadith?) Dahulu orang fakir masuk syurga daripada orang kaya lima ratus tahun.
  1. Soal: Mana yang dinamai kaya?
Jawab: Menuntut yang lebih daripada kadar hajat yang memadai. Sabda Nabi (hadith?) salla Allah 'alaihi wa sallam, Sesiapa menuntut harta yang lebih dari kadar yang dihajat memadai, membutakan Allah Ta'la akan dua mata hatinya. Bertanya Sahabat, Ya Rasulullah, mana yang dinamai orang yang tiada berakal walaupun sedikit jua? Jawab, Rasulullah, orang yang meninggal-kan menuntut ilmu kerana mencari harta. Ya Rasulullah, apa sebab, tiada akal baginya? Sabdanya, Bermula harta itu tiada dibawa mati, tiada menulong kita kemudian hari, hanya menyakiti kita kemudian hari. Hanya ilmu itu bekalan dan kemuliaan di alam Akhirat. Itulah sebab dinamai tiada akal baginya. Ditinggalkan yang lebih mulia, diambilnya yang kurang. Tiada diketahui dunia ini akan kiamat, hidup akan mati dan akhirat itu kekal. Inilah sebodoh-bodoh manusia. Telah berkata hukama' hai talib, fikir olehmu akan hadith ini (?) Bermula fikir itu pelita hati. Adakah engkau tiada dengar hadith Nabi, Bermula menuntut ilmu itu fardhu ya'ni wajib atas tiap-tiap muslim lelaki perempuan. Adapun mencari harta itu tiada hadith Nabi mengatakan wajib mencari harta itu, dan tiada kitab mengatakan mencari harta itu wajib atau mengatakan sunat, tetapi hanya harus jua dengan sekadar hajat yang memadai. Hanya yang lebih daripada sekadar hajat tiada dalam hukum Syara' tetapi hukum bid'ah semata-semata.
  1. Soal: Kata orang pertama, "Kaya Tuhan kita daripada sekalian alam". Kata orang kedua, "Ada yang tiada pada Tuhan kita", adakah perkataan ini bersalahan atau muafakat?

Jawab: Tiada bersalahan, kerana (maksud) "Ada yang tiada bagi Tuhan kita itu" ialah perbendaharan papa.
Itulah dikata kaya.
28. Memberi bekas
  1. Soal: Apa kata kamu pada orang yang berkata, "Tiada sekali-kali segala ka'inat (makhluk) memberi bekas, hanya yang memberi bekas itu ialah kudrat yang diberi Tuhan kepada kita?
Jawab: Kata orang itu tiada boleh dipegangi. Itu adalah perkataan orang jahil. Dia tidak tahu apa erti yang dia kata. Kata orang itu memberi pengertian boleh bercerai dzat dengan sifat, maka ini adalah mustahil.
  1. Soal: Apa kata kamu pada orang yang berkata tiada memberi bekas segaia ka'inat, hanya yang memberi bekas itu qudrat yang dijadikan Allah Ta'la pada tatakala menjadikan hamba. Apa perkataan itu salahkah atau tiada?

Jawab: Perkataan itu sangatlah salahnya. Jangan dengar perkataan itu. Kerana perkataan itu melemahkan Tuhan yang menjadikan suatu serta hamba. Dan lagi berbilang sifat itu dua qudrat dan satu qudrat berdiri pada dzat dan satu lagi qudrat yang dijadikan pada hamba pada tatakala menjadikan hamba. Perkataan membawa kufur.

  1. Soal: Apa kata kamu pada seorang yang berkata, tiada sekali-kali memberi bekas segala ka'inat, hanya yang memberi bekas qudrat yang ditaruh pada sisi ka'inat. Jikalau Allah hendak memberi bekas, memberi bekaslah ia; jikalau tiada berkehandak, tiada memberi bekas?

Jawab: Perkataan muafakat segala ulama' mengatakan bid'ah, dan pada kufurnya ikhtilaf.
  1. Soal: Apa kata kamu pada seorang yang berkata, tiada memberi bekas segala ka'inat, hanya semata-mata qudrat Tuhan yang membeni bekas tetapi berlazim laziman antara sebab dengan musabbab pada akal; maka tatakala didapat api umpamanya nescaya mendapat hangus?

Jawab :Maka. orang itu jahil akan hukum hakikat hukum adat, dan terkadang membawa perkataan itu kepada kufur.
Jangan engkau pegangi perkataan itu.
  1. Soal: Apa kata kamu pada seorang yang berkata, tiada sekali-kali segala ka'inat itu memberi bekas, hanya yang memberi bekas itu qudrat Tuhan yang dijadikan pada tatakala Tuhan menjadikan ka'inat

Jawab: Perkataan itu sangat salahnya kepada Tuhan, kerana melemahkan akal Tuhan menjadikan sesuatu serta hambanya jadi dua qudrat suatu qudrat yang dijadikan pada tatakala menjadikan ka'inat, dan suatu qudrat pada dzat-Nya, maka jadi berbilang sifat.
Maka iaitu mustahil. Perkataan (ini) membawa kepada kufur. Jangan dengar perkataan sesat itu.
  1. Soal: Apa kata kamu pada orang yang berkata, adapun yang harus
    pada Allah Ta'la itu empat adakah betul atau tiada?

Jawab: Perkataan itu tiada betul, sangat sangatlah salahnya. Kerana yang harus pada Allah Ta'la itu satu iaitu memperbuat segala mumkin atau meninggalkan dia. Jangan engkau pegangi perkataan itu kerana salah yang amat besar, kerana mengharuskan yang mustahil pada Allah Ta'ala.
29. Sembahyang
  1. Soal: Mana yang dinamai sembahyang; pada Syara'?

Jawab: Pada Syara' ialah Artinya, Dengan beberapa perkata.an dan beberapa perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan beberapa syarat tertentu.
  1. Soal: Mana yang dinamai niat?

Jawab: Yang dinamai niat itu iaitu ertinya, Mengerjakan sesuatu hal keadaan dipesertakan dengan perbuatan.
  1. Soal: Mana tampat niat?

Jawab: Tempat niat itu dalam hati iaitu Bahawasanya niat itu dalam hati dengan tiada suara dan tiada huruf.
132. Soal: Mana rupa niat dan bagaimana bunyinya dalam hati tatakala kita mengatakan

Jawab:Niat kita kata dalam hati tatakala kita mengata aku sembahayangkan fardhu zuhur, atau fardhu asar, atau fardhu maghrib umpamanya dalam huruf yang lapan, inilah yang dinamai niat 'urfiyah.
133. Soal: Apa kata kamu pada niat itu tiada huruf tiada suara, sekarang aku dengar ada hurufnya "Aku sembahayang fardhu zuhur" ialah banyak hurufnya, sedangkan engkau kata tiada huruf?

Jawab:Adapun perkataan hati itu tiada dinamai huruf. Yang bernama huruf itu ialah yang keluar daripada mulut lidah rongkongan bibir dan gigi, sedangkan hati tiada mulut tiada lidah tiada rongkongan tiada bibir dan gigi. Maka inilah sebab tiada dinamai huruf.
134. Soal: Mana yang dinami syarat?

Jawab:Yang dinamai syarat itu barang yang terhenti atas sah sembahyang.
135. Soal: Apa beza di antara syarat dan rukun?

Jawab:Syarat itu dahulu daripada sembahayang dengan tiada berputus-putus hingga akhir amal seperti bersuci. Manakala rukun itu dalam sembahayang dengan berputus-putus seperti ruku' dan sujud.
136. Soal: Apa sebab tiada takbir intiqalat (berpindah) pada tatakala bangkit daripada ruku' dengan mengata hingga akhirnya?

Jawab: Kerana hadith daripada Abu Bakar Siddiq. Sabdanya Abu Bakar tiada aku meluputkan sembahayang berjama'ah dengan Rasulullah dan pada suatu hari ta'khir (lewat) aku datang ke masjid Rasulullah hendak sembahayang. Maka aku dapati Rasulullah dalam ruku'. Pada ketika itu datang Jibril pada waktu ruku' Rasulullah, maka mengata Jibril
hingga akhirnya. Maka bangkit Rasulullah dan mengata Rasulullah hingga akhirnya. Maka itulah sebabnya mengapa tiada mengata Rasulullah dahulunya.
  1. Soal: Apa sebab sujud dua kali tiada lainnya?

Jawab: Sebab sujud itu dua kali kerana sujud itu terlebih khusyu' dan kerana syukur, dan kerana tatakala Rasulullah mi'raj ke langit, dan segala mala'ikat muliakan Rasulullah, dan bangkit segala mala'ikat yang sujud daripada sujudnya kemudian kembali sujud pula.
  1. Soal: Apa beza di antara Juma'at dengan jama'ah?
    Jawab: Sembahayang Juma'at itu wajib berkaum-kaum pada rak'at pertama, sedangkan sembahyang berjama'ah tiada wajib berkaum-kaum pada rak'at pertama.
  1. Soal: Sembahyang jama'ah itu sunatkah atau fardhu?
Jawab: Sembahyang jama'ah itu fardhu kifayah. Manakala Juma'at itu fardhu ain ke atas lelaki 'akil baligh.
  1. Soal: Apa kata kamu seorang yang salih dan puasa sepanjang masa dan beramal pada tiap-tiap malam dengan tiada tidur tetapi tiada sembahyang berjama'ah dan sembahayang Juma'at?

Jawab: Adalah Sahabat Rasulullah bertanya akan hal yang demikian itu, jawab Rasulullah orang itu isi neraka.
(Hadith ini tiada dapat dikesan).
  1. Soal: Apa hukum orang yang meninggalkan sembahyang berjama'ah dengan ketiadaan uzur serta hampir masjid berjama'ah?

Jawab: Rasulullah tiada sekali diterima (menerima?) amalnya kerana meringankan Syara'. (Bukan Rasulullah yang menerima amal, tetapi Allah). Berjama'ah dalam rumah itu tiada lepas daripada dosa fardhu kifayah. Hanya tempat berjama'ah seperti masjid atau tempat yang disediakan untuk berjama'ah yang tiada malu atau keberatan orang masuk tempat itu, lagi tempat yang zahir (syi'ar) Islam.
30. Sembahyang mayat
  1. Soal: Apa kelakuan menyembahyangkan mayat, adakah perbezaan mayat lelaki dengan mayat perempuan?

Jawab:
Ada hukum dalam kitab fiqh: Kepala mayat perempuan sebelah kanan imam, dan kepala mayat lelaki sebelah kiri imam. Inilah perbezaannya.
143. Soal. Apa sebab kepala mayat perempuan itu sebelah kanan imam, dan kepala mayat lelaki sebelah kiri imam?

Jawab:
lmam berdiri berbetulan pinggang mayat perempuan. Jadilah tubuh mayat itu banyak sebelah kanan imam, iaitu mesti banyak pula dosa mayat sebelah kanan imam. Dengan sebab itu diharapkan akan limpah pahala selama yang wajib (?). Mudah-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu. Adapun mayat lelaki itu berdiri imam berbetulan mayat itu iaitu panjang tubuh mayat itu kanan imam. Maka banyaklah dosa sebelah kanan imam kerana panjang tubuhnya. Dengan sebab itu diharap akan lempah pahala selama yang wajib( ? ). Muda-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu.
144. Soal: Apa hukumnya pada mayat kanak-kanak antara kafir dengan Islam. Ya'ni perempuan Islam duduk sama orang kafir kemudian dapat anak antara keduanya. Kemudian mati sebelum baligh dan berakal. Adakah wajib disembahayangkan atau tiada?

Jawab: Disembahyangkan itu wajib kerana anak zina itu mengambil bangsa kepada ibu, lagipun kerana hendak menguatkan agama Islam atas agama kafir.
31. Akal dan jahil
145. Soal: Yang mana dinamai perhiasan pada orang lelaki?

Jawab:
Tiga perhiasan pada orang lelaki. Pertama, ada ilmu dan kuat mendirikan hukum. Kedua, memurahkan hartanya kepada manusia serta tiada ingat akan dia. Ketiga, sangat berusaha pada segala pekerjaan yang memberi manaf'at.
146. Soal: Akal manusia itu berapa jengkal panjangnya?

Jawab: (Jenis) akal manusia itu tiga jengkal.
Satu jengkal, melebihkan dunia dari akhirat dan melebihkan harta daripada amal ibadat. Dua jengkal, melebihkan akhirat dan dunia, tiada suka pada pekerjaan yang tiada memberi menaf’at, lagi tahu akan dirinya itu hamba, dan merendahkan diri sesama manusia. Akal tiga Jengkal ialah orang yang memandang akan Tuhannya, fana' akan dirinya, dipandangnya pada segala perbuatan dirinya perbuatan Allah, dan ikhtiarnya ikhtiar Allah pada dirinya. Ini akal orang yang tiga jengkal itu.
  1. Soal: Apa yang berat daripada langit, apa yang lebih luas daripada bumi, apa yang lebih kaya daripada laut, apa yang lebih keras daripada batu, apa yang terlebih hangat daripada api, apa yang terlebih sejuk daripada air, dan apa yang terlebih pahit daripada racun?
    Jawab:Adapun yang terlebih berat dari pada langit itu iaitu menuduh orang yang tiada berdosa. Yang terlebih luas daripada bumi itu ialah kata yang sebenarnya. Yang terlebih kaya daripada laut itu Ialah hati yang murah. Yang terlebih keras daripada batu itu ialah hati orang munafik. Yang terlebih hangat daripada api itu ialah perkataan yang kasar. Yang terlebih sejuk daripada air itu berkehendakkan kepada bakhil. Yang terlebih pahit daripada racun itu ialah sabar.
  1. Soal: Mana kepala akal?
Jawab: Kepala akal itu tiga perkara: Mema'afkan kesalahan manusia, merendahkan diri kepada manusia, dan mendahulukan fikir sebelum menjawab soalan.
  1. Soal: Mana kepala jahil?

Jawab: Kepala jahil tiga perkara: Orang yang sangat membesarkan diri sesama manusia, banyak perkataan yang tiada memberi menaFat, dan mengaibkan manusia pada suatu pekerjaan akan tetapi dia sendiri melakukannya.
  1. Soal: Jahil itu dari manakah datangnya?

Jawab. Jahil itu datang daripada ketiadaan ilmu, dengan sebab itulah wajib menuntut ilmu.
31. Ilmu yang wajib dituntut (berulang, lihat tajuk 1)
Soal: Ilmu apakah yang wajib dituntut, dan apa hukum ke atas orang yang meninggalkan menuntut ilmu?

Jawab:Ilmu yang wajib dituntut itu tiga. Pertama, ilmu Usuluddin iaitu mengetahui barang yang wajib pada Allah, yang mustahil dan yang harus bagi-Nya. Demikian juga pada hak rasul. Semuanya itu hinga kadar mengsahkan imannya. Kedua ilmu Fiqh iaitu sekadar mengetahui syarat-syarat rukun amal ibadatnya dan yang membatalkannya. Ketiga, ilmu Tasawuf, iaitu sekira-kira mengetahui akan binasa apa yang membinasakan pahala ibadatnya. Sabda nabi Salla Allah 'alaihi wa sallam, tiada sekali-kali diterima amal syirik walau sebesar bukit sekalipun.
  1. Soal: Apa hukum orang yang meninggalkan menuntut ilmu yang tiga itu dan tiada mengetahui ilmu yang tiga itu?

Jawab: Hukumnya fasiq sebab meninggalkan yang wajib, tiada sah menjadi wali nikah dan saksi.
  1. Soal: Dari mana datang papa?

Jawab: Papa datang daripada ketiadaan akal. Jikalau ada akalnya, panjang ikhtiarnya.
32. Perempuan
  1. Soal: Bagaimanakah sifat sebaik-baik perempuan?

Jawab:Sebaik-baik perempuan itu ada empat tanda. Pertama, memelihara harta suaminya dengan cermat. Kedua, memelihara dirinya daripada melakukan ma'siat serta ada agama. Ketiga, manis mulut dan mukanya kepada suaminya. Keempat, banyak sabar kepada suaminya serta bersungguh-sungguh. Sabda Nabi Salla Allah 'alaihi wa sallam kepada anaknya Siti Fatimah: "Hai anakku Fatimah, bermula syurga engkau dan neraka engkau itu suami engkau itulah. Sesiapa baik perangainya kepada suaminya, syurgalah tempatnya. Sesiapa buruk perangai kepada suaminya, nerakalah tempatnya" (Hadith ini tidak dapat dikesan).
  1. Soal: Mana perempuan yang celaka?
Jawab: Perempuan celaka itu ada empat tanda: Pertama, jahat perangai serta khianat akan harta suaminya. (Perempuan seperti ini jangan sekali-kali buat isteri) Kedua, berbuat ma'siat di belakang suaminya. Ketiga, keji lidahnya dan masam mukanya. Keempat, banyak cemburu kepada suaminya, sedangkan wajib cemburu itu pada orang lelaki, walaupun perempuan itu salih sekalipun tiada diterima amalnya, sekalipun ibadatnya mengerjakan haji
.
33. Fardhu
156. Soal: Mana fardhu dahulu daripada fardhu, mana fardhu dalam fardhu, mana fardhu di antara dua sunat, dan mana fardhu kemudian daripada fardhu?

Jawab:
Fardhu dahulu daripada fardhu itu ialah ilmu. Fardhu dalam fardhu itu ialah hadir hati dalam sembahayang kepada Allah. Fardhu antara dua sunat ialah antara dua lubang hidung (???). Fardhu kemudian fardhu ialah mencita hendak mengerjakan lagi.
34. Huraian kalimah
157. Soal: Apakah ma'na kalimah pada hakikatnya?

Jawab: Ma'na kalimah itu pada hakikatnya
Ertinya,tiada yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya dan berkehandak kepada-Nya oleh tiap-tiap barang Yang lain-Nya melainkan Allah Taala yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya dan berkehandak kepada-Nya tiap-tiap barang yang lain-nya.
158. Soal: Berapa martabat orang yang mengata kalimah

Jawab: Orang yang mengata kalimah itu ada tiga martabat.
Pertama martabat orang mubtadi. Kedua martabat orang mutawassit. Ketiga martabat orang muntahi.
159. Soal. Mana perbezaan tiga orang itu?

Jawab.
Orang mubtadi (permulaan) itu ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah dan ma'na kepadanya ya'ni tiada yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Martabat ini syirik semata-mata. Martabat orang mutawassit (pertengahan) ialah orang memandang
daripada Allah kepadanya, dan ma'na kepadanya ya'ni tiada dituntut dengan sebenarnya melainkan Allah. Martabat ini syirik ia tetapi halus syiriknya daripada martabat orang mubtadi kerana wujud (memperakui ada dirinya), sabda Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam(?) Bermula wujudmu itu dosa tiada kias baginya bagi lainnya. Martabat orang muntahi (kesudahan) ialah orang yang memandang daripada Allah kepada Allah, dan ma'na kepadanya Ya'ni tiada maujud dalam ilmu dengan sebenarnya melainkan Allah. Martabat ini yang lepas daripada halus syirik. Inilah yang dituntut.
  1. Soal: Apakah janjian kalimah itu?

Jawab: Janjian kalimah itu ada mengandungi nafi (tiada) dan ithbat (ada) dan tiada bercerai tiada bersekutu apa?.
  1. Soal: Kalimah itu isyarat kepada apa, dan kalimah itu isyarat kepada

Jawab. Kalimah
itu isyarat kepada wujud makhluk, dan kalimah itu isyarat kepada wujud yang qadim.
  1. Soal. Bagaimana cara memasukkan iman, islam, tauhid, ma'rifat ke dalam kalimah ?

Jawab: Iman, islam, tauhid, ma'rifat dibahagi kepada dua bahagi kerana tiada sah Islam itu melainkan dengan iman, tiada sah iman itu melainkan dengan ma'rifat.
Kalimah itu kalimah tauhid, dan kalimah itu kalimah ma'rifat.
  1. Soal: Apa yang dinafikan dengan kalimah dan apa yang diithbatkan dengan kalimah kerana kita sudah yakin Allah Ta'ala itu Esa dengan dalil dan burhan baharu sekalian alam. Jikalau tiada esa Allah Ta'ala nescaya tiada diperolehi suatu daripada alam. Dan lagi firman Allah Ta'ala dan lagi firman Allah Ta'ala sekarang apa jua yang dinafikan dengan kalimah itu?

Jawab: Adapun nafi itu atas tiga martabat. Pertama, nafi martabat mubtadi; kedua, nafi martabat orang mutawassit; ketiga, nafi martabat orang muntahi.
  1. Soal: Mana perbezaan antara tiga martabat itu?

Jawab: Pertama, nafi kepada orang mubtadi itu iaitu menafikan yang bersifat ketuhanan yang lain daripada Allah ta'ala, maka nafi ini nyata batilnya kerana menafikan barang yang tiada yang mustahil wuj'ud (ada)nya. Barang yang tiada itu tiada berkehandak kepada nafi kerana sudahpun nafi (tiada). Ini (meniadakan yang sudah tiada) tahsil al-hasil namanya. Maka tiada faedah nafinya. Ada pehak yang mengatakan bahawa yang dinafikan itu ialah tuhan yang difardhukan (tuhan yang diandaikan ada). Kerja penafian seperti ini sangatlah batilnya dan jikalau ada akalnya seberat zarah sekalipun' (?) kerana mafhum takdir (andaian) itu berdiri pada tempat yang Maujud (ada). Sedangkan yang Maujud itu tiada menenima nafi. Jikalau tiada sekali-kali tuhan takdir itu, nescaya tiada berkehandak kepada nafi kerana sudah sedia nafi, maka jadi tahsil al-hasil. Jadi tiada faedah nafinya dan tiada faedah mengata kalimah musyarrafah (mulia) itu kerana yang di-maksudkan isinya bukan kulitnya. Lagipun pada nafi ini pada mafhumnya bercerai nafi (tiada) dengan ithbat (ada), dan adaJah Janjian kalimah. Ini mengandungi nafi dan ithbat. Maka tatakala itu, tak dapat tiada nafi itu mengandungi ithbat dan ithbat itu mengandungi nafi, tiada bercerai dan tiada bersekutu seperti sabda Nabi Salla Allah 'alalhi wasallam Tiada bercerai antara nafi dan ithbat dan sesiapa ceraikan antara keduanya maka orang itu kafir.
Kedua, nafi orang martabat mutawassit iaitu menafikan syak dan waham berdiri pada sifat ketuhanan itu pada makhluk, seperti sangka kebanyakan orang awam ada bagi makhluk itu memerentah seperti raja-raja, lalu disangkanya kepada makhluk itu ada (boleh) mendatangkan kebajikan dan kejahatan, hingga dipujinya orang yang mendatangkan kebaikan itu kepadanya, dan benci orang yang mendatangkan kejahatan kepadanya.
Syak sangka itulah yang dinafikan. Kerana tiada sekali-kali fi'l (perbuatan) kelakuan Allah Ta'ala yang berlaku pada sisi makhluk. Itulah yang vvajib diithbatkan sifat ketuhanan itu kepada Allah Ta'ala supaya hilang syak waham itu. Inilah erti nafi mengandungi ithbat dan ithbat mengandungi nafi tiada bercerai tiada bersekutu pada kalimah lah nafi yang dipegangi oleh orang mutawassit.

Ketiga, nafi orang muntahi iaitu menafikan wuiudnva (makhluk) seperti katanya
Ertinya, tiada yang maujud, tiada yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehandak, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata dalam alam pada hakikatnya melainkan Allah Ta'ala. Hanya sifat yang zahir pada makhluk tempat zahir sifat Tuhan kepada hamba, seperti wujud kita ini (adalah) bayang-bayang bagi wujud Allah Ta'ala. Mustahil bayang-bayang berdiri sendirinya (tanpa) wujud (yang) empunya bayang-bayang (yang ampunya bayang-bayang itulah yang dimaksudkan dengan) wujud Allah Ta'ala. Mustahil bergerak bayang-bayang (makhluk) dengan tiada bergerak ampunya bayang-bayang (Allah). Mithal ini kerana (hendak) menghampirkan faham, bermula Allah Ta'ala maha suci daripada mithal dan tasybih. Ertinya, diibaratkan bayang-bayang itu yang betul tempat zahirnya jua seperti firman Allah Ta'ala "Hanya Aku jadikan sesuatu itu kerana hendak mengenal engkau akan daku dalam tiap-tiap suatu Aku yang menjadikan tiap-tiap suatu". (Ini bukan ayat Qur'an tetapi terjemahan atau maksud yang orang sufi kata hadith qudsi tetapi tiada diakui oleh ahli hadith bahawa ini hadith sahih berbunyi Maka fana'kanlah hai insan wujudmu dalam wujud Allah, fanakan segala sifatmu dalam sifat Allah, ialah Allah Ta'ala yang hidup dalam dirimu, yang tahu dalam ilmumu, yang kuasa dalam tulangmu, yang berkehandak pada nafsumu, yang mendengar pada telingamu, yang melihat pada matamu, dan yang berkata-kata pada lidahmu. Maka tatakala itu lepas (lah) engkau daripada syirik. Sebab terdinding kita kepada Allah ta'ala (ialah) dengan sebab sangka dan waham kita disangka kita yang punya ikhtiar dan punya perbuatan. Syak sangka itulah yang wajib kita nafikan pada kalimah kerana tiada sekali-kali kita punya perbuatan dan punya ikhtiar (tetapi) hanya Allah ta'ala yang berlaku pada hamba semata. Inilah isyarat Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam.
Ya'ni, matilah kamu sebelum mati kamu, ya'ni mati ikhtiar. (Kata ibn Hajar, hadith ini tidak thabit).45
165 Soal: Apa perbezaan di antara orang mutawassit dengan orang muntahi?

Jawab: Orang mutawassit itu ada syiriknya, tetapi halus syiriknya daripada orang mubtadi kerana ada wujudnya. Manakala orang muntahi terlepas daripada syirik halus, (dia) hanya memandang daripada Allah kepada Allah, tiada memandang bagi dirinya amal. hanya apabila beramal, ia ditilik dalam hatinya akan amal itu (ertinya) daripada Allah, dengan Allah, bagi Allah.


166
Soal: Apakah perbezaan di antara zikir dengan zikir dan yang mana terlebih afdal?

Jawab: Zikir itu zikir orang syari'at. Adapun zikir itu bagi maqam hakikat. Zikir kalimahdi itu terlebih afdhal daripada (bagi?) orang mubtadi kerana menapikan syak sangka itulah yang dinafikan dengan kalimah dan diithbatkan sifat ketuhanan itu kepada (dengan) kalimah supaya hilang syak sangka yang batil itu. Adapun zikir kalimah itu terlebih afdhal kepada orang hakikat hanya tiada syak sangka sekali-kali berdiri sifat ketuhanan pada makhluk hanya dipandangnya tiada maujud di dalam alam ini hanya ingat akan dzat semata-mata yang ia-Nya Yang tiada umpama-Nya satu jua dalam. Bermula orang; hakikat itu tiada berkehandak mengata kalimah (syahadat) kerana bahawasanya Allah Ta'ala itu hadir dalam hatinya senentiasa (maka) malu menyebut dia dengan sebenarnya melainkan Allah, maka merekalah yang syirik kerana mensyirikan (mengsekutukan) Allah dengan hamba sehingga "hamba" tidak ada, yang ada hanya Allah, iaitu i'tiqad kaum wahdat al-wujud.
35. Ilmu Tasawuf
167 Soal: Apa kata kamu pada orang lebai menegah menuntut ilmu tasawuf. Berkata ia, "Ilmu tasawuf itu bukan ilmu kita orang awam, hanya ilmu tasawuf itu ilmu orang di atas-atas, dan lagi tiada terpegangi hukumnya, kerana kita orang awam banyak jahil." Adakah harus diperpegangi kata itu?

Jawab: Tiada harus diperpegangi kata itu kerana tersalah fahamnya ialah
(dialah) orang sesat tiada boleh diikut. Dari mana dia dapat hukuni menegah menuntut ilmu tasawuf itu, adakah dalam kitab, atau Qur'an, atau hadith Nabi, atau ittifaq (sekata) ulama'? Tiada harus diperpegangi kata itu kerana tersalah fahamnya ialah orang sesat tiada boleh diikut. Di mana dia dapat hukum menegahkan menuntut ilmu tasawuf. Adakah dalam kitab atau Qur'an atau hadith Nabi atau ittifaq ulama'. Adapun sabda Nabi s.a.w. Bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Bermula murad ilmu itu ialah fardhu 'ain. Bermula fardhu 'ain itu ialah tiga (iaitu) ilmu Usuluddin, kedua Ilmu fiqh, dan ketiga ilmu tasawuf (Manakala) perkataan itu tiada asal (baginya) dalam kitab (tetapi) perkataan itu buat kacau sahaja tiada dengan fikiran. Adapun katanya "Bukan ilmu kita orang awam", aku jawab "Katanya ialah sebenar kata itu kerana inilah wajib menuntut ilmu itu supaya engkau ahli demikian ilmu itu. Adapun orang yang tahu ilmu, itu awalnya ialah seperti engkau juga". Adapun katanya "Ilmu orang di atas-atas kita", (maka) aku jawab pula katanya itu, adapun orang yang di atas-atas itu ialah asalnya di bawah seperti engkau jua". Adapun katanya "tiada diperpengangi hukumnya sekarang, aku jawab "bermula orang yang alim itu seperti orang yang berjalan dalam gelap dengan tiada pelita nescaya tiada, tahu baik dan jahat". Lagi sabda Nabi s.a.w Bermula ulama' itu kekasih Allah walaupun fasiq, dan orang jahil itu seteru Allah jikalau salih sekalipun. Bermula orang alim itu apabila memperbuat ma'siat hukumnya fasik, bermula orang jahil itu apabila membuat ma'siat jatuh ia kepada kufur kerana jahilnya. Sabda Nabi s.a.w. "Bermula orang yang alim itu jauh daripada kufur terlebih jauh di antara maghrib dan masyriq. Bermula orang yang jahil itu terlebih hampir kepada kufur daripada mata hitam kepada mata putih". Dan lagi sabda Nabi s.a.w. "Bermula orang buta dalam dunia nescaya buta dalam akhirat, bermula orang yang melihat dalam dunia nescaya melihat dalam akhirat. Adapun yang ditegah oleh setengah ulama' mengaji ilmu tasawuf (ialah) orang yang belum sempurna akalnya seperti budak-budak yang tiada sampai akalnya (untuk) memahami ilmu tasawuf itu lalu dijadikannya perkara mainan, intan dikatakan tahi kambing, serta mempersendakan Allah Ta'ala. Juga ditegah menzahirkan rahsia ilmu laduni dan ilmu dzauqi bukan kepada ahlinya. Inilah yang ditegah oleh ulama'. Lagi sabda Nabi s.a.w. Bermula ilmu Syari'at dengan tiada ilmu Hakikat hampa, bermula ilmu Hakikat dengan tiada ilmu Syari'at itu batil.

36. Sembahyang
168 Soal: Berapa martabat orang yang sembahyang?

Jawab: Orang yang sembahyang itu ada tiga martabat: Sembahyang orang syariat, sembahyang orang tariqat, dan sembahyang orang hakikat.
  1. Soal: Mana rupa sembahyang orang syariat dan apa hukumnya, mana rupa sembahyang orang tariqat dan apa hukumnya, dan mana rupa sembahyang orang hakikat"

Jawab:(1) Sembahyang orang syari'at itu iaitu orang memandang daripadanya kepada Allah serta suci daripada ria dan sum'ah (cari nama) semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab serta mengetahui segala syarat dan rukunnya dan mengetahui segala yang membatalkan dia dan hukumnya. Orang ini syirik semata-mata.
37. Puasa
171. Soal: Berapa martabat orang mengerjakan puasa?

Jawab:
Martabat orang mengerjakan puasa itu tiga: Puasa orang mubtadi, puasa orang mutawassit, dan puasa orang muntahi.
172. Soal: Mana perbezaan di antara tiga itu?

Jawab:(1) Puasa orang mubtadi (ialah) menahani makan dan minum siang hari, dan menahani jima' pada siang hari serta berniat pada malam.
(2) Puasa orang mutawassit (ialah) menahan segala anggota yang tujuh daripada pekerjaan yang haram dua mata menahan daripada yang haram seperti melihat perempuan yang (halal nikah) menahan lidah daripada mengumpat dan berdusta; telinga menahan daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan mendengar orang mengumpat, tangan tahan daripada rnencapai yang haram; kaki menahan berjalan kepada pekerjaan yang haram, faraj menahan daripada yang haram. Kata orang mutawassit kepada orang mubtadi, "Puasa kamu tiada faedah, hanya dapat lapar dan dahaga, sahaja".
(3) Puasa orang muntahi (ialah) memelihara had daripada mencita- cita akan kemuliaan dunia dan menahan hati ingat kepada ghair Allah (selain Allah).
Inilah puasa orang muntahi.
38. Sifat-sifat terpuji dan terkeji
  1. Soal: Mana orang ada perhiasan pada sisi Allah?

Jawab: Manusia yang ada perhiasan pada sisi Allah empat perkara: Pertama, mengajar ilmu yang sebenarnya. Kedua, orang yang belajar ilmu yang sebenarnya. Ketiga, orang yang suka membuat banyak kebajikan. Keempat, orang yang murah tangannya bersedekah, manis mulut dan mukanya kepada segala karib kerabatnya.
  1. Soal: Mana orang yang dibenci Allah

Jawab: Manusia kebencian Allah itu ialah orang yang kaya bakhil tangannya; kedua, orang tua kasihkan dunia; ketiga, orang vang mengambil kebesaran kepada manusia, sabda Nabi s.a.w.
Tidak masuk syurga tiap-tiap (orang) yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada takhbur. Lagi sabda Nabi s.a.w., Jangan kamu bersahabat dengan orang mati jadi mati pula had kamu. Bertanya sahabat, mana orang mati, ya Rasulullah, maka sabdanya, iaitu orang yang gemar akan kemuliaan dunia dan mengikut hawa nafsunya, itulah asal (bagi) tiap-tiap satu kejahatan. Dan takut olehmu mati akan bersahabat dengan orang kaya, kerana kaya itu mewarith takabur. Dan jangan kamu bersahabat dengan orang bakhil, kerana orang bahkhil itu 'aduwullah (musuh Allah). Jangan kamu bersahabat dengan orang yang kasih akan kemuliaan dunia, kerana dunia itu sangat hina pada Allah. Jangan kamu bersahabat dengan orang luba dan tamak, dan jangan kamu bersahabat dengan orang jahil, (nescaya) bertambah dosa. Larilah kamu daripada orang-orang bersifat seperti ini seperti lari kamu daripada harimau. Bersahabatlah dengan orang alim yang sebenarnya, ya'ni benar i'tiqadnya, (nescaya) bertambah ilmu dan bersahabatlah dengan orang salih (nescaya) bertambah gemarmu kepada berbuat amal ibadat. Janganlah kamu menuntut ilmu daripada orang yang tamak kepada harta dan tamak kepada kemuliaan dunia (nescaya akan) membawa (kamu) kepada kebinasaan. (Orang seperti itu) bukan orang alim yang sebenarnya syaitan la'nat Allah.

39. Jenis manusia yang masuk syurga dan masuk neraka.
  1. Soal: Berapa jenis manusia yang diharamkan Allah masuk syurga?

Jawab: Orang yang diharamkan masuk syurga itu ada, empat jenis. Pertama orang yang durhaka kepada dua ibu bapa; kedua, orang jadi alan-alan (?) zina; ketiga, orang yang minum arak; keempat, orang yang jahat perangainya, keji lidahnya, menyakitkan hati orang sekampung, masam mukanya, dan bakhil tangannya
  1. Soal: Berapa perkara awal-awal manusia masuk neraka?

Jawab: Empat perkara: Pertama, orang qari kerana hendak dipuji akan qarinya; kedua, orang yang murah kerana hendak dipuji akan murahnya; ketiga, orang perang sabil kerana hendak dipuji akan beraninya; keempat, raja-raja yang zalim akan orang di bawah perentahnya.
40. Jenis nafsu
  1. Soal: Nafsu itu berapa perkara?

Jawab: Nafsu itu tiga perkara. Pertama, nafsu lawwamah; kedua, nafsu ammarah; ketiga; nafsu mutma'innah.
  1. Soal: Apa perbezaan nafsu yang tiga itu?

Jawab. Nafsu lawwamah itu iaitu nafsu segala binatang iaitu makan, minum, tidur, dan jima'. Nafsu ammarah itu iaitu nafsu syaitaniyah iaitu menyuruh berbuat kejahatan. Nafsu mutma'innah itu iaitu nafsu 'aqliyah yang suci daripada segala kekeruhan, menjauhi segala ma'siat zahir dan batin, mengerjakan segala suruh, dan mengenal akan sifat dirinya dan mengenal akan sifat Allah Ta'ala. Inilah nafsu yang dikasihi oleh Allah Ta'ala.
75
41. Tanda amal yang diterima atau ditolak
  1. Soal: Mana tanda amal yang diterima dan mana amal yang tiada
    diterima Allah?

Jawab:Sabda Nabi s.a.w. Bermula amal yang diterima itu iaitu merasakan manis amal tatakala mengerjakannya, lagi sejuk hatinya dalam sembahayang. Adapun alamat amal yang tiada diterima iaitu tiada hadir dalam hatinya kepada Allah Ta'ala dalam sembahayang dan ingat hatinya kepada yang lain.
42. Alamat orang mati hati dan alamat orang yang hidup hatinya
  1. Soal: Apa alamat orang mati hati dan apa alamat orang hidup hatinya?

Jawab: Tanda orang mati hati itu iaitu ketiadaan dukacita atas barang luput daripada ta'at zahir dan batin daripada segala kebaktian, dan meninggalkan menyesal tatakala terbuat segala pekerjaan ma'siat. Tanda orang hidup hati itu ialah dukacita ia atas barang-barang yang luput daripada pekerjaan segala ta'at akan Allah Ta'ala dan sangat menyesal atas barang yang terbuat daripada pekerjaan ma'siat.
43. Apa yang dipandang dengan mata kepala dan apa yang dipandang dengan mata hati
  1. Soal: Apa yang dipandang dengan mata kepala dan apa yang dipandang dengan matahati?

Jawab: Yang dipandang dengan matakepala itu athar ya'ni bekas. Adapun yang dipandang dengan matahati itu muaththir ya'ni yang memberi bekas.
44. Sejahat-jahat manusia kepada Allah
  1. Soal: Mana sejahat-jahat manusia itu kepada Allah?

Jawab: Sabda Nabi s.a.w. Bermula sejahat-jahat manusia itu apabila datang bala atasnya sangatlah dia khusyu' kepada Allah Ta'ala, serta minta doa dengan khusyu'nya, serta menangis akan Allah Ta'ala. Apabila hilang bala' itu atasnya, lupa ia akan bala' itu dan hilang khusyu'nya. Takut olehmu, hai yang berakal, jangan engkau tertipu dengan kesukaan dunia mematikan hati kamu, dan hanya banyak binasa segala manusia dengan kesukaan dunia inilah.

No comments: