أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.
6 RAHSIA ALLAH
Allah
SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah
itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku,
adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
“Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana
syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku,
apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku
berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as
meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail
as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam
7 KALIMAH AGUNG
Sabda Rasulullah s.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih
di lautan..
1. Bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih
oleh Allah.

6 PERKARA YG HARUS DITAKUTI
Dari Ustman bin Affan “Ada enam hal yang harus ditakuti bagi seorang muslim iaitu..”
- Takut kpd Allah, agar tidak mencabut keimanan kita.
- Takut kpd Malaikat pencatat amal, agar tiada catatan yg amat memalukan buat kita pada hari kiamat nanti
- Takut kpd Syaitan, agar tidak ia merusak amal yang kita kerjakan
- Takut kpd Izrail, agar tidak mencabut nyawa disaat kita lupa kpd Allah
- Takut kpd dunia, agar tidak membuat kita terlena sehingga lupa urusan akhirat
- Takut kpd keluarga, agar tidak mereka menyibukkan kita untuk memenuhi urusan keluarga, sehingga lupakan Allah
10 JENIS TANGISAN
- Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa
dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah
mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus
jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku
setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia
ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela
umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau
merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan
di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau
tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan
api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api
neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak
akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun
yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan
lautan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama
300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan
air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah
telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh
air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah
mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai
Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada
air mata taubat mu!.”
Air mata yang tiada di tuntut:
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata
tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian
yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam
yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari
Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak
mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali
dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata
yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari
kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi
sabillah di waktu malam”. ”Di antara 7 golongan manusia yang
akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir
bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran
air matanya”. ”Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada
Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari
pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat
ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. kerana hal hal
tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
- Apabila dahi nya berpeluh.
- Airmatanya berlinang.
- Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
- Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Allahualam
41 DARJAT WANITA SOLEHAH
1.
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada
wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena
takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka
atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab,
maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api
Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu,
puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga
terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa
disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila
disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah
tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah
SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan
kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.
Allahualam,4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki
yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.
6 RAHSIA ALLAH
Allah
SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah
itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:- “Wahai Tuhanku,
adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
“Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana
syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku,
apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku
berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…” Kemudian Jibrail as
meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail
as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :-
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat keberkatan daripada ilmu ini.
Wallahualam
8 PERINGKAT SOLAT
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai
umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak
sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa
sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia
masih tidak yakin sembahyang itu fardu.
1. SOLAT IKUT-IKUTAN
Orang yang mengerjakan
sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau
tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak
bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
Taala.
2. SOLAT IKUT SELERA
Orang yang mengerjakan
sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan
nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap
sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang,
kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria,
berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini
jatuh fasik.
3. SOLAT YG LALAI
Orang yang sembahyang,
kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau
diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang
yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma
main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam
sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
4. SOLAT AWAM
Golongan
yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham
setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi
tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
5. SOLAT ORANG YG LALAI
Golongan
ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik
tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai
pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa
bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba
maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya
untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan
yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan
khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga
moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu.
Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta
orang ini.
6. SOLAT PARA SOLEHIN
Golongan
yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung
bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa
pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan
sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat
memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang
soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
7. SOLAT PARA MUQARRABIN
Golongan
ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit
iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada
setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya
pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati
sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi
namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap
Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang
dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
8. SOLAT PARA SIDDIQIN
Golongan
ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu
bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia
dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah.
Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk
hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang
Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu
dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang
makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya.
Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada
Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.
KESIMPULAN
Setelah
kita nilai keseluruhan 8 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah
kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang
yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang
buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan
disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 6, 7 dan 8
sahaja.
Sembahyangnya
ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan
zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita
mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari
Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
No comments:
Post a Comment