أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
RAHASIA MAKRIFATULLAH (4) : KITAB AL MUNTAHI
KARANGAN HAMZAH FANSURI.
BAGI
YANG BELUM MEMAHMI PEMAHAMAN ITIQAD 50 DENGAN DALIL KAMI CADANGKAN
JANGAN DULU MEMAHAMI PEMAHAMAN INI KARENA PEMAHAMAN SUDAH MEMASUKI
SITUASI RASA ZUQ DAN BUKAN DENGAN AKAL, KARENA SALAH MEMAHAMI AKAN JAUH
DARI KEHENDAK YANG INGIN DISAMPAIKAN PADA BLOG INI, KAMI TAMPILKAN INI
UNTUK MEMURNIKAN KITAB ULAMA ACHEH YANG TELAH LAMA HILANG DARI
PEREDARAN.
Bahagian Pertama: AL-MUNTAHI
Bahagian Pertama: AL-MUNTAHI
1. Ketahui oleh mu hai Talib (murid) bahawa sabda Rasullulah saw :
“Barang siapa menilik kepada suatu, jika tidak dilihatnya Allah dalamnya, maka ia itu sia-sia”.
Kata Ali (Saidina Ali):
“Tiada ku lihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya”.
Sabda Nabi;
“Barangsiapa mengenal dirinya, maka sanya mengenal Tuhannya”.
2.
Erti mengenal Tuhan dan mengenal dirinya yakni: diri KUNTU KANZAN
MAKHFIYYAN itu dirinya, dan semesta sekelian alam Ilmu Allah. Seperti
sebiji (benih) dan pohon, pohonya dalam sebiji itu, sungguhpun tidak
kelihatan, tetapi hukumnya ada dalam sebiji itu.
Kata Seikh Junaid:
Ada Allah dan tiada ada sertaNya suatu pun. Ia sekarang ini seperti AdaNya dahulu itu jua.
Kerana itu Ali berkata;
Tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah dalamnya.
3.Tetapi
jangan melihat seperti kain basah kerana kain lain, airnya lain. Allah
SWT maha suci daripada demikian itu tamsilnya, tetapi jika ditamsilkan
seperti laut dan ombak, harus seperti kata syair;
Yang laut itu laut jua pada sedia pertamanya,
Maka yang baru itu ombaknya dan sungainya,
Jangan mendindingi di kau segala rupa yang menyerupai dirinya,
Kerana dengan segala rupa itu dinding daripadanya.
Tetapi ombak beserta dengan laut Qadim, seperti kata; Laut itu Qadim, apabila berpalu, baru ombak namanya dikata, tetapi pada hakikatnya laut jua,… kerana laut dan ombak esa tiada dua.
Seperti Firman Allah;
Allah dengan segala sesuatu meliputi.
Sabda Rasullulah saw;
Aku daripada Allah, sekelian alam daripada ku.
Seperti matahari dengan cahayanya dengan panasnya; namanya tiga hakikatnya satu jua. Seperti isyarat
Rasullulah saw;
Barangsiap mengenal dirinya sanya mengenal Tuhannya.
4. Adapun dirinya itu, sungguhpun beroleh nama dan rupa jua, hakikatnya rupanya dan namanya tiada. Seperti bayang-bayang dalam cermin; rupanya dan namanya ada hakikatnya tiada.
Seperti sabda Rasullulah saw;
Yang Mukmin itu cermin samanya mukmin.
Ertinya, Nama Allah Mukmin, maka hambanya yang khas pun namanya mukmin. Jika demikian sama dengan Tuhannya, kerana hamba tidak bercerai dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak bercerai dengan hambaNya.
5. Seperti firman Allah SWT:
Ia itu serta kamu barang di mana ada kamu.
Dan lagi Firman Allah SWT:
Jika
orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada
lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih
dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka
itu.
Seperti firman Allah SWT:
Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua.
6. Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT:
Ia jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).
Lagi
pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon) limau atau atau
lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain,
buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau
jua. Sungguhpun namanya dan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya
esa jua.
Jikalau demikian hendalah segala Arif (orang) mengenal Allah SWT seperti isyarat
Rasullulah SAW:
Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya.
7. Sebermula sabda Rasullulah SAW dengan diisyaratkan jua. Sungguhpun pada Syariat rupanya berbagai-bagai pada Hakikat Esa jua,
seperti kata syair;
Bahawa ada kekasihku, tubuh dan nyawa rupanya jua,
Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua;
Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua,
Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
Apa tubuh? Apa nyawa?…. sekelian alam pun rupanya jua;
Segala rupa yang baik dan erti yang suci itu pun rupanya jua,
Segala barang yang datang kepada penglihatanku itu pun rupanya jua.
Seperti firman Allah SWT :
Barang ke mana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah.
Tamsil,
seperti susu dan minyak sapi, namanya dua, hakikatnya satu jua.
Kesudahannya susu lenyap apabila ia diputar… minyak jua kekal
sendirinya.
8. Sesekali tidak bertukar seperti sabda Rasullulah SAW:
Barangsiapa mengenal dirinya dengan fananya, bahawa sanya mengenal ia Tuhannya dan Baqalah ia dan serta Tuhannya.
Seperti mengetahui ruh dengan badan; Ruh muhit (hidup) pada badan pun tiada, dalam badan pun tiada, di luar badan pun tiada. Demikian lagi Tuhan; pada sekelian alam pun tiada, dalam alam pun tiada, di luar alam pun tiada. Seperti permata cincin dengan cahayanya, dalam permata pun tiada cahayanya, di luar permata pun tiada cahayanya.
9. Kerana itu kata Saidina Ali:
Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya.
Kata Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat berahinya:
Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya).
Maka kata sufi Yazid:
Maha suci aku, siapa besar sebagai aku.
Maka kata syeikh Junaid:
Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah.
Maka kata Sayyid Nasimi:
Bahawa Akulah Allah.
Maka kata Maksudi:
Dzat Allah yang Qadim, itulah dzat ku sekarang.
Dan kata Maulana Rumi:
Alam ni belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua.
Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa:
Segala
wujud itu WujudNya jangan kau sekutukan dengan yang lain; Apabila kau
lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa.
Maka kata kitab Gulshan:
Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa,
Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata.
Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya,
Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.
Kau ketahui olehmu bahawa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata.
Jika segala kafir daripada berhalanya itu dalalnya,
Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.
(Peringatan:
Kandungan kitab ini amat berat bagi pemikiran yang tidak faham, jangan
membuat kesimpulan sendiri, mintalah kepada Guru mursyid untuk
mendapatkan penjelasan.)
10. Sebab demikian maka Syeikh Aynul Qudat menyembah anjing mengatakan:
Hadha rabbi ( Inilah Tuhanku), kerana anjing itu tidak dilihatnya, hanya dilihatnya Tuhannya jua.
Seperti
orang melihat kepada cermin, mukanya jua yang dilihatnya, cermin ghaib
dari penglihatannya, kerana alam ini pada penglihatannya seperti
bayang-bayang jua,…. rupanya ada Hakikatnya tiada. Nisbat kepada Hak
Allah SWT tiada nisbat kepada kita, adalah kerana kita memandang dengan
hijab.
Seperti Sabda Rasullulah SAW:
Siapa
mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya; dengan isyaratkan
jua, … pada Hakikatnya dikenal pun Ia, mengenal pun Ia.
11. Seperti Sabda Rasullulah SAW:
Barangsiapa
mengenal Allah lanjuti lidahnya. Pada tatkala mulanya mengetahui… siapa
mengenal dirinya…, setelah sampai kepada… sesungguhnya mengenal
Tuhannya,… maka Ia Sendiri NYA.
Maka Sabda Rasullulah SAW:
Barangsiapa mengenal Allah maka kelulah lidahnya; … ertinya tempat berkata tiada lagi lulus.
12.Seperti kata Syeikh Muhyil Din Arabi:
Sesungguhnya
Allah adalah Rahsiamu; …. itupun isyarat kepada: Barangsiapa mengenal
dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya,..jua.
Syair Muhyil Din Arabi;
Jika
ada engkau orang bermata, bermula hamba itu kenyataan Tuhan, jika ada
engkau orang berbudi maka barang segala engkau lihat ini keadaan NYA;
Dan jika ada engkau orang bermata dan berbudi, maka apakah yang engkau
lihat?,….hanya segala sesuatu itu di dalam NYA melainkan dengan segala
rupa.
Seperti Firman Allah SWT:
Ia itu serta kamu barang di mana ada kamu.
Dan lagi kata Syeikh Muhyil Din Arabi dalam bentuk syair:
Kamilah
huruf yang maha tinggi tiada berpindah, Dan yang tergantung dengan
istananya di atas puncak gunung. Aku engkau di dalamnya, dan kami engkau
dan engkau,.. Ia, …maka sekelian dalam Itu… Ia, ….. maka bertanyalah
engkau kepada barangsiapa yang telah wasal (sampai kepada Allah)
13. Hai Pelajar mengetahui “siapa mengenal diri mengenal Tuhannya.” bukan mengenal jantung atau paru-paru, bukan mengenal kaki dan tangan. Makna “siapa mengenal diri…” adanya dengan ada Tuhannya esa jua.
Seperti kata Syeikh Junaid:
“Warna air itu warna bejananya” .
Seperti kata syair:
Sesungguhnya telah tersembunyilah engkau maka
tiada dapat dilihat oleh segala mata;
Maka betapa dilihat oleh segala mata
Kerana Ia terdinding oleh adaNya.
Kata Syeikh Muhyildin Arabi:
Jika pergilah aku menuntut Dia,
tiadalah berkesudahan tuntutku,
jika datang aku ke hadiratNya,
Ia liar daripadaku;
Tidak aku melihat Dia,
Ia tidak jauh daripada penglihatanku,
Bermula: Ia ada dalamku dan tiada aku bertemu pada seumurku.
Maka ini lagi kata Syeikh Junaid:

Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya.
14. Barangkala engkau pun satu wujud, Hak SWT pun satu wujud, sharika lahu (engkau mensyirikanNya) datang kerana Hak SWT:wahdahu la shararika lahu: (ertinya:tiada sekutu bagiNya), tiada wujud lain hanya wujud Hak SWT. Seperti laut dan ombak.
Seperti Firman Allah:
Barang kemana mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah.
Kata Maulana Abdul Rahman Jami:
Sekampung sekedudukan, sekelian itu Ia jua;
Pada telekung segala minta makan dan pada atlas segla raja-raja itu pun Ia jua;
Pada segala perhimpunan dan perceraian dan rumah yang tersembunyi dan yang berhimpun itu pun Ia jua;
Demi Allah sekeliannya ia jua.
Maka demi Allah sekeliannya

15. Misalan seperti sebiji benih pokok, di dalamnya terdapat sepohon pokok kayu,yang lengkap. Asalnya biji benih itu jua, setelah menjadi pokok kayu yang tumbuh besar, biji benih itu pun ghaib (tidak kelihatan)- pokok kayu juga yang kelihatan. Warnanya pokok pun berbagai-bagai, rasanya buah pun berbagai-bagai, tetapi asalnya adalah dari sebiji benih itu.
Seperti firman Allah
:… Kami tuangkan dengan suatu air dan Kami lebihkan setengah atas sesetengahnya pada rasa makanan.
Perhatikan
pula misalan, seperti air hujan dalam tanam-tanaman. Air hujan itu jua
yang meresapi pada sekelian tanaman dan berbagai-bagai pula rasanya.
Pada buah limau masam rasanya, pada pokok tebu manis rasanya, pada
mambau pahit rasanya, masing-masing membawa rasanya. Tetapi pada
hakikatnya air hujan itu jua pada sekelian tanaman itu.
Satu lagi misalan, seperti matahari dengan panas, jikalau panas kepada bunga atau kepada cendana, tidak ia beroleh bau daripada bunga (maksudnya bau bunga itu tidak memberi bau kepada panas). Jikalau najis pun demikian lagi. Jangan syak di sini kerana syak itu adalah hijab.

16. Kerana atas bekas Jalal dan atas bekas mazhar Jamal tidak ia bercerai, maka Kamal namanya. Nama Al Muiz tiada bercerai, nama Al Latif dan Al Qahar tiada bercerai. Dan syirik pun bekasNYA jua:
Seperti kata Shah Nikmatullah:
Kulihat Allah pada keadaanku dengan PenglihatanNYA;
Bermula: keadaanku itu KeadaanNYA,
maka tilik kepadaNYA dengan tilik daripadaNYA.
Kekasihku, pada segala lain daripadaku,
lain daripada adaku,
Bermula: padaku AdaNya itu dengan keadaanku satu ju.
Inilah sifat: Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, itupun permulaan jua.
17. Firman Allah SWT: QS AS SAFFAAT 37: 96:

Bahawa Allah menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
Dan lagi Firman Allah SWT: QS Hud 11:56:
Tiada sesuatu yang melata di muka bumi, melainkan Dialah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku di jalan yang lurus.
Dan lagi sabda Rasullulah SAW:
Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah.
Sabda Rasullulah lagi:
Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah.
Sabda Rasullulah lagi:
Baik dan buruk itu daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT QS AL MURSALAT 77:30:
Dan tidak berkehendak mereka itu seorang jua pun melainkan dengan kehendak Allah jua.
18. Sekelian dalil dan hadis ini isyarat kepada : Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, lain daripadanya tiada.
Dan kata Syeikh Muhyildin Arabi:
Telah haramlah atas segala yang berahi bahawa memandang lain daripadaNYA,
Apabila ada keadaan Allah dengan cahayaNYA giling gemilang.
Barang segala yang ku katakan dan bahawa Engkau jua Esa, tiada lain
Suatupun daripadaMu maka sekarang barang lain daripadaMu itu seperti haba adanya.
Seperti Firman Allah SWT: QS AR RAHMAN 55: 29:

Pada segala hari Ia dalam kelakuanNYA
Bersambung ke bahagian 10.
19. Pada zahirNya berbagai-bagai, tetapi pada DzatNya tidak berbagai-bagai dan tiada berubah kerana Ia,
seperti Firman Allah QS Al Hadid 57: 3.
Dia Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin.
AwalNya
tidak ketahuan akhirNya tidak berkesudahan zahirNya amat tersembunyi
dengan batinNya tidak kedapatan. Memandang diriNya dengan diriNya,
melihat diriNya dengan DzatNya dengan SifatNya dengan AfaalNya dengan
AtharNya (bekasnya). Sungguhpun namaNya empat tetapi hakikatNya esa.
Seperti kata Syeikh Muhyildin Arabi:
Menunjukkan AdaNya dengan AdaNya.
Sementara itu, Imam Muhammad Ghazzali berkata:
Alam ini daripadaNya dengan Dialah tetapi sekelianya Dia.
Kata Kimiyai Saadat:
Wujud kami daripadaNya dan kuasa kami dengan Dia,
Tiada bezanya antaraku dan Tuhanku melainkan dengan dua martabat. (martabat Tuhan dan martabat hamba).
Inilah ibarat kata-kata: Siapa yang mengenal dirinya mengenal ia Tuhannya.
Tiada bezanya antaraku dan Tuhanku melainkan dengan dua martabat. (martabat Tuhan dan martabat hamba).
Inilah ibarat kata-kata: Siapa yang mengenal dirinya mengenal ia Tuhannya.
20.
Allah SAW tidak bertempat dan tidak bermisal. Mana ada tempat jika lain
daripadaNya tiada? Mana tempat, mana misal, mana warna?
Hamba pun demikian lagi hendaknya jangan bertempat, jangan bermisal, jangan berjihat enam, kerana sifat hamba (adalah sifat) Tuhannya, seperti kata-kata berikut:
Apabila sempurna Fakir, maka Ia itu Allah dan hidupNya dengan hidup Allah.

Maulana Abdul Rahman Jami berkata:
Kepada kekasih yang tidak berwarna itu (Allah) kau kehendak, hai hati
Jangan kau padamkan kepada warna mudah-mudahan, hai hati
Bahawa segala warna daripada tidak berwarna datangnya, hai hati
Barangsiapa mengambil warna daripada Allah itulah terlebih baik, hai hati !!!
Bersambung ke bahagian 11.

21. Yakni yang asalnya tidak berwarna dan tidak berupa. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicarakan, sekelian makhluk jua pada ibaratnya. Barangsiapa menyembah makhluk, ia itu musyrik (menyekutukan Allah), seperti menyembah orang mati, jantung dan paru-paru, sekelian itu berhala jua hukumnya. Barangsiapa menyembah berhala, ia itu kafir…. kami berlindung dengan Allah daripadanya, Allah yang lebih mengetahui.
22. Jika demikian mengapa memandang seperti ombak dan laut? (padahal kedua-duanya esa jua).
23. Seperti kata syair:
Bekas kaca dan hening air minuman
Maka serupa kedua-duanya dan sebagai pekerjaannya
Maka sanya minuman tiada dengan piala
Dan bahawa piala tiada dengan minuman.
Yakni warna kaca dan warna minuman esa jua, warna minuman dan kaca begitu jua, tiada dapat dilainkan.
Seperti kata syair:
Asalnya satu jua warnanya berbagai-bagai
Rahsia ini bagi orang yang tahu jua dapat memakainya.
Dan lagi syair:
Berahi dan yang berahi dan yang diberahikan itu ketiga-tiganya esa jua
Sini apabila pertemuan tiada lulus, perceraian di mana kan ada?
Bersambung ke bahagian 12.
24.
Mengapa dikata bertemu dan bercerai itu dua? Hendaknya pada Alim (yang
mengetahui) hakikatnya tiada dua. Seperti ombak dan laut esa jua, pada
zahirnya jua dua, tetapi bertemu pun tidak bercerai pun tidak, di
dalamnya tiada di luarnya pun tiada.
Seperti kata Ghawth: Mana kebaktian terlebih kepadaMu ya Tuhanku?
Seperti kata Ghawth: Mana kebaktian terlebih kepadaMu ya Tuhanku?
Firman Allah SWT:
Sembahyang
yang di dalamnya tiada lain selain daripadaKu, dan yang menyembah
ghaib.Nyatalah daripada ini bahawa yang disembah pun Ia jua, yang
menyembah pun Hak.
Seperti kata Mashakikh:
Tiada mengenal Allah hanya Allah
Tiada mengetahui Allah hanya Allah
Tiada melihat Allah hanya Allah.
Tiada mengetahui Allah hanya Allah
Tiada melihat Allah hanya Allah.
Dan lagi seperti kata Maulana Abdul Rahman Jami:
Orang yang wasal (sampai) itu seperti orang yang duduk kesal;
Taulannya diceritakannya daripada penceraiannya
Dan seru dan tangisnya, sehingga jadi harum daripada wasal; terhenti olehnya
Daripada penceraiannya dan daripada penuh dengan dukacitanya.
Taulannya diceritakannya daripada penceraiannya
Dan seru dan tangisnya, sehingga jadi harum daripada wasal; terhenti olehnya
Daripada penceraiannya dan daripada penuh dengan dukacitanya.
Dan seperti kata Shibli:
Aku seperti katak tinggal dalam laut
Jika kubukakan mulutku nescaya dipenuhi air;
Jika aku diam nescaya matilah aku dalam percintaanku.
Jika kubukakan mulutku nescaya dipenuhi air;
Jika aku diam nescaya matilah aku dalam percintaanku.
25. Isyarat daripada Syeikh Sakdul Din:
Jangan
lagi dicari tidak akan diperolehi, jika lagi dipandang tiada dilihat,
kerana perbuatan kita itu seperti angin di laut. Jikalau berhenti angin
ombak pulang kepada asalnya.
Seperti Firman Allah QS Al Fajr 89: 27,28:
Hai jiwa-jiwa nan tenang (mutmainah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai, maka masuklah ke dalam surga Ku.
Ertinya datangnya daripada laut (Dzat Allah), pulang pun kepada laut (Dzat Allah) jua.
Ertinya datangnya daripada laut (Dzat Allah), pulang pun kepada laut (Dzat Allah) jua.
Seperti kata-kata:
Syurga orang zahid (peribadah) bidadari dan mahligai,
Syurga orang berahi (kekasih) kepada perbendaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
Syurga orang berahi (kekasih) kepada perbendaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
6. Di situlah tempat tinggal orang yang berahi kepada Allah, berahikan surga pun tidak, dengan neraka pun dia tidak takut, kerana pada orang berahi yang wasal jannah (sampai surga), itulah yang dikatakan dalam
firman Allah QS Al Fajr 89:29,30:
Masuklah kamu dalam golongan hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam surgaKu.
Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
Seperti kata ahli makrifatullah:
Barang siapa mengenal Allah maka ia itu musyrik (kenapa musyrik? Kerana ada dualiti).
Dan lagi kata ahli Allah:
Yang fakir itu hitam (tiada) mukanya pada kedua negeri (Zahir dan batin, yang ada hanya wajah Allah)
Dan Lagi:
Aku telah karamlah pada laut yang tidak bersisi (Dzat Allah),
Maka lenyaplah aku di dalamnya,
Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah tahu.
Maka lenyaplah aku di dalamnya,
Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah tahu.
Kata syair:
Kembalilah aku daripada menuntut dan yang dituntut.
Dan berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai,
Dan kembalilah daripada aku bagi adaMu.
Tiada engkau di dalamnya dan tiada aku.
Dan berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai,
Dan kembalilah daripada aku bagi adaMu.
Tiada engkau di dalamnya dan tiada aku.
Kata Syeikh Attar pula:
Daripadanya kembalilah, setengah daripadanya melihat temasya tepuk dan tari,
Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut.
Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut.
Lagi kata:
Kertas pun dibakar dan pensel pun dipatahkan dan dakwat pun ditumpahkan dan nafas pun ditarik.
Inilah kisah ragam orang berahi bahawa dalam daftar tidak lulus (tidak dapat dikisahkan).
Lagi kata: Tuntut pun seteru dan kehendak pun sia-sia, dan wujud pun jadi dinding (hijab) tidak dapat diperolehi menghendaki damping dan cita, yang hadir segala nafs pun menjauhkan (menghijab).
27. Inilah kesudahan sekelian, inilah yang dikatakan Fana, inilah yang dikatakan alam Lahut, pun dapat dan dikatakan wasal (sampai), dikatakan mabuk (berahi Allah) pun dapat.

Inilah kata Shah Ali Barizi:
Kepada pintu negeri yang Fana (yang tinggal hanya Allah) sujudlah aku.
Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah mukaMu kepadaku.
Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah mukaMu kepadaku.
Kata orang Pasai:
Jika
tidak tertutup maka tidak bertemu (Dzat Allah). Erti pada itu tidak
lulus iaitu, menjadi seperti dahulu kala seperti di alam Lahut, tatkala
dalam perbendaharaan tersembunyi, serta dengan TuhanNya.
Seperti biji benih dalam pohon kayu, sungguhpun zahirnya tidak kelihatan, hakikatnya Esa jua. Sebab itulah Mansur Al Halaj menyatakan: Ana al Hak (Akulah Hak), manakala setengah sufi yang lain menyatakan: Anallah (Aku Allah), kerana adanya (dirinya) tidaklah dilihatnya lagi (telah Fana, yang tinggal hanya Allah).

28. Inilah ertinya: Yang fakir itu tiada suatu pun baginya.
Maka firman Allah dalam Hadis Qudsi:
Tidur fakir itu tidurKu,
Makan fakir itu makanKu,
Dan minum fakir itu minumKu.
Dan lagi firman Allah:
Makan fakir itu makanKu,
Dan minum fakir itu minumKu.
Dan lagi firman Allah:
Manusia itu adalah RahsiaKu dan Aku Rahsianya dan Sifatnya.
Berkata pula Uways Al Qarani:
Yang fakir itu hidup dengan hidup Allah, dan sukanya dengan Kesukaan Allah.
Seperti
kata Mashaikh: Barangsiapa yang mengenal Allah maka ia akan
menyengutukannya, dan barangsiapa mengenal dirinya maka ia itu kafir.
Seperti kata Syeikh Muhyil Din Ibnu Arabi:
Yang makrifat itu dinding bagiNya,
Bermula jikalau tiada wujud kedua (alam) nescaya nyatalah AdaNya.
29. Kerana belajar dan makrifat, rindu dan merindu, sekeliannya itu, pada iktibarnya adalah sifat hamba juga, jikalau sekelian itu tiadalah padanya, maka lenyaplah ia. Kerana dzatnya dan sifatnya nisbat kepada Allah SWT jua, jikalau barangkala tiada ia, maka sifat hamba, seperti sifat ombak, pulang ke laut (Dzat).

Inilah makna Firman Allah QS Fajr 89:28:
Pulang kepada Tuhannya dengan reda dan diredai.
Dan makna QS Al Baqarah 2:156:
Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.
Dan Firman Allah: QS Al Qashash 28:88:
Tiap-tiap sesuatu binasa kecuali wajah Allah.
Dan juga Firman Allah QS Ar Rahman 55:26,27:
Segala sesuatu akan fana, dan yang kekal Dzat Tuhanmu yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.
Bersambung ke bahagian 15
Al Muntahi (Bhg. 15 – Selesai)
Bersambung ke bahagian 15
Al Muntahi (Bhg. 15 – Selesai)
30.
Jikalau masih ada lagi citanya, rasanya dan lazatnya itu bermakna
sifatnya dua jua, seperti musyahadah pun dua lagi hukumnya. Dan jika
lagi syuhud pun masih ada dua kehendaknya:
Seperti rasa, yang dirasa dan merasa pun hendaknya, seperti mencinta dan dicinta hendaknya, masih dua belum lagi esa.
Sekelian sifat itu pada iktibarnya dua juga, seperti ombak pada ombaknya laut pada lautnya,, belum mana (kembali ke) laut.
Apabila ombak dan laut sudah menjadi satu, muqabalah pun tidaklah, musyahadah pun tidaklah, makanya hanya fana dengan fana jua. Tetapi jika dengan fananya itupun, jika diketahuinya, maka belum bertemu dengan fana, kerana ia lagi ingat akan fananya. Itu masih lagi dua sifatnya.

31. Seperti kata Syeikh Attar:
Jalan orang berahi (kepada Allah) yang wasil (sampai) kepada kekasihnya itu,
Akan orang itu satupun tidaklah dilihatnya,
Segala orang yang melihat dia itu, dan alam itu pun tiadalah dilihatnya.
Lagi kata Syeikh Attar:
Akan orang itu satupun tidaklah dilihatnya,
Segala orang yang melihat dia itu, dan alam itu pun tiadalah dilihatnya.
Lagi kata Syeikh Attar:
Jangan ada semata-mata, inilah jalan kamil,
Jangan bermuka dua, inilah sebenarnya wasil.
Kerana erti wasil bukan dua (tetapi esa). Yakni barangkala syak dan yakin tidaklah ada padanya, maka wasillah.
Namanya ilmu yakin, mengetahui dengan yakin, ainul yakin iaitu melihat dengan yakin, dan haqqul yakin iaitu sebenar yakin,,.. yakin adanya dengan ada Tuhannya esa jua.
Maksudnya apabila sempurna fakirnya (fana) maka ia itu Allah, (hati-hati mesti dapat maksud yang sebenar, jika tidak syirik dan kufur jua adanya)

No comments:
Post a Comment