أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Sabda baginda lagi;
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan
segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan
khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang,
setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan
terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang
buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta
bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul
Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali
maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan
rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana
dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang
membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian
diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.
bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali
pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,
Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi
dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga
akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang
dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan
jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama
anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan
lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah
hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara
akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah
melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan
memberi pertolongan kepadanya
1 kisah tentang ayat kursi.
dalam kisah tersebut mengatakan bahawa seorang sabahat/pengikut nabi (maaf, saya tak ingt siapa nama sahabat/pengikut nabi ini), telah pulang ke rumahnya dan mendapat seorang pencuri berada didalam. sahabat/ pengikut nabi ini mahu membawa pencuri itu berjumpa dgn rasullullah, tp pencuri nie merayu supaya dipelaskan dan berjanji tidak akan mengulanginya. lalu dilepasnya pencuri ini. tp keesokan malamnyer, sekali lagi pencuri ini dtg. perkara ini telah berlaku selama 3 malam berturut-turut. pada malam ke-3, setelah pencuri ini ditangkap, sahabat/pengikut rasullullah ini tak mau melepaskan pencuri ini, lalu pencuri ini telah mengajarnya ayat kursi. kata pencuri itu lagi, sekiranya diamalkan ayat ini setiap masa, nescaya akan dilindungi dari sesala gangguan. ke esokannya, sahabat/pengikut ini berjumpa dgn rasullullah dan bercetita tentang apa yg berlaku selama 3 malam, lalu rasullullah berkata bahawa pencuri tersebut adalah syaitan/iblis yg menyerupai manusia dan dia telah mengajar manusia tentang kehebatan ayat kursi.

No comments:
Post a Comment