أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
PRINSIP ASAS TARIQAT NAQSHBANDIYAH
Oleh Hadhrat Faqir Maulawi Jalalludin Ahmad Ar-Rowi
Tariqat Naqshabndiyah mempunyai prinsip dasarnya yang tersendiri yang telah diasaskan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Maulana Syeikh Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih. Beliau telah meletakkan 8 prinsip asas ini sebagai dasar Tariqat Naqshbandiyah. Prinsip-prinsip ini dinyatakannya dalam frasa bahasa Parsi dan mengandungi pengertian dan pangajaran yang amat tinggi nilainya. Adapun prinsip-prinsipnya adalah seperti berikut :

1. Yad Kard
2. Baz Gasht
3. Nigah Dasyat
4. Yad Dasyat
5. Hosh Dar Dam
6. Nazar Bar Qadam
7. Safar Dar Watan
8. Khalwat Dar Anjuman
Hadhrat Syeikh Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih yang merupakan sahabat,
khalifah dan penulis riwayat Hadhrat Maulana Shah Bahauddin Naqshband
Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa ajaran
tariqat Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih berkenaan zikir dan ajaran lapan prinsip asas seperti
yang dinyatakan di atas turut dianuti dan diamalkan oleh 40 jenis
tariqat yang lain sebagai panduan kepada jalan kebenaran yang mulia
iaitu jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Rasulullah
s.a.w. dengan meninggalkan sebarang bentuk bida’ah dan bermujahadah
melawan hawa nafsu. Kerana itulah Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih mencapai ketinggian rohani dan
menjadi seorang Mahaguru Tariqat dan penghulu pemimpin kerohanian pada
zamannya.
1. Yad Kard
“Yad” bererti ingat yakni zikir. Perkataan “Kard” pula bagi menyatakan
kata kerja bagi ingat yakni pekerjaan mengingati Allah dan ianya
merupakan zat bagi zikir.. Berkata para Masyaikh, Yad Kard bermaksud
melakukan zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan hati. Murid yang
telah melakukan bai’ah dan telah ditalqinkan dengan zikir hendaklah
senantiasa sibuk mengingati Allah dengan kalimah zikir yang telah
ditalqinkan. Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir yang
akan membawa seseorang murid itu mencapai ketinggian darjat rohani.
Syeikh akan mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada zikir Ismu Zat
ataupun zikir Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi. Seseorang murid
hendaklah melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan sentiasa
menyibukkan dirinya dengan berzikir. Pada setiap hari, masa dan keadaan,
sama ada dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring ataupun
berjalan, hendaklah sentiasa berzikir.
Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini,
Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah sebagai
zikir yang perlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah.
Murid hendaklah berzikir Allah pada latifah tersebut sebanyak 24 ribu
kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya Warid.
Seterusnya murid hendaklah mengkhabarkan segala pengalaman ruhaniahnya
kepada Syeikh apabila menerima warid tersebut. Begitulah pada setiap
latifah, murid hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya pada kesemua
latifah seperti yang diarahkan oleh Syeikh sehingga tercapainya warid.
Mengingati Allah secara sempurna adalah dengan berzikir menghadirkan
hati ke Hadhrat ZatNya.
Setelah zikir Ismu Zat dilakukan pada setiap latifah dengan sempurna,
Syeikh akan mentalqinkan pula zikir Nafi Itsbat iaitu kalimah LA ILAHA
ILLALLAH yang perlu dilakukan sama ada secara Lisani iaitu menerusi
lidah atau secara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati. Zikir Nafi
Itsbat perlu dilakukan menurut kaifiatnya.
Syeikh akan menentukan dalam bentuk apa sesuatu zikir itu perlu
dilakukan. Yang penting bagi Salik adalah menyibukkan diri dengan zikir
yang telah ditalqinkan oleh Syeikh sama ianya zikir Ismu Zat ataupun
Nafi Itsbat.
Salik hendaklah melakukan zikir Nafi Itsbat sehingga dia mencapai
kejernihan hati dan tenggelam di dalam muraqabah. Murid hendaklah
melakukan zikir Nafi Itsbat sebanyak 5 ribu ke 10 ribu kali setiap hari
bagi menanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebut akan
membersihkan hati dan membawa seseorang itu kepada musyahadah.
Salik hendaklah memelihara zikir dengan hati dan lidah dengan menyebut
Allah iaitu nama bagi Zat Tuhan yang merangkumi kesemua nama-namaNya dan
sifat-sifatNya yang mulia serta dengan menyebut zikir Nafi Itsbat
menerusi kalimah LA ILAHA ILLALLAH dengan sebanyak-banyaknya.
Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin Naqshbandiyah, seseorang murid yang
baru itu hendaklah menutup kedua matanya, menutup mulutnya, merapatkan
giginya, menongkatkan lidahnya ke langit-langit dan menahan nafasnya.
Dia hendaklah mengucapkan zikir ini dengan hatinya bermula dari kalimah
Nafi dan seterusnya kalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagi murid yang telah
lama hendaklah membukakan kedua matanya dan tidak perlu menahan
nafasnya.
Bermula dari kalimah LA yang bererti Tiada, dia hendaklah menarik
kalimah LA ini dari bawah pusatnya ke atas hingga ke otak. Apabila
kalimah LA mencapai otak, ucapkan pula kalimah ILAHA di dalam hati yang
bererti Tuhan. Kemudian hendaklah digerakkan dari otak ke bahu kanan
sambil menyebut ILLA yang bererti Melainkan, lalu menghentakkan kalimah
ALLAH ke arah Latifah Qalb. Sewaktu menghentakkan kalimah Allah ke arah
Qalb, hendaklah merasakan bahawa kesan hentakan itu mengenai kesemua
Lataif di dalam tubuh badan.
Zikir yang sebanyak-banyaknya akan membawa seseorang Salik itu mencapai
kepada kehadiran Zat Allah dalam kewujudan secara zihni yakni di dalam
fikiran. Salik hendaklah berzikir dalam setiap nafas yang keluar dan
masuk. Yad Kard merupakan amalan di fikiran yang mana fikiran hendaklah
sentiasa menggesa diri supaya sentiasa ingat kepada Allah dan melakukan
zikir bagi mengingati ZatNya.
Pekerjaan berzikir mengingati Allah adalah suatu amalan yang tiada batas
dan had. Ianya boleh dikerjakan pada sebarang tempat, masa dan keadaan.
Hendaklah sentiasa memerhatikan nafas supaya setiap nafas yang keluar
dan masuk itu disertai ingatan terhadap Zat Allah s.w.t.
2. Baz Gasht
Baz Gasht bererti kembali. Menurut para Masyaikh, maksudnya ialah
seseorang yang melakukan zikir dengan menggunakan lidah hati menyebut
Allah Allah dan La ilaha Illallah, begitulah juga setelah itu hendaklah
mengucapkan di dalam hati dengan penuh khusyuk dan merendahkan diri
perkataan ini,
“Ilahi anta maqsudi, wa ridhoka matlubi.”
Yang bererti,
“Wahai Tuhanku Engkaulah maksudku dan keredhaanMu tuntutanku.”
Ianya merupakan ucapan Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w. ucapan ini akan
meningkatkan tahap kesedaran kepada kewujudan dan kesaan Zat Tuhan,
sehingga dia mencapai suatu tahap di mana segala kewujudan makhluk
terhapus pada pandangan matanya. Apa yang dilihatnya walau kemana jua
dia memandang, yang dilihatnya hanyalah Keesaan Zat Tuhan. Ucapan
kata-kata ini juga memberikan kita pengertian bahawa hanya Allah yang
menjadi maksud dan matlamat kita dan tidak ada tujuan lain selain untuk
mendapatkan keredhaanNya.
Salik hendaklah mengucapkan kalimah ini bagi menghuraikan segala rahsia Keesaan Zat Tuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikan hakikat Kehadiran Zat Allah. Sebagai murid, tidak boleh meninggalkan zikir kalimah ini meskipun tidak merasakan sebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetap meneruskan zikir kalimah tersebut sebagai menuruti Syeikhnya.
Makna Baz Gasht ialah kembali kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia dengan menunjukkan penyerahan yang sempurna, mentaati segala kehendakNya dan merendahkan diri dengan sempurna dalam memuji ZatNya. Adapun lafaz Baz Gasht dalam Bahasa Parsi seperti yang diamalkan oleh para Akabirin Naqshabandiyah Mujaddidiyah adalah seperti berikut :
“Khudawanda, maqsudi man Tui wa ridhai Tu, tarak kardam dunya wa akhirat barai Tu. Mahabbat wa ma’rifati Khud badih.”
Yang bererti,
“Tuhanku, maksudku adalah Engkau dan keredaanMu, ku lepaskan dunia dan akhirat kerana Engkau. Kurniakanlah cinta dan makrifat ZatMu.”
Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak memahami hakikat kebenaran ucapan kata-kata ini, hendaklah dia tetap juga menyebutnya kerana menyebut kata-kata itu dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri akan menambahkan lagi pemahamannya dan secara sedikit demi sedikit Salik itu akan merasai hakikat kebenaran perkataan tersebut dan Insya Allah akan merasai kesannya.
Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w. telah menyatakan dalam doa Baginda,
“Ma zakarnaka haqqa zikrika Ya Mazkur.”
Yang bererti,
“Kami tidak mengingatiMu dengan hak mengingatiMu secara yang sepatutnya, Wahai Zat yang sepatutnya diingati.”
Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadir ke Hadhrat Allah menerusi zikirnya dan tidak akan dapat mencapai musyahadah terhadap rahsia rahsia dan sifat-sifat Allah menerusi zikirnya jika dia tidak berzikir dengan sokongan dari Allah s.w.t. dan menerusi ingatan Allah s.w.t. terhadap dirinya.
Hadhrat Maulana Syeikh Abu Yazid Bustami Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Apabila daku mencapai ZatNya, daku melihat bahawa ingatanNya terhadap diriku mendahului ingatanku terhadap diriNya.” Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikir dengan kemampuan dirinya bahkan dia hendaklah sentiasa menyedari bahawa Allah s.w.t.lah yang sedang berzikir menerusi dirinya.
3. Nigah Dasyat
Nigah bererti mengawasi dan Dasyat pula bererti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya ialah seseorang Salik itu sewaktu melakukan zikir hendaklah sentiasa memelihara hati dari sebarang khatrah lintasan hati dan was-was Syaitan. Jangan biarkan khayalan kedukaan memberi kesan kepada hati. Setiap hari hendaklah melapangkan masa selama sejam ke dua jam ataupun lebih untuk memelihara hati dari segala ingatan selain Allah s.w.t. Selain diriNya, jangan ada sebarang khayalan dan lakukan latihan ini sehingga selain Allah segala-galanya menjadi lenyap.
Nigah Dasyat juga bermakna seseorang Salik itu mesti memerhatikan hatinya dan menjaganya dengan menghindarkan sebarang ingatan yang buruk masuk ke dalam hati. Ingatan dan keinginan yang buruk akan manjauhkan hati dari kehadiran Allah. Kesufian yang sebenar adalah daya untuk memelihara hati dari ingatan yang buruk dan memeliharanya dari sebarang keinginan yang rendah. Seseorang yang benar-benar mengenali hatinya akan dapat mengenali Tuhannya.
Di dalam tariqat Naqshbandiyah ini, seseorang Salik yang dapat memelihara hatinya dari sebarang ingatan yang buruk selama 15 minit adalah merupakan suatu pencapaian yang besar dan menjadikannya layak sebagai seorang ahli Sufi yang benar.
Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam kitabnya Idhahut Tariqah bahawa, “Nigah Dasyat adalah merupakan syarat ketika berzikir, bahawa ketika berzikir hendaklah menghentikan segala khayalan serta was-was dan apabila sebarang khayalan yang selain Allah terlintas di dalam hati maka pada waktu itu juga hendaklah dia menjauhkannya supaya khayalan ghairullah tidak menduduki hati.”
Hadhrat Maulana Syeikh abul Hassan Kharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Telah berlalu 40 tahun di mana Allah sentiasa melihat hatiku dan telah melihat tiada sesiapapun kecuali DiriNya dan tiada ruang bilik di dalam hatiku untuk selain dari Allah.”
Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani pernah berkata, “ Aku menjadi penjaga di pintu hatiku selama 40 tahun dan aku tidak pernah membukanya kepada sesiapa pun kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala sehinggakan hatiku tidak mengenali sesiapapun kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
Seorang Syeikh Sufi bernah berkata, “Oleh kerana aku telah menjaga hatiku selama sepuluh malam, hatiku telah menjagaku selama dua puluh tahun.”
4. Yad Dasyat
Yad Dasyat bererti mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan bersungguh-sungguh dengan Zauq Wijdani sehingga mencapai Dawam Hudhur yakni kehadiran Zat Allah secara kekal berterusan dan berada dalam keadaan berjaga-jaga memerhatikan limpahan Faidhz dari sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kesedaran ini diibaratkan sebagai Hudhur Bey Ghibat dan merupakan Nisbat Khassah Naqshbandiyah.
Yad Dasyat juga bermakna seseorang yang berzikir itu memelihara hatinya pada setiap penafian dan pengitsbatan di dalam setiap nafas tanpa meninggalkan Kehadiran Zat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ianya menghendaki agar Salik memelihara hatinya di dalam Kehadiran Kesucian Zat Allah Subhanahu wa Ta’ala secara berterusan. Ini untuk membolehkannya agar dapat merasai kesedaran dan melihat Tajalli Cahaya Zat Yang Esa atau disebut sebagai Anwar uz-Zat il-Ahadiyah
Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad Dasyat merupakan istilah para sufi bagi menerangkan keadaan maqam Syuhud atau Musyahadah yang juga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau Dawam Hudhur dan Dawam Agahi. Di zaman para Sahabat Ridhwanullah ‘alaihim ajma’in ianya disebut sebagai Ihsan.
Ia merupakan suatu maksud di dalam Tariqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah bagi menghasilkan Dawam Hudhur dan Dawam Agahi dengan Hadhrat Zat Ilahi Subhanahu wa Ta’ala dan di samping itu berpegang dengan ‘Aqidah yang sahih menurut Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan melazimkan diri beramal menuruti Sunnah Nabawiyah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini iaitu tetap mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan menuruti Sunnah Nabi s.a.w. ataupun meninggalkan salah satu darinya maka dia adalah terkeluar dari jalan tariqat Naqshbandiyah, na’uzu billahi minha!

Hosh bererti sedar, Dar bererti dalam dan Dam bererti nafas, yakni sedar
dalam nafas. Seseorang Salik itu hendaklah berada dalam kesedaran
bahawa setiap nafasnya yang keluar masuk mestilah beserta kesedaran
terhadap kehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hati
menjadi lalai dan leka dari kesedaran terhadap kehadiran Zat Allah.
Dalam setiap nafas hendaklah menyedari kehadiran ZatNya.
Menurut Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih bahawa, “Seseorang Salik yang benar hendaklah menjaga dan memelihara nafasnya dari kelalaian pada setiap kali masuk dan keluarnya nafas serta menetapkan hatinya sentiasa berada dalam Kehadiran Kesucian ZatNya dan dia hendaklah memperbaharukan nafasnya dengan ibadah dan khidmat serta membawa ibadah ini menuju kepada Tuhannya seluruh kehidupan, kerana setiap nafas yang disedut dan dihembus beserta KehadiranNya adalah hidup dan berhubung dengan Kehadiran ZatNya Yang Suci. Setiap nafas yang disedut dan dihembus dengan kelalaian adalah mati dan terputus hubungan dari Kehadiran ZatNya Yang Suci.”
Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih berkata, “Maksud utama seseorang Salik di dalam Tariqah ini adalah untuk menjaga nafasnya dan seseorang yang tidak dapat menjaga nafasnya dengan baik makan dikatakan kepadanya bahawa dia telah kehilangan dirinya.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “ Tariqat ini dibina berasaskan nafas, maka adalah wajib bagi setiap orang untuk menjaga nafasnya pada waktu menghirup nafas dan menghembuskan nafas dan seterusnya menjaga nafasnya pada waktu di antara menghirup dan menghembuskan nafas.”
Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaih berkta dalam kitabnya Fawatihul Jamal bahawa, “Zikir adalah sentiasa berjalan di dalam tubuh setiap satu ciptaan Allah sebagai memenuhi keperluan nafas mereka biarpun tanpa kehendak sebagai tanda ketaatan yang merupakan sebahagian dari penciptaan mereka. Menerusi pernafasan mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama Allah Yang Maha Suci berada dalam setiap nafas yang keluar masuk dan ianya merupakan tanda kewujudan Zat Yang Maha Ghaib sebagai menyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan. Maka itu amatlah perlu berada dalam kesedaran dan hadir dalam setiapnafas sebagai langkah untuk mengenali Zat Yang Maha Pencipta.”
Nama Allah yang mewakili kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya adalah terdiri dari empat huruf iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha. Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlak adalah Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia KetinggianNya dan DiriNya dinyatakan menerusi huruf yang terakhir dari Kalimah Allah iaitu huruf Ha. Huruf tersebut apabila ditemukan dengan huruf Alif akan menghasilkan sebutan ‘Ha’ yang memberikan makna ‘Dia Yang Ghaib’ sebagai kata gantidiri.
Bunyi sebutan ‘Ha’ itu sebagai menampilkan dan menyatakan bukti kewujudan ZatNya yang Ghaib Mutlak. [ Ghaibul Huwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza wa Jalla ]. Huruf Lam yang pertama adalah bermaksud Ta’rif atau pengenalan dan huruf Lam yang kedua pula adalah bermaksud Muballagah yakni pengkhususan.
Menjaga dan memelihara hati dari kelalaian akan membawa seseorang itu kepada kesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaan Kehadiran Zat akan membawanya kepada kesempurnaan Musyahadah dan kesempurnaan Musyahadah akan membawanya kepada kesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah.
Seterusnya Allah akan membawanya kepada penzahiran kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Sifat-sifatNya yang lain kerana adalah dikatakan bahawa Sifat Allah itu adalah sebanyak nafas-nafas manusia.
Perlu diketahui bahawa menjaga nafas dari kelalaian adalah amat sukar bagi seseorang Salik, lantaran itu mereka hendaklah menjaganya dengan memohon Istighfar yakni keampunan kerana memohon istighfar akan menyucikan hatinya dan mensucikan nafasnya dan menyediakan dirinya untuk menyaksikan penzahiran manifestasi Allah Ta’ala di mana-mana jua.

Nazar bererti memandang, Bar bererti pada, dan Qadam pula bererti kaki.
Seseorang Salik itu ketika berjalan hendaklah sentiasa memandang ke arah
kakinya dan jangan melebihkan pandangannya ke tempat lain dan setiap
kali ketika duduk hendaklah sentiasa memandang ke hadapan. Jangan
menoleh ke kiri dan ke kanan kerana ianya akan menimbulkan fasad yang
besar dalam dirinya dan akan menghalangnya dari mencapai maksud.
Nazar Bar Qadam bermakna ketika seseorang Salik itu sedang berjalan, dia hendaklah tetap memerhatikan langkah kakinya. Di
mana jua dia hendak meletakkan kakinya, matanya juga perlu memandang ke
arah tersebut. Tidak dibolehkan baginya melemparkan pandangannya ke
sana sani, memandang kiri dan kanan ataupun di hadapannya kerana
pandangan yang tidak baik akan menghijabkan hatinya.
Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadi kerana bayangan gambaran yang dipindahkan dari pandangan penglihatan mata ke otak sewaktu menjalani kehidupan seharian. Ini akan mengganggu hati dan menimbulkan keinginan memenuhi berbagai kehendak hawa nafsu seperti yang telah tergambar di ruangan otak. Gambaran-gambaran ini merupakan hijab-hijab bagi hati dan ianya menyekat Cahaya Kehadiran Zat Allah Yang Maha Suci.
Kerana itulah para Masyaikh melarang murid mereka yang telah menyucikan hati mereka menerusi zikir yang berterusan dari memandang ke tempat yang selain dari kaki mereka. Hati mereka ibarat cermin yang menerima dan memantulkan setiap gambaran dengan mudah. Ini akan mengganggu mereka dan akan menyebabkan kekotoran hati. Maka itu, Salik diarahkan agar merendahkan pandangan supaya mereka tidak terkena panahan dari panahan Syaitan.
Merendahkan pandangan juga menjadi tanda kerendahan diri. Orang yang bongkak dan sombong tidak memandang ke arah kaki mereka ketika berjalan. Ia juga merupakan tanda bagi seseorang yang menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mana Baginda s.a.w. ketika berjalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi Baginda hanya melihat ke arah kakinya, bergerak dengan pantas menuju ke arah destinasinya.
Pengertian batin yang dituntut dari prinsip ini ialah supaya Salik bergerak dengan laju dan pantas dalam melakukan perjalanan suluk, yang mana apa jua maqam yang terpandang olehnya maka dengan secepat yang mungkin kakinya juga segera sampai pada kedudukan maqam tersebut. Ia juga menjadi tanda ketinggian darjat seseorang yang mana dia tidak memandang kepada sesuatupun kecuali Tuhannya.
Sepertimana seseorang yang hendak lekas menuju kepada tujuannya, begitulah seorang Salik yang menuju Kehadhrat Tuhan hendaklah lekas-lekas bergerak, dengan cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, tidak memandang kepada hawa nafsu duniawi sebaliknya hanya memandang ke arah mencapai Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci.
Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih telah berkata dalam suratnya yang ke-259 di dalam Maktubat, “Pandangan mendahului langkah dan langkah menuruti pandangan. Mi’raj ke maqam yang tinggi di dahului dengan Basirah kemudian diikuti dengan langkah. Apabila langkah telah mencapai Mi’raj tempat yang dipandang, maka kemudian pandangan akan diangkat ke suatu maqam yang lain yang mana langkah perlu menurutinya.”
“Kemudian pandangan akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi dan langkah akan menurutinya. Begitulah seterusnya sehingga pandangan mencapai maqam kesempurnaan yang mana langkahnya akan diberhentikan.”
“Kami katakana bahawa, apabila langkah menuruti pandangan, murid telah mencapai maqam kesediaan untuk menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah merupakan sumber asal bagi segala langkah.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Jika kita memandang kesalahan sahabat-sahabat, kita akan ditinggalkan tanpa sahabat kerana tiada seorang juapun yang sempurna.”

Safar bererti menjelajah, berjalan atau bersiar, Dar bererti dalam dan
Watan bererti kampung. Safar Dar Watan bermakna bersiar-siar dalam
kampung dirinya yakni kembali berjalan menuju Tuhan.
Seseorang Salik itu hendaklah menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia
Yang Maha Pencipta. Hadhrat Baginda Nabi s.a.w. pernah bersabda yang
mafhumnya, “Daku sedang menuju Tuhanku dari suatu hal keadaan ke hal
keadaan yang lebih baik dan dari suatu maqam ke suatu maqam yang lebih
baik.”
Salik hendaklah berpindah dari kehendak hawa nafsu yang dilarang kepada
kehendak untuk berada dalam KehadiranNya. Dia hendaklah meninggalkan
segala sifat-sifat Basyariyah [kemanusiawian] yang tidak baik dan
berusaha meningkatkan dirinya dengan sifat-sifat Malakutiyah
[kemalaikatan] yang terdiri dari sepuluh maqam iaitu : [1] Taubat [2]
Inabat [3] Sabar [4] Syukr [5] Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim
[9] Tawakkal [10] Redha.
Para Masyaikh membahagikan perjalanan ini kepada dua
kategori iaitu Perjalanan Luaran dan Perjalanan Dalaman. Perjalanan
luaran adalah perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat mencari
seorang pembimbing rohani yang sempurna bagi dirinya dan akan
menunjukkan jalan ke tempat yang dimaksudkannya. Ini akan membolehkannya
untuk memulakan perjalanan dalaman.
Seorang Salik apabila dia sudah menemui seorang pembimbing rohani yang sempurna bagi dirinya adalah di larang dari melakukan perjalanan luaran. Di dalam perjalanan luaran ini terdapat berbagai kesukaran yang mana seseorang yang baru menuruti jalan ini tidak dapat tidak pasti akan terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang, kerana mereka adalah lemah dalam menunaikan ibadah mereka.
Perjalanan yang bersifat dalaman pula mengkehendakkan agar seseorang Salik itu meninggalkan segala tabiat yang buruk dan membawa adab tertib yang baik ke dalam dirinya serta mengeluarkan dari hatinya segala keinginan duniawi. Dia akan diangkat dari suatu maqam yang kotor zulmat ke suatu maqam kesucian.
Pada waktu itu dia tidak perlu lagi melakukan perjalanan dalaman. Hatinya telah dibersihkan dan menjadikannya tulin seperti air, jernih seperti kaca, bersih bagaikan cermin lalu menunjukkannya hakikat setiap segala suatu urusan yang penting dalam kehidupan sehariannya tanpa memerlukan sebarang tindakan yang bersifat luaran bagi pihak dirinya. Di dalam hatinya akan muncul segala apa yang diperlukan olehnya dalam kehidupan ini dan kehidupan mereka yang berada di sampingnya.
Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Ketahuilah bahawa apabila hati tertakluk dengan sesuatu selain Allah dan khayalan yang buruk menjadi semakin kuat maka limpahan Faidhz Ilahi menjadi sukar untuk dicapai oleh batin.”
“Jesteru itu dengan kalimah LA ILAHA hendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itu sebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktu mengucapkan LA ILAHA hendaklah menafikan hasad itu dan sewaktu mengucapkan ILLALLAH hendaklah mengikrarkan cinta dan kasih saying di dalam hati. Begitulah ketika melakukan zikir Nafi Itsbat dengan sebanyak-banyaknya lalu menghadap kepada allah dneganrasa hina dan rendah diri bagi menghapuskan segala keburukan diri sehinggala keburukan dirinya itu benar-benar terhapus.”
“Begitulah juga terhadap segala rintangan batin, ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnya tasfiyah dan tazkiyah. Latihan ini merupakan salah satu dari maksud Safar Dar Watan.”

Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman bererti khalayak ramai, maka
pengertiannya ialah bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada zahir,
Salik bergaul dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah
Ta’ala. Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat Luaran dan Khalwat
Dalaman.
Khalwat luaran menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di tempat
yang sunyi dan jauh dari kesibukan manusia. Secara bersendirian Salik
menumpukan kepada zikrullah dan muraqabah untuk mencapai penyaksian
Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir fikir dan semua deria luaran
difanakan, pada waktu itu deria dalaman bebas meneroka ke Alam Kebesaran
dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini seterusnya akan
membawa kepada khalwat dalaman.
Khalwat dalaman bermaksud berkhalwat dalam kesibukan manusia. Hati Salik
hendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk
sedang jasmaninya sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa
seseorang Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam
hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis keramaian manusia,
dia tidak mendengar suara mereka. Keadaan berzikir itu mengatasi dirinya
dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan sedang menariknya membuatkannya tidak
menghiraukan segala sesuatu yang lain kecuali Tuhannya. Ini merupakan
tingkat khalwat yang tertinggi dan dianggap sebagai khalwat yang sebenar
seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran :
Rijalulla tulhihim tijaratun wala bay’un ‘an zikrillah
“Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari
mengingati Allah.” [ 24 : 37 ]. Inilah merupakan jalan Tariqah
Naqshbandiyah.
Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Quddisa Sirruhu telah
ditanyakan orang bahawa apakah yang menjadi asas bagi tariqatnya? Beliau
menjawab, berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yakni zahir berada bersama
Khalaq dan batin hidup bersama Haq serta menempuh kehidupan dengan
menganggap bahawa Khalaq mempunyai hubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik dia tidak boleh berhenti dari menuju kepada maksudnya yang hakiki.
Khalwat yang utama di sisi para Masyaikh Naqshbandiyah adalah khalwat dalaman kerana mereka sentiasa berada bersama Tuhan mereka dan pada masa yang sama mereka berada bersama dengan manusia. Sepertimana mafhum sabdaan Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w., “Padaku terdapat dua sisi. Satu sisiku menghadap ke arah Pencipta ku dan satu sisi lagi menghadap ke arah makhluk ciptaan.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Tariqatuna as-suhbah wal khayru fil jam’iyyat”
“Jalan tariqah kami adalah dengan cara bersahabat dan kebaikan itu dalam berjemaah.”
Adalah dikatakan bahawa seseorang beriman yang dapat bercampur gaul dengan manusia dan menanggung berbagai masaalah dalam kehidupan adalah lebih baik dari orang beriman yang menghindarkan dirinya dari manusia.
Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Perlulah diketahui bahawa Salik pada permulaan jalannya mungkin menggunakan khalwat luaran untuk mengasingkan dirinya dari manusia, beribadat dan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga dia mencapai tingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu dia akan dinasihatkan oleh Syeikhnya seperti kata-kata Sayyid Al-Kharraz rahmatullah ‘alaih iaitu kesempurnaan bukanlah dalam mempamerkan karamah yang hebat-hebat tetapi kesempurnaan yang sebenar ialah untuk duduk bersama manusia, berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan zuriat dan dalam pada itu sekali-kali tidak meninggalkan Kehadiran Allah walaupun seketika.”
Hadhrat Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih berkata, “Daripada masamu, jangan ada sebarang waktu pun yang engkau tidak berzikir dan bertawajjuh serta mengharapkan Kehadiran Allah Ta’ala dan bertemulah dengan manusia dan berzikirlah walaupun berada di dalam keramaian dan sentiasa berjaga-jaga memerhatikan limpahan Allah.”
Berkata Penyair,
Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapi hatiku memerhatikan waridnya,
Biarpun di waktu sekali kerdipan mata namun diriku sekali-kali tidak leka,
Boleh jadi Dia sedang memerhatikanmu dan dikau tidak memperhatikannya.
Hal keadaan ini dinamakan Khalwat Dar Anjuman iaitu “Ka in haqiqat wa ba in surat” yakni hakikat dirinya berzama Zat Tuhan dan tubuh badan bersama makhluk ciptaan Tuhan. Masyaikh menggelarkannya sebagai ‘Sufi Kain Bain’

JALAN PENGHASILAN FAEDAH JALAN NAQSHBANDIYAH
Oleh Hadhrat Faqir Maulawi Jalalludin Ahmad Ar-Rowi
Menurut Para Masyaikh, cara untuk menghasilkan faedah yang sebesar-besarnya dengan limpahan Faidhz dan keberkatan yang sempurna atas jalan Naqshbandiyah ini, seseorang murid itu hendaklah sentiasa bersahabat dengan Syeikhnya dengan penuh adab tertib dan keikhlasan hati serta memenuhi segala syarat-syaratnya serta tetap memelihara zikir azkar seperti yang telah ditalqinkan oleh Syeikh kepada dirinya.
Dalam tariqat ini juga terdapat maqam-maqam yang amat tinggi kedudukan darjatnya dan padanya terdapat warid-warid yang juga tinggi kedudukannya dan merupakan bahagian suluk Para ‘Ulul ‘Azmi dan Para Muqarrabin. Mereka-mereka yang telah diberikan keahlian dan kemampuan untuk memasuki dan menempuhi jalan tersebut telah diberikan kemuliaan oleh Allah dan mereka itu akan terus maju menuju ke Hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Jalan Naqshbandiyah ini seperti yang telah ditegaskan oleh Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani bahawa ianya merupakan jalan yang paling dekat, paling mendahului, paling menuruti, paling kukuh, paling selamat, paling berhikmah, paling benar, paling baik, paling tinggi, paling agung, paling atas kedudukannya, paling sempurna dan paling indah jalannya.
Dalam menuruti Tariqat Naqshbandiyah ini, Para Masyaikh mendahulukan Jazbah sebelum Suluk di mana seseorang murid yang benar-benar ikhlas berusaha menghasilkan tawajjuh yang sempurna dari Syeikhnya. Dengan berkat tawajjuh Syeikh, murid itu akan memperolehi jazbah yang mana keadaannya akan mula mengalami perubahan iaitu bertambahnya Zauq dan Shauq serta ruhnya akan merasai kelazatan dan ketenangan yang khas tatkala melakukan zikir dan ibadat.
Seseorang murid yang benar hendaklah mendalami ilmu agama terutamanya yang berkenaan dengan Syari’at Islam seperti yang telah dibawakan oleh Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam serta menghidupkan Sunnah Baginda s.a.w. di dalam kehidupan sehari-harian terutamanya di dalam amalan ibadat dan meningglkan segala bentuk Bid’ah yang sesat dalam pelaksanaan ibadat. Murid hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
Hendaklah melaksanakan Rukun Islam iaitu bersaksi kepada Allah dan Rasul dengan mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan dan memelihara Solat lima waktu setiap hari, berpuasa pada bulan Ramadhan, berzakat dan menunaikan Haji apabila berkemampuan.
Hendaklah melaksanakan Rukun Iman iaitu beriman dengan penuh percaya dan yaqin dengan Allah, Para Malaikat Nya, Kitab-kitab Nya, Para Rasul Nya, Hari Akhirat, Taqdir yang baik dan buruk adalah dari Allah Ta’ala serta beriman dan yaqin dengan hari kebangkitan sesudah mati.
Seterusnya hendaklah melaksanakan Rukun Ihsan iaitu, “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Nya dan merasakan bahawa Allah sedang melihat engkau”. Ihsan di dalam Solat adalah martabat untuk dicapai oleh orang awam manakala Ihsan di dalam dan di luar Solat adalah maqam yang dicapai oleh Para Nabi dan Rasul dan menjadi perjuangan sekelian ahli sufi yang menempuh jalan Tariqat.

TAMBAHAN SHAH BAHAUDDIN NAQSHBAND
HADHRAT
Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih merupakan Imam bagi Tariqat
Naqshbandiyah dan seorang Mahaguru Tariqat yang terkemuka. Beliau telah
mengukuhkan lagi jalan ini dengan tiga prinsip penting dalam Zikir
Khafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip asas yang telah dikemukakan
oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih iaitu:
1. WUQUF QALBI
Mengarahkan
penumpuan terhadap hati dan hati pula mengarahkan penumpuan terhadap
Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan keadaan. Sama ada dalam
keadaan berdiri, berbaring, berjalan mahupun duduk. Hendaklah
bertawajjuh kepada hati dan hati pula tetap bertawajjuh ke Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi zikir.
Kedudukan
Qalbi ini adalah pada kedudukan dua jari di bawah tetek kiri dan
kedudukan ini hendaklah sentiasa diberikan penumpuan dan Tawajjuh.
Bayangan limpahan Nur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatan melimpah
pada Qalbi dalam pandangan batin.
Ini
merupakan suatu kaedah Zikir Khafi yakni suatu bentuk zikir yang
tersembunyi dan tidak diketahui oleh Para Malaikat. Ia merupakan suatu
kaedah zikir yang rahsia.
2. WUQUF ‘ADADI
Sentiasa
memerhatikan bilangan ganjil ketika melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir
Nafi Itsbat ialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukan di dalam hati
menurut kaifiyatnya. Dalam melakukan zikir Nafi Itsbat ini, Salik
hendaklah sentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnya itu dengan
memastikannya dalam jumlah bilangan yang ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19
atau 21 atau 23 atau sebarang bilangan yang ganjil.
Menurut
Para Masyaikh, bilangan ganjil mempunyai rahsia yang tertentu kerana
Allah adalah Ganjil dan menyukai bilangan yang ganjil dan ianya akan
menghasilkan ilmu tentang Rahsia Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah
Naqshband Rahmatullah ‘alaih,
“Memelihara bilangan di dalam zikir adalah langkah pertama dalam menghasilkan Ilmu Laduni.”
Memelihara
bilangan bukanlah untuk jumlahnya semata-mata bahkan ianya untuk
memelihara hati dari ingatan selain Allah dan sebagai asbab untuk
memberikan lebih penumpuan dalam usahanya untuk menyempurnakan zikir
yang telah diberikan oleh Guru Murshidnya.
3. WUQUF ZAMANI
Setiap
kali selepas menunaikan Solat, hendaklah bertawajjuh kepada hati dan
sentiasa memastikan hati dalam keadaan bertawajjuh kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Lakukan selama beberapa minit sebelum bangkit dari
tempat Solat. Kemudian setelah selang beberapa jam hendaklah menyemak
semula keadaan hati bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan mengingati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Apabila
seseorang Murid itu telah naik ke peringkat menengah dalam bidang
Keruhanian maka dia hendaklah selalu memeriksa keadaan hatinya sekali
pada tiap- tiap satu jam untuk mengetahui sama ada dia ingat ataupun
lalai kepada Allah dalam masa-masa tersebut. Jika dia lalai maka
hendaklah dia beristighfar dan berazam untuk menghapuskan kelalaian itu
pada masa akan datang sehinggalah dia mencapai peringkat Dawam Hudhur
atau Dawam Agahi iaitu peringkat hati yang sentiasa hadir dan sedar ke
Hadhrat ZatNya.
Ketiga-tiga
prinsip ini adalah tambahan dari Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband
Rahmatullah ‘alaih dalam membimbing sekelian para murid dan pengikutnya
dan terus menjadi amalan yang tetap dalam Tariqat Naqshbandiyah.
SILSILAH KE13 TAREQAT NAQSHABADIYAH: SYAIKH MUHAMMAD BABA AS SAMASIS
Beliau
dilahirkan di sebuah kampung berdekatan Ramitain dipanggil dengan
Sammas di Uzbekistan. Beliau mempelajari pelbagai ilmu agama dan ilmu
logik sehingga bergelar sebagai seorang 'allamah (sangat alim) di
zamannya. Beliau berdamping diri dengan Shaikh 'Azizan ('Ali Ramitani)
dan bermujahadah bersungguh-sungguh sehingga mengatasi semua ikhwan
seperguruannya yang lain, lalu dilantik oleh gurunya sebagai khalifah.
Shaikh Azizan memerintah para murid beliau tunduk dan patuh kepada
arahan Shaikh Baba al-Sammasi semenjak hidup beliau lagi.
Syekh
Muhammad Baba as-Samasi adalah seorang pelajar al-Azizan yang ternama
dan merupakan seorang Cendikiawan dari para Wali dan seorang Wali dari
para Cendikiawan. Beliau unik dalam dua jenis pengetahuan, iaitu
pengetahuan zahir dan batin. Berkahnya menembus seluruh ummat di
masanya.
Dari keinginan belajarnya yang tinggi, beliau menyebabkan ilmu-ilmu ghaib dan rahasia menjadi tampak. Beliau adalah puncaknya Pengetahuan
Hakikat dan Syaria abad ke-8 H. Salah satu tanda keajaibannya adalah
mi’raj beliau dari Kubah Batu, yang merupakan hatinya ke maqam ilmuwan
dari para kalangan ilmuwan ulamak. Para cendikiawan yang menguasai
hikmah kerohanian banyak yang menggali dari ladang ilmunya dan ikut
berthawaf mengelilingi Ka’bah dibawah bimbingan beliau.
Kemudian
beliau mulai mempelajari Teologi Spekulatif, Logika, Filosofi (’ilm
al-Kalam) dan Sejarah, sampai beliau dijuluki orang sebagai ensiklopedia
hidup bagi segala bidang ilmu dan seni. Beliau mengikuti Syaikh Ali ar-Ramitani al-’Azizan dan terus-menerus berperang melawan dirinya sendiri.
Beliau
melakukan khalwat setiap hari sampai mencapai maqam kemurnian sehingga
Syaikhnya mengizinkannya untuk memindahkan Pengetahuan kerohanian yang
bersifat Ghaib ke dalam hatinya. Beliau menjadi sangat terkenal dengan
kekuatan ajaib dan ketinggian maqam kewaliannya. Syaikh ‘Ali Ramitani
memilih beliau sebagai penerusnya sebelum beliau meninggal dan
memerintahkan semua murid untuk mengikutinya.
Beliau pernah berkata ketika melewati sebuah desa di Qasr al-’Arifan, ‘Dari
tempat ini Aku mencium wangi seorang Pemegang Ilmu Spiritual yang akan
muncul dan dari namanyalah seluruh thariqat ini akan dikenal.’ Suatu hari beliau melewati desa itu dan berkata, ‘Aku mencium aroma yang sangat kuat, seolah-olah Pemegang Ilmu itu telah lahir.’ Tiga hari berselang, kakek dari seorang anak mengunjungi Syekh Muhammad Baba as-Samasi dan berkata, ‘Ini adalah cucuku.’
Beliau lalu berkata kepada para pengikutnya, ‘Bayi
ini adalah Pemegang Ilmu yang telah kuceritakan kepada kalian. Aku
lihat di masa depan dia akan menjadi pemandu bagi seluruh ummat manusia.
Rahasianya akan menggapai seluruh orang-orang shaleh. Pengetahuan
Surgawi yang telah dicurahkan oleh Allah I kepadanya akan memasuki
setiap rumah di Asia Tengah. Nama Allah I akan terukir (Naqsh) dalam
hatinya. Dan thariqat ini akan dinamai dengan ukiran tersebut.’
Dari Ucapannya
‘Para
pencari harus selalu berusaha untuk mematuhi Perintah Allah I, dan dia
harus selalu berada dalam keadaan suci. Pertama dia harus mempunyai hati
yang bersih sehingga tidak akan berpaling kepada apa pun kecuali Allah
I. Selanjutnya dia harus menjaga agar bagian dalam tubuhnya tetap suci,
dan tidak diperlihatkan kepada orang lain. Yaitu melihat dengan
pandangan yang benar. Kesucian dada (sadr), terdiri atas harapan dan
kepuasan terhadap Kehendak Ilahi. Kemudian kesucian jiwa, yang terdiri
atas kesederhanaan dan penghormatan yang tinggi. Kemudian kesucian perut
dengan hanya memakan makanan yang halal dan pantangan. Diikuti dengan
kesucian badan yaitu dengan meninggalkan keinginan. Diikuti dengan
kesucian tangan yang terdiri atas keshalehan dan ikhtiar. Kemudian
kesucian dari dosa yaitu dengan menyesali kesalahan yang telah
dilakukan. Selanjutnya kesucian lidah, yang terdiri atas dzikir dan
istighfar. Kemudian dia harus mensucikan dirinya dari kelalaian dan
kealfaan, dengan mengembangkan ketakutan terhadap Akhirat.”
‘Kita harus selalu beristighfar, berhati-hati dalam segala urusan, mengikuti langkah orang-orang yang shaleh, mengikuti ajaran internalnya, dan menjaga hati dari segala godaan.’

‘Jadilah
orang yang terbimbing dengan ajaran Syaikhmu, sebab ajaran itu dapat
menyembuhkanmu secara langsung dan lebih efektif daripada membaca buku.’
‘Kalian
harus menjaga asosiasi dengan seorang Wali. Dalam asosiasi itu kalian
harus menjaga hatimu dari gosip dan tidak boleh berbicara di tengah
kehadirannya dengan suara yang keras, kalian juga tidak perlu
menyibukkan diri dengan shalat dan ibadah sunnah ketika sedang
bersamanya. Jagalah kebersamaanya dalam segala hal. Jangan berbicara
ketika mereka sedang berbicara. Dengarkan apa yang mereka katakan.
Jangan melihat apa yang mereka miliki di rumah, terutama di kamar dan
dapurnya. Jangan berpaling kepada Syaikh yang lain tetapi yakinlah bahwa
Syaikhmu akan membuatmu tiba di tujuanmu. Jangan menyambungkan hatimu
dengan Syaikh yang lain, bisa saja kalian akan terluka karena melakukan
hal itu. Tinggalkan apa pun yang telah kalian kumpulkan semasa
kanak-kanakmu.’
‘Dalam menjaga kehadirat Syaikhmu, kalian tidak boleh menyimpan sesuatu dalam hatimu kecuali Allah I dan Nama-Nya.’
‘Suatu ketika Aku bertemu dengan Syaikhku, Syaikh ‘Ali ar-Ramitani . Ketika Aku memasuki kehadiratnya, beliau berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, Aku kirimkan keinginan mi’raj ke dalam hatimu’ Segera setelah beliau mengatakan hal itu beliau menempatkan diriku ke dalam keadaan dengan panorama spiritual, di mana Aku melihat diriku berjalan siang dan malam, dari negriku menuju Masjid al-Aqsa, Aku memasuki masjid dan Aku melihat seseorang yang bepakaian serba hijau di sana. Beliau berkata kepadaku, ‘Selamat datang, kami telah menantimu sejak lama.’ Aku berkata, ‘Wahai Syaikhku, Aku meninggalkan negriku pada tanggal sekian. Tanggal berapa sekarang?’ Beliau menjawab, ‘Hari ini adalah 27 Rajab.’ Aku sadar bahwa Aku telah melakukan perjalanan selama 3 bulan untuk mencapai masjid itu, dan yang membuatku terkejut adalah bahwa Aku tiba di malam yang sama dengan malam isra mi’raj Rasulullah.
‘Beliau
berkata kepadaku, ‘Syaikhmu, Sayyid ‘Ali ar-Ramitani telah menantimu
sejak lama di sini.’ Aku masuk ke dalam, dan Syaikhku sudah siap untuk
menjadi Imam dalam rangkaian shalat malam. Setelah menyelesaikan
shalatnya beliau menoleh kepadaku dan berkata, ‘Wahai anakku, Aku telah
diperintahkan oleh Rasulullah untuk menemanimu dari Masjid Kubah ke
Sidratul Muntaha, tempat yang sama di mana beliau mengalami mi’raj.’
Ketika beliau selesai berbicara orang yang serba hijau itu membawa dua
makhluk yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Kami menunggangi kedua
makhluk tersebut dan mengangkasa. Setiap kali kami naik, kami
mendapatkan pengetahuan yang terdapat di tingkat antara Bumi dan Surga
itu.’
‘Mustahil melukiskan apa yang kami lihat dan kami pelajari dalam mi’raj itu, karena kata-kata tidak bisa mengekspresikan apa yang berhubungan dengan hati, kata-kata tidak bisa mengungkapkannya kecuali dengan merasakan dan mengalaminya sendiri. Kami melanjutkan mi’raj kami sampai tiba di maqam Realitas Rasulullah (al-haqiqat al-Muhammadiyya), yang berada di Kehadirat Ilahi. Setelah kami memasuki tingkatan ini, Syaikhku lenyap, Aku pun lenyap. Kami melihat bahwa tidak ada lagi yang eksis di alam semesta ini kecuali Rasulullah e sendiri. Kami rasa tidak ada yang berada di maqam selanjutnya kecuali Allah Isendiri.’
‘Kemudian Aku mendengar suara Rasulullah berkata kepadaku, ‘Wahai Muhammad Baba as-Samasi , Wahai anakku, jalur tempat engkau berada adalah jalur yang paling mulia, dan orang-orang yang telah terpilih untuk menjadi bintang dan penunjuk bagi ummat manusia akan diterima di jalur tersebut. Kembalilah, dan Aku akan mendukungmu dengan segala kekuatanku, dan Allah I mendukungku dengan Kekuatan-Nya. Layanilah Syaikhmu.’ Ketika suara Rasulullah menghilang, Aku menemukan diriku berdiri di tengah Syaikhku. Itu adalah sebuah karunia yang besar, berada dekat dengan Syaikh yang sangat kuat, yang bisa membawamu ke Kehadirat Ilahi.’
Syekh
Muhammad Baba as-Samasi q.s. meninggal dunia di Samas pada tanggal 10
Jumada al-Akhir, tahun 755 H. Beliau mempunyai empat khalifah, tetapi
hanya diteruskan kepada Sayyid Amir Kulal ibn as-Sayyid Hamza q.s.‘Mustahil melukiskan apa yang kami lihat dan kami pelajari dalam mi’raj itu, karena kata-kata tidak bisa mengekspresikan apa yang berhubungan dengan hati, kata-kata tidak bisa mengungkapkannya kecuali dengan merasakan dan mengalaminya sendiri. Kami melanjutkan mi’raj kami sampai tiba di maqam Realitas Rasulullah (al-haqiqat al-Muhammadiyya), yang berada di Kehadirat Ilahi. Setelah kami memasuki tingkatan ini, Syaikhku lenyap, Aku pun lenyap. Kami melihat bahwa tidak ada lagi yang eksis di alam semesta ini kecuali Rasulullah e sendiri. Kami rasa tidak ada yang berada di maqam selanjutnya kecuali Allah Isendiri.’
‘Kemudian Aku mendengar suara Rasulullah berkata kepadaku, ‘Wahai Muhammad Baba as-Samasi , Wahai anakku, jalur tempat engkau berada adalah jalur yang paling mulia, dan orang-orang yang telah terpilih untuk menjadi bintang dan penunjuk bagi ummat manusia akan diterima di jalur tersebut. Kembalilah, dan Aku akan mendukungmu dengan segala kekuatanku, dan Allah I mendukungku dengan Kekuatan-Nya. Layanilah Syaikhmu.’ Ketika suara Rasulullah menghilang, Aku menemukan diriku berdiri di tengah Syaikhku. Itu adalah sebuah karunia yang besar, berada dekat dengan Syaikh yang sangat kuat, yang bisa membawamu ke Kehadirat Ilahi.’
No comments:
Post a Comment