أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Makam Masyaikh Naqybandi
Assalamualaikum Wr Wb
berikut adalah video ziarah yang dilakukan oleh jamaah naqsybandi ke makam2 para masyaikh naqsybandi yaitu:
1. Syeikh bahaudin nasybandi di bukhara
2. Shaykh Abdul Khaliq al-Ghujdawani
3. Sheikh Sayyid Amir Kulal of Sukhar Sharif, Bukhara
4. Shaikh Muhammad Baba as-Samasi
5. Shaykh Ali ar-Ramitani
6. Mahmoud al-Anjir al-Faghnawi
7. Shaykh Khwaja Sufi Arif Ar-Riwagari
8. Salman Farsi
9. Bayazid Bustami
10. Sayyid Alauddin Al-Attar
11. Noor Muhammad Badayuni
12. Abu Ali Farmadi
13. Abul Hasan Kharqani
14. Darwaish Muhammad and khwaja Muhammad al-Amkanaki
15. Baqi Balla
16. Hazrat Mirza Mazhar Jaan-e-Jaanan Shaheed, india
17 Khawaja Yaqoob Chrkhi
Semoga Allah terus memberikan keberkahan bagi mereka dan bagi umat yang menziarahinya..
berikut adalah video ziarah yang dilakukan oleh jamaah naqsybandi ke makam2 para masyaikh naqsybandi yaitu:
1. Syeikh bahaudin nasybandi di bukhara
2. Shaykh Abdul Khaliq al-Ghujdawani
3. Sheikh Sayyid Amir Kulal of Sukhar Sharif, Bukhara
4. Shaikh Muhammad Baba as-Samasi
5. Shaykh Ali ar-Ramitani
6. Mahmoud al-Anjir al-Faghnawi
7. Shaykh Khwaja Sufi Arif Ar-Riwagari
8. Salman Farsi
9. Bayazid Bustami
10. Sayyid Alauddin Al-Attar
11. Noor Muhammad Badayuni
12. Abu Ali Farmadi
13. Abul Hasan Kharqani
14. Darwaish Muhammad and khwaja Muhammad al-Amkanaki
15. Baqi Balla
16. Hazrat Mirza Mazhar Jaan-e-Jaanan Shaheed, india
17 Khawaja Yaqoob Chrkhi
Semoga Allah terus memberikan keberkahan bagi mereka dan bagi umat yang menziarahinya..
IBU SEGALA ILMU
Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia “IBU segala ILMU“,
beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu
tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda
tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab
miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah
kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.
Setelah daerah demi daerah ke serata
pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan
izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia.
Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu
mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu
dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan
kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu
membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”
Setelah beberapa tahun mengembara
akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau
terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya.
Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya
dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu
tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa
yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja
dia terdiam dan berubah fikiran.
Selepas itu beliau terus memasuki
rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan
seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah
pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau
tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah
dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana
beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu
berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya
bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu.
Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar
membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa
yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis
hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.
Benarlah katanya “IBU segala ILMU itu adalah SABAR”
Semoga mendapat iktibar untuk semua
sahabat, kisah ini saya karangkan semula dari tazkirah subuh semasa saya
berusia 15 tahun yang telah disampaikan oleh seorang sahabat saya di
sebuah musola di Pengkalan Hulu Perak dahulu
Wallahualam
No comments:
Post a Comment