Tuesday, June 26, 2012

FUTUHAT AN-NAJHAH

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

FASAL PERTAMA: FUTUHAT AN-NAJHAH: BA (ﺏ)

TAFSIRAN DAN TAKWILAN 
AT-TASMIYYAH AL-BASMALAH

FirmanNya:

BismillahirRahmanir-Rahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang


BA (ﺏ)

"Ba" (ﺏ) adalah Harf Jarr (ﺣﺮﻑ ﺟﺮ) yang bertindak sebagai 'Amil (ﻋﺎﻣﻞ) ke atas Isim (ﺇﺳﻢ) katanama dengan menukarkan hal Isim tersebut dari keadaan Marfu' (ﻣﺮﻓﻮﻉ) kepada Majrur (ﻣﺠﺮﻭﺭ). Pada sudut lafaz, Harf Jarr berperanan menjadikan Isim Mu'rab (ﺇﺳﻢ ﻣﻌﺮﺏ) sebagai Majrur namun tidak berperanan terhadap Isim Mabni (ﻣﺒﻨﻲ ﺇﺳﻢ).

Manakala pada sudut pengertian makna, Harf Jarr berperanan sebagai katasendi bagi mempertemukan antara dua buah Kalimah (ﻛﻠﻤﺔ) ataupun dua jumlah Kalam (ﻛﻼﻡ). Huruf Ba (ﺏ) adalah bermaksud untuk memberikan pemahaman tentang Musahabat (ﻣﺼﺎﺣﺒﺖ) yang bererti kebersamaan ataupun kebersertaan, Isti'anat (ﺇﺳﺘﻌﺎﻧﺖ) yang bererti meminta pertolongan dan Tabarruk (ﺗﺒﺮﻙ) yang bererti bagi tujuan memperoleh keberkatan.

Ada diterangkan di dalam kitab Fadhail Al-Quran karangan 'Allamah Rais Al-Muhadditsin Hadhrat Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi Rahmatullah 'Alaih pada Bahagian Kedua dalam mensyarahkan Hadits Pertama bahawa telah dikatakan oleh sesetengah Asfiya bahawa segala apa yang terkandung di dalam Kitab-Kitab Allah yang terdahulu adalah dimasukkan ke dalam Surah Al-Fatihah, dan juga apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah, dan apa yang terdapat di dalam Bismillah adalah terkandung pada huruf pertamanya iaitu Ba (ﺏ).

Sesetengah Asfiya mentafsirkannya dengan lebih mendalam lagi, bahawa apa sahaja yang terdapat pada Ba (ﺏ) adalah terkandung di dalam titik yang menggambarkan Keesaan Allah. Sesuatu itu tidak dapat dipecah-pecahkan sebagaimana titik tadi. Dan diterangkan juga bahawa huruf Ba (ﺏ) adalah penghujung yang menyelaras dan memberikan maksud pengesaan. Sesungguhnya matlamat yang terakhir ialah untuk mendatangkan pengesaan daripada seseorang hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Hadhrat Imam Al-Qushairi Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Tafsir Lataif Al-Isharat bahawa huruf Ba (ﺏ) di dalam ayat Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) adalah sebagai huruf Tadhzmin (ﺗﻀﻤﻴﻦ) yakni bagi menyatakan jaminan, bahawa dengan Allahlah telah terzahirnya segala ucapan yang bersifat baharu dan denganNyalah telah tercipta sekelian makhluk ciptaan.

Dikatakan juga bahawa, Huruf Ba (ﺏ) yang terdapat pada permulaan Basmalah adalah dikenali sebagai Ba Isti'anah (ﺇﺳﺘﻌﺎﻧﺔ ﺑﺎﺀ) yang bererti meminta pertolongan dan bantuan sokongan, bermakna bahawa seseorang hamba mencari bantuan Allah dalam perbuatan yang akan dilakukannya.

Para Mufassirin mengatakan bahawa telah dihimpunkan oleh Allah sekelian 'Ilmu pengetahuan di dalam huruf Ba (الباء) yang bermaksud bahawa,
"DenganKu telah berlaku apa yang telah berlaku dan denganKu akan berlaku apa yang akan berlaku, maka kewujudan sekelian alam adalah berserta denganKu dan tiadalah bagi segala sesuatu yang selainKu wujud secara hakiki melainkan dengan nama."

Dan pengertian Majaz adalah makna perkataan golongan Sufiyyah ketika mereka berkata:

ما نظرت شياً الا ورأيت الله فيه او قبله

"Tiada daku memandang kepada sesuatu melainkan daku telah melihat Allah di dalamnya ataupun sebelumnya."

Kenyataan ini adalah tersembunyi dalam makna sebuah sabdaan Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam:

لا تسبوا الدهر فان الدهر هو الله

"Janganlah kamu mencela Masa, kerana sesungguhnya Masa adalah Allah."

Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan daripada Murshid beliau iaitu Hadhrat Qutub Al-Aqtab Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu telah menyatakan bahawa,
"Seluruh himpunan 'Ilmu pengetahuan adalah tercapai di dalam huruf Ba (الباء) daripada Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ), bahkan ianya ada dalam titik Nuqtah pada huruf Ba (ﺏ)."

Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa,
"Seluruh ilmu pengetahuan yang terhimpun di dalam satu titik Nuqtah secara zahirnya boleh juga diertikan dengan pengertian makna bahawa setiap garisan huruf Khat yang ditarik ketika penulisannya adalah bermula dan berdasarkan titik Nuqtah bahkan menjadi sebagai permulaan. Apabila ditarik daripada titik Nuqtah tersebut maka rupabentuk garisan Khat tersebut dapat diikhtiarkan. Maka dapatlah diambilkan ibarat daripada ilmu penulisan Khat dan ianya berada di dalam titik Nuqtah."

Hadhrat Maulana Sayyid Zafar Hasan Amruhi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam Tafsirnya bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim kesemuanya berjumlah sembilan belas huruf yang mana di dalamnya terkandung seluruh isi kandungan Al-Quran. Beliau telah menukilkan daripada mafhum perkataan Amir Al-Mukminin Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu bahawa,
"Apa sahaja yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung di dalam Surah Al-Fatihah dan apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Bismillah kesemuanya ada terkandung di dalam huruf Ba Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Ba Bismillah adalah terkandung di dalam titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba dan daku adalah titik Nuqtah tersebut yang berada di bawah huruf Ba."

Daripada petunjuk yang dikhabarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu, Para Mufassirin telah memberikan berbagai-bagai huraian. Hadhrat Maulana Sayyid Imdad Husin Kazimi Rahmatullah 'Alaih, seorang dari kalangan Mufassirin golongan Syi'ah yang terkemudian telah mengemukakan sebuah huraiannya yang menarik seperti berikut, bahawa pada mensyarahkan tentang titik Nuqtah ini beliau telah mensarankan supaya membaca sebuah buku karangan Edward Clodd berjudul "Story Of The Alphabet" yang menyatakan punca pengambilan dan pembentukan huruf-huruf Hijaiyyah atau Tahajji. Beliau ada menyatakan bahawa penduduk Qainuqiyah dan penduduk Mesir pada masa yang lampau telah mengadakan hubungan perdagangan dan sebagai langkah untuk memahami komunikasi antara satu sama lain mereka telah menetapkan beberapa isyarat yang mana kemudiannya telah membentuk huruf-huruf Tahajji.

Sebagai contoh bagi menyatakan mata, mereka telah melakarkan garisan yang berupa mata yang hampir menyamai huruf 'Ain (ﻉ). Dalam bahasa 'Arab, 'Ain (ﻋﻴﻦ) adalah bermakna mata. Huruf Jim (ﺝ) bermaksud unta kerana bentuk huruf ini adalah diambil dari bentuk unta. Jamal (ﺟﻤﻞ) adalah bermakna unta dalam bahasa 'Arab dan Jim (ﺟﻴﻢ) juga adalah membawa makna unta di dalam bahasa 'Ibrani. Rupabentuk huruf Jim (ﺝ) ini adalah seperti keadaan seekor unta yang sedang duduk manakala titik Nuqtah adalah menunjukkan kepada pemilik unta yang mengenderainya. Begitu juga huruf Syin (ﺵ) bermaksud Shajar (ﺷﺠﺮ) iaitu pokok yang terdapat haiwan menetap dan hinggap di atasnya. Begitu juga dengan huruf Ba (ﺏ) yang bermaksud Bait (ﺑﻴﺖ) yakni rumah dan titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba (ﺏ) bermaksud kepada pemilik rumah yang berada pada Bab (ﺑﺎﺏ) iaitu pintu rumah tersebut. Maka, apa yang dapat difahami daripada keterangan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu bahawa segala apa yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung pada permulaan huruf Ba (ﺏ) dalam (ﷲ ﺑﺴﻢ), yakni sebuah rumah yang terdapat pintu dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu diibaratkan sebagai orang yang berada pada pintu tersebut.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya,

ﺃﻧﺎ ﻣﺪﻳﻨﺔ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭ ﻋﻠﻲﱞ ﺑﺎﺑﻬﺎ

Ana Madinatul-'Ilmi Wa 'Aliyyun Babuha.
"Daku adalah Kota 'Ilmu dan 'Ali adalah pintunya."

Dan mafhum sabdaannya lagi,

ﺃﻧﺎ ﺩﺍﺭ ﺍﻟﺤﻜﻤﺔ ﻭ ﻋﻠﻲﱞ ﺑﺎﺑﻬﺎ

Ana Darul-Hikmati Wa 'Aliyyun Babuha.
"Daku adalah Rumah 'Ilmu Hikmah dan 'Ali adalah pintuya."

Apa yang diperjelaskan daripada keterangan ini ialah bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah seumpama kota bagi seluruh ilmu pengetahuan Al-Quran dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu adalah diumpamakan sebagai penjaga pintu kota tersebut. Maka, adalah lazim bagi mereka yang ingin menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan Al-Quran bahawa mereka hendaklah masuk ke dalam kota atau rumah 'Ilmu Hikmah tersebut menerusi pintunya. Jangan sekali-kali datang dari arah yang membelakanginya kerana kerana mereka yang datang secara demikian adalah dianggap sebagai biadab dan pencuri.

Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 189:

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadat Haji, dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertaqwa, dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

Pada masa Jahiliyah, orang-orang yang berihram di waktu haji, mereka memasuki rumah dari belakang dan bukan dari hadapan. Hal ini telah ditanyakan pula oleh Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhum kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, lalu diturunkanlah ayat ini. Untuk menghasilkan ilmu-ilmu pengetahuan dan rahsia-rahsia yang dalam berkenaan isi kandungan Al-Quran hendaklah kita menempuhinya melalui pintunya kerana tanpa menuruti laluan pintu tersebut kita sekali-kali tidak akan dapat memperolehi limpahan 'Ilmu Pengetahuan yang sempurna daripada Al-Kitab Al-Quran. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Ar-Ra'd ayat 43:

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul." Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan antara orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab."

Menurut tafsiran golongan Syiah, "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab" adalah merujuk kepada Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu. Manakala menurut Hadhrat Imam At-Tabari Rahmatullah 'Alaih dan kebanyakan tafsiran golongan Sunnah bahawa antara mereka yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab adalah Hadhrat 'Abdullah Bin Salam, Hadhrat Salman Al-Farisi dan Hadhrat Tamim Ad-Dari Radhiyallahu Ta'ala 'Anhum sepertimana yang diriwayatkan daripada Hadhrat Muhammad Bin 'Abdul A'la Rahmatullah 'Alaih, meriwayatkan daripada Hadhrat Muhammad Bin Tsaur Rahmatullah 'Alaih yang meriwayatkannya dari Hadhrat Qatadah Radhiyallahu 'Anhu:

حدثنا محمد بن عبد الأعلى قال : ثنا محمد بن ثور عن قتادة : ومن عنده علم الكتاب قال : كان منهم عبد الله بن سلام , وسلمان الفارسي , وتميم الداري

Tafsiran yang masyhur dikalangan Para Mufassirin Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab" adalah Para 'Ulama Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani yang telah memeluk Agama Islam.

FASAL KEDUA FUTUHAT AN-NAJHAH: BISMI (ﺑِﺴْﻢِ)

BISMI (ﺑِﺴْﻢِ)

Kalimah "Bismi" (ﺑِﺴْﻢِ) asalnya adalah Bi Ismi (ﺑِﺈﺳْﻢِ). Huruf Alif (ﺇ) telah dilenyapkan kerana kekerapan penggunaannya. Bagi menggantikan huruf Alif, tulisan huruf Ba (ﺏ) hendaklah dipanjangkan bagi menzahirkan keagungan dan kemuliaannya sebagai Kitab Allah.

Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam kitab Tafsirnya yang berjudul Mu'allim At-Tanzil yang masyhur sebagai Tafsir Baghawi telah meriwayatkan dari Hadhrat 'Umar Bin 'Abdul 'Aziz Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu bahawa beliau pernah berkata:
"Huruf Ba (ﺏ) hendaklah dituliskan panjang, huruf Sin (ﺱ) hendaklah dizahirkan dan huruf Mim (ﻡ) hendaklah dibulatkan."

Ba (ﺏ) adalah Harf Jarr dan kalimah Isim katanama yang datang sesudahnya adalah sebagai Majrur. Apabila bertemu Jarr dan Majrur, ianya akan bertakluk sama ada dengan sesuatu kalimah Isim ataupun kalimah Fi'il. Di kalangan Para 'Ulama Nahwu terdapat dua pendapat dalam mentaqdirkan Muta'alliq (ﻣﺘﻌﻠﻖ) dengan huruf Ba (ﺏ) pada Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ).

Pendapat pertama mengatakan bahawa Taqdir Muta'alliq huruf Ba (ﺏ) adalah dengan Isim katanama iaitu,

بسم الله ابتدائي

Dengan Nama Allah permulaanku.

Dan berdalilkan Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Hud,

Dan Hadhrat Nabi Nuh 'Alaihissalam berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut: Dengan Nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah Hud 11:41]

Manakala pendapat yang kedua dari kalangan 'Ulama Nahwu mengatakan bahawa Taqdir Muta'alliq (ﻣﺘﻌﻠﻖ ﺘﻘﺪﻳﺮ) bagi huruf Ba (ﺏ) adalah dengan Fi'il Amar (ﺃﻣﺮ ﻓﻌﻞ) ataupun Jumlah Fi'iliyyah Khabariyyah (ﺧﺒﺮﻳﺔ ﻓﻌﻠﻴﺔ ﺟﻤﻠﺔ) seperti berikut,

أبدأ بسم الله

Daku memulakan dengan Nama Allah.

Berdalilkan Firman Allah Ta'ala,

Bacalah dengan menyebut Nama Tuhan Pemeliharamu yang telah menciptakan. [Al-'Alaq 96:1]

Kedua-dua pendapat ini adalah benar kerana di dalam Fi'il (ﻓﻌﻞ) katakerja sudah pasti mengandungi Masdar (ﻣﺼﺪﺭ) katadasar. Maka, dengan mentaqdirkan Fi'il katakerja, ianya akan merangkumi segala bentuk amal perbuatan samada ketika berdiri atau duduk atau makan atau minum atau membaca Al-Quran atau mengambil Wudhu atau mengerjakan Solat.

Jesteru, telah disyari'atkan berzikir menyebut Nama Allah pada permulaan sekelian amal perbuatan mahupun pekerjaan bagi menghasilkan keberkatan dan bantuanNya atas maksud kesempurnaan dan penerimaan dari sisiNya.

Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsirnya telah mengemukakan suatu Ikhtilaf perselisihan pendapat di kalangan Para 'Ulama Nahwu Bahasa 'Arab berkenaan kalimah Bismi (ﺑﺴﻢ).

Hadhrat Abu 'Ubaidah dan para pengikutnya berpendapat bahawa ianya merupakan Silah Zaidah (صلة زائدة) yakni sebagai suatu kata penghubung tambahan kerana yang dimaksudkan adalah Allahu Ar-Rahmanu Ar-Rahimu (اللهُ الرحمنُ الرحيمُ). Atas pendapat ini terdapat dua perselisihan pendapat.

Pendapat pertama dari Hadhrat Imam Qatrab Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa Silah Zaidah (صلة زائدة) ini adalah bertujuan sebagai mengagungkan kebesaran ingatan terhadap ZatNya supaya terdapat perbezaan menerusinya antara mengingati ZatNya dan mengingati yang selainNya dari kalangan makhluk ciptaanNya.

Pendapat kedua pula dari Hadhrat Imam Al-Akhfash Rahmatullah 'Alaih yang mengatakan bahawa ianya adalah bagi mengeluarkan hukum Al-Qasam (القسم) yakni sumpah bagi maksud memperolehi keberkatan.

Jumhur Para 'Ulama Nahwu menyatakan bahawa Bismi (ﺑﺴﻢ) adalah merupakan antara maksud yang asal dan bukan sekadar kata penghubung.
Telah timbul Ikhtilaf perselisihan pendapat berkenaan makna kemasukan huruf Ba (ﺏ) pada Isim (ﺇﺳﻢ). Adakah ia masuk atas pengertia makna Amar (الأمر) atau Khabar (الخبر)? Atas perselisihan ini ada dua pendapat. Pendapat pertama dari Hadhrat Imam Al-Farra Rahmatullah 'Alaih mengatakan bahawa ianya masuk atas pengertian makna Amar (الأمر) dan Taqdirnya ialah:

ابدؤوا بسم الله الرحمن الرحيم

"Mulakanlah dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih".

Pendapat kedua dari Hadhrat Imam Zujjaj Rahmatullah 'Alaih mengatakan bahawa ianya berada atas makna Khabar (الخبر) dan sebagai Taqdirnya adalah:

بدأت بسم الله الرحمن الرحيم

"Daku telah memulakan dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih".

Dihazafkan Alif Wasal (ألف الوصل) dengan mencantumkan huruf Ba (ﺏ) dengan Isim (ﺇﺳﻢ) pada lafaz dan tulisan kerana banyak digunakan sepertimana telah dihazafkan Alif Madd (ﻣﺪ ﺍﻟﻒ) pada Ar-Rahman (الرحمن). Namun demikian, huruf Alif (ﺇ) pada Isim (ﺇﺳﻢ) sama sekali tidak dihazafkan tulisannya seperti yang termaktub dalam Surah Al-'Alaq kerana ianya kurang dipergunakan,

"Bacalah! Dengan menyebut Nama Tuhanmu yang telah menciptakan.
[Al-'Alaq:1]

Hadhrat Mansur Bin 'Abdullah Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa beliau telah mendengar Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Iskandari Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa beliau telah mendengar Hadhrat Abu Ja'afar Rahmatullah 'Alaih meriwayatkan dari Hadhrat 'Ali Bin Al-Qasim Musa Ar-Ridhza Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari ayahandanya Hadhrat Al-Qasim Musa Ar-Ridhza 'Alaihissalam dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Imam Ja'afar Bin Muhammad As-Sadiq Radhiyallahu 'Anhu telah berkata mengenai "Bismi" (ﺑﺴﻢ) bahawa,
"Huruf Ba (ﺏ) adalah BaqaNya (ﺑﻘﺎﺀﻩ) yakni KekekalanNya dan huruf Sin (ﺱ) adalah AsmaNya (ﺃﺳﻤﺂﺀﻩ) yakni Nama-NamaNya dan huruf Mim (ﻡ) adalah MulkNya (ﻣﻠﻜﻪ) yakni KerajaanNya. Jesteru, Iman seorang Mukmin adalah zikirnya dengan KekekalanNya, dan khidmat seorang Murid adalah zikirnya dengan AsmaNya, dan seorang yang 'Arif tentang sebuah kerajaan adalah zikirnya dengan mengingati Raja yang memilikinya."
Beliau juga telah diriwayatkan sebagai berkata berkenaan Bismi (ﺑﺴﻢ), bahawa ianya tertera dengan tiga huruf iaitu Ba (ﺏ), Sin (ﺱ) dan Mim (ﻡ). Maka huruf Ba (ﺏ) adalah bermaksud Bab An-Nubuwwah (ﺍﻟﻨﺒﻮﺓ ﺑﺎﺏ) yakni Pintu Kenabian. Dan huruf Sin (ﺱ) adalah Sirr An-Nubuwwah (ﺍﻟﻨﺒﻮﺓ ﺳﺮ) yakni Rahsia Kenabian yang mana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menerangkan rahsianya kepada golongan Khawas dari kalangan Ummatnya. Dan huruf Mim (ﻡ) adalah bermaksud Mamlikah Ad-Din (ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻣﻤﻠﻜﺔ) yakni Kerajaan Agama yang telah dikurniakannya sebagai nikmat kepada hamba-hambaNya yang berkulit putih mahupun yang berkulit hitam.

Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih berkenaan kalimah Bismillah (بسم الله), bahawa huruf Ba (الباء) sudah menjadi adat baginya mengkebawahkan baris kalimah yang datang sesudahnya sebagaimana Harf Min (من) yang bererti "dari" dan 'An (عن) yang bererti "daripada". Manakala, Muta'alliq bagi huruf Ba (الباء) ini adalah tersembunyi bagi menunjukkan kesempurnaan jumlah Al-Kalam (الكلام) pada ayat tersebut. Taqdir baginya adalah:

أبدأ بسم الله

Daku memulakan dengan Nama Allah.

Ataupun:

قل: بسم الله

Katakanlah: Dengan Nama Allah.

Dan digugurkan huruf Alif (ﺍ) dari Ismi (ﺍﺳﻢ) sebagai menuntut keringanan terhadap penggunaannya dan kerana penggunaannya yang banyak, maka hendaklah dipanjangkan huruf Ba (ﺏ). Menurut Hadhrat Imam Al-Qutaibi Rahmatullah 'Alaih ianya adalah supaya pembukaan Kalam bagi Kitab Allah dimulakan dengan huruf yang agung.

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir yang telah mengarang kitab Tafsirnya yang berjudul Haqaiq At-Tafsir ada menukilkan dari Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Hakim Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa ayat "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah mengisyaratkan kepada kasih-sayang Allah pada segala permulaan. Beliau juga telah menghikayatkan daripada Hadhrat Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa, huruf Ba (ﺏ) adalah Al-Birru (ﺍﻟﺒﺮ) yakni Kebaikan Allah terhadap Ruh-Ruh Para Nabi dengan ilham Kerasulan dan Kenabian. Huruf Sin (ﺱ) adalah As-Sirru (ﺍﻟﺴﺮ) yakni RahsiaNya berserta dengan Ahli Ma'rifat menerusi ilham untuk bertaqarrub mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan hati yang jinak. Huruf Mim (ﻡ) adalah bermaksud Al-Minnah (ﺍﻟﻤﻨﺔ) yakni penganugerahan kebaikan yang berupa Nikmat dan RahmatNya atas sekelian Para HambaNya yang berkehendak menuju kepadaNya dengan pandangan Rahmat dan Kasih SayangNya yang berterusan.

Hadhrat Abu Bakar Bin Tahir Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa huruf Ba (ﺏ) adalah Rahsia Allah berserta dengan golongan Para 'Arifin dan huruf Sin (ﺱ) adalah As-Salam (ﺍﻟﺴﻼﻡ) yakni Kesejahteraan dan Keselamatan ke atas mereka dan huruf Mim (ﻡ) adalah Mahabbah (ﻣﺤﺒﺔ) yakni CintaNya terhadap mereka.

Dalam Tafsir 'Arais Al-Bayan Fi Haqaiq Al-Quran karangan Hadhrat Imam Al-Baqili Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir pada Marhalah awal ada menyatakan tafsiran berkenaan Bismi (ﺑﺴﻢ). Menurut beliau, bahawa huruf Ba (ﺏ) adalah penyingkapan Baqa (ﺑﻘﺎﺀ) bagi Ahli Fana. Dan huruf Sin (ﺱ) adalah penyingkapan ketinggian darjat yang suci bagi Ahli Uns iaitu ruh-ruh yang jinak. Dan huruf Mim (ﻡ) adalah penyingkapan Alam Malakut bagi Ahli Nu'ut yang sifat kelakuannya baik. Dan menurut beliau juga bahawa huruf Ba (ﺏ) adalah BirrNya (ﺑﺮﻩ) yakni KebaikanNya bagi golongan Umum. Dan huruf Sin (ﺱ) adalah SirrNya (ﺳﺮﻩ) yakni RahsiaNya bagi golongan Khawas. Dan huruf Mim (ﻡ) adalah MahabbatNya (ﻣﺤﺒﺘﻪ) yakni KecintaanNya terhadap golongan Khusus Al-Khusus.

Dan menurut beliau juga bahawa huruf Ba (ﺏ) bermaksud Badwu Al-'Ubudiyah (بدو العبودية) yakni Lapangan Pengabdian dan huruf Sin (ﺱ) bermaksud Sirr Ar-Rububiyah (سِرّ الربوبية) yakni Rahsia Ketuhanan dan huruf Mim (ﻡ) bermaksud Mannuhu (منه) yakni PengurniaanNya yang bersifat azali terhadap Para Ahli Sufi yang senantiasa mensucikan diri. Beliau juga telah menyatakan bahawa, huruf Ba (ﺏ) daripada Bismi (ﺑﺴﻢ) bermaksud: "Dengan KeelokkanKu, telah Baqa ruh-ruh Para 'Arifin dalam lautan keagungan." Huruf Sin (ﺱ) daripada Bismi (ﺑﺴﻢ) bermaksud: "Dengan Ketinggian DarjatKu, telah Ku racuni dengan rahsia-rahsia Para Sabiqin dalam udara kerinduan." Huruf Mim (ﻡ) daripada Bismi (ﺑﺴﻢ) bermaksud: "Dengan KemuliaanKu, telah Aku datangkan berbagai penghasilan pada hati orang-orang yang berpenghasilan dengan cahaya-cahaya Musyahadah.

Dan telah diriwayatkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

إنَّ الباء بهاؤه والسين سناؤه والميم مجده

"Sesungguhnya huruf Ba (ﺍﻟﺒﺎﺀ) adalah BahaNya (ﺑﻬﺎﺅﻩ) yakni Keelokan Allah dan huruf Sin (ﺍﻟﺴﻴﻦ) adalah SanaNya (ﺳﻨﺎﺅﻩ) yakni Ketinggian Darjat Allah dan huruf Mim (ﺍﻟﻤﻴﻢ) adalah MajduNya (ﻣﺠﺪﻩ) yakni Kemuliaan Allah."
Dinukilkan daripada tafsiran Hadhrat Khwajah 'Abdullah Ansari Rahmatullah 'Alaih, bahawa menurut kalangan Ahli 'Irfan iaitu gologan yang melihat dengan pandangan batin terhadap kesucian 'Ilmu Allah yang suci, bahawa huruf Ba (ﺏ) adalah bermaksud kebaikan, kecantikan, keindahan, keayuan, kejelitaan, keelokan dan kemerduan di sisi Allah. Huruf Sin () bermaksud keindahan, kehebatan dan kemegahan di sisi Allah. Huruf Mim () bermaksud penguasaan penuh, pemilikan, kemahiran, keahlian, kepandaian, kemenangan yang sempurna di sisi Allah.

Menurut Ahli Ma'rifah iaitu golongan yang berilmu pengetahuan tentang pendekatan terhadap Allah, bahawa huruf Ba (
) bermaksud keindahan Tauhid, huruf Sin () bermaksud kemegahan yang kekal dan huruf Mim () bermaksud penguasaan penuh ke atas kesucian.

Menurut Ahli Zauq iaitu golongan yang merasa dengan perasaan batin, bahawa huruf Ba (
) adalah bermaksud kebaikan yang umum terhadap mereka yang bersahabat dengan Allah. Huruf Sin () bermaksud rahsia orang-orang yang mensucikan diri. Huruf Mim () bermaksud kebaikan yang khusus terhadap mereka yang mendekatkan diri kepada Allah.

Huruf Ba (
) juga bermaksud KebaikanNya secara umum dengan Para HambaNya, huruf Sin () bermaksud RahsiaNya dengan Para KekasihNya dan huruf Mim () bermaksud KemurahanNya yang khusus dengan Para Pengharap yang sentiasa berharap padaNya.

Secara lazimnya huruf Ba (
) membawa makna dalam, dari, dengan dan sumpah. Ism (ﺍﺳﻢ) adalah nama. Sesuatu itu dapat difahami menerusi namanya. Bagaimanakah untuk kita membezakan zat, sifat dan nama seseorang atau sesuatu dengan yang selainnya?

Zat adalah diri kekal yang berdiri sendiri dan dapat menerima beberapa keadaan sifat seperti kertas yang putih.
Warna putih adalah sifat bagi zat kertas dan warna hitam adalah sifat bagi zat dakwat pena. Sifat adalah sesuatu yang sementara dan tidak didapati secara tetap pada sesuatu zat kekal. Contohnya, warna putih adalah sementara dan didapatinya pada kertas yang kita anggapkan sebagai zat kekal.

Ism (ﺍﺳﻢ) adalah nama yang merangkumi Zat dan Sifat Yang Maha Pemurah iaitu Ar-Rahman yang bererti Pemilik Rahmat, bahawa Dialah Zat Yang Memiliki Segala Rahmat. Maka, Allah adalah Zat Diri Kekal yang bersifat dengan Sifat Ar-Rahman iaitu Yang Maha Pemurah. Rahman dan Rahim adalah sifat-sifat Allah. Rahman adalah bersifat umum manakala Rahim adalah bersifat khusus.

FASAL KETIGA:FUTUHAT AN-NAJHAH: AL-ISMU ( ﺍﻹِﺳْﻢُ )


AL-ISMU ( ﺍﻹِﺳْﻢُ )

Kalimah "Al-Ismu" (ﺍﻹِﺳْﻢُ) adalah Isim Mushtaq (ﻣﺸﺘﻖ ﺇﺳﻢ) yakni kata terbitan yang terbit dari kata dasar Isim Masdar (ﺇﺳﻢ ﻣﺼﺪﺭ) iaitu Simwun (ﺳِﻤْﻮٌ) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat Qadhi Tsanaullah Panipati Rahmatullah 'Alaih di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Tafsir Mazhari. Kata Masdar tersebut berada pada timbangan wazan Fi'lun (ﻓِﻌْﻞٌ) iaitu tanda baris Kasrah (ﻛﺴﺮﺓ) pada Fa (ﻑ) dan tanda baris Sukun (ﺳﻜﻦ) pada 'Ain (ﻉ) seperti 'Ilmun (ﻋِﻠْﻢٌ) ataupun As-Sumuwwu (ﺍﻟﺴﱡﻤُﻮﱡ) yang bermaksud Al-'Uluwwu ( ﺍﻟﻌُﻠُﻮﱡ ) sebagai menurut pendapat Para 'Ulama Basrah kerana terdapat Sighah (ﺻﻴﻐﺔ) sebutan terbitan baginya iaitu Summiya (ﺳُﻤﱢﻲَ) dan juga terdapat Summiitu (ﺳُﻤﱢﻴْﺖُ) yang terbit sebagai dalil bagi menunjukkan bahawa terdapat asal perkataan baginya. Manakala menurut pendapat 'Ulama Kufah pula telah menyatakan bahawa ianya terbit dari kata dasar Al-Wasmu (ﺍﻟﻮَﺴْﻢ).

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ianya berasal daripada kata Masdar Usmun (ﺍُﺳْﻢٌ), Simun (ﺳِﻢٌ), Sumun (ﺳُﻢٌ) dan Wasmun (ﻭَﺳْﻢٌ) seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab Tafsir Al-Quran tanpa titik karangan Hadhrat Abu Al-Fadhzal Faidhzi yang berjudul Tafsir Sawati' Al-Ilham.

Berkenaan kalimah Isim, terdapat empat kalimah yang dikaitkan sebagai asal baginya iaitu Ismun (اسم) dengan Kasrah pada Alif, dan Usmun (اسم) dengan Dhzammah pada Alif, Sumun (سم) dengan Dhzammah pada Sin, dan Simun (سِم) dengan Kasrah pada Sin. Mereka yang memberikan Dhzammah pada Alif di permulaan telah menjadikannya daripada Suma Yasmu (سما يسمو) dengan mengambil contoh daripada Du'a Yad'u (دعا يدعو). Mereka yag memberikan Kasrah padanya telah menjadikan kalimah tersebut daripada Samiya Yasma (سَميَ يَسْمَى) seperti contoh Radhiya Yardha (رَضِيَ يَرْضَى).

Menurut Hadhrat Ibnu Kisan Rahmatullah 'Alaih bahawa ianya berasal dari perkataan Sumwun (سُمْوٌ) atau Simwun (سِمْوٌ) atas Wazan timbangan Fu'lun (فُعْلٌ) dan Fi'lun (فِعْلٌ). Kemudian dilenyapkan huruf Waw bagi menipiskannya sebagai memenuhi tuntutan kekerapan penggunaannya. Apabila berubah pada akhir kalimah dan bukan pada awal kalimah dengan Sukun, maka diperlukan huruf Alif Wasal bagi menghubungkannya dengan bunyi sebutan Sukun iaitu pada huruf Sin, lalu menjadikannya sebagai Ismun (اسم).

Telah timbul Iktilaf perselisihan pendapat pada memberikan Kasrah pada huruf Alif yang ditambah. Satu golongan berpendapat bahawa apabila huruf yang ditambah itu adalah Sakin iaitu berbaris Sukun dan huruf sesudahnya juga adalah Sakin, maka diberikan Kasrah pada huruf tambahan itu kerana pertemuan Dua Sukun. Segolongan yang lain berpendapat bahawa setiap huruf yang ditambah hendaklah diberikan Kasrah.
Ismun (
اسم) di sisi 'Ulama Basrah adalah Isim Mushtaq yakni terbit daripada As-Simwu (السمو) yag bermakna Al-'Ulwu (العلو) dengan memberikan dalil bahawa Tasghir bagi kalimah tersebut adalah Sumayyu (سمي). Maka dikembalikan huruf Lam yang dilenyapkan kepada asalnya dan dikembalikan huruf Sin kepada baris harkatnya kerana Tasghir dan Jama' menghendakkan sesuatu itu dikembalikan kepada keadaan asalnya. Dan telah berkata Ulama Kufah bahawa ianya merupakan Mushtaq terbitan daripada As-Simatu (السمة) yang bermakna Al-'Alamat (العلامة) yakni suatu tanda, kerana yang empunya tanda tersebut dapat dikenali dengan nama tanda tersebut.

Menurut Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (
الاسم) yakni katanama adalah kalimah yang menunjukkan ke atas kewujudan sesuatu yang dinamakan sebagai suatu dalil isyarat, manakala As-Sifat (الصفة) yakni katasifat adalah kalimah yang menunjukkan ke atas sesuatu yang disifatkan sebagai suatu dalil kenyataan yang memberikan faedah. Apabila kita menjadikan sesuatu Katasifat (الصفة) sebagai Katanama (الاسم) ianya akan menunjukkan atas dua perkara iaitu sebagai isyarat dan sebagai sesuatu kenyataan yang berfaedah.

Terdapat perselisihan pendapat pada Ishtiqaq Al-Ismi (
اشتقاق الاسم) yakni sumber terbitan kalimah Al-Ismu (الاسم) atas dua pendapat. Pendapat pertama oleh Hadhrat Imam Al-Farra Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa kalimah Al-Ismu (الاسم) adalah terbit daripada kalimah As-Simatu (السمة) dalam bentuk Isim Ma'rifah (ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺍﺳﻢ) atau kalimah Simatun (سمة) dalam bentuk Isim Nakirah (ﻧﻜﻴﺮﺓ ﺍﺳﻢ) dan ianya bermakna Al-'Alamat (العلامة) kerana di dalam kalimah Al-Ismu terdapat pembezaan bagi sesuatu yang dinamakan. Pendapat kedua menyatakan bahawa ianya terbit dari kalimah As-Simwu (السمو) yang bermaksud Ar-Raf'atu (الرفعة) yakni pengangkatan ke tempat yang tinggi. Oleh kerana Al-Ismu (الاسم) dinamakan dengan Zat yang diberikan Nama, maka yang demikian itu telah mengangkat martabatNya ke tempat tertinggi dari segala yang selainNya. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam Zujjaj Rahmatullah 'Alaihima.

Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir Al-Quran karangannya bahawa, Isim (
ﺍﺳﻢ) katanama bagi sesuatu adalah apa yang dapat diketahui menerusinya. Maka, Nama-Nama Allah Ta'ala adalah merupakan sifat bagi kepelbagaian jenis rupabentuk yang menunjukkan dalil atas segala Sifat-Sifat Allah dan ZatNya dengan pengkhususan bagi DiriNya yang Maha Ghaib. Dan dengan kewujudanNya adalah atas kehendak KemegahanNya dan ketetapan ketentuanNya adalah atas tuntutan KeesaanNya. Oleh kerana menerusi penzahiranNya, maka dapatlah terhasil Ma'rifat mengenai DiriNya. Menurut Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (ﺍﻹﺳﻢ) bermaksud bahawa, dengan cahaya kenikmatan Al-Haqq ke atas hati-hati golongan Ahli Ma'rifah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Adapun berkenaan masalah Al-Ismu (
الاسم) ini, apakah ia sesuatu yang dinamakan ataupun bukan? Pada masalah ini terdapat tiga buah pendapat. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa Al-Ismu (الاسم) adalah Al-Musamma (المسمى) yakni diri zat yang dinamakan dan ini merupakan pendapat Hadhrat Abu 'Ubaidah Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Sibawaih Rahmatullah 'Alaih. Pendapat ini juga telah dipilih oleh Hadhrat Al-Baqilani Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Ibnu Furak Rahmatullah 'Alaih.

Telah berkata Hadhrat Imam Ar-Razi dan nama beliau adalah Muhammad Bin 'Umar yang juga dikenali sebagai Ibnu Khatib Ar-Ray Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Muqaddimah pendahuluan Tafsirnya bahawa, golongan Al-Hashawiyyah dan Al-Karamiyyah dan Al-Ash'ariyyah mengatakan Al-Ismu (
الاسم) adalah Nafs Al-Musamma (نفس المسمى) yakni zat bagi yang dinamakan dan bukannya Nafs At-Tasmiyyah (غير نفس التسمية) iaitu bukan zat bagi penamaan. Golongan Al-Mu'tazilah berkata bahawa Al-Ismu (الاسم) bukan bagi zat yang dinamakan bahkan ianya adalah Nafs At-Tasmiyyah (نفس التسمية) yakni zat bagi penamaan. Pendapat yang dipilih oleh Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih ialah menganggap bahawa Al-Ismu (الاسم) sebagai Ghair Al-Musamma (غير المسمى) dan Ghair At-Tasmiyyah (غير التسمية).

Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (
الاسم) adalah Al-Musamma (المسمى) yakni merujuk kepada Zat yang dinamakan dan merupakan 'AinNya (عينه) serta ZatNya (ذاته). Sepertimana Firman Allah Ta'ala dalam Surah Maryam ayat 7:

Wahai Zakariya, Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu bahawa akan beroleh seorang putera namanya Yahya yang sebelumnya Kami belum pernah menjadikan orang yang serupa nama dengannya. [Maryam: 7]

Allah telah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya namanya ialah Yahya dan nama tersebut adalah merujuk kepada zat diri yang diberikan nama tersebut. Dan Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Yusuf ayat 40,

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya menyembah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah Agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Yusuf: 40]

Dan FirmanNya dalam Surah Al-A'la ayat 1,

Sucikanlah Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Maha Tinggi.

Dan FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 78,

Maha Berkat Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.

Soal: Jika ada yang bertanya, apakah makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya?

Jawab: Makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya adalah sebagai pengajaran kepada Para HambaNya tentang bagaimanakah tatacara memulakan pembacaan Kitab Suci Al-Quran.
 

FASAL KEEMPAT:FUTUHAT AN-NAJHAH: ALLAH (ٱلله)


ALLAH (ٱلله)

Pada mentafsirkan kalimah Allah (
). TakrifNya adalah:

ﻫﻮ ﺇﺳﻢ ﻟﺬﺍﺕ ﺍﻟﻮﺍﺟﺐ ﺍﻟﻮﺟﻮﺩ ﺍﻟﻤﺴﺘﺠﻤﻊ ﺑﺠﻤﻴﻊ ﺻﻔﺎﺕ ﺍﻟﻜﻤﺎﻝ
ﻣﻨﺰﻩ ﻋﻦ ﻛﻞ ﻧﻘﺺ ﺯﻭﺍﻝ

Ia adalah nama bagi Zat Wajib Al-Wujud yang terhimpun dengan segala sifat yang sempurna dan suci daripada sebarang sifat kekurangan, kelemahan dan kebinasaan.

Nama Allah (
الله) tidak boleh sama sekali diguna untuk menamakan sesuatu yang selain Allah Yang Maha Memiliki Keberkatan dan Ketinggian. Sebahagian 'Ulama Nahwu berpendapat bahawa lafaz Allah adalah Isim Jamid (ﺟﺎﻣﺪ ﺍﺳﻢ) iaitu katanama yang tidak terbit dari sebarang katadasar.

Hadhrat Imam Al-Qurtubi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan pendapat tersebut daripada Jemaah Para 'Ulama. Antaranya ialah Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Khitabi Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Haramain Rahmatullah 'Alaih, Hadhrat Imam Al-Ghazali Rahmatullah 'Alaih dan ramai lagi dari kalangan Para 'Ulama yang muktabar.

Telah diriwayatkan daripada Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam Sibawaih Rahmatullah 'Alaihima bahawa, huruf Alif (
) dan Lam () pada kalimah Allah (الله) adalah bersifat lazim seperti mana Alif Lam yang lain dan menganggap kalimah tersebut sebagai Isim Mushtaq (ﻣﺸﺘﻖ ﺍﺳﻢ). Walaubagaimanapun sebagai menjawab, Hadhrat Al-Khitabi Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Apakah tidak kamu lihat bahawa kamu mengucapkan: Ya Allah (
ﻳﺎ) dan tidak pula mengucapkan: Ya Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﻳﺎ)? Jikalau Ia bukan dari kalimah yang asal maka mengapa boleh dimasukkan Harf Nida (ﻧﺪﺍﺀ ﺣﺮﻒ) ke atas Alif dan Lam (ﺍﻝ)?"

Maka, dari perbahasan ini dapatlah diketahui bahawa bagi lafaz Allah (
الله) terdapat dua perbezaan pendapat pada menentukan sama ada ianya adalah Isim Jamid (ﺟﺎﻣﺪ ﺍﺳﻢ) iaitu katanama asal yang tidak terbit daripada sebarang katadasar ataupun Isim Mushtaq (ﻣﺸﺘﻖ ﺍﺳﻢ) iaitu katanama terbitan yang terbit daripada sesuatu katadasar.

Menurut Hadhrat Muhammad Bin Musa Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih, berkenaan lafaz Allah (
ٱلله) telah berkata bahawa, tiadalah seseorang hamba yang menyeru Allah dengan Nama dari Nama-NamaNya, melainkan untuk dirinya akan beroleh bahagian keuntungan kecuali Nama Allah (ٱلله), kerana sesungguhnya Nama ini digunakannya hanya untuk menyeru terhadap Wahdaniyyah (ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ) Keesaan Allah dan tiadalah bagi sesuatu kekurangan akan beroleh nasib keuntungan.

Allah (
ٱلله ) adalah Isim 'Alam (ﻋﻠﻢ ﺍﺳﻢ) yakni suatu katanama yang tepat ke atas Tuhan Pemelihara Yang Maha Memiliki Keberkatan dan Ketinggian. Adalah dikatakan bahawa Ianya merupakan Al-Ismu Al-A'zham (ﺍﻷﻋﻈﻢ ﺍﻹﺴﻢ) yakni Nama Teragung kerana Ianya disifatkan dengan sekelian himpunan Sifat-Sifat.

Sebagaimana yang telah dinyatakan menerusi FirmanNya di dalam Kitab Suci Al-Quran pada Surah Al-Hasyar ayat 22 – 24:

22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maharaja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Terbaik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Maka, sekelian Nama-Nama Allah yang lain adalah merupakan Sifat bagi ZatNya sebagaimana FirmanNya dalam Surah Al-A'raf ayat 180,

Hanya milik Allah Nama-Nama Yang Terbaik, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Nama-Nama Yang Terbaik itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut Nama-NamaNya, kerana nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Dan Firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 110 dan Surah Taha ayat 8,

Katakanlah Wahai Muhammad: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan Nama yang mana saja kamu seru, maka bagi DiriNya mempunyai Nama-Nama Yang Terbaik, dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".

Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNya Nama-Nama Yang Terbaik.

Di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim ada dinukilkan sebuah Hadits dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

إن لله تسعة وتسعين اسما مائة إلا واحدا من أحصاها دخل الجنة

"Sesungguhnya bagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama iaitu seratus kurang satu, barangsiapa yang menghitung-hitungNya nescaya dapat memasuki Syurga."

Berkenaan jumlah Al-Asma Al-Husna (
ﺍﻟﺤﺴﻨﻰ ﺍﻷﺳﻤﺂﺀ), terdapat Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tirmidzi dan Hadhrat Imam Ibnu Majah Rahmatullah 'Alaihima dan di antara kedua-dua riwayat tersebut ada terdapat perbezaan.

Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam Tafsirnya daripada kenyataan sebilangan Para Masyaikh bahawa sesungguhnya bagi Allah Ta'ala ada lima ribu Nama. Seribu Nama ada dinyatakan di dalam Kitab Al-Quran dan As-Sunnah iaitu sabdaan Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang Sahih dan seribu Nama ada di dalam Kitab At-Taurat dan seribu Nama ada di dalam Kitab Al-Injil dan seribu Nama ada di dalam Kitab Az-Zabur dan seribu Nama ada di dalam Kitab Al-Lauh Al-Mahfuz.

Kalimah Allah (
الله) merupakan Isim Al-Juma' (اسم الجمع) yakni Nama yang merangkumi kesemua Nama-Nama Allah. Tidak akan tersingkap tentangNya melainkan bagi Para AhliNya. Sekelian Nama-Nama Allah bertakluk dengan sifat daripada Sifat-SifatNya kecuali Nama Allah (الله) kerana bertakluk dengan ZatNya dan sekelian Sifat-SifatNya.

Telah timbul perselisihan pendapat mengenai Nama Allah (
), adakah ia Isim 'Alam (اسم عَلَمٍ) bagi Zat ataupun Isim Mushtaq (اسم مُشْتَقٌّ) dari Sifat? Tentang perselisihan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama mengatakan bahawa kalimah Allah adalah Isim 'Alam bagi ZatNya, bukan Isim Mushtaq yakni bukan terbit daripada SifatNya, kerana nama-nama segala Sifat-Sifat adalah sebagai turutan bagi nama-nama Zat. Kerana itulah ianya mesti dikhaskan sebagai nama Zat bagi menjadikannya sebagai Isim 'Alam, supaya nama-nama bagi sekelian sifat-sifat dan ciri-ciri menjadi sebagai turutan bagi Zat. Adapun pendapat yang kedua mengatakan bahawa kalimah Allah (
) adalah Isim Mushtaq yakni terbit daripada kalimah Alaha (أَلَهَ). Apabila dihubungkan dengan Alif Lam Ma'rifah, maka dihazafkan huruf Alif Hamzah dan Tafkhim pada penyebutan lafaz Allah ().

Terdapat dua perselisihan pendapat pada mengatakan bahawa kalimah Allah (
) sebagai Mushtaq.

Pendapat pertama mengatakan bahawa kalimah Allah (
) adalah Mushtaq daripada Al-Walahu (الولَه) yang bermakna kesedihan yang hampir kehilangan akal, kerana sekelian Para Hamba menjadi kesedihan hampir hilang akal terhadapNya iaitu mengalami perasaan terkejut dan terperanjat terhadapNya dalam urusan-urusan mereka. Maka dikatakan kepada yang disedihi terhadapnya sebagai Ilah (إله). Pendapat kedua mengatakan bahawa kalimah Allah adalah Mushtaq daripada Al-Uluhiyah (الألوهية) yang bermakna Al-'Ibadah (العبادة) yakni pengabdian, kerana perkataan Yata-allahu membawa makna Yata'abbadu.

Kemudian telah timbul perselisihan bahawa, adakah kalimah Al-Ilahu (
الإله) Mushtaq daripada perbuatan 'Ibadah ataupun daripada tuntutan hak 'Ibadah? Terdapat dua pendapat. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa Al-Ilahu (الإله) adalah Mushtaq yakni terbit daripada perbuatan 'Ibadah. Atas pendapat ini, ianya tidak akan menjadi sifat yang lazim serta Qadim bagi ZatNya, kerana bersifat baharunya segala perbuatan pengabdian terhadapNya sesudah Dia menciptakan makhluk ciptaanNya.
Maka, mereka yang berpendapat dengan pendapat yang sedemikian ini telah menolak bahawa Allah Ta'ala sebagai Tuhan semenjak sediakala, kerana mereka menganggap bahawa sebelum Dia tidak disembah sebelum berlaku penciptaan makhluk-makhlukNya.

Pendapat yang kedua mengatakan bahawa Al-Ilahu (
الإله) adalah terbit daripada tuntutan hak 'Ibadah. Atas dasar ini telah menjadikannya sebagai sifat yang lazim bagi ZatNya, kerana DiriNya adalah semenjak Azali sediakala lagi menuntut hak bagi perbuatan 'Ibadah, maka semenjak Azali lagi Dia adalah sebagai Tuhan dan pendapat inilah yang sahih di antara kedua-dua pendapat tersebut. Ini adalah kerana, jikalau kalimah tersebut terbit dari perbuatan 'Ibadah dan bukan dari tuntutan hak 'Ibadah, maka akan menjadi lazimlah penamaan Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam sebagai Ilah kerana gologan Nasrani melakukan perbuatan 'Ibadah kepadanya, dan akan menjadi lazimlah penamaan sekelian berhala sebagai Ilah kerana golongan penyembah berhala melakukan perbuatan 'Ibadah terhadap berhala tersebut.

Sebagai membatalkan segala hujjah tersebut, maka kami mengatakan bahawa Ilah (
إله) adalah terbit dari tuntutan hak 'Ibadah dan bukannya terbit dari perbuatan 'Ibadah. Atas pendapat ini, Sifat Ilah adalah daripada Sifat-Sifat Zat, manakala pendapat pertama menganggap Sifat Ilah adalah daripada sifat-sifat perbuatan.

Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir Mu'allim At-Tanzil berkenaan firmanNya iaitu kalimah Allah (
الله) telah mengemukakan kenyataan daripada Hadhrat Imam Al-Khalil Rahmatullah 'Alaih dan jemaah pengikutnya bahawa, Ia adalah Isim 'Alam (اسم علم) yakni Katanama Tertentu yang dikhaskan hanya untuk Allah 'Azza Wa Jalla, tiada Katanama Terbitan bagi NamaNya seumpama segala katanama-katanama tertentu yang lain bagi para hambaNya seperti Zaid dan Umar.

Ada satu jemaah yang berpendapat bahawa Nama Allah adalah Mushtaq yakni suatu Katanama Terbitan, kemudian mereka telah berselisih pendapat dalam menentukan Katanama Dasar baginya dengan mengatakan bahawa ianya terbit dari kalimah Aliha Ilahah (
أله إِلاهة) seperti 'Abida 'Ibadah (عبد عبادة), Fa Maftuh dan 'Ain Maksur denga mengemukakan suatu kenyataan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma daripada Firman Allah pada ayat 127 Surah Al-A'raf:

Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun terhadap diri Fir'aun: "Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di Bumi Mesir ini dan meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu?" Fir'aun menjawab: "Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan akan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita adalah berkuasa penuh atas mereka".

Kalimah Alihataka (
ﺀﺍﻟﻬﺘﻚ) bermaksud 'Ibadataka (عبادتك) yang memberikan makna bahawa DiriNya menuntut hak bagi 'Ibadah dan bukan terhadap selainNya.

Suatu jemaah yang lain mengatakan bahawa ianya berasal daripada kalimah Ilaha (
إِله) berdasarkan Firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 91:

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada Tuhan yang lain besertaNya, jikalau ada nescaya kesemua Tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya dan sebahagian dari mereka itu akan mengalahkan sebahagian yang lain; Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.

Hadhrat Imam Al-Mubarrad Rahmatullah 'Alaih berkata bahawa ianya terbit daripada perkataan Alihtu (
ألهت) berdasarkan percakapan Bahasa 'Arab: Alihtu Ila Fulan (ألهت إلى فلان) adalah memberikan makna: Sakantu Ilaihi (سكنت إليه) ertinya berdiam kepada seseorang kerana sekelian makhluk adalah mendiamkan diri terhadapNya dan tenang tenteram denga mengingati ZatNya, atau memberikan makna: Faza'tu Ilaihi (أي فزعت إليه) ertinya berhenti terhadap sesuatu, sepertimana ungkapan dari Syair 'Arab:

ألهت إليها والحوادث جمة

Dan:
ألهت إليها والركائب وُقَّفٌ

Hadhrat Imam Baghawi Rahmatullah 'Alaih turut menukilkan pendapat yang menyatakan bahawa Al-Ilahu (
الإِله) adalah berasal dari kalimah Walahu (ولاه). Huruf Waw digantikan dengan huruf Hamzah sepertimana kalimah Wasyah (وشاح) dan Asyah (اشاح).

Zat Al-Haqq telah mengkhabarkan tentang DiriNya bahawa NamaNya ialah Allah (
). Tiada yang dapat mengenaliNya kecuali Dia, dan tiada yang dapat mendengariNya kecuali Dia, dan tiada yang dapat berkata-kata denganNya kecuali Dia, kerana pada huruf Alif () adalah mengisyaratkan kepada Ananiyyat (ﺍﻧﺎﻧﻴﺔ) dan Wahdaniyyat (ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ). Tiada sebarang jalan bagi makhluk untuk mencapai Ma'rifat tentang KeesaanNya melainkan dengan Allah Ta'ala.

Pada Nama Allah (
الله) juga terdapat dua huruf Lam (). Huruf Lam () yang pertama mengisyaratkan kepada sifat Al-Jamal (الجمال) manakala pada huruf Lam () yang kedua mengisyaratkan kepada sifat Al-Jalal (الجلال). Kedua-dua sifat ini tiada yang dapat mengetahuinya melainkan orang-orang yang sangat 'Arif berkenaan Sifat-Sifat Allah. Huruf Ha () mengisyaratkan kepada Huwiyyah (ﻫﻮﻳﺔ) yakni sifat DiriNya Yang Ghaib dan tiada yang dapat mengenali DiriNya melainkan Dia. Makhluk ciptaan adalah terasing dan jauh dari segala HaqiqatNya, maka telah dihijabkan DiriNya dengan Huruf-HurufNya untuk mengenali DiriNya.

Dengan huruf Alif (
), Allah mentajallikan HaqiqatNya dari Ananiyyat DiriNya (ﺃﻧﺎﻧﻴﺘﻪ) terhadap hati orang-orang bertauhid yang mana mereka bertauhid dengan ZatNya. Dengan huruf Lam () yang pertama, Allah mentajallikan HaqiqatNya dari AzaliNya (ﺃﺯﻟﻴﺘﻪ) terhadap ruh-ruh Para 'Arifin yang mana mereka sentiasa bersendirian dengan Keesaan ZatNya. Dengan huruf Lam () yang kedua Allah mentajallikan HaqiqatNya daripada sifat Jamal (ﺟﻤﺎﻞ) yakni keindahan dalam menyaksikanNya sebagai rahsia-rahsia Para Pencinta, lalu mereka ghaib di dalam lautan KecintaanNya. Dengan huruf Ha (), Allah mentajallikan HaqiqatNya dari Huwiyyah (ﻫﻮﻳﺘﻪ) DiriNya terhadap hati Para Muqarrabin.

Menurut Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih bahawa Nama Allah (
) adalah Isim Al-A'zam (ﺍﻷﻋﻈﻢ ﺇﺳﻢ) yakni Nama Teragung yang merangkumi kesemua Nama-Nama Allah secara keseluruhannya, dan pada kedudukan di antara huruf Alif () dan huruf Lam () terdapat satu huruf tersembunyi yang ghaib daripada yang ghaib kepada DiriNya yang Maha Ghaib dan rahsia daripada rahsia kepada RahsiaNya dan hakikat daripada hakikat kepada HaqiqatNya. Tidak akan sampai kefahaman tentangNya melainkan seorang yang suci dari sekelian dosa, yang makan makanan yang halal dan teguh dalam menuntut dan memelihara kepentingan Iman.

Terdapat kenyataan sebilangan Mufassirin berkenaan Allah (
), bahawa Dia adalah Al-Mani' (ﺍﻟﻤﺎﻧﻊ) bererti Yang Menahan atau Yang Menegah. Bahawa Dialah yang menahan dan menegah pencapaian pemahaman seseorang hamba untuk mencapai ZatNya menerusi NamaNya. Sebagaimana NamaNya ini menegah seseorang hamba untuk sampai kepada ZatNya secara Haqiqat, maka pemahaman tentang ZatNya itu adalah lebih tertegah dan tertahan dengan sifat kelemahan hambaNya dalam menzahirkan pengertian tentang NamaNya, supaya mereka dapat menyedari kelemahan mereka dalam memahami tentang ZatNya. Dia memperlemahkan kemampuan hamba-hambaNya dalam memahami penzahiran NamaNya iaitu Allah (), supaya Dia mengajarkan mereka dengan keadaan tersebut bahawa hamba adalah lemah dalam kemampuan mereka untuk mengingati dan memahami Haqiqat Zat Allah.

Sebilangan Mufassirin ada menyatakan bahawa huruf Alif (
) mengisyaratkan kepada Zat Allah Yang Maha Berdiri Sendiri dan mengasingkan DiriNya dari sekelian makhluk ciptaanNya. Maka, tiada suatu pun dari makhluk ciptaan yang dapat bersatu dengan ZatNya, sepertimana huruf Alif () yang tidak bersatu dengan sebarang huruf pada permulaan kalimah, bahkan huruf-huruf yang bersatu dengannya dalam satu kalimah adalah atas had yang tertentu menurut keperluannya sedangkan ia adalah tidak memerlukan kepada sebarang huruf. Tiada suatu Nama pun daripada Nama-Nama Allah yang kekal dengan pengertian ZatNya apabila digugurkan satu-demi satu huruf-hurufnya kecuali Nama Allah (), kerana jika digugurkan huruf Alif () dari kalimah tersebut akan menjadi Lillah (ﻟﻠﻪ), dan apabila digugurkan satu huruf Lam () yang pertama akan menjadi Lahu (ﻟﻪ), dan apabila digugurkan kedua-dua huruf Lam tersebut menjadi baki huruf Ha () dan Dialah yang merupakan seutama-utama isyarat.

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Haqaiq At-Tafsir bahawa, sesungguhnya huruf Alif Pertama (
الألف الأول) dari NamaNya Allah (الله) adalah PermulaanNya dan huruf Lam Pertama (اللام الأول) adalah Lam Al-Ma'rifah (لام المعرفة) dan huruf Lam Kedua (واللام الثاني) adalah Lam Al-Ala (لام الآلاء) dan An-Ni'ma (النعماء). Dan baris yang berada di antara kedua-dua huruf Lam ini terkandung makna Mukhatabat (مخاطبات) yakni orang yang dihadapkan sesuatu percakapan padanya yang berkaitan perkara Al-Amar (الأمر) dan An-Nahi (النهى). Dan huruf Ha (الهاء) adalah bermaksud Nihayah (نهاية) yakni penghujung pengabdian secara hakikatnya adalah terhadapNya dan bukan yang selainNya.

Dan ada dinyatakan bahawa sesungguhnya huruf Alif (
) bermaksud Ala Allah (ﺃﻵﺀ ) yakni Nikmat Allah dan huruf Lam () bermaksud Lutuf Allah ( ﻟﻄﻒ) yakni Kurniaan Anugerah Allah dan huruf Lam () kedua bermaksud Liqa Allah ( ﻟﻘﺎﺀ) yakni Pertemuan Allah dan huruf Ha () adalah bermaksud Haibah Allah ( ﻫﻴﺒﺔ) yakni Kehebatan Allah dengan segala kurniaan nikmatNya.

Ada di kalangan Para Mufassirin yang menukilkan tentang penafsiran Kalimah Allah (
الله) telah berkata bahawa, huruf Al-Alif (الألف) mengisyaratkan kepada Al-Wahdaniyyah (الوحدانية), dan huruf Al-Lam (اللام) mengisyaratkan kepada Mahwu Al-Isyarah (محو الإشارة) yakni penghapusan isyarat, dan huruf Al-Lam (اللام) yang kedua mengisyaratkan kepada Mahwu Al-Mahwu (محو المحو) yakni penghapusan kesan penghapusan dalam menyingkapkan pengertian huruf Al-Ha (الهاء). Dan turut dinyatakan bahawa barangsiapa mengucapkan Allah (الله) dengan huruf-hurufnya, sesungguhnya dia belum mengatakan Allah (الله) kerana Dia adalah di luar daripada sebarang huruf, pengkhususan dan keraguan, tetapi Dia meredhai ucapan tersebut darimu kerana tiada jalan untuk menuju kepada Tauhid berkenaanNya walau dalam apa jua keadaan dan perkataan.

Terdapat kenyataan sebilangan Mufassirin yang telah menerangkan makna Nama Allah (
الله) bahawa sesungguhnya seluruh Nama-NamaNya adalah termasuk di dalam makna Nama ini dan terbit dari Nama ini. Pengertian makna seluruh Asma Nama-Nama Allah adalah terbit dari Nama Allah (الله) ini dan Nama Allah (الله) ini tidak terbit dari sebarang nama selain NamaNya kerana sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung telah mengkhususkan bagiNya Nama tersebut dan tidak kepada makhlukNya.

Telah berkata Hadhrat Abu Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah 'Alaih tentang kalimah Allah (
ٱلله), bahawa Dia menzahirkan KehebatanNya dan KebesaranNya.

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan dari Hadhrat Mansur Rahmatullah 'Alaih dengan Isnadnya daripada Hadhrat Ja'afar As-Sadiq Radhiyallahu 'Anhu bahawa beliau telah berkata tentang Nama Allah (
ٱلله),
"Sesungguhnya Ia merupakan Nama yang sempurna kerana mengandungi empat huruf. Huruf Alif (
الألف) adalah mengisyaratkan 'Umud At-Tauhid (عمود التوحيد) yakni tiang pengesaan terhadap Allah, dan huruf Lam Pertama (اللام الأول) mengisyaratkan Lauh Al-Qalam (لوح القلم) manakala huruf Lam Kedua (اللام الثانى) mengisyaratkan Lauh An-Nubuwwah (لوح النبوة) dan huruf Ha (الهاء) adalah mengisyaratkan penghujung An-Nihayah (النهاية) bagi sekelian isyarat."

Allah (
) adalah Nama yang tiada terbanding dengan suatu apa pun, tidak bersandar kepada segala sesuatu bahkan kesemuanya itu bersandar kepadaNya. Allah adalah Al-Ma'bud (المعبود) Zat yang disembah yang merupakan Tuhan bagi segala penciptaan, Dia Maha Suci untuk ditanggap pengertian tentang DiriNya. Pengetahuan yang meliputi oleh DiriNya adalah dengan KaifiyatNya yang tersendiri dan Dia adalah Maha Tersembunyi dari pandangan dan pemahaman, dan Dia adalah terhijab dengan Keagungan KebesaranNya dari sebarang pemahaman.

Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa,
"Allah (
) adalah Nama bagi Zat Ketuhanan Ilahiyyah sebagaimana keadaan yang mutlak bagiNya, bukan dengan iktibar secara mensifatkan ZatNya dengan sebarang sifat-sifat. Dan Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah Yang Maha Melimpahkan Kekurniaan terhadap sekelian kewujudan dan Yang Maha Sempurna atas segala sesuatu secara keseluruhan berdasarkan Hikmah kebijaksanaan yang telah ditentukanNya dan memiliki kemampuan untuk menentukan sebarang permulaan. Dan Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah limpahan kekurniaan bagi kesempurnaan yang bersifat Maknawi yang dikhususkan bagi kalangan Insaniah menurut pencapaian mereka ke martabat yang tertinggi dalam kehidupan Akhirat.

Jesteru, hendaklah kita berseru,

يا رحمن الدنيا والآخرة

"Wahai Yang Maha Pemurah pada kehidupan Dunia dan Akhirat."

Maka ianya bermakna bahawa dengan rupabentuk Insaniah yang sempurna serta himpunan yang lengkap dengan sifat Rahmah (
ﺭﺣﻤﺔ) secara umum mahupun khusus adalah merupakan Mazhar tempat penzahiran Zat Ilahi. Dan dikatakan juga bahawa segala yang wujud di alam wujud ini adalah terzahir daripada huruf Ba () Bismillah (ﺑﺴﻢ ). Dengan hakikat kebenaran yang agung ini berserta sekelian Sifat-SifatNya kita memulakan dan membaca. Ianya merupakan Nama Teragung bagi Allah Ta'ala. Maka, atas pengertian makna inilah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengisyaratkan kepada Ummat dengan sabdanya,

أوتيت جوامع الكلم، وبعثت لأتمم مكارم الأخلاق

"Daku telah dikurniakan dengan Jawami' Al-Kalim yakni kalam perkataan yang mencakup dan daku telah diutus untuk menyempurnakan Akhlaq tatasusila yang mulia."

Oleh kerana itu, sekelian kalimah adalah merupakan hakikat-hakikat bagi sekelian perkara yang wujud dan merupakan zat-zat baginya, sepertimana telah dinamakan kepada Hadhrat Baginda Nabi 'Isa 'Alaihissalam sebagai Kalimah Dari Allah (
كلمة من الله). Akhlak yang mulia adalah merupakan hal keadaan baginya dan sebagai kekhususan baginya yang mana merupakan tempat berlakunya segala urusan tindakan perbuatan Allah Ta'ala yang secara keseluruhannya terlingkung dalam suatu kejadian yang terhimpun iaitu Insan.

Dalam sebuah Hadits ada dinyatakan,

إن الله تعالى خلق آدم على صورته

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menciptakan Hadhrat Baginda Nabi Adam 'Alaihissalam atas gambaran rupa SifatNya"

Zat Allah dihijabkan dengan Sifat-SifatNya dan segala SifatNya dihijabkan dengan Af'al PerbuatanNya dan segala Af'al dihijabkan dengan segala alam yang wujud dengan segala kesannya. Maka, seseorang yang berlaku penzahiran ke atas dirinya dengan Tajalliyyat Af'al tatkala terangkatnya hijab segala alam yang wujud, akan terhasillah pada dirinya maqam sifat Tawakkal. Seseorang yang mengalami Tajalliyyat Sifat-SifatNya sesudah tersingkap hijab Af'al, maka akan terhasillah pada dirinya maqam sifat Ridha dan Taslim. Bagi seseorang yang berlaku Tajalliyyat Zat dengan tersingkap hijab segala SifatNya, maka akan terhasillah pada dirinya Fana Fi Al-Wahdah (
فني في الوحدة). Seterusnya dia akan menjadi seorang yang bertauhid secara mutlak dalam setiap apa juga tindakan dan amalan perbuatannya, dan dalam setiap apa juga pengucapan dan pembacaannya ketika dia mengucapkan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (بسم الله الرحمن الرحيم), maka, Tauhid Af'al adalah mendahului atas Tauhid Sifat, dan Tauhid Sifat adalah mendahului atas Tauhid Zat. Jesteru, atas ketiga-tiga bahagian Tauhid inilah Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah berdoa dalam sujudnya dengan bersabda,

أعوذ بعفوك من عقابك، وأعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بك منك

"Daku berlindung dengan KeampunanMu dari SiksaanMu, dan daku berlindung dengan KeridhaanMu dari KemarahanMu, dan daku berlindung denganMu dariMu."

Allah (
الله), Dia adalah Tuhan dan Diri Yang Disembah, Zat yang selayaknya berada dalam Keesaan untuk disembah dan diibadati kerana kesempurnaan Sifat-Sifat Ketuhanan yang ada padaNya dan telah diperjelaskan olehNya. Allah (الله) adalah Nama Zat DiriNya yang mana dariNyalah kesemua Nama-NamaNya yang lain menuruti, seperti FirmanNya dalam Surah Ibrahim ayat 2:

"Allahlah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi"

Perbuatan yang hendak dilakukan oleh seseorang hamba telah dinafikan dalam ayat tersebut untuk mengumumkan kenyataan yang diketahui sebagai Basmalah. Maka, tidak kira walau apa juga perbuatan yang hendak dilakukan oleh seseorang hamba, Basmalah adalah amat sesuai untuk disertakan bersama. Apa yang dapat difahami dari keterangan ini adalah bahawa memohon keberkatan di permulaan seseuatu pekerjaan dengan Nama Allah dan bahawa ianya dapat menzahirkan suatu hakikat bahawa amal perbuatan tersebut adalah semata-mata untuk Allah.

Maka, ianya adalah seolah-olah seseorang hamba itu berkata,
"Daku meminta pertolongan Allah dengan sekelian Nama DiriNya Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih dalam perbuatan yang akan daku lakukan."

FASAL KELIMA:FUTUHAT AN-NAJHAH: BISMILLAH (ﺑﺴﻢ ﷲ)

BISMILLAH (ﺑﺴﻢ ﷲ)

Telah berkata Hadhrat Al-Husin Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu,
"Bismillah (بسم ٱلله) dari pihak dirimu adalah pada kedudukan "Kun" (كن) dari pihak DiriNya."

Hadhrat Imam Qushairi Rahmatullah 'Alaih menegaskan bahawa Allah telah berfirman dengan Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) dan bukannya Billah (ﺑﷲ) atas tujuan Tabarruk (ﺗﺒﺮﻙ) iaitu bagi memperolehi keberkatan dengan menyebut NamaNya, sebagaimana pada pegangan kaum Sufiyyah. Lafaz Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) juga adalah sebagai membezakan maksud penggunaan huruf Ba (ﺏ) Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) adalah untuk tujuan Tabarruk yakni mengharapkan keberkatan dan bukannya huruf Ba (ﺏ) pada Billah (ﺑﷲ) yang digunakan sebagai Al-Qasam (ﺍﻟﻘﺴﻢ) yakni ketika bersumpah menurut pendapat sebilangan kaum yang lain, kerana nama adalah bagi sesuatu yang dinamakan dengan nama tersebut.

Di dalam Tafsir Al-Quran At-Tustari ada dinukilkan bahawa Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih telah ditanyakan berkenaan makna "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ). Maka beliau berkata,
"Huruf Ba (ﺏ) adalah Baha Allah 'Azza Wa Jalla (ﻋﺯّ ﻭ ﺟﻞّ ﷲ ﺑﻬﺎﺀ) yakni Keelokan Allah Yang Mulia dan Agung. Dan huruf Sin (ﺱ) adalah Sana Allah 'Azza Wa Jalla (ﻋﺯّ ﻭ ﺟﻞّ ﷲ ﺳﻨﺎﺀ) yakni Ketinggian Darjat Allah Yang Mulia dan Agung. Dan Mim (ﻡ) adalah Majdu Allah 'Azza Wa Jalla (ﻋﺯّ ﻭ ﺟﻞّ ﷲ ﻣﺠﺪ) yakni Kemuliaan Allah Yang Mulia dan Agung. Dan Allah (ﷲ) adalah Ismul A'zam yakni Nama Teragung yang merangkumi Nama-Nama Allah secara kesemuanya, dan pada kedudukan di antara huruf Alif (ﺍ) dan huruf Lam (ﻝ) darinya terdapat satu huruf tersembunyi yang ghaib dari yang ghaib kepada yang ghaib, dan rahsia dari rahsia kepada rahsia, dan haqiqat dari haqiqat kepada haqiqat. Tidak akan sampai pemahamannya melainkan bagi mereka yang suci dari dosa-dosa, yang mengambil dari rezeki yang halal serta teguh menuntut keperluan Iman."

Ada Muffasirin yang mengatakan bahawa huruf Ba (ﺏ) mengisyaratkan kepada Bab Khazanah Allah (باب خزانة الله) yakni Pintu Khazanah Allah Ta'ala dan huruf Sin (ﺱ) mengisyaratkan kepada Sin Ar-Risalah (سين الرسالة) yang bererti ketibaan Risalah Kerasulan dan huruf Mim (ﻡ) mengisyaratkan kepada Mulk Al-Wilayah (ملك الولاية) yakni Kerajaan Kewalian. Sebahagian Mufassirin ada mengatakan bahawa Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) bererti Billah (ﺑﷲ) yakni: Dengan Allah, Dia telah mensejahterakan hati Para Awliya Allah dari azab Allah dan menerusi Nuqtah titik pada huruf Ba (ﺏ) telah membukakan jalan rahsia-rahsia Para Asfiya Allah terhadap HadhratNya dan dengan RahmatNya telah mengasingkan hati Para HambaNya yang Khawas untuk sentiasa berserta dengan HadhratNya.
Dan telah berkata sebahagian Mufassirin bahawa kalimah tersebut bererti: Dengan Allah, Dia telah menghairankan hati Para 'Arifin tentang 'Ilmu berkenaan Zat Allah, dan dengan SyafaqatNya yakni kasih-sayang Allah Ta'ala telah sampailah ilmu pengetahuan Para 'Ulama terhadap Sifat-Sifat Allah Ta'ala dan dengan RahmatNya telah datang kefahaman pada orang-orang yang berakal dari kalangan Para Mukminin untuk menyaksikan apa yang dipersaksikan kepada mereka oleh Allah daripada segala keterangan-keterangan dari sisi Allah. Dan dikatakan juga oleh sebilangan Mufassir bahawa, dengan Ilahiyyat KetuhananNya telah mengasingkan hati-hati Para Hamba Allah, dan dengan Belas-KasihanNya telah menjadikan sifat bagi Para Ruh mencintaiNya, dan dengan RahmatNya sekelian diri Para HambaNya untuk mengingatiNya.

Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih dalam mentafsirkan Al-Basmalah telah berkata,
"Bismillah (ﺑﺴﻢ ﷲ) adalah KehebatanNya dan pada Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah PertolonganNya dan pada Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah Cinta dan Kasih-SayangNya."

Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih telah dihikayatkan sebagai berkata bahawa sesungguhnya Para Ahli Ma'rifah menafikan segala sesuatu daripada hati mereka kecuali Allah. Jesteru, mereka berkata Bismillah (ﺑﺴﻢ ﷲ). Dan dikatakannya juga bahawa sesungguhnya dengan Bismi (ﺑﺴﻢ) akan menjadi berkekalan sekelian ciptaan. Jikalau dibukakan KitabNya dengan NamaNya, nescaya menjadi cairlah dibawahnya hakikat sekelian penciptaan kecuali mereka yang terpelihara dari kalangan Nabi ataupun Wali.

Beliau juga telah berkata berkenaan huruf Ba (ﺏ) pada Bismillah (ﺑﺴﻢ ﷲ) adalah bermaksud bahawa, dengan Allah telah terzahirlah sekelian Para Anbiya 'Alaihimus Solatu Wasssalam dan denganNya mereka telah binasa dan dengan TajalliNya telah mengelokkan segala perkara yang elok dan denganNya jugalah terbukanya segala pintu kejayaan dan memudahkan segala kesukaran.

Beliau juga ada mengatakan bahawa, sesungguhnya Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) adalah bagi menerangkan tentang Baqa (ﺑﻘﺎﺀ) kekekalan alam kejadian yang amat besar. Jikalau memulakan pembukaan KitabNya dengan NamaNya, nescaya akan lenyaplah sekelian Khalaiq ciptaan berada dibawah HaqiqatNya kecuali sesiapa yang dari kalangan Para Nabi ataupun Para Wali. Dan Al-Ismu (ﺍﻹﺳﻢ) bermaksud bahawa dengan cahaya kenikmatan Al-Haqq ke atas hati-hati golongan Ahli Ma'rifah kepadaNya. Dan dikatakan juga berkenaan Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) bahawa, ianya merupakan suatu sifat Para Ahli Haqiqat kerana mereka tidak dihiaskan dengan sesuatu melainkan dengan perhiasan Al-Haqq dan tiadalah mereka bersumpah melainkan hanya dengan NamaNya.

Hadhrat Imam Ja'afar As-Sadiq Radhiyallahu 'Anhu telah berkata bahawa, Bismi (ﺑﺴﻢ) adalah untuk golongan awam dan Allah (ﷲ) adalah bagi golongan khas dari yang khas.

Telah dinyatakan di dalam Tafsir Ibnu Katsir bahawa Hadhrat Imam Al-Hafiz Ibnu Mardawaih Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat Isma'il Bin 'Ayash Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Isma'il Bin Yahya 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Mas'ar Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat 'Atiyyah Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Abu Sa'id Radhiyallahu 'Anhu telah berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermafhum,

إن عيسى ابن مريم عليه السلام أسلمته أمه إلى الكتاب ليعلمه فقال له المعلم: اكتب فقال: ما أكتب ؟ قال: بسم الله قال له عيسى: وما بسم الله ؟ قال المعلم: ما أدري ؟ قال له عيسى: الباء بهاء الله والسين سناؤه والميم مملكته والله إله الآلهة والرحمن رحمن الدنيا والآخرة والرحيم رحيم الآخرة

"Sesungguhnya Hadhrat Nabi 'Isa Ibni Maryam 'Alaihissalam telah dibawa oleh ibunya agar mempelajari Agama Islam kepada seorang Ahli Kitab supaya dia dapat mengajarkannya isi kandungan Al-Kitab. Maka berkatalah Juruajar kepadanya, "Tulislah!" Lantas Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam bersabda, "Apa yang perlu daku tulis?" Juruajar berkata, "Bismillah". Lalu, Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam bertanya kepadanya, "Dan apakah erti Bismillah?" Juruajar berkata, "Daku tidak mengetahui?" Bersabdalah Hadhrat Nabi 'Isa 'Alaihissalam kepada Juruajar tersebut, "Huruf Al-Ba (ﺍﻟﺒﺎﺀ) adalah Baha Allah (ﺑﻬﺎﺀ ﷲ) yakni Keelokan Allah dan huruf As-Sin (ﺍﻟﺴﻴﻦ) adalah SanaNya (ﺳﻨﺎﺀﻩُ) yakni Ketinggian DarjatNya dan huruf Al-Mim (ﺍﻟﻤﻴﻢ) adalah MamlikahNya (ﻣﻤﻠﻜﺘﻪُ) yakni Pemilikan KerajaanNya dan Allah (ﷲ) adalah Tuhan bagi segala tuhan yang disembah dan Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah Yang Maha Pemurah pada kehidupan Dunia dan Akhirat manakala pengertian Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah Yang Maha Pengasih pada kehidupan Akhirat."

Hadhrat Imam Ibnu Katsir Rahmatullah 'Alaih menganggap bahawa Hadits ini Gharib iaitu agak pelik lagi menghairankan dan mungkin benar sebagai perkataan orang yang selain dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Ada kemungkinan juga ianya bersumber dari riwayat Israiliyyat dan bukan termasuk dari kalangan Hadits Marfu'. Dan sesungguhnya Allah adalah lebih mengetahui hal keadaan yang sebenar, Wallahu A'lam.

Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan sebuah Hadits di dalam Tafsir Al-Quran karangannya bahawa, pada suatu ketika Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah ditanya berkenaan huruf Alif (ﺍ) pada huruf Ba (ﺏ) dalam Bismillah (ﺑﺴﻢ ﷲ), ke manakah perginya?

Sebagai menjawab, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

سرقها الشيطان

"Ianya telah dicuri oleh Syaitan".

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah memerintahkan Para Sahabatnya supaya memanjangkan tulisan ketika menulis huruf Ba (ﺏ) pada Bismillah (ﺑﺴﻢ ﷲ) sebagai menggantikan huruf Alif (ﺍ) yang telah dilenyapkan.

Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih berkenaan Bismillah (بسم الله), bahawa huruf Ba (الباء) sudah menjadi adat baginya mengkebawahkan baris kalimah yang datang sesudahnya sebagaimana Min (من) yang bererti dari dan 'An (عن) yang bererti daripada. Dan Muta'alliq bagi huruf Ba (الباء) ini adalah tersembunyi bagi menunjukkan kesempurnaan jumlah Al-Kalam (الكلام) pada ayat tersebut. Taqdir baginya adalah:

أبدأ بسم الله

Daku memulan dengan Nama Allah.

Ataupun:

قل: بسم الله

Katakanlah: Dengan Nama Allah.

Dan digugurkan huruf Alif (ﺍ) dari Ismun (ﺍﺳﻢ) sebagai menuntut keringanan terhadap penggunaannya dan kerana penggunaannya yang banyak, maka hendaklah dipanjangkan huruf Ba (ﺏ).

Menurut Hadhrat Imam Al-Qutaibi Rahmatullah 'Alaih ianya adalah supaya pembukaan Kalam bagi Kitab Allah dimulakan dengan huruf yang agung. Huruf Ba (الباء) daripada Bismillah (بِسمِ ٱللهِ) adalah Muta'alliq dengan Khabar bagi Ibtida yang mengandungi Dhzamir gantidiri iaitu Jumlah Ismiyyah Khabariyyah. Dibangunkan huruf Ba dan apa yang berhubungan dengannya pada keadaannya iaitu apa yang sesudahnya Marfu' bertukar menjadi Maksur dan menempati kedudukan Khabar bagi Ibtida Mahzuf yakni permulaan yang dilenyapkan dengan Taqdirnya sebagai:

ابتدائي ثابت بسم الله

Atau:

مستقر بسم الله

Kemudian dilenyapkan Khabar dan ditegakkan huruf Ba dan apa yang datang sesudahnya pada maqam keadaanya, dan inilah merupakan pendapat 'Ulama Basrah.

Telah berkata 'Ulama Kufah bahawa huruf Ba adalah Muta'alliq dengan Fi'il Mahzuf yang dileyapkan yang mana apa yang datag sesudahnya adalah dalam keadaan Mansub disebabkan kewujudan Fi'il tersebut dan mereka memberikan Taqdirnya sebagai:

ابتدأت بسم الله

Menurut pendapat Ahli As-Sunnah, Al-Ismu (الاسم) adalah Al-Musamma (المسمى) yakni zat yang dinamakan.

Dan telah berkata Hadhrat Abu 'Ubaidah Radhiyallahu 'Anhu:

معنى باسم الله: بالله

"Makna dengan Nama Allah adalah Dengan Allah."

Dan katanya:

اسم الشيء هو الشيء

"Nama sesuatu adalah zat sesuatu itu."

Seterusnya memberikan dalil atas kenyataannya dengan Firman Allah Ta'ala daripada Surah Al-A'la ayat 1:

"Sucikanlah Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi."
Yakni bertasbihlah mensucikan Tuhan Pemeliharamu iaitu dengan mensucikan Tuhan kamu. Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (الاسم) adalah Al-Musamma (المسمى) yakni merujuk kepada Zat yang dinamakan dan merupakan 'AinNya (عينه) serta ZatNya (ذاته). Sepertimana Firman Allah Ta'ala dalam Surah Maryam ayat 7:

Wahai Zakaria, Sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan beroleh seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengannya.

Allah mengkhabarkan bahawa Nama Nabi yang akan dilahirkan itu adalah Yahya, kemudian telah memanggil Hadhrat Nabi Yahya 'Alaihissalam dengan seruan, "Ya Yahya".

Dan Allah telah berfirman dalam Surah Al-A'la pada ayat yang pertama,

Sucikanlah Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.

Dan FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 78,

Maha Berkat Nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Al-Basmalah juga disebut sebagai Ismun, maka penggunaannya dinamakan sebagai At-Tasmiyah oleh kerana banyak penggunaannya. Jika ditanyakan, apakah makna At-Tasmiyah dari Allah untuk DiriNya? Maka sebagai jawaban dikatakan, bahawa ianya adalah sebagai pengajaran kepada Para HambaNya bagaimana untuk memulakan sesuatu pembacaan Al-Quran.

Telah berlaku perselisihan pendapat pada kedudukan Ismun (
ﺍﺳﻢ) sebagai Mushtaq (مشتق). Telah berkata Hadhrat Imam Al-Mubarrad Rahmatullah 'Alaih pada pihak 'Ulama Basrah bahawa Ismun (ﺍﺳﻢ) adalah Mushtaq daripada As-Simwu (السمو) yang bererti Al-'Uluwwu (العلو) yakni sesuatu yang tinggi, seolah-olah ianya tinggi pada pengertian maknanya dan apa yang terzahir ke atasnya, lalu kedudukan maknanya berada di bawahnya.
Telah berkata Hadhrat Imam Tsa'lab dari pihak 'Ulama Kufah, bahawa Ismun (
ﺍﺳﻢ) adalah Mushtaq daripada Al-Wismu (الوسم) dan As-Simmatu (السمة) yang bererti Al-'Alamat (العلامة) yakni sesuatu yang merupakan tanda, seolah-olah ianya menunjukkan keadaannya sebagai tanda bagi pengertian maknanya.

Adapun pendapat yang pertama adalah lebih sahih kerana apabila diubahkan kalimah tersebut pada timbangan Tasghir (
ﺗﺼﻐﻴﺮ) iaitu wazan Fu'ail (ﻓﻌﻴﻞ) maka As-Simwu (السمو) bertukar menjadi As-Summaiy (السُّمَيِّ) dan jikalau ianya daripada kalimah As-Simmatu (السمة) maka Tasghirnya akan bertukar menjadi As-Sumait (ﺍﻟﺴﻤﻴﺖ) manakala Al-Wismu (الوسم) akan menjadi Al-Wusaim (الوسيم).

Terdapat Para Mufassirin yang telah berusaha mengenalpasti pengertian makna huruf-huruf yang terkandung di dalam Bismillah dengan jalan Takwil yang mana berlaku ke atasnya hukum-hukum huruf secara Maknawi sehingga menjadikannya sebagai suatu maksud mengingati Allah ketika mengucapkan Bismillah.

Terdapat tiga pendapat berkenaan Takwil Bismillah.

Pendapat pertama mengatakan bahawa, sesungguhnya huruf Ba (
الباء) bermaksud BahaNya (بهاؤه) dan BerkatNya (بركته) dan BirrNya (بره) dan BasirahNya (بصيرته). Huruf Sin (السين) bermaksud SanaNya (سناؤه) dan SamuwNya (سموُّه) dan SiyadatNya (سيادته). Huruf Mim (الميم) bermaksud MamlikahNya (مملكته) dan MajduNya (مجده) dan MannuNya (مَنُّه). Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Al-Kalbi Rahmatullah 'Alaih.

Pendapat kedua mengatakan bahawa, sesungguhnya huruf Ba (
الباء) bermaksud Bari Min Al-Awlad (بريء من الأولاد) yakni Yang Bebas Dari Memiliki Anak dan huruf Sin (السين) bermaksud Sami' Al-Aswat (سميع الأصوات) yakni Yang Mendengar Segala Suara dan huruf Mim (الميم) bermaksud Mujib Ad-Da'awat (مجيب الدعوات) yakni Yang Menjawab Seruan Permohonan. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Sulaiman Bin Yasar Rahmatullah 'Alaih.

Pendapat ketiga mengatakan bahawa, sesungguhnya huruf Ba (
الباء) bermaksud Baari Al-Khalq (بارئ الخلق) yakni Yang Menjadikan Makhluk dan huruf Sin (السين) bermaksud Saatir Al-'Uyub (ساتر العيوب) yakni Yang Menutupkan Keaiban dan huruf Mim (الميم) bermaksud Al-Mannan (المنان) yakni Yang Maha Mengurniakan. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Abu Rawuq Rahmatullah 'Alaih.

Adapun bagi Nama Allah (
), bahawa telah dikhaskan seluruh Nama-NamaNya dengan Nama Allah, kerana tidak dinamakan sesuatu apapun dengan NamaNya terhadap yang selainNya iaitu Allah ().

Telah dihikayatkan daripada Hadhrat Imam Abu Hanifah Rahmatullah 'Alaih bahawa Nama Allah (
) adalah Al-Ismu Al-A'zham (الاسم الأعظم) yakni Nama Teragung dari sekelian Nama-Nama Allah Ta'ala kerana segala sesuatu yang selainNya adalah tidak bersekutu pada NamaNya.

Ada sebilangan Para Mufassirin yang mengatakan bahawa barangsiapa menyebutkan Allah dengan huruf-huruf, maka sesungguhnya dia sama sekali belum menyebutkan Allah, kerana Dia adalah di luar huruf-huruf dan sebarang pengkhususan dan sebarang sangkaan, akan tetapi keridhaanNya terhadap hambaNya dengan perlakuan tersebut kerana sesungguhnya tiada jalan untuk mencapai pemahaman Tauhid tentang Zatnya sama ada secara hal keadaan mahupun dengan sebarang sebutan.

Dan telah dikatakan berkenaan makna sebutan Allah, bahawa sesungguhnya pengertian kesemua Nama-Nama Allah adalah terkandung di dalam Nama ini dan kesemua Nama-Nama adalah terbit dariNya. Telah terbit dari Nama ini segala pengertian makna bagi sekelian Nama-NamaNya dan Nama ini tidak terbit dari sesuatu Nama selain NamaNya. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah 'Azza Wa Jalla mengasingkan Nama DiriNya dari makhlukNya dan melibatkan makhlukNya dalam Nama-Nama terbitan yang terbit dari NamaNya.

Telah berkata Hadhrat Abu Al-'Abbas Bin 'Ata Rahmatullah 'Alaih berkenaan sebutan Allah (
),
"Ianya adalah sebagai mezahirkan KehebatanNya dan KebesaranNya."

Hadhrat Mansur Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan dengan Isnadnya daripada Hadhrat Ja'afar Radhiyallahu 'Anhu, bahawa beliau telah berkata berkenaan sebutan Allah (
ٱلله), bahawa sungguhnya Ia merupakan suatu katanama yang sempurna kerana mengandungi empat huruf iaitu huruf Alif (الألف) yang diisyaratkan sebagai Tiang At-Tauhid (عمود التوحيد) dan huruf Lam Pertama (اللام الأول) mengisyaratkan kepada Lauh Al-Qalam (لوح القلم) dan huruf Lam Kedua (اللام الثانى) mengisyarat kepada Lauh An-Nubuwwah (لوح النبوة) dan huruf Ha (الهاء) adalah penghujung dalam isyarat yakni Nihayah Fi Isyarah (النهاية فى الإشارة).

Allah adalah suatu Nama yang terasing, tidak dikaitkan dengan segala sesuatu bahkan segala sesuatu adalah dikaitkan kepadaNya. Dialah Zat yang Al-Ma'bud Yang Disembah, yang mana Dia adalah Tuhan sekelian makhluk, suci daripada sebarang kefahaman tentang hakikatNya dan bagaimana Dia meliputi segala sesuatu. Dia adalah Zat yang tertutup daripada segala pandangan dan kefahaman dan DiriNya adalah terhijab dengan KeagunganNya dari sebarang pemahaman.

Hadhrat Imam Al-Qushairi Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Tafsir Lataif Al-Isharat bahawa huruf Ba (
) di dalam ayat Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) adalah sebagai huruf Tadhzmin (ﺗﻀﻤﻴﻦ) yakni bagi menyatakan jaminan, bahawa dengan Allahlah telah terzahirnya segala ucapan yang bersifat baharu dan denganNyalah telah tercipta sekelian makhluk ciptaan.

Selanjutnya beliau telah menegaskan bahawa, tiada suatu ciptaan yang bersifat baharu melainkan kewujudannya adalah berserta dengan Al-Haqq (
ﺍﻟﺤﻖ) dan Al-Haqq (ﺍﻟﺤﻖ) adalah Pemiliknya dan daripada Al-Haqq (ﺍﻟﺤﻖ) permulaannya dan kepada Al-Haqq (ﺍﻟﺤﻖ) tempat kembalinya dan dengan DiriNyalah Para Ahli Tauhid memperoleh limpahan Ma'rifat tentang DiriNya.

Hadhrat Imam Qushairi Rahmatullah 'Alaih juga telah menegaskan bahawa Allah berfirman Bismillah (
ﷲ ﺑﺴﻢ) dan bukannya Billah (ﺑﷲ) atas tujuan Tabarruk (ﺗﺒﺮﻙ) iaitu bagi memperolehi keberkatan dengan menyebut NamaNya, sebagaimana pada pegangan kaum Sufiyyah.

Lafaz Bismillah (
ﷲ ﺑﺴﻢ) juga adalah sebagai membezakan maksud penggunaan huruf Ba () Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) untuk tujuan Tabarruk (ﺗﺒﺮﻙ) dan bukannya huruf Ba () Billah (ﺑﷲ) yang digunakan sebagai Al-Qasam (ﺍﻟﻘﺴﻢ) yakni ketika bersumpah menurut pendapat sebilangan kaum yang lain, kerana nama adalah bagi sesuatu yang dinamakan dengan nama tersebut. Demikian menurut pendapat Para 'Ulama.

Beliau juga menyatakan bahawa, kaum Sufiyyah ketika memperingatkan tentang Ayat ini, telah menyatakan bahawa daripada huruf Ba (
) adalah bermaksud Birr Allah (ﷲ ﺑﺮﱡ) yang bererti Kebaikan Allah bersama Para AwliyaNya dan daripada huruf Sin () adalah bermaksud Sirr Allah (ﷲ ﺳﺮﱡ) yang bererti Rahsia Allah berserta dengan Para AsfiyaNya, dan daripada huruf Mim () adalah bermaksud Minnah Allah (ﷲ ﻣﻨّﺔ) yang bererti Pengurniaan Anugerah Allah ke atas Para Ahli WilayatNya.

Maka, mereka dapat mengetahui bahawa dengan KebaikanNya mereka mencapai penghasilan Ma'rifat berkenaan rahsia SirrNya, dan dengan Pengurniaan AnugerahNya ke atas mereka dapatlah mereka memelihara UrusanNya, dan dengan DiriNya Yang Maha Suci dan Maha Memiliki Ketinggian dapatlah mereka mencapai penghasilan Ma'rifat tentang QudratNya.

Menurut Hadhrat Khwajah 'Abdullah Ansari Rahmatullah 'Alaih, bahawa Bismillah (
ﷲ ﺑﺴﻢ) adalah suatu isyarat dan tanda kehambaan. Bahawa seseorang yang mengucapkannya adalah sedang menunjukkan tanda kehambaannya.

Bismillah bermakna: Daku memulakan denga setiap Nama yang dimiliki oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini adalah kerana kalimah Isim adalah dalam bentuk tunggal dan Muzakkar yakni bersifat jantan, maka ianya adalah merangkumi sekelian Nama-Nama Allah yang terbaik dan indah.
 

FASAL KEENAM:FUTUHAT AN-NAJHAH: AR-RAHMAN AR-RAHIM (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ)


AR-RAHMAN AR-RAHIM (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ)

Kalimah "Ar-Rahman" (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) bererti Yang Maha Pemurah dan merupakan salah satu Nama Allah yang memberikan pengertian bahawa Allah Ta'ala melimpahkan kurniaanNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. "Ar-Rahim" (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) bererti Yang Maha Penyayang dan memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah (ﺭﺣﻤﺔ) yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan RahmatNya kepada sekelian makhluk yang dikasihiNya.

Hadhrat Sayyidina 'Ali Bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu telah berkata,
"Ar-Rahman Ar-Rahim (
ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah dua buah Nama Allah yang halus pengertiannya, satu daripadanya adalah lebih halus dari yang berikutnya. Menerusi kedua-dua buah Nama ini Allah Ta'ala telah menafikan sifat putus asa dari hamba-hambaNya yang beriman."

Daripada Hadhrat Ja'afar Bin Muhammad Radhiyallahu 'Anhu dinyatakan sebagai telah berkata berkenaan Ar-Rahman Ar-Rahim (
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيـمِ) bahawa, ianya adalah apa yang berlaku ke atas Para Muridin yakni orang yang berkehendak dan Para Muradin yakni orang yang dikehendaki. Maka, Nama Ar-Rahman (الرَّحْمٰنِ) adalah bagi Para Muradin agar mereka tenggelam dalam cahaya-cahaya sekelian Haqiqat dan Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) pula adalah bagi Para Muridin agar mereka terus kekal dengan diri mereka dan kesibukan mereka secara zahir.

Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih telah berkata,
"Dan Ar-Rahman (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah Nama yang padanya terkandung khasiat dari huruf yang tersembunyi di antara huruf Alif () dan juga huruf Lam (). Dan Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah Yang Melanjutkan ke atas hamba-hambaNya dengan kurniaan rezeki pada sekelian cabangan dan permulaan pada asalnya adalah Rahmat kerana telah mendahului IlmuNya sedia ada."

Menurut Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih, Ar-Rahman (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah Yang Maha Melimpahkan Kekurniaan terhadap sekelian kewujudan dan Yang Maha Sempurna atas segala sesuatu secara keseluruhan berdasarkan Hikmah kebijaksanaan yang telah ditentukanNya dan memiliki kemampuan untuk menentukan sebarang permulaan. Dan Ar-Rahim (ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah limpahan kekurniaan bagi kesempurnaan yang bersifat Maknawi yang dikhususkan bagi kalangan Insaniah menurut pencapaian mereka ke martabat yang tertinggi dalam kehidupan Akhirat.

Hadhrat Al-Firuz Abadi Rahmatullah 'Alaih menyatakan di dalam kitab Tafsirnya bahawa Ar-Rahman (
ٱلرَّحْمـٰنِ) bermaksud Ar-Raqiq Min Ar-Riqqah (الرقيق من الرقة) yakni Yang Maha Lemah Lembut daripada KehalusanNya dan merupakan sifat Ar-Rahmah (الرحمة) yang bererti belas kasihan dari sisiNya manakala Ar-Rahim (ٱلرَّحِيمِ) pula bermaksud Ar-Rafiq (الرفيق) yang bererti teman, sahabat, rakan ataupun kawan.

Dengan Nama Ar-Rahman (
الرحمن), terbitlah sekelian kemuliaan bagi orang-orang Mukminin seperti keimanan, ketaatan, kewalian, menjaukan diri dari perbuatan dosa, segala kekurniaan dan segala kenikmatan yang berterusan. Tiada seorang pun daripada kalangan makhluk yang berhak menggunakan Nama ini kerana makhluk adalah bersifat kelemahan dan kekurangan pada menganugerahkan sesuatu kepada seseorang secara berterusan dan berkekalan.

Sesungguhnya Rahmat kasih-sayang Allah terhadap Para Muridin yang benar-benar berkehendakkan RahmatNya, maka Allah akan mengasingkan mereka dari penumpuan yang selain dari Ar-Rahman (
الرحمن) dan tatkala RahmatNya tersebar secara umum pada masa kini ke atas seseorang Wali dan para musuhNya dalam urusan penghidupan mereka dan sentiasa mengurniakan rezeki kepada mereka. Dan dikatakan bahawa pada Nama Ar-Rahman (الرحمن) mengandungi pengertian kemanisan pengurniaan dan Musyahadah penyaksian dalam Qurbah pendekatan dan sentiasa memelihara tanggung-jawab melaksanakan tugas khidmat.

Ada dari kalangan Mufassirin yang menyatakan bahawa sesungguhnya Para Muhibbin (
المحبين) yang mencintai Allah sentiasa memperolehi nikmat dengan segala rahasia mereka dalam melakukan Riyadhah latihan menghayati pengertian makna Ar-Rahman (الرحمن). Maka terhasillah darinya segala buah-buahan kecintaan dan mereka meminum air Al-Qurbah (القربة) daripadanya. Mereka juga memperolehi nikmat daripada tebing sungai Al-Quds (القدس) dan mereka kembali daripadanya dengan penglihatan terhadap segala anugerah kekurniaan dan kenikmatan.

Bagi Para Khaifun (
الخائفون) yakni mereka yang takut terhadap Allah, akan merasakan kelazatan di dalam hati mereka dalam menghayati pengertian makna Ar-Rahman (الرحمن) dan mereka akan berasa pertambahan kemanisan ketenangan dan kedamaian.

Bagi Para Taibun (
التائبون) iaitu orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah akan berjalan dengan segala rahsia mereka dalam menghayati pengertian makna NamaNya Ar-Rahman (الرحمن) lalu mereka kembali daripada pengertian makna tersebut dengan penyucian rahsia dan kesucian hati.

Bagi Para 'Asun (
العاصون) iaitu orang-orang yang melakukan dosa-dosa akan berjalan di atas medan penghayatan pengertian makna daripada NamaNya iaitu Ar-Rahman (الرحمن) lalu mereka kembali daripadanya dengan penyesalan dan Istighfar memohon keampunan.

Ar-Rahman (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) bermaksud kasih-sayang Allah terhadap Para AwliyaNya. Dengan Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ), Dia telah mentakrifkan DiriNya terhadap mereka sehingga menerusi NamaNya mereka dapat mengenali sekelian Nama-NamaNya, Sifat-SifatNya, Keagungan KebesaranNya dan KeindahanNya, dan denganNyalah telah keluar segala Karamah bagi Para Abdal dan Para Siddiqin, dan denganNyalah telah mempersediakan rahsia-rahsia Maqamat bagi Para Asfiya dan para Muqarrabin, dan denganNyalah telah bertajalli cahaya-cahaya Ma'rifat bagi Para Atqiya dan Para 'Arifin, kerana Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) mengkhabarkan tentang Pencipta makhluk dan kemuliaanNya mengatasi sekelian makhluk. Pada Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) bermaksud kerehatan bagi Para Arwah orang-orang yang bertauhid dan pertambahan kegembiraan bagi Para 'Arifin dan sebagai Tarbiyah bagi Para 'Ulama.

Ar-Rahman (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah sebagai kenderaan bagi Para Salikin untuk mereka bersiar ke arah khazanah keprihatinan 'InayahNya dan Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) adalah sebagai suatu tali kebenaran bagi orang-orang yang Majzub yang mana telah menarik mereka ke arah suatu loncatan untuk sampai kepadaNya. Dengan Nama Ar-Rahman (ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ), Dia telah mengamankan Para HambaNya dari siksaanNya dan dengan Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ), Dia telah mengurniakan kepada mereka ganjaran pahala.

Nama Ar-Rahman (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) adalah bermaksud sebagai Miftah Al-Mukasyafah (مفتاح المكاشفة) yakni anak kunci penyingkapan pandangan Mukasyafah manakala Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) adalah sebagai Mirqat Al-Musyahadah (مرقاة المشاهدة) yakni anak tangga penyaksian Musyahadah. Menerusi Nama Ar-Rahman (الرَّحْمٰنِ), Dia telah membuka bagi Para HambaNya perkara yang ghaib dan menerusi Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ), Dia telah mengurniakan keampunan dosa-dosa terhadap mereka.

Hadhrat Imam Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih telah diriwayatkan sebagai berkata bahawa Nama Ar-Rahman (
الرحمن) mengisyaratkan bahawasanya tiada seseorang pun yang dapat mendekatkan diri kepadaNya melainkan dengan perlakuan Rahmaniyyat (رحمانيت) kasih-sayangNya. Dan Nama Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) mendekatkan kepadaNya menerusi ketaatan kerana ianya melibatkan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana firmanNya dalam Surah At-Taubah ayat 128.

Ada pandangan dari sebilangan Mufassirin yang mengatakan pengertian makna Ar-Rahim (
الرَّحِيـمِ) dalam Al-Basmalah adalah bermaksud bahawa dengan Sifat Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) Allah Ta'ala, Dia telah menghubungkan kamu dengan Zat Allah (الله) dan Sifat Ar-Rahman (الرحمن). Limpahan Sifat Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ) ini telah mengutuskan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada ummat manusia sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 128,

Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan ke atas kamu yang amat belas-kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin. [At-Taubah: 128]

Maknanya ketikamana seseorang sedang mengucapkan kalimah Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم), adalah bahawasanya dengan sifat kerahiman dan kasih-sayang Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah memperhubungkan diri seseorang dengan pengucapan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم).

Ar-Rahim (
الرحيم) adalah Dia yang sanggup menerima keadaan Para HambaNya meskipun dengan segala keaiban diri mereka tatkala mereka sedang berdiri menghadapNya dan Dialah yang sentiasa memelihara hamba-hambaNya dengan pemeliharaan yang sempurna dan segera meskipun mereka sedang berpaling dariNya kerana SifatNya Yang Maha Kaya daripada mereka meskipun mereka menghadapNya atau membelakangiNya.

Sesungguhnya pengertian makna Ar-Rahim (
الرَّحِيـمِ) adalah apa yang terbit daripada Rahmat Kasih-Sayang Allah Ta'ala untuk penghidupan sekelian makhluk dan pemulihan tubuh badan mereka. Maka tiada terhalang untuk menamakan ZatNya dengan Sifat Ar-Rahim (الرَّحِيـمِ).

Menurut Hadhrat Ibnu 'Ata Rahmatullah 'Alaih pada menerangkan makna Ar-Rahman (
ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ) telah berkata bahawa ianya bermaksud 'Aunuhu (ﻋﻮﻧﻪ) yakni BantuanNya dan Nusratuhu (ﻧﺼﺮﺗﻪ) yakni PertolonganNya. PadaNya terdapat kesucian bagi Para Pencinta yang mencintaiNya, kesukaan bagi Para Syaiqin yang Shauq kepadaNya, keamanan bagi Para Pendosa yang bertaubat dan tempat pengharapan bagi Para Khaifin yang Khauf serta takut kepadaNya.

Ar-Rahim (
الرَّحِيـمِ) merupakan hembusan yang khas bagi Ahli Khas, sebagai sandaran bagi orang-orang yang memperolehi rahsia dan merupakan kegembiraan bagi Ahli Qurbah yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Nama Ar-Rahim (الرحيم) mengandungi pengertian Mawaddah (مودّة) dan Mahabbah (محبّة) yakni cinta dan kasih-sayang Allah Ta'ala.

FASAL KETUJUH:FUTUHAT AN-NAJHAH: BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM (بسم الله الرحمن الرحيم)

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM (بسم الله الرحمن الرحيم)

Hadhrat Imam Ibnu Mardawaih Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat Yazid Bin Khalid Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Sulaiman Bin Buraidah Rahmatullah 'Alaih dan menurut satu riwayat yang lain beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat 'Abdul Karim Abi Umayyah Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Abi Buraidah Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari bapanya bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

أنزلت علي آية لم تنزل على نبي غير سليمان بن داود وغيري وهي " بسم الله الرحمن الرحيم "

"Telah diturunkan ke atasku suatu Ayat yang tidak pernah sama sekali diturunkan ke atas seorang Nabi pun selain Hadhrat Nabi Sulaiman Bin Hadhrat Nabi Daud 'Alaihimassalam dan selainku, dan ianya adalah "Bismillahir-Rahmanir-Rahim"."

Hadhrat Imam Daruqutni Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat Ibnu 'Umar Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﻛﺎﻥ ﺟﺒﺮﻳﻞ ﺇﺫﺍ ﺟﺎﺀ ﻧﻲ ﺑﺎﻟﻮﺣﻲ ﺃﻭﻝ ﻣﺎ ﻳﻠﻘﻰ ﻋﻠﻲ ﺑﺴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

"Adalah Hadhrat Jibril 'Alaihissalam apabila datang kepadaku dengan membawa Wahyu, pertama-tama apa yang beliau mentalqinkan ke atasku adalah "Bismillahir-Rahmanir-Rahim"."

Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﻧﺰﻟﺖ ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﻓﺮﺡ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺴﻤٰﻮﺍﺕ ﻣﻦ ﻶﺋﻜﺔ ﻭﺍﻫﺘﺰ ﺍﻟﻌﺮﺵ ﻟﻨﺰﻭ ﻭﻧﺰﻝ ﻣﻌﻬﺎ ﺃﻟﻒ ﻣﻠﻚ ﻭﺯﺍﺩﺕ ﻶﺋﻜﺔ ﺎﻧﺎ ﻭﺧﺮﺟﺖ ﺎﻥ ﻋﻠﻰٰ ﻭﺟﻮﻫﻬﻢ ﺮﻛﺖ ﺍﻷﻓﻼﻙ ﻭﺫﻟﺖ ﻟﻌﻈﻤﺘﻬﺎ ﺍﻷﻣﻼﻙ

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bergembira Ahli Langit dari kalangan Para Malaikat dan telah bergoncanglah 'Arash kerana penurunannya, dan telah turun berserta denganya seribu Malaikat dan telah bertambahlah keadaan Iman sekelian Para Malaikat, dan telah keluarlah sekelian Jin menundukkan muka mereka dan telah bergetarlah sekelian Falak dan bergementarlah sekelian sendi-sendi kerana keagungan penurunannya."

Hadhrat Imam Abu Na'im dan Hadhrat Imam Ibnu As-Sunni Rahmatullah 'Alaihima telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat 'Aishah Radhiyallahu 'Anha bahawa beliau telah berkata,
"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bertasbihlah gunung-ganang sehingga ahli penduduk Makkah dan orang-orang di sekitarnya telah turut mendengarnya. Lalu mereka telah berkata, "Rupanya Muhammad yang telah menyihir gunung-ganang itu." Kemudian Allah telah menghantarkan awan sehingga bayang-bayangnya telah meneduhkan ahli penduduk Makkah. Kemudian, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﻣﻮﻗﻨﺎ ﺳﺒﺤﺖ ﻣﻌﻪ ﺒﺎﻝ ﺃﻻ ﺃﻧﻪ ﻳﺴﻤﻊ ﻣﻨﻬﺎ

"Barangsiapa membaca "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" dengan yaqin, akan bertasbihlah berserta dengannya segala gunung-ganang, cuma dia saja yang tidak dapat mendengar Tasbih darinya."

Hadhrat Imam Ibnu Katsir Rahmatullah 'Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits dengan Isnadnya dari Hadhrat 'Abdul Karim Al-Kabir Bin Al-Ma'afi Bin 'Imran Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari bapanya iaitu Hadhrat Al-Ma'afi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat 'Umar Bin Dzarr Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat 'Ata Bin Abi Rabah Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Jabir Bin 'Abdullah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لما نزل " بسم الله الرحمن الرحيم " هرب الغيم إلى المشرق وسكنت الرياح وهاج البحر وأصغت البهائم بآذانها ورجمت الشياطين من السماء وحلف الله تعالى بعزته وجلاله أن لا يسمى اسمه على شيء إلا بارك فيه .

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", segala awan telah lari bergegasan ke arah Timur dan telah terhentilah segala angin dan lautan telah menjadi berkocak bergelora dan sekelian haiwan berkaki empat memperdengarkan antara sesama mereka dengan khabar seruan tersebut dan sekelian Syaitan telah direjam dengan rejaman dari langit dan Allah Ta'ala telah bersumpah dengan KemuliaanNya dan KeagunganNya bahawa tiada seorang pun yang menyebutkan NamaNya ke atas sesuatu melainkan dia mendapat keberkatan padanya."
Hadhrat Imam Ahmad Bin Hanbal Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam kitab Musnad karangannya bahawa Hadhrat Muhammad Bin Ja'afar Rahmatullah 'Alaih telah berkata kepadanya, bahawa Hadhrat Shu'bah Rahmatullah 'Alaih telah berkata kepadanya berkenaan sebuah Hadits dari Hadhrat 'Asim bahawa beliau telah berkata,
"Daku telah mendengar Abu Tamimah Radhiyallahu 'Anhu sedang berbicara tentang ketika mana beliau menunggangi seekor keldai bersama Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata bahawa beliau telah jatuh tersadung bersama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari keldainya, lalu daku berkata, "Telah binasalah Syaitan."

Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت تعس الشيطان تعاظم وقال بقوتي صرعته وإذا قلت بسم الله تصاغر حتى يصير مثل الذباب

"Janganlah kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", kerana sesungguhnya bagi dirimu apabila kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", dia menjadi sombong membesarkan diri dan dia berkata, "Demi kekuatanku, daku pasti mencari helah untuk menumbangkannya." Dan apabila kamu berkata "Bismillah", dia akan menjadi kecil sehinggakan berubah menjadi seperti lalat."

Demikian telah dinyatakan dalam riwayat Hadhrat Imam Ahmad Rahmatullah 'Alaih dan turut dinukilkan oleh Hadhrat Imam An-Nasai Rahmatullah 'Alaih. Dalam sebuah Hadits lain yang telah dinukilkan oleh Hadhrat Imam Ibnu Mardawaih Rahmatullah 'Alaih bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لا تقل هكذا فإنه يتعاظم حتى يكون كالبيت ولكن قل بسم الله فإنه يصغر حتى يكون كالذبابة

"Janganlah berkata sedemikian kerana sesungguhnya perkataan tersebut akan menjadikannya sombong membesarkan diri sehingga keadaannya menjadi sebesar sebuah rumah, akan tetapi ucapkanlah "Bismillah", kerana sesungguhnya ucapan tersebut akan menjadikannya kecil sehingga keadaannya seperti seekor lalat."

Hadhrat Ibnu Jarir dan Hadhrat Ibnu Abi Hatim Rahmatullah 'Alaihima telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat Bashar Bin 'Imarah Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Abu Rauq Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Dhzahhak Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu berkata bahawa,
"Sesungguhnya awal-awal apa yang telah turun dengannya oleh Hadhrat Jibrail 'Alaihissalam ke atas Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah dengan firman,

يا محمد قل أستعيذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم

"Wahai Muhammad, ucapkanlah: Daku meminta perlindungan dengan Allah Yang Maha Mendengar Yang Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam".

Kemudian Hadhrat Jibrail 'Alaihissalam berfirman,

قل بسم الله الرحمن الرحيم

"Ucapkanlah Bismillahir-Rahmanir-Rahim yakni: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih."

Seterusnya Hadhrat Jibrail 'Alaihissalam berfirman kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam,

باسم الله يا محمد يقول اقرأ بذكر الله ربك وقم واقعد بذكر الله تعالى

"Dengan Nama Allah, Wahai Muhammad, Dia berfirman: "Bacalah dengan berzikir mengingati Allah Tuhan Pemeliharamu dan bangunlah serta duduklah dengan berzikir mengingati Allah Ta'ala."

Agama Islam telah mengajarkan kita supaya bertingkah-laku dengan amalan yang baik dan antara tingkah-laku kebaikan yang diajarkan adalah memulakan segala tindakan amal perbuata kita dengan menyebutkan Nama Allah terlebih dahulu. Maksud yang tersembunyi di sebaliknya adalah di luar jangkauan fikiran dan berlipat-ganda.

Seseorang yang menyebut Basmalah ketika memulakan pekerjaannya adalah sedang membawa ingatan terhadap Allah kepada fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan. Ia juga dapat menghindarkan seseorang dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

Seseorang yang menyebutkan Basmalah akan mendapat bantuan sokongan Allah dalam sesuatu tindakannya. Ia juga akan mengingatkan seseorang kepada maksud, sumber yang menyempurnakan segala keperluan, punca keberkatan bagi sesuatu perbuatan dan tempat tujuan yang terakhir.

Ssegala sesuatu itu sumbernya adalah dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 21:

"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu."

Menerusi sebutan ayat Basmalah mengandungi khazanah yang agung daripada Khazanah Al-Quran, bahawa tiada suatu apa pun yang dapat diperolehi melainkan ianya adalah daripada Yang Maha Esa yang Maha Memiliki segala khazanah perbendaharaanNya, Dia Yang Maha Tunggal yang dalam genggaman TanganNya tersimpan kunci-kunci bagi segala khazanahNya. Mencari sesuatu khazanah dari seseorang yang lain adalah seperti mencari sesuatu daripada seseorang yang tidak memilikinya atau memiliki sebarang keupayaan ke atas mereka.
Dan Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah An-Najm pada ayat 42:

"Dan bahawa sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu."

Allah memiliki segala khazanah yang kekal, bahawa setiap maksud bagi sesuatu perkara atau sesuatu pekerjaan dikehendaki yang tidak dilakukan untuk mencari keridhaanNya dan adalah tidak berhubungan terhadapNya dalam apa jua bentuk dan keadaan, maka ianya adalah bersifat sementara dan lama-kelamaan akan beransur lenyap kerana maksud terakhirnya bukanlah untuk bersama dengan HadhratNya. Maksud yang terakhir hanya ada pada Zat Yang Maha Esa yang mana segala perkara menemui kesimpulannya dan yang membuat keputusan terhadap makhlukNya dengan kehendak IradahNya, Hikmahya dan 'Ilmu PengetahuanNya. Maka Dia adalah sumber punca segala perkara yang diingini. Setiap sesuatu yang dicintai, jika ianya tidak dicintai demi mencari keridhaan Allah, maka cinta tersebut menjadi sia-sia bahkan ianya akan menjadi suatu tekaan dan azab kesengsaraan. Setiap tindakan yang tidak dilakukan bagi mencari keridhaanNya adalah terbuang dan terluka. Setiap hati yang tidak mencapai Diriya adalah terhalang dan terlindung dari mencapai kejayaan dan kebahagiaan dari sisiNya. Tiada suatu apa pun yang dapat mengatasi Allah dalam perkara yang perlu dituntut dan tiada yang dapat menemui jalan penyelesaian menerusi segala yang selainNya.
MAKSUD AL-BASMALAH

Maksud pembacaan Al-Basmalah ialah bahawa, "Daku memulakan pembacaan Surah Al-Fatihah ini dengan menyebut Nama Allah yang penuh keberkatan." Setiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut Nama Allah. Ketika hendak makan dan minum, memakai dan menanggalkan pakaian, keluar dan masuk rumah, menaiki kenderaan, menyembelih haiwan dan sebarang pekerjaan yang baik lebih-lebih lagi ketika memulakan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran hendaklah dimulakan dengan menyebut Nama Allah. Allah adalah Nama Zat Yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak bergantung pada makhlukNya, tetapi makhluk yang bergantung kepadaNya.

Di dalam kitab Tafsir Al-'Azhim karangan Hadhrat Imam Ibnu Katsir Rahmatullah 'Alaih ada menukilkan bahawa Hadhrat Imam Abu Muhammad 'Abdur Rahman Bin Abi Hatim Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsirnya telah menyatakan bahawa beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ja'afar Bin Musafir Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Zaid Bin Al-Mubarak As-San'ani Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Salam Bin Wahab Al-Jundi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari bapanya Hadhrat Wahab Al-Jundi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Tawus Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat 'Utsman Bin 'Affan Radhiyallahu 'Anhu telah bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam berkenaan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ)? Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

هو اسم من أسماء الله وما بينه وبين اسم الله الأكبر إلا كما بين سواد العينين وبياضهما من القرب

"Ia adalah nama dari Nama-Nama Allah dan tiadalah di antaranya dan antara Nama Allah Yang Maha Besar melainkan kedekatan jaraknya adalah seumpama antara mata hitam dan putih pada kedua belah mata."

Hadits ini telah diriwayatkan juga oleh Hadhrat Abu Bakar Bin Mardawaih Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Sulaiman Bin Ahmad Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat 'Ali Bin Al-Mubarak Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Zaid Bin Al-Mubarak Rahmatullah 'Alaih. Hadits ini juga telah dikeluarkan oleh Hadhrat Imam Al-Hakim, Hadhrat Imam Al-Baihaqi, Hadhrat Imam Abu Dzar Al-Harwi dan Hadhrat Imam Al-Khatib Al-Baghdadi Rahimahumullah dengan riwayat dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu.

Hadhrat Imam Ibnu Abi Ad-Dunya dan Hadhrat Imam Ibnu Syaibah Rahmatullah 'Alaihima telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat Ash-Shu'bi Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻷﻋﻈﻢ ﻫﻮ ﺍﷲ

"Dengan Nama Allah Yang Maha Teragung adalah Allah".

Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat Jabir Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﺇﺳﻢ ﺍﻷﻋﻈﻢ ﻫﻮ ﺍﷲ ﺍﻻ ﺗﺮٰﻯ ﺃﻧﻪ ﺟﻤﻴﻊ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻳﺒﺪﺃ ﺑﻪ ﻗﺒﻞ ﻛﻞ ﺇﺳﻢ

"Isim Allah Al-A'zham yakni Nama Allah Yang Paling Teragung adalah Allah. Apakah kamu tidak melihat bahawasanya pada setiap pembacaan Al-Quran dimulai dengan "Bismillah" sebelum menyebut sekelian nama."

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir yang telah mengarang kitab Tafsir berjudul Haqaiq At-Tafsir ada menukilkan dari Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Hakim Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah mengisyaratkan kepada kasih-sayang Allah pada segala permulaan.

Menurut pengarang Tafsir Ruh Al-Bayan, Hadhrat Isma'il Haqqi Rahmatullah 'Alaih tentang perkara yang sahih lagi diterima di sisi 'Ulama Mutaakhirin Mazhab Hanafiyah bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah suatu ayat yang berasingan dan bukan sebahagian juzuk daripada Surah Al-Fatihah. Ianya telah diturunkan sebagai pembahagi bagi setiap Surah. Ianya juga diturunkan sebagai suatu sumber keberkatan dalam memulakan sesuatu pekerjaan seperti dengan menyebutnya pada setiap urusan yang penting.

Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah Kunci Al-Quran dan merupakan kalimah pertama yang telah dituliskan oleh Qalam pada Lauh Mahfuz dan merupakan kalimah pertama yang telah diturunkan kapada Hadhrat Baginda Nabi Adam 'Alaihissalam. Ketika hendak memulakan pembacaan Al-Quran, Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم) hendaklah dibaca sesudah mengucapkan Al-Isti'azah iaitu kalimah memohon perlindungan Allah dari kejahatan Syaitan yang direjam.

Hikmah dikemudiankan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) sesudah Al-Isti'azah adalah sebagai mendahulukan pengosongan Takhalliyyah terhadap segala perkara mengatasi pengisian Tahalliyyah dan terhadap permohonan kepada segala sesuatu yang selain Allah dalam menghadap dan memberikan Tawajjuh kepada HadhratNya.

Orang-orang kafir dalam masyarakat Jahiliyah pada kelazimannya memulakan pekerjaan mahupun ucapan mereka dengan nama tuhan-tuhan mereka dengan mengucapkan, "Dengan Nama Al-Lata dan Al-'Uzza". Maka bagi sekelian Ahli Tauhid wajiblah memaksudkan pengertian makna yang khusus berkaitan Nama Allah dalam pengucapan mereka ketika memulakan sesuatu pekerjaan, iaitu dengan mendahulukan pengucapannya kemudian diikuti dengan amal perbuatan.

FASAL AKHIR : FUTUHAT AN-NAJHAH

MAKSUD AL-BASMALAH

Maksud pembacaan Al-Basmalah ialah bahawa, "Daku memulakan pembacaan Surah Al-Fatihah ini dengan menyebut Nama Allah yang penuh keberkatan." Setiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut Nama Allah. Ketika hendak makan dan minum, memakai dan menanggalkan pakaian, keluar dan masuk rumah, menaiki kenderaan, menyembelih haiwan dan sebarang pekerjaan yang baik lebih-lebih lagi ketika memulakan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran hendaklah dimulakan dengan menyebut Nama Allah. Allah adalah Nama Zat Yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak bergantung pada makhlukNya, tetapi makhluk yang bergantung kepadaNya.

Di dalam kitab Tafsir Al-'Azhim karangan Hadhrat Imam Ibnu Katsir Rahmatullah 'Alaih ada menukilkan bahawa Hadhrat Imam Abu Muhammad 'Abdur Rahman Bin Abi Hatim Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsirnya telah menyatakan bahawa beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ja'afar Bin Musafir Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Zaid Bin Al-Mubarak As-San'ani Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Salam Bin Wahab Al-Jundi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari bapanya Hadhrat Wahab Al-Jundi Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Tawus Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkan dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat 'Utsman Bin 'Affan Radhiyallahu 'Anhu telah bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam berkenaan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ)? Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

هو اسم من أسماء الله وما بينه وبين اسم الله الأكبر إلا كما بين سواد العينين وبياضهما من القرب

"Ia adalah nama dari Nama-Nama Allah dan tiadalah di antaranya dan antara Nama Allah Yang Maha Besar melainkan kedekatan jaraknya adalah seumpama antara mata hitam dan putih pada kedua belah mata."

Hadits ini telah diriwayatkan juga oleh Hadhrat Abu Bakar Bin Mardawaih Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Sulaiman Bin Ahmad Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat 'Ali Bin Al-Mubarak Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Zaid Bin Al-Mubarak Rahmatullah 'Alaih. Hadits ini juga telah dikeluarkan oleh Hadhrat Imam Al-Hakim, Hadhrat Imam Al-Baihaqi, Hadhrat Imam Abu Dzar Al-Harwi dan Hadhrat Imam Al-Khatib Al-Baghdadi Rahimahumullah dengan riwayat dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu.

Hadhrat Imam Ibnu Abi Ad-Dunya dan Hadhrat Imam Ibnu Syaibah Rahmatullah 'Alaihima telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat Ash-Shu'bi Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻷﻋﻈﻢ ﻫﻮ ﺍﷲ

"Dengan Nama Allah Yang Maha Teragung adalah Allah".

Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih telah mengeluarkan sebuah Hadits dari Hadhrat Jabir Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﺇﺳﻢ ﺍﻷﻋﻈﻢ ﻫﻮ ﺍﷲ ﺍﻻ ﺗﺮٰﻯ ﺃﻧﻪ ﺟﻤﻴﻊ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻳﺒﺪﺃ ﺑﻪ ﻗﺒﻞ ﻛﻞ ﺇﺳﻢ

"Isim Allah Al-A'zham yakni Nama Allah Yang Paling Teragung adalah Allah. Apakah kamu tidak melihat bahawasanya pada setiap pembacaan Al-Quran dimulai dengan "Bismillah" sebelum menyebut sekelian nama."

Hadhrat Imam As-Sullami Rahmatullah 'Alaih seorang Mufassir yang telah mengarang kitab Tafsir berjudul Haqaiq At-Tafsir ada menukilkan dari Hadhrat Abu Al-Qasim Al-Hakim Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawa ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
ﺑﺴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) adalah mengisyaratkan kepada kasih-sayang Allah pada segala permulaan.

Menurut pengarang Tafsir Ruh Al-Bayan, Hadhrat Isma'il Haqqi Rahmatullah 'Alaih tentang perkara yang sahih lagi diterima di sisi 'Ulama Mutaakhirin Mazhab Hanafiyah bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah suatu ayat yang berasingan dan bukan sebahagian juzuk daripada Surah Al-Fatihah. Ianya telah diturunkan sebagai pembahagi bagi setiap Surah. Ianya juga diturunkan sebagai suatu sumber keberkatan dalam memulakan sesuatu pekerjaan seperti dengan menyebutnya pada setiap urusan yang penting.

Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah Kunci Al-Quran dan merupakan kalimah pertama yang telah dituliskan oleh Qalam pada Lauh Mahfuz dan merupakan kalimah pertama yang telah diturunkan kapada Hadhrat Baginda Nabi Adam 'Alaihissalam. Ketika hendak memulakan pembacaan Al-Quran, Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم) hendaklah dibaca sesudah mengucapkan Al-Isti'azah iaitu kalimah memohon perlindungan Allah dari kejahatan Syaitan yang direjam.

Hikmah dikemudiankan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) sesudah Al-Isti'azah adalah sebagai mendahulukan pengosongan Takhalliyyah terhadap segala perkara mengatasi pengisian Tahalliyyah dan terhadap permohonan kepada segala sesuatu yang selain Allah dalam menghadap dan memberikan Tawajjuh kepada HadhratNya.

Orang-orang kafir dalam masyarakat Jahiliyah pada kelazimannya memulakan pekerjaan mahupun ucapan mereka dengan nama tuhan-tuhan mereka dengan mengucapkan, "Dengan Nama Al-Lata dan Al-'Uzza". Maka bagi sekelian Ahli Tauhid wajiblah memaksudkan pengertian makna yang khusus berkaitan Nama Allah dalam pengucapan mereka ketika memulakan sesuatu pekerjaan, iaitu dengan mendahulukan pengucapannya kemudian diikuti dengan amal perbuatan.
FAEDAH AL-BASMALAH

Hadhrat Imam Jalaluddin As-Sayyuti Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan sepuluh faedah daripada Al-Basmalah.

Pertama:
Menurut Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih, Al-Basmalah bukanlah suatu ayat daripada Surah Al-Fatihah dan buka dari sebarang Surah yang lain melainkan telah dikhususkan di dalam kandungan Surah An-Naml. Menurut pendapat Hadhrat Imam Syafi'I Rahmatullah 'Alaih bahawa ianya adalah suatu ayat daripada Surah Al-Fatihah. Menurut Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahawa ianya adalah suatu ayat permulaan bagi setiap Surah.

Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih telah memberikan hujjah dengan sebuah Hadits Sahih yang panjang yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat 'Ubay Bin Ka'ab Radhiyallahu 'Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya bahawa,
"Telah diturunkan kepadaku sebuah Surah yang tidak ada seumpama dengannya di dalam Kitab Taurat, Kitab Injil mahupun Al-Quran. Alhamdu Lillahi Rabbil-'Alamin (Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara seluruh alam)."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah memulakan pembacaan Surah Al-Fatihah tanpa menyebutkan Basmalah. Hadits tersebut juga telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam At-Tirmizi Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Al-Bukhari Rahmatullah 'Alaih di dalam At-Tafsir daripada Sahihnya.
Terdapat juga kenyataan dari sebuah Hadits Qudsi yang Sahih daripada Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih seperti yang telah diriwayatkannya di dalam Al-Muwatta dan oleh Hadhrat Imam Muslim di dalam Kitab As-Solah daripada Sahihnya bahawa Allah Ta'ala telah berfirman,
"Aku telah membahagikan Solat antara Aku dan HambaKu dalam dua bahagian.
Apabila HambaKu mengucapkan: Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin…"

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga telah membacakan Surah Al-Fatihah tanpa menyebutkan Basmalah. Hadhrat Imam Syafi'I telah mengemukakan hujjahnya dengan menampilkan sebuah riwayat Hadits daripada Hadhrat Imam An-Nasa'I Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Ibnu Hibban Rahmatullah 'Alaih bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selalu meyebut:

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin."
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekelian alam.

Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu telah memberikan hujjah bahawa Basmalah adalah tertulis bersama setiap Surah di dalam Mushaf.

Kedua:
Apabila kamu memulakan pembacaan sesebuah Surah hendaklah membaca Basmalah kecuali untuk Surah At-Taubah. Jika kamu memulakan membaca satu bahagian daripada sesebuah Surah, kamu mempunyai pilihan antara membacakan Basmalah atau meninggalkannya. Demikian menurut Hadhrat Abu 'Amr Ad-Dani Rahmatullah 'Alaih, seorang Imam dalam ilmu-ilmu penafsiran Al-Quran dan telah menulis banyak kitab dalam berbagai kaedah pembacaan dan hukum-hukum pembacaan serta Tafsir Al-Quran. antara kitabnya yang termasyhur adalah Kitab At-Taysir Fi Qira-ah Sab'ah yang menyatakan sanad mereka yang telah menerima kaedah pembacaan daripada tujuh orang pembaca Al-Quran.

Sebahagiannya berkata agar ditinggalkan pembacaan Basmalah. Jika kamu telah menyempurnakan suatu Surah dan hendak memulakan suatu Surah yang lain, maka para pembaca adalah berbeza-beza keadaannya sama ada hendak membacakan Basmalah ataupun meninggalkannya.

Ketiga:
Basmalah tidak dibacakan di dalam Solat menurut Hadhrat Imam Malik Rahmatullah 'Alaih, namun menurut Hadhrat Imam Ash-Shafi'I Rahmatullah 'Alaih ianya disebutkan secara jelas dan kuat di dalam Solat yang dibacakan secara Jihri dan hendaklah dibacakan secara perlahan dan rahsia di dalam Solat yang bacaan Al-Quran dibacakan secara Sirri. Menurut Hadhrat Imam Abu Haifah Rahmatullah 'Alaih, Basmalah hendaklah dibacakan secara rahsia dan perlahan di dalam kedua-dua jenis Solat sama ada Solat Sirri mahupun Solat Jihri.

Hadhrat Imam Malik telah memberikan hujjah dengan menampilkan dua sudut. Pertama, bahawa menurut beliau Basmalah bukanlah satu ayat daripada Surah Al-Fatihah seperti yang telah dikemukakan. Kedua, bahawa apa yang telah dinyatakan di dalam Hadits Sahih daripada Hadhrat Anas Radhiyallahu 'Anhu bahawa beliau telah berkata,
"Daku telah bersolat bersama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan Hadhrat Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu dan Hadhrat 'Umar Radhiyallahu 'Anhu dan Hadhrat 'Utsman Radhiyallahu 'Anhu, dan mereka telah memulakan pembacaan Surah Al-Fatihah dengan ucapan: "Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin" (Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekelian alam)."
Tanpa menyebutkan Bismillah (Dengan Nama Allah) di permulaannya mahupun di penghujungnya, yakni ketika memulakan pembacaan Surah yang lain sesudah Surah Al-Fatihah.
FADHILAT AL-BASMALAH

Sesungguhnya ucapan Al-Basmalah mengandungi kesan keberkatan yang sangat besar, maka adalah Mustahab mengucapkan "Bismillah" pada permulaan setiap pekerjaan mahupun perkataan. Adalah Mustahab mengucapkannya ketika permulaan menyampaikan Khutbah kerana telah datang riwayat sebuah Hadits yang masyhur bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

كل أمر لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أجذم

"Setiap urusan yang tidak dimulakan padanya dengan ungkapan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ), maka ianya adalah terkudung".

Dalam Hadits yang lain dengan sabdanya,

كل أمر ﺫﻱ ﺑﺎﻝ لا يبدأ ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أﻗﻄﻊ ﻭ ﻫﻮ ﺃﺑﺘﺮ

"Setiap urusan penting yang tidak dimulakan dengan ungkapan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ), maka ianya adalah terputus dan ianya tidak berkat".

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Daruqutni Rahmatullah 'Alaih dari Hadhrat Ibnu 'Umar Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah mengatakan,
"Adalah Hadhrat Jibril 'Alaihissalam datang menemuiku dengan membawa Wahyu dan mula-mula yang diberikannya kepadaku ialah kalimah "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ).

Mengucapkan Al-Basmalah juga adalah Mustahab ketika hendak memasuki tandas kerana terdapat Hadits yang menyatakan sedemikian. Adalah Mustahab mengucapkannya ketika permulaan Wudhu' kerana ada dinukilkan sebuah Hadits Hasan oleh Hadhrat Imam Ahmad Rahmatullah 'Alaih dalam kitab Musnad karangan beliau dengan riwayat daripada Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat Sa'id Bin Zaid dan Hadhrat Abu Sa'id Radhiyallahu 'Anhum bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه

"Tiadalah sempurna Wudhu bagi seseorang yang langsung tidak menyebut Nama Allah atas Wudhunya."

Terdapat sebahagian di kalangan Para 'Ulama yang telah mewajibkan menyebut bacaan Al-Basmalah ketika memulakan Wudhu berdasarkan Hadits ini. Begitu juga ketika menyembelih haiwan, adalah Mustahab menyebutkan Al-Basmalah di sisi Mazhab Syafi'iy dan jemaah para pengikutnya manakala sebahagian yang lain telah mewajibkan pembacaannya.

Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam kitab Tafsirnya berkenaan fadhilat kelebihan Al-Basmalah menerusi beberapa buah Hadits, antaranya sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

إذا أتيت أهلك فسم الله فإنه إن ولد لك ولد كتب لك بعدد أنفاسه وأنفاس ذريته حسنات

"Apabila kamu mendatangi isterimu, maka sebutlah Nama Allah kerana jika dikurniakan kamu dengan anak, nescaya akan dituliskan pahala Hasanah kebaikan bagimu sebanyak bilangan nafas-nafasnya dan nafas-nafas zuriatnya."

Begitulah juga ketika makan dan minum, adalah menjadi Mustahab menyebutkan Al-Basmalah ketika memulakannya kerana ada sebuah Hadits yang dinyatakan di dalam Sahih Muslim bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda kepada Hadhrat 'Umar Bin Abi Salamah Radhiyallahu 'Anhu,

قل بسم الله وكل بيمينك وكل مما يليك

"Ucapkanlah "Bismillah" dan makanlah dengan tangan kanan kamu dan makanlah dari apa yang dekat padamu."

Begitu juga, adalah Mustahab mengucapkan Al-Basmalah ketika Jima' kerana terdapat riwayat di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim dari Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu telah meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لو أن أحدكم إذا أراد أن يأتي أهله قال بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا فإنه إن يقدر بينهما ولد لم يضره الشيطان أبدا

"Jikalau salah seorang di kalangan kamu ketika hendak mendatangi isterinya hendaklah mengucapkan:

"Dengan Nama Allah, Wahai Allahumma, jauhkanlah kami dari Syaitan dan jauhkanlah Syaitan terhadap apa yang Engkau rezekikan kepada kami."
Kerana sesungguhnya jika ditaqdirkan antara kedua pasangan tersebut anak, maka Syaitan tidak akan dapat mendatangkan sebarang mudharat kepadanya selama-lamanya."

Terdapat banyak Hadits Nabawi yang menyatakan berkenaan Fadhilat dan kelebihan Al-Basmalah. Bahawa Hadhrat Imam Ahmad Rahmatullah 'Alaih telah melaporkan daripada Hadhrat Abu Tamimah Radhiyallahu 'Anhu berkata mafhumnya, bahawa beliau sedang menunggang dibelakang Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lalu kaki tunggangannya terjatuh dan beliau telah berkata:
"Celaka Syaitan!"

Mendengarkan perkataan beliau Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لا تقل هكذا فإنه يتعاظم حتى يكون كالبيت ولكن قل بسم الله فإنه يصغر حتى يكون كالذبابة

"Janganlah berkata sedemikian kerana sesungguhnya perkataan tersebut akan menjadikannya sombong membesarkan diri sehingga keadaannya menjadi sebesar sebuah rumah, akan tetapi ucapkanlah "Bismillah" kerana sesungguhnya ucapan tersebut akan menjadikannya kecil sehingga keadaannya seperti seekor lalat."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah diriwayatkan sebagai pernah bersabda mafhumnya,

ﻣﺎ ﻣﻦ ﻋﺒﺪ ﻳﻘﻮﻝ ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺇﻻ ﺫﺍﺏ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﻛﻤﺎ ﻳﺬﻭﺏ ﺍﻟﺮﺻﺎﺹ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺎﺭ

"Tiada seseorang hamba mengucapkan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) melainkan hancur Syaitan sebagaimana hancurnya timah yang ditaruh di atas api."

Ada dinukilkan di dalam Kitab Pati Rahsia karangan Hadhrat Tuan Guru Haji Nik Mahmud Bin Isma'il Rahmatullah 'Alaih iaitu Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Negeri Kelantan Darun-Na'im berkenaan Nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mempunyai tiga ribu nama iaitu sebanyak seribu Nama, Allah Ta'ala memberikan pengetahuannya kepada Para Malaikat sahaja. Sebanyak seribu Nama, Allah Ta'ala memberikan pegetahuannya kepada Para Nabi sahaja. Sebanyak tiga ratus Nama ada tersebut di dalam Kitab At-Taurat, sebanyak tiga ratus Nama ada tersebut di dalam Kitab Az-Zabur, sebanyak tiga ratus Nama ada tersebut di dalam Kitab Al-Injil, sebanyak sembilan puluh sembilan Nama ada tersebut di dalam Kitab Al-Quran dan satu Nama Khas tersimpan dalam Pengetahuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sekelian makna Nama-Nama Allah Ta'ala yang berjumlah tiga ribu itu ada terkandung di dalam ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) dan jika sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ), nescaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengurniakan kepadanya balasan pahala sebanyak pahala yang dikurniakan kepada orang yang membaca sekelian Nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tiga ribu itu.

Sesiapa banyak membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) pada mana-mana perkara yang yang dihajati dan istimewa pula pada mendapatkan rezeki, nescaya Allah Ta'ala memudahkannya dan mengurniakannya dengan kehebatan pada hati mereka yang memandang kepadanya.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) dua puluh satu kali ketika hendak tidur, terpeliharalah pada malam itu daripada Syaitan dan daripada kejahatan manusia dan jin dan daripada kecurian dan kebakaran dan selamat daripada mati terkejut dan terjauh daripada bala dan penyakit.

Jika dibaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak seratus kali selama tujuh hari berturut-turut pada mana-mana penyakit ataupun pada orang yang kena sihir, nescaya sembuh orang itu daripada sihir dan penyakit.

Sesiapa yang membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) seratus tiga belas kali pada hari Jumaat ketika Khatib di atas Mimbar, kemudian berdoa bersama Khatib dan memohon daripada Allah Ta'ala aka apa-apa hajat, nescaya Allah Ta'ala akan mengurniakan apa-apa yang dipohonkannya itu.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak tiga ratus tiga belas kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan menghadap Qiblat, nescaya Allah Ta'ala mengurniakan kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak tujuh ratus lapan puluh tujuh kali dengan hati yang suci pada suatu perkara yang diredhai oleh Allah Ta'ala atau pada mencapai sesuatu hajat atau hendak menjauhkan apa-apa bala, nescaya dapat dan berhasil apa-apa yang dipohonkannya. Cara yang terlebih elok dalam mengamalkan pembacaan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak tujuh ratus lapan puluh tujuh kali ialah ketika dalam keadaan berpuasa di tempat yang suci yakni berkhalwat selama tujuh hari berturut-turut, kerana kaifiyat seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati.

Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak dua ribu lima ratus kali setiap selepas Solat Subuh selama empat puluh hari berturut-turut serta ingat kepada fadhilat-fadhilat kelebihannya, nescaya dibukakan oleh Allah Ta'ala akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu pengetahuan.

Sesiapa sentiasa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak seribu kali pada tiap-tiap hari, nescaya dijadikan semua manusia bersetuju kepadanya. Sesiapa sentiasa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) seribu kali pada tiap-tiap hari, nescaya mudahlah memperolehi apa-apa yang dikehendakinya. Sesiapa membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) seribu kali pada tiap-tiap hari dan malam, nescaya terlepaslah daripada bala musibah dan kesusahan.

Jika dibaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) seribu kali pada suatu mangkuk air hujan, kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh, ketika terbit matahari selama tujuh pagi berturut-turut, teraglah hatinya dan mudah ingat apa-apa yang dipelajarinya.

Sesiapa mengekali membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun, hendak berjalan, tidur, makan, mengambil Wudhu, menulis, membaca dan lain-lai lagi, nescaya Allah Ta'ala mempermudahkan baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan, dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir dan Allah akan memperluaskan kuburnya denga keadaan cahaya yang gilang-gemilang dan pada Hari Qiyamat akan dikeluarkannya dari kuburnya dengan keadaan putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan mendapatlah kebahagiaan dan kesenangan dan akan dapat melalui Titian Sirat dengan cepat seolah-olah seperti kilat lajunya masuk ke dalam Syurga.

Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermafhum bahawa,
"Allah Ta'ala tiada menolak permintaan orang berdoa yang dimulai dengan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ).

Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mafhumnya bahawa,
"Sesiapa daripada kalangan kamu yang hendak menulis, jadikanlah Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) pada awal tulisan kamu."

Dan lagi sabdanya,
"Sesiapa menulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) denga tiada dihapus, nescaya Allah Ta'ala mengurniakan kepadanya seribu kebajikan dan menghapuskan seribu kejahatan."
Sesiapa menulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allah Ta'ala, nescaya Allah Ta'ala mengampunkan dosa-dosanya. Sesiapa yang mengutip sekeping kertas yang ada padanya tulisan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) kerana takut terkena pijak, nescaya Allah Ta'ala mengurniakan kepadanya masuk ke dalam kumpulan Para As-Siddiqin. Dan antara tanda-tanda kelebihan kalimah yang agung Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) ini ialah Surah-Surah dalam Al-Quran dimulai dengannya.

Jika ditulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak dua puluh satu kali pada suatu kertas kemudian diberi pakai kepada budak-budak kecil yang selalu terkejut ketika tidur, nescaya hilang penyakitnya itu. Sesiapa menulis Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak tiga puluh lima kali pada suatu kertas kemudian digantungkan dalam rumah, terpeliharalah rumah itu daripada Syaitan, Jin dan diberi kepadanya Berkat yang banyak dan Allah Ta'ala akan memelihara hartanya dan usahanya serta terjauh daripada kesusahan. Sesiapa menulis kalimah Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ) sebanyak seratus satu kali pada suatu kertas yang putih kemudian tanamka dalam kebun, nescaya subur tumbuh-tumbuhannya dan terpelihara daripada musuh-musuhnya.


Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

أنزلت علي آية لم تنزل على نبي غير سليمان بن داود وغيري وهي " بسم الله الرحمن الرحيم "

"Telah diturunkan ke atasku suatu Ayat yang tidak pernah sama sekali diturunkan ke atas seorang Nabi pun selain Hadhrat Nabi Sulaiman Bin Hadhrat Nabi Daud 'Alaihimassalam dan selainku, dan ianya adalah "Bismillahir-Rahmanir-Rahim"."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﻛﺎﻥ ﺟﺒﺮﻳﻞ ﺇﺫﺍ ﺟﺎﺀ ﻧﻲ ﺑﺎﻟﻮﺣﻲ ﺃﻭﻝ ﻣﺎ ﻳﻠﻘﻰ ﻋﻠﻲ ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ

"Adalah Hadhrat Jibril 'Alaihissalam apabila datang kepadaku dengan membawa Wahyu, pertama-tama apa yang beliau mentalqinkan ke atasku adalah "Bismillahir-Rahmanir-Rahim"."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﺎ ﻧﺰﻟﺖ ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﻓﺮﺡ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺴﻤٰﻮﺍﺕ ﻣﻦ ﺍﻶﺋﻜﺔ ﻭﺍﻫﺘﺰ ﺍﻟﻌﺮﺵ ﻟﻨﺰﻭﺎ ﻭﻧﺰﻝ ﻣﻌﻬﺎ ﺃﻟﻒ ﻣﻠﻚ ﻭﺯﺍﺩﺕ ﺍﻶﺋﻜﺔ ﺇﺎﻧﺎ ﻭﺧﺮﺟﺖ ﺍﺎﻥ ﻋﻠﻰٰ ﻭﺟﻮﻫﻬﻢ ﻭﺮﻛﺖ ﺍﻷﻓﻼﻙ ﻭﺫﻟﺖ ﻟﻌﻈﻤﺘﻬﺎ ﺍﻷﻣﻼﻙ

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bergembira Ahli Langit dari kalangan Para Malaikat dan telah bergoncanglah 'Arash kerana penurunannya, dan telah turun berserta denganya seribu Malaikat dan telah bertambahlah keadaan Iman sekelian Para Malaikat, dan telah keluarlah sekelian Jin menundukkan muka mereka dan telah bergetarlah sekelian Falak dan bergementarlah sekelian sendi-sendi kerana keagungan penurunannya."

Hadhrat 'Aishah Radhiyallahu 'Anha bahawa beliau telah berkata,
"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", telah bertasbihlah gunung-ganang sehingga ahli penduduk Makkah dan orang-orang di sekitarnya telah turut mendengarnya. Lalu mereka telah berkata,
"Rupanya Muhammad yang telah menyihir gunung-ganang itu."
Kemudian Allah telah menghantarkan awan sehingga bayang-bayangnya telah meneduhkan ahli penduduk Makkah. Kemudian, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤٰﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﻣﻮﻗﻨﺎ ﺳﺒﺤﺖ ﻣﻌﻪ ﺍﺒﺎﻝ ﺃﻻ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺴﻤﻊ ﻣﻨﻬﺎ

"Barangsiapa membaca "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" dengan yaqin, akan bertasbihlah berserta dengannya segala gunung-ganang, cuma dia saja yang tidak dapat mendengar Tasbih darinya."

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لما نزل " بسم الله الرحمن الرحيم " هرب الغيم إلى المشرق وسكنت الرياح وهاج البحر وأصغت البهائم بآذانها ورجمت الشياطين من السماء وحلف الله تعالى بعزته وجلاله أن لا يسمى اسمه على شيء إلا بارك فيه .

"Ketika turun "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", segala awan telah lari bergegasan ke arah Timur dan telah terhentilah segala angin dan lautan telah menjadi berkocak bergelora dan sekelian haiwan berkaki empat memperdengarkan antara sesama mereka dengan khabar seruan tersebut dan sekelian Syaitan telah direjam dengan rejaman dari langit dan Allah Ta'ala telah bersumpah dengan KemuliaanNya dan KeagunganNya bahawa tiada seorang pun yang menyebutkan NamaNya ke atas sesuatu melainkan dia mendapat keberkatan padanya."

Sebuah Hadits dari Hadhrat 'Asim bahawa beliau telah berkata,
"Daku telah mendengar Abu Tamimah Radhiyallahu 'Anhu sedang berbicara tentang ketika mana beliau menunggangi seekor keldai bersama Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata bahawa beliau telah jatuh tersadung bersama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari keldainya, lalu daku berkata, "Telah binasalah Syaitan". Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت تعس الشيطان تعاظم وقال بقوتي صرعته وإذا قلت بسم الله تصاغر حتى يصير مثل الذباب

"Janganlah kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", kerana sesungguhnya bagi dirimu apabila kamu berkata, "Telah binasalah Syaitan", dia menjadi sombong membesarkan diri dan dia berkata, "Demi kekuatanku, daku pasti mencari helah untuk menumbangkannya." Dan apabila kamu berkata "Bismillah", dia akan menjadi kecil sehinggakan berubah menjadi seperti lalat."
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

لا تقل هكذا فإنه يتعاظم حتى يكون كالبيت ولكن قل بسم الله فإنه يصغر حتى يكون كالذبابة

"Janganlah berkata sedemikian kerana sesungguhnya perkataan tersebut akan menjadikannya sombong membesarkan diri sehingga keadaannya menjadi sebesar sebuah rumah, akan tetapi ucapkanlah "Bismillah", kerana sesungguhnya ucapan tersebut akan menjadikannya kecil sehingga keadaannya seperti seekor lalat."
HURUF AL-BASMALAH


Bilangan huruf yang dilafazkan bagi kalimah Al-Basmalah ini ada lapan belas manakala yang termaktub dalam bentuk penulisan adalah sembilan belas. Apabila dihuraikan kalimah-kalimah tersebut, ianya mengandungi dua puluh dua huruf. Lapan belas mengisyaratkan kepada Al-'Awalim (
العوالم) yakni sekelian alam yang diiktibarkan sebagai Lapan Belas Ribu 'Alam. Oleh kerana Al-Alfu (الألف) yang bermakna seribu adalah merupakan bilangan yang sempurna merangkumi atas baki martabat-martabat bilangan, maka bilangan seribu dianggap sebagai Ummu Al-Maratib (أمّ المراتب) yang mana tiada bilangan yang mengatasinya. Maka, Lapan Belas Ribu 'Alam tersebut diiktibarkan sebagai Ummahat Al-'Awalim (أمّهات العوالم) yang merangkumi 'Alam Jabarut, 'Alam Malakut, 'Arash, Kursi, Tujuh Petala Langit, Empat Anasir dan sekelian juzuk-juzuknya. Sembilan belas huruf adalah mengisyaratkan kepada 'Alam Insani. Meskipun ianya termasuk dalam 'Alam Haiwan, namun dengan mengambil iktibar pada kemuliaannya dan keterhimpunannya secara keseluruhan dan melingkungi segala kewujudan 'Alam yang lain, terdapat hal pekerjaan yang besar dan hujah baginya.

Hadhrat Imam Al-Waqi', Hadhrat Imam Ats-Tsa'labi, Hadhrat Imam Al-Qurtubi dan Hadhrat Ibnu 'Atiyyah Rahmatullah 'Alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat Al-A'mash Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Abi Wail Rahmatullah 'Alaih dan beliau telah meriwayatkannya dari Hadhrat Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda,

من أراد أن ينجيه الله من الزبانية التسعة عشر فليقرأ " بسم الله الرحمن الرحيم " فيجعل الله له من كل حرف منها جنة من كل واحد

"Barangsiapa berkehendak agar Allah memeliharanya dari siksa Malaikat Zabaniyyah Penjaga Neraka yang sebanyak sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim", kerana Allah akan menjadikan baginya dari setiap huruf daripada pengucapannya sebagai perisai dari segala sesuatu."

Terdapat tiga huruf Alif (
) yang terhijab bagi menyempurnakan bilangan dua puluh dua huruf yang terhurai adalah mengisyaratkan kepada 'Alam Ilahi Al-Haqq (العالم الإلهيّ الحقّ) dengan diiktibarkan kepada Zat, Sifat dan Af'al. Maka, terdapat tiga 'alam secara Tafsil yang pada hakikatnya adalah merujuk kepada 'Alam Yang Maha Satu. Tiga huruf Alif () yang tertulis adalah mengisyaratkan bahawa penzahiran ketiga-tiga alam tersebut adalah pada Mazhar yakni tempat penzahiran yang agung iaitu Insan dan sebagai menghijabkan 'Alam Ilahi.
TUJUH AYAT AL-FATIHAH

Dalam Tafsir Jalalain ada dinyatakan bahawa Surah Al-Fatihah adalah Surah yang diturunkan di Makkah mengandungi tujuh ayat beserta Tasmiyah yang juga dikenali sebagai Al-Basmalah (
ﺍﻟﺒﺴﻤﻠﺔ). Seandainya Al-Basmalah (ﺍﻟﺒﺴﻤﻠﺔ) adalah dari kandungan Surah Al-Fatihah, maka ayat yang ketujuh adalah "Siratal-Ladzina" (ﺻﺮﺍﻁ ﺍﻟﺬﻳﻦ) hingga ke akhirnya, dan jika Basmalah bukan daripada Surah Al-Fatihah, maka ayat yang ketujuh adalah "Ghairil-Maghdhubi" (ﻏﻴﺮ ﺍﻟﻤﻐﻀﻮﺏ) sehingga ke akhirnya.

Telah timbul Ikhtilaf perselisihan pendapat berkenaan kedudukan ayat Al-Basmalah (
ﺍﻟﺒﺴﻤﻠﺔ) atau At-Tasmiyah (التسمية) ini. Terdapat tiga Mazhab pendapat berkenaan perkara ini seperti yang telah dinukilkan oleh Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih di dalam Tafsir beliau yang berjudul Mu'allim At-Tanzil seperti berikut:

1. Pendapat Mazhab yang pertama adalah Para Qurra iaitu orang-orang yang mahir berkenaan Al-Quran dari kalangan penduduk Madinah, Basrah dan Para Fuqaha iaitu orang-orang yang mahir dalam bidang ilmu Fiqah di Kufah. Mereka berpendapat bahawa ayat tersebut bukan daripada ayat pembukaan Al-Kitab Al-Quran dan bukan pula ayat pembukaan Surah-Surah yang lain. Pembukaan pembacaan Al-Quran dengan ayat tersebut adalah bagi menghasilkan maksud At-Tayammun (
للتيمن) dan At-Tabarruk (التبرك) yakni bertujuan memperolehi keuntungan dan keberkatan dengan Nama-Nama Allah Ta'ala.

2. Pendapat Mazhab yang kedua adalah dari kalangan Para Qurra di Makkah, Kufah dan kebanyakan Para Fuqaha di Hijaz dengan menganggap bahawa ayat tersebut adalah daripada Surah Al-Fatihah dan bukannya ayat daripada sekelian Surah kerana ianya dituliskan sebagai Fasal pembahagi untuk setiap Surah.

3. Pendapat Mazhab yang ketiga adalah pendapat Hadhrat Ats-Tsauri, Hadhrat Ibnu Al-Mubarak dan Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy Rahmatullah 'Alaihim. Mereka berpendapat bahawa ayat tersebut adalah daripada Surah Al-Fatihah dan juga daripada setiap Surah kecuali Surah At-Taubah kerana ianya telah ditulis di dalam Mushaf dengan tulisan pada hampir setiap Surah di dalam Al-Quran.

Hadhrat Imam Al-Mawardi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir An-Nukat Wa Al-'Uyun karangannya bahawa, telah menjadi Ijma' kesepakatan Para 'Ulama dan Mufassirin bahawa Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah daripada isi kandungan Al-Quran di dalam Surah An-Naml.

Walaupun demikian, terdapat perselisihan pendapat pada mengitsbatkannya sebagai kandungan daripada Surah Al-Fatihah. Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy Rahmatullah 'Alaih dan sebahagian Para 'Ulama telah mengitsbatkan Al-Basmalah (
ﺍﻟﺒﺴﻤﻠﺔ) sebagai ayat permulaan bagi setiap Surah kecuali Surah At-Taubah. Hadhrat Imam Abu Hanifah Rahmatullah 'Alaih telah menafikan pendapat tersebut dengan menganggap bahawa ianya bukan termasuk sebagai ayat permulaan bagi setiap Surah.

Telah bersepakat Para 'Ulama bahawa Surah Al-Fatihah adalah mengandungi tujuh ayat. Di sisi Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah ayat yang pertama daripada Surah Al-Fatihah dan permulaan ayat yang terakhir adalah Siratal-Ladzina (صراط الذين). Bagi mereka yang tidak menggapkannya sebagai ayat daripada Surah Al-Fatihah telah menjadikan ayat yang pertama ialah Alhamdulillahi Rabbil-'Alamin (الحمد لله رب العالمين) dan permulaan ayat yang terakhir ialah Ghairil-Maghdhzubi 'Alaihim (غير المغضوب عليهم).

Antara hujjah mereka yang menjadikan Al-Basmalah sebagai suatu ayat daripada Surah Al-Fatihah dan juga sebagai suatu ayat bagi Surah-Surah yang lain adalah kerana telah dituliskan di dalam Mushaf Al-Quran dengan tulisan sepertimana yang tertulis di dalam Al-Quran. Di samping itu mereka mengemukakan sebuah riwayat dari Hadhrat 'Abdul Wahhab Bin Muhammad Al-Kisai Rahmatullah 'Alaih bahawasanya Hadhrat Abu Muhammad 'Abdul 'Aziz BinAhmad Al-Khilal telah menyatakan bahawa Hadhrat Abu Al-'abbas Muhammad Bin Ya'aqub Al-Asam Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan bahawasanya Hadhrat Ar-Rabi' Bin Sulaiman telah menyatakan bahawa Hadhrat Imam Ash-Shafi'iy telah menyatakan bahawa Hadhrat 'Abdul Majid telah meriwayatkan daripada Hadhrat Ibnu Juraij Rahmatullah 'Alaih bahawa beliau telah berkata bahawa bapanya iaitu Hadhrat Juraij Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan daripada Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu telah membacakan Firman Allah dari Surah Al-Hijr ayat 87,

Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. [Al-Hijr: 87]

Seterusnya, Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu berkata bahawa Surah Al-Fatihah adalah Ummu Al-Quran (
أم القرآن). Kemudian, Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu telah membacakan Surah tersebut sehingga tamat kepada Hadhrat Juraij Rahmatullah 'Alaih lalu berkata bahawa,
"Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) adalah ayat yang ketujuh".

Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu seterusnya telah berkata,
"Hadhrat Ibnu 'Abbas telah membacakannya kepadaku sepertimana daku telah membacakannya kepada kamu, kemudian beliau telah berkata,

بسم الله الرحمن الرحيم الآية السابعة فذخرها لكم فما أخرجها لأحد قبلكم.

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim adalah ayat yang ketujuh, maka ianya telah disimpan untuk kamu dan tiada pernah ianya dikeluarkan untuk sesiapa pun sebelum kamu."

Bagi mereka yang tidak menganggapkan Al-Basmalah sebagai satu ayat daripada Surah Al-Fatihah telah berhujjah dengan sebuah riwayat yang telah dikhabarkan oleh Hadhrat Abu Al-Hasan Muhammad Bin Muhammad Ash-Shirazi Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan bahawa Hadhrat Zahir Bin Ahmad Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan bahawa Hadhrat Abu 'Isa Ishaq Al-Hashimi Rahmatullah 'Alaih telah mengkhabarkan daripada Hadhrat Abu Mus'ab Rahmatullah 'Alaih daripada Hadhrat Malik Rahmatullah 'Alaih daripada Hadhrat Hamid At-Tawil Rahmatullah 'Alaih daripada Hadhrat Anas Bin Malik Radhiyallahu 'Anhu bahawa beliau telah berkata,
"Daku telah pernah berdiri Solat di belakang Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat 'Umar Bin Al-Khattab dan Hadhrat 'Utsman Bin 'Affan Radhiyallahu 'Anhum dan sesungguhnya kesemua mereka tiadalah membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم) ketika sudah memulakan Solat."

Hadhrat Sa'id Bin Jabir Radhiyallahu 'Anhu telah meriwayatkan daripada Hadhrat Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidak dapat mengenali tanda-tanda yang membezakan sesebuah Surah sehinggalah telah diturunkan ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم).

Hadhrat Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu telah berkata,

كنا لا نعلم فصل ما بين السورتين حتى ينزل بسم الله الرحمن الرحيم.

"Sesungguhnya kami tidak mengetahui Fasal yang menjadi pembahagi di antara dua buah Surah sehinggalah turun ayat Bismillahir-Rahmanir-Rahim (
بسم الله الرحمن الرحيم)."

Hadhrat Imam Ash-Shu'bi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa, adalah menjadi kebiasaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menulis pada permulaan setiap urusan atas adat resam bangsa Quraish iaitu dengan menuliskan Bismika Allahumma (
باسمك اللهم) sehinggalah ayat 41 daripada Surah Hud diturunkan,

Dan Nabi Nuh 'Alaihissalam berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut Nama Allah di waktu berlayar dan ketika berlabuhnya." Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengubah permulaan penulisannya dengan kalimah Bismillah (باسم الله) sehinggalah ayat daripada Surah Al-Isra ayat 110 telah diturunkan,

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan Nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asma Al-Husna iaitu Nama-Nama yang terbaik dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu".

Maka, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengubah permulaan penulisannya dengan kalimah Bismillahir-Rahman (بسم الله الرحمن) sehinggalah turun ayat 30 daripada Surah An-Naml,

Sesungguhnya surat itu dari Hadhrat Nabi SuIaiman 'Alaihissalam dan sesungguhnya isi kandungannya ialah: "Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang."

Maka Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menurutinya dalam memulakan penulisan dengan kalimah Bismillahir-Rahmanir-Rahim (بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ).

No comments: