Saturday, September 1, 2012

RISALATUL MURID 2

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

PETUNJUK JALAN TARIQAT DARI KHAZANAH HABIB ABDULLAH AL HADDAD


Memelihara Hati

Setiap murid (baik suka atau tidak, sekiranya dia mengakui dirinya sebagai seorang murid yang menuntut) harus berusaha memelihara hatinya daripada rasa Was Was, Cita Cita Kosong(suka berangan angan) dan apa saja yang datang dalam fikirannya yang kotor.
Pintu hati setiap murid harus didirikan sesuai dengan dibangunkannya dinding supaya dapatmengawasi sesuatu yang datang menghampirinya. Sekiranya tidak ada persiapan batas dan dan dinding pada diri setiap murid, mana mungkin dapat dilihat gejala gejala yang disebutkan diatas tadi masuk dan merusakkan diri murid itu.
Apabila hati sudah rusak akan menjadi susah untuk mengeluarkan penyakit yang sudah berselaput didalamnya. Sepertinya dari usia muda sudah banyak melalaikan tanggungjawab sebagai hamba tuhan dengan tidak menjalankan kewajipan dan menjauhi laranganNya.

Pastinya gejala gejala itu sudah melekat seakan-akan sudah dipatri. Kerana itulah setiap murid harus sentiasa membersihkan hatinya yang menjadi tempat pandangan Tuhan supaya hati tidak tertarik pada pujukkan hawa nafsu dan syahwat keduniaan.
Murid murid harus memelihara hatinya dan harus mengenali musuh-musuhnya supaya tidak melangkah masuk kesempadan dan dinding yang telah dibangunkan, tidak masuk kerumahnya,dimana boleh membawanya jauh dari Allah swt. Tanpa mengenali musuh-musuhnya manamungkin dapat menghalang dari serangan mereka?


Perhatian harus di tekankan seperti berikut:


1. “Memelihara hati dari sifat sifat dendam khusumat, sifat hasad dengki, sifat suka menipu dan sifat suka membelit terhadap kaum Muslimin.

2. Jangan sekali-kali suka pada sangkaan buruk terhadap sesiapapun dari kaum
Mu’minin. Sebaiknya ditujukan hatinya untuk menasihati kaum Muslimin, bersifat
pengasih dan sentiasa bersangka baik kepada semua orang. Sifat begini sangat susah untuk diamalkan kerana sentiasa melihat akan kelemahan orang lain khususnya seperguruan. Hanya dia INGAT dia yang faham dan suka ketawakan rakan seperguruan dan orang lain.

3. Segala kebaikan yang disukai harus disukai untuk orang lain. Jangan halang orang lain untuk dapat membuat kebaikan.

4. Setiap murid harus mengetahui bahwa hati mempunyai berbagai penyakit-penyakit yang lebih berat, lebik buruk dan lebih busuk dari maksiat-maksiat pancaindera. Oleh kerana ada penyakit itulah maka murid tidak boleh menerima makrifatullah (mengenal Allah) akan kecintaanNya melainkan di hapuskan habis-habisan penyakit itu. Contoh penyakit yang bahaya ini ialah sifat membesarkan diri atau bongkak, riya’ dan hasad dengki. Bila ada sifat membesar diri menandakan kurang akal (kefahaman tak ada / tak faham) dan jahil. Siapa yang membesarkan diri, tidak ada rasa kebimbangan sekiranya dia meninggi diri terhadap orang lain dengan apa yang Allah kurniakan kelebihankelebihanNya
kelak Allah akan merampas semula segala kurniaNya disebabkan
kelakuan dan perbuatannya yang buruk yang ingin MENCUBA MENANDINGI KUASA TUHAN dalam Sifat KebesaranNya. Manakala sifat riya’ pula suka menunjuk-nunjuk menandakan hatinya kosong daripada sifat suka membesarkan Allah dan suka mengagungkan Allah kerana amal yang dibuatnya hanya pura pura saja.
Dia merasa kurang puas amalnya jika diketahui oleh Tuhan Rabbul Alamin saja. Jadi kena tunjuk pada orang lain yang dia tu Alim, Wara, ada Ilmu dan tempat orang menanyakan fatwa.

5. Selain dari itu, harus setiap murid menjaga pancainderanya seperti mata, jangan melihat apa-apa yang haram, yang shubhat, apa yang boleh menaikkan syahwat. Mulut, jangan banyak cakap. Sebaliknya banyak diamkan diri. Banyakkan membaca Quran, Zikir dan berdoa. Jaga mulut daripada terkeluar perkataan-perkataan yang kotor dan boleh menjatuhkan maruah kaum muslim dan bukan muslim. Telinga, jangan mendengar cerita-cerita bohong, cerita kosong, cerita menaruh harapan dan lain-lain.

Jadikan telinga suka mendengar bacaan Quran, Zikir, dan Berdoa. Suka mendengar nasihat-nasihat dan lain-lain. Tangan, jagalah tangan daripada mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa izin. Jangan nak tunjuk kuat dengan tangan, asyik nak tumbuk orang aje hingga lupa tumbukkan dari Tuhan tak nampak. Jadikan tangan itusuka kepada kebajikan, mengambil wudhu, mengambil Quran, mengambil Tasbih dan lain-lain. Kaki, jadikan kaki suka dan redha ke masjid, ketempat kuliah, menziarah ulama, menziarah orang sakit, menziarah kubur dan lain-lain. Masyallah. Banyak sangatlah.

6. Setiap murid hendaklah berzuhud didunia. Sekiranya tidak mampu berzuhud didunia hendaklah menuntut dunia (mintak) dari Pemilik dunia itu sendiri; iaitu Allah swt. Semua hati manusia berada didalam genggaman Tuhan.

7. Jauhkan, buang sifat hasad kerana sifat hasad jelas menentang kekuasaan Allah Taala dan membantah akan kudratNya dalam kerajaanNya. Allah swt menganugerahkan nikmatNya kepada setiap hambaNya dan sudah semestinya atas kehendakNya. Sekiranya setiap hamba khususnya murid memilih sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dipilihkan oleh Allah swt itu menandakan sihamba sudah melakukan kurang ajar terhadap Allah swt dan wajib mendapat kemurkaanNya.

8. Tidak baik memeram dengki terhadap sesiapa yang bersaing dengannya dalam sesuatu tujuan ataupun yang pernah membantunya dalam sesuatu urusan.

9. Harus menanamkan rasa cinta terhadap saudara saudaranya didalam hati serta berusaha dengan zahirnya mengajak dan mengumpul mereka supaya belajar agama untuk menuju ke jalan Allah dan berlumba lumba dalam mentaatiNya.

10. Jauhkan pada Cintakan Dunia kerana itu ada Pokok Segala Bencana sebagaimana tersebut didalam sebuah hadis. “Jika hati terselamat dari penyakit cintakan dunia, niscaya ia menjadi putih dan bersih, baik dan bercahaya; dan ketika itu sesuailah untuk menerima limpahan cahaya dari Allah swt dan mudahlah baginya untuk menyingkap (menangkap) rahasia-rahasia Tuhan”.


Mencegah Seluruh Anggota Dari Maksiat

Panduan selanjutnya diharuskan setiap murid untuk berusaha mencegah dirinya dan seluruh anggota dari melakukan maksiat dan dosa. Setiap anggota harus digesa (diajak bersama) untuk mengerjakan ketaataan semata-mata kepada dan kerana Allah Taala dan tidak mengerakkan diri dan anggota untuk melakukan sesuatu melainkan perkara itu boleh dan mendatangkan manfaat pada dirinya di Hari Akhirat.

Keterangan:
“Dari panduan dan nasihat-nasihat yang lalu, dimana setiap salik dan murid harus mengikuti panduan dan nasihat itu sekiranya niat dan tujuan si salik dan murid itu benar, semata-mata inginkan Allah Taala. Maka dari tajuk diatas itu tidak akan ada sesuatu yang boleh mencegah atau menghalang si salik dan murid yang sudah dan akan mengambil dan melaksanakan panduan dan nasihat dari Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad.

Oleh kerana niat dan tujuan si salik itu benar maka dengan dorongan kemauan iaitu rahsia ketuhanan yang sudah dicampakkan kedalam hati si salik dan murid maka selaras (kena) pada niat dan tujuan si salik dan murid maka tumbuhlah pergerakkan dan perbuatan untuk membersihkan diri si salik dan murid dengan segera.

Sangat menyedikan perkara ini tidak akan boleh berlaku pada murid di mana dorongan kemauan_rahsia ketuhanan yang dilimpahkan pada mereka tidak selaras (tidak kena / tidak tepat) oleh kerana niat dan tujuan si salik dan murid itu tidak benar dan bohong belaka. Hanya mereka yang benar niatannya akan mengambil panduan dan garisan ini didalam menjalankan perlaksanaan tersebut. Benarlah kata Imam Habib Abdullah bahwa, dorongan kemauan_rahsia ketuhanan diberikan oleh Allah kepada yang dipilihNya tetapi hanya mereka sahaja yang tidak mahu menerima pemberian Allah Taala. Tidak mahu berusaha dengan sekuat tenaga, tidak mahu istiqamah dalam pelaksanaan. Asyik nak cepat aje. Lekas bosan,
lekat penat, suka menangguhkan dan melambatkan.

Melihat dorongan batin itu satu perkara yang kecil yang tidak ada harga yang diberikan oleh Allah Taala. Alasan-alasan itu menunjukkan bahwa niatan dan tujuannya tidak benar yang berkuasa pada diri murid sebenarnya ialah Iblis dan Syaitan kerana mereka lebih senang mengikuti nasihat mereka daripada nasihat Imam Habib Abdullah AlHaddad. Maka yang sebenar benar si salik dan murid yang menjalankan panduan dan nasihat nasihat itulah yang dikatakan oleh Imam Habib Abdullah AlHaddad, hamba yang DIUTAMAKAN oleh Allah Taala. Untuk tidak mengajak diri dan anggota dari melakukan sesuatu yang tidak mendatang kemanfaatan didunia dan akhirat, lihatlah pada niat dan tujuan yang ditanamkan.
Hanya itulah jalan yang ada. Selain berdoa . . .”


Bencana Lisan

Setiap murid murid harus bersungguh sungguh dalam memelihara lisan (lidah) mereka kerana bentuk lisan itu kecil akan tetapi bencananya sangat berat sekali.

Keterangan:
“Langkah seterusnya bagi murid-murid hendaknya menjaga lidah yang zahir dan lidah yang batin daripada mengeluarkan kata-kata yang hina, kata-kata yang mendatangkan dosa dan kata-kata yang tidak mendatangkan faedah.

Ikutilah langkah panduan seterusnya;

1. Kita mempunyai dua lidah. Yang Zahir terletak dimulut dan Yang Batin letaknya didalam hati. Setiap kali didalam permulaan percakapan baik pada zahir mahupun batin, hendaklah kita berfikir dahulu samada percakapan itu baik atau tidak disisi Allah.
Adakah percakapan itu akan menjatuhkan maruah pada orang yang ditujukan percakapan? Perlukah untuk bercakap dan untuk apa dan apa faedahnya?

2. Tahanlah lidah daripada bercakap bohong (hanya ingin menunjukkan diri yang betul dan benar, menutup perkara yang sebenar dan lain-lain), tahan lidah dari mengumpat (bercerita pasal orang lain terutama kesalahan orang lain).

3. Hindarilah segala percakapan yang dilarang oleh agama.

4. Menjaga diri dari mengeluarkan percakapan yang cabul dan kotor.

5. Jalan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri (jangan suka memasang telinga pada perbualan orang lain) walaupun perbuatan itu tidak haram, namun akan mengeraskan hati dan mensia-siakan waktu tanpa faedah.

6. Jangan mengerakkan lidah kecuali membaca AlQuran, Berzikir, Berdoa, Menyampaikan nasihat kepada saudara yang Muslim, Menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan mencegah berbuatmunkar (jahat).

7. Menyuruh sesuatu hajat keduniaan yang akan membantunya untuk kepentingan akhiratnya.

8. Hindarilah lidah menjadi ‘munafiq’; sekiranya susah untuk menjadi orang yang menjaga amanah, lebih baik ‘DIAM’.
Nabi saw pernah bersabda; “Setiap percakapan anak Adam dikira atasnya, kecuali berzikir kepada Allah ataupun menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan melarang berbuat munkar (jahat)
Enhanced by Zemanta
Post a Comment