أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Ada dua jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya :
Ada dua jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya :
Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu
Barang
siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini
yang sangat popular dikalangan sufi, meditator , filosofi, teolog)
Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu
Barang siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya.
Pada
jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum
memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya berfikir dari
yang sangat sederhana …iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar,
muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa
dibalik alam ini, ... mustahil alam ini ada begitu saja … dan alam
merupakan jejak-jejak penciptanya … Dengan falsafah inilah orang
akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.
Sebagian
meditator atau ahli sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dalam
mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi wilayah-wilayah alam
pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran,
perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham
itu muncul, ... apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari
luar dirinya…
Akan
tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat orang mudah
tersesat, kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering terjebak
pada 'keghaiban' yang dia lihat dalam perjalanannya, ... yang
kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai disini,
kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah
orang itu menghentikan perjalanannya …. Kerana disana dia boleh melihat
fenomena / keajaiban alam-alam dan mampu melihat dengan kasyaf apa yang
tersembunyi pada alam ini … akhirnya mudah muncul 'keakuannya' bahawa
dirinyalah yang paling hebat …akan tetapi jika dia kuat terhadap Tuhan
adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya…..
Teori
yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam
pencariannya ia telusuri jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya
(melalui ciptaan / alam), ... ibarat seseorang mencari kuda yang hilang,
yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian
memperhatikan suara ringkik kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda
dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang sebenarnya ….Hal ini
sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan, ... kerana
terlalu lama di dalam mengideantifikasi alam-alam yang akan di laluinya
….
Dalil
yang ke dua : adalah melangkah kepada yang paling dekat dari dirinya
…iaitu Yang Maha Dekat, ... langkah ini yang paling cepat di tempuh
dibanding dalil pertama… Kerana dalil pertama banyak dipengaruhi oleh
para filosofi pada zaman pertengahan dalam hal ini falsafah Yunani.
Teologi Kristian dan Hindu telah banyak mempengaruhi falsafah ini.
sehingga Al Ghazali pantas mengkritik kaum filosofi dengan menulis kitab
tentang tidak setujunya dengan idea falsafah masa itu iaitu Tahafut Al
Falasifah / kerancuan falsafah ….
Alghazali
membantah pemikiran yang dimulai dengan rangkaian berfikir terbalik,
... beliau mengajukan gagasan bahawa umat Islam harus memulakan
pemikirannya dari sumber pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan, bukan
dimulai dari luar yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kebenarannya,
ertinya sangat berbahaya kerana di dalam falsafah memulakan berfikirnya
dari tahap yang benar menuju zat dibalik semuanya berasal. Sedangkan di
dalam Islam menunjukkan keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh
sudah di tulis dalam Alqur'an agar umat manusia tidak tersesat oleh
rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu kebenarannya…
Pencarian
kita telah di tulis dalam Alqur'an dan Allah menunjukkan jalannya
dengan sangat sederhana dan mudah …tidak menunjukkan alam-alam yang
mengakibatkan menjadi rancu dan bingung … kerana alam-alam itu sangat
banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar…
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .
"Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah)
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS. Al Baqarah: 186)
"Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di
bisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat
lehernya." (QS. Al Qaaf: 16)
Ayat-ayat
diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat,
dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna.
Alqur'an mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari
perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan
itu terlontar, dimanakah Allah ? Maka Allah menjawab: Aku ini dekat,
kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat
leher kalian .Atau dimana saja kalian menghadap di situ wujud
wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu ….
Sebenarnya tidak ada alasan bagi kita jika dalam mencari Tuhan melalui tahap terbalik…
Pada
tahap pertama beliau nampak alam dan segala kejadian adalah satu
bersama Allah. Dan pada tahap kedua nampak alam sebagai bayangan Allah;
dan pada tahap ke tiga beliau nampak Allah adalah berasingan dari pada
segala sesuatu di alam ini. Kalau hal ini hanya sebatas penjelasan
terstruktur kepada muridnya, saya anggap hal ini tidak menjadi
persoalan, ... akan tetapi jika tahap-tahap ini merupakan metologi dalam
mencari Tuhan, ... saya kira ini berbahaya, kerana yang akan berjalan
adalah fikirannya atau otaknya, … yang akhirnya timbul khayalan atau
khayalan.
Di
dalam Islam memulakannya dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu
iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), ... kemudian kita di perintah
langsung mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat dekat..tidak perlu
anda mencari jauh-jauh melalui alam-alam yang amat luas dan
membingungkan ..alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat. Tidak
perlu kita memikirkannya…cukupkan jiwa ini mendekat secara langsung
kepada Allah … kerana orang yang telah berjumpa alam-alam belum tentu ia
tunduk kepada Allah, kerana alam disana tidak ada bezanya dengan alam
di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya !!
Akan
tetapi jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah,
maka secara automatik anda akan diperlihatkan / dipersaksikan kepada
kerajaan Tuhan yang amat luas. Maka saya setuju dengan dalil yang kedua,
barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya. Sebab kalau
kita kenal dengan pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri
kita dan alam-alam dibawahnya, kerana semua berada dalam
genggaman-Nya…kerana Dia meliputi segala sesuatu …kerana Dia ada dimana
saja kita ada, ... dan Dia sangat dekat.
Betapa
rumitnya perjalanan yang dilalui oleh pencari, seperti apa yang yang
saya tulis pada bab Membuka hijab….dan bagi yang tidak kenal Alqur'an
akan mudah sekali berhenti dan tersesat kepada alam-alam itu …kerana
ilham itu amat banyak yang muncul dari segala suara alam-alam tersebut
(tolong anda baca tahap spiritual yang di tulis pada bab Membuka hijab,
kerana akan membantu penjelasan saya ini )
Kesimpulan :
Islam
mengajarkan didalam mencari Tuhan, telah diberi jalan yang termudah
dengan dalil barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya …
hal ini telah ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat, ...
atau dengan dalil …barang siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami,
pasti kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami... (QS: Al ankabut: 69 )
"Wahai
orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia
akan menjadikan bagimu furqan (pembeza)." (QS : Al Anfaal: 29)
Ayat-ayat
ini membuktikan di dalam mendekatkan diri kepada Allah tidak perlu lagi
melalui proses pencarian atau menelusuri jalan-jalan yang di temukan
oleh kaum falsafah atau ahli spiritual di luar Islam, ... kerana mereka
di dalam perjalanannya harus melalui tahap-tahap alam-alam … Islam di
dalam menemuhi Tuhannya harus mampu memfanakan alam-alam selain Allah
dengan konsep laa ilaha illallah … laa syai'un illallah … laa haula wala
quwwata illa billah … tidak ada Tuhan kecuali Allah … tidak ada sesuatu
(termasuk alam-alam) kecuali Allah, ... tidak ada daya dan upaya
kecuali kekuatan Allah semata ….maka berjalanlah atau melangkahlah
kepada yang paling dekat dari kita terlebih dahulu bukan melangkah dari
yang paling jauh dari diri kita ….
Demikian mudah-mudahan Allah membukakan hati kita
No comments:
Post a Comment