Sunday, July 22, 2012

Kitab Usul At-Tahqiq

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله





Ini Kitab " Syarah Usul Al-Tahqiq " Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama' as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh "Ba'dha saqata" bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.

"Bismillah hirrahmanirrahim"

Dengan tolong Allah Ta'ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.

" Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta'ala, Tuhan seru oleh sekelian alam "

" Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah Ta'ala "

" Dan Rahmat Allah Ta'ala dan Salam Allah Ta'ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul "

" Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu daripada salah "

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Berkata Ulama "Awalluddin Ma'rifatullah" Ertinya: ‘Pertama-tama ugama itu "Mengenal Allah"..

Maka adalah makna ‘Ma'rifat' ertinya "Mengenal" itu ;

Ertinya: "Simpulan yang putus; yakni pegangan yang teguh, yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil."

Maka adalah dalil itu 2 perkara:-

Pertama-dalil Naqli namanya iaitu firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah.

Kedua -dalil ‘Aqli namanya iaitu menyatakan ia akan keadaan Allah Ta'ala itu.

‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah :

1. Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka BUKAN ia bernama ‘Ma'rifat' ,maka adalah namanya itu seperti itiqad Falsafah; - yang mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan sendirinya).

2. ‘Itiqad Qadariah - Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi bekas.

3. ‘Itiqad Nasrani - Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta'ala. Dan berbagai-bagai lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan bagi yang benar.

4. Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang benar tetapi TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia dikatakan ‘Ma'rifat' , sebaliknya itu ‘Taklid' namanya, ertinya mengikut-ikut perkataan orang sahaja.

‘Itiqad Yang Benar :

Yang dikatakan ‘Ma'rifat' ialah seseorang itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar dan ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah Ta'ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.

Asal makna ‘MAKRIFAT' itu - ialah "Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas"

Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta'ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma' (Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta'ala), yang terkandung pada Kalimah Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta'ala iaitu :

" AS HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH "

Ertinya: " Aku ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah; itulah Tuhan "

Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 4 perkara :

1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta'ala.

2. Mengisbatkan ada Sifat (Kelakuan) Allah Ta'ala.

3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah Ta'ala iaitu mengadakan segala "Mumkin" (alam dunia) atau tidak mengadakan segala "Mumkinat" itu.

4. Mengisbatkan ada Asma' Allah - (Sempurna Nama atau Kata-kata bagi Zat) iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah Adam hingga Nabi Muhammad saw. adalah Kata-kata bagi Zat Allah Ta'ala.

- membenarkan segala Perkataan, Perbuatan, Kelakuan dan segala diamnya tiada menyalahi akan Rasul Allah.

Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2 perkara :

1. Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu dengan lidah pada sekali seumur hidupnya.

2. Menyungguhkan maknanya didalam hati sentiasa selama hidupnya; harus jangan berkata putusan selagi ia berakal.

Itulah pertama-tama Fardhu daripada segala fardhu ‘Ain; dahulunya daripada segala ibadat seperti sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji ke Baitullah dan merupakan SYARAT pada MENGESAHKAN segala ibadah dan jikalau tiada mengetahuinya makna Dua Kalimah Syahadah itu, maka belum lagi dikatakan SAH amal ibadat yang lain itu.

Hendaklah kita bersungguh-sungguh memahamkan makna Dua Kalimah Syahadah itu dan untuk memahaminya perlulah terlebih dahulu mengetahui segala Sifat yang WAJIB bagi Allah Ta'ala dan para Rasul-Nya serta segala Sifat yang MUSTAHIL pada keduanya dan segala yang HARUS pada keduanya itu.

Oleh yang sedemikian wajiblah segala orang yang akhil baligh, laki-laki dan perempuan, merdeka atau hamba sahaya dan sebagainya mengenal segala Sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta'ala serta segala Rasul Allah itu sebagaimana sabda Nabi saw.: ‘ Awaluddin Ma'rifatullah ‘;

Ertinya : " Pertama-tama Agama itu mengenal Allah ."

Yakni mengenal segala yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Zat dan Sifat Allah Ta'ala. Bukannya mengenal kepada diri Zat Allah dan ketentuan daerahNya dan tempatNya dan rupaNya, mustahil demikian itu dan adalah ditegah oleh Allah Ta'ala seperti firmanNya dalam Al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat ke 30 ;

Ertinya: "..telah dipertakuti Allah akan kamu pada mendapatkan kepada ZatNya itu.."

Dan firmanNya dalam Surah Al-An'aam, ayat ke 103 ;

Ertinya: "..Tiada mendapat akan Dia segala penglihatannya dan DiaNya yang boleh mendapat akan segala penglihatanNya. "

Dan sabda Nabi saw:

Ertinya: "..Maha Suci Tuhanku, tiadalah ku kenal Tuhanku akan sebenar-benar pengenal kami akan Tuhan ku.."

Dan kata Saidina Abu Bakar;

Ertinya: "..Lemah pendapat daripada yang mendapat akan yang didapat, itulah pendapat."

Kata setengah Ulama';

Ertinya: " Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan segala sangka kamu itu dan kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu itu, maka ia itu baharu jua seperti kamu."

Maka nyatalah segala pengetahuan orang yang sesat itu yang menyangka-nyangka ia pada ‘itiqadnya Allah Ta'ala itu bertempat atau berupa atau boleh menyamakan Dia dengan sesuatu disangkakannya benar-benar DIRINYA itulah ALLAH TA'ALA. Maka ‘itiqad ilmu orang itu salah; yang lemah, besar menjadi kafir.(Na'uzubillah..)

Maka hendaklah engkau fahamkan ia akan makna Kalimah Syahadah ini baik-baik dengan dalil Naqli iaitu dalil Al-Quran dan Hadis serta dalil Aqli' iaitu akal yang nurani pada mengambil nazar yang sahih pada menilik kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Siapa yang menjadikan dianya itu ? Bolehkah ia jadi dengan sendiri atau adakah ada orang lain yang boleh menjadikan dia atau tidak boleh menjadikan dia ? Demikian juga
tilik pula oleh mu pada kejadian diri kita ini seperti firman Allah Ta'ala :

Ertinya :"Katakanlah ya, Muhammad (kepada mereka) : ‘ Tilik oleh kamu semuanya apa-apa yang ada didalam tujuh petala langit dan bumi ".

Maka adalah yang nyata kepada segala orang yang berakal itu tanda bekas Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala jua yang nyata; yakni bekas tanda Kuasa Allah dan KehendakNya juga yang nyata. Bukan langit dan bumi sahaja yang Allah Ta'ala suruh tilik, bahkan pada diri kita ini pun disuruh tilik sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran :

Ertinya: " Pada diri kamu itu, mengapakah tiada kamu tilik..? "

Yakni pada kejadian diri kamu ini mengapakah maka tiada kamu membicarakan. Dan lagi firman Allah Ta'ala :

Ertinya: " Lagi akan Kami perlihatkan akan segala tanda Kami taraf alam ini dan pada diri mereka itu hingga nyatalah bagi mereka itu bahawasanya Allah itu ADA (Ujud) sebenarnya ".

Dan lagi firman-Nya :

Ertinya: " Maka hendaklah dibicarakan oleh manusia itu daripada apa ia dijadikan itu; iaitu ia dijadikan daripada air yang terpancar keluar daripada antara sulbi bapanya dan antara tara'ib ibunya".

Bukannya keluar itu daripada sulbi dan tara'ib yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah Ta'ala dan Iradat juga kerana keduanya didalam perintah Qudart dan Iradat Allah Ta'ala.

Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya yang ‘Maudud' dengan dia mengadakan mumkin; daripada tidak ada kepada adanya dan daripada adanya kepada tidak ada.

Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud dengan dia menentukan mumkin dengan setengah barang yang harus atau mumkin itu. Bukan semuanya yang harus itu ditentukan oleh Iradat itu seperti gerak dan diam; ada dengan tiada; panjang dengan pendek; besar dengan kecil; tebal dengan nipis; atas dengan bawah; kiri dengan kanan; hadapan dengan belakang dan lainnya.

Maka semuanya itu harus balik bagi 'semumkin' ini tetapi mustahil boleh berhimpun dua yang berlawanan kepada 'semumkin' ini kerana yang ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu daripada keduanya bukan keduanya.

Demikian juga Firman Allah :

Ertinya: "Maka tidakkah dilihat oleh kamu yakni tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan akan air mani yang kamu tempuhkan ke dalam rahim perempuan itu, kamukah menjadikan akan dia itu atau Kamikah yang menjadikan anak itu ?"

Dan Firman-Nya :

Ertinya: "Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu, adakah kamu menumbuhkan akan dia atau Kamikah menumbuhkan akan dia ?"

Dan lagi Firman-Nya :

Ertinya: " Mengapa tiada menilik, membicarakan akan mereka itu kepada unta itu betapa dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada segala langit yang tujuh

betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada gunung, betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.

Maka ingatkan olehmu (ya, Muhammad) hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan saja tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu. "

Kata Syeikh Ibrahim Al-Qani didalam Kitabnya yang bernama :

Ertinya: " Tilik olehmu kepada dirimu yakni bicarakan olehmu dahulu kepada kejadian dirimu kerana dirimu itu yang terlebih hampir tempat menilik."

Perintah Allah Ta'ala darpada yan lainnya kemudian daripada sudah menilik kepada kejadian dirimu itu, maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala langit. Kemudian maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang indah itu.

Ertinya: "Engkau dapatlah dengan menilik sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-indah perbuatannya tetapi dengan dialah berdiri tanda tidaknya dahulu dan baharu adanya ini."

Ertinya: " Dan tiap-tiap barang yang harus itu baharu adanya daripada dahulu, niscaya mustahil atasnya itu sedia sekali-kali."

Kerana itulah Hadis Nabi saw:

Ertinya: " Fikirkan oleh kamu pada segala yang dijadikan Allah Ta'ala dan jangan kamu fikirkan pada diri Zat Allah Ta'ala ".

Inilah kata Imam Sanusi....

Ertinya: " Bermula perbuatan itu baharu dan ia itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-

i) Zat yang Hidup. ii) Zat yang Tahu iii) Zat yang Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.

Ertinya: " Dan nama itu menunjukkan ia atas segala sifat; dan iaitu Hidup - dan jikalau tiada ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup. Jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Tahu, tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa, jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Kuasa, tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan; Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat dengan Mengkehendaki niscaya tiadalah bernama Zat Yang Mengkehendaki."

Ertinya: " Dan segala sifat itu menunjukkan ia atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat itu dengan sendirinya ".

Maka nyatalah dengan firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah s.a.w. kata segala ulama' yang besar-besar itu bahawasanya Allah Ta'ala itulah menjadikan alam ini.

Maka wajiblah kita ketahui akan wajib lagi nyata Ujud Zat Allah Ta'ala itu dan wajib Zat itu ersifat Qidam, ertinya Sedia adanya; Baqa' ertinya Kekal adanya Zat Allah Ta'ala; dan Mukhalafah tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah Ta'ala itu bagi segala yang baharu ini; Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta'ala itu ertinya ‘Tiada menduai bagi ZatNya dan Tiada yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai bagi PerbuatanNya.

(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar maka dengan kata kita serta ‘itiqadkan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya siddiq, ertinya benar.

Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita akan segala Rasul dan akan segala Kitab yang diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu iaitu 104 Kitab dan Iman kita kepada Hari yang kemudian iaitu Hari Qiamat.

Maka terkandunglah sekelian yang tersebut itu semuanya pada kata kita: "MUHAMMAD RASULLAH", ertinya Muhammad itu Persuruh Allah Ta'ala, kerana Nabi Muhammad itu membenarkan ia akan sekelian itu.

Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita: ‘Muhammad itu Persuruh Allah Ta'ala ‘.

Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;

4 daripada yang wajib dan;

4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu menjadi ;

8 dan;

2 harus menjadi;

10 dan;

4 - Iman kita akan segala Malaikat dan segala Rasul dan akan segala Kitab dan akan segala Hari Qiamat, menjadi;

14 dan;

4 segala lawannya menjadi;

18 (Lapan Belas).

Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; " LA ILLAHA ILLALLAH ", itu menjadi 68 Simpulan Iman kita.

Maka terkandunglah pula sekelian itu pada kata ;

" LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD RASULULLAH "

Ertinya: "Tiada Tuhan Melainkan Allah"," Nabi Muhammad itu Persuruh Allah "

Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita akan sekelian itu maka sempurnalah, sahlah kita kata ;

"Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy haduan-na Muhammaddar-Rasulullah"

Ertinya: "Aku ketahuilah akan bahawasanya Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar sembah, Melainkan Allah dan Aku ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah itu Persuruh Allah."

Dan jikalau belum kita ketahui maknanya sekeliannya itu adalah perkataan kita itu berdusta juga adanya belum lagi ada pada kita Ma'rifat, ertinya ‘ Mengenal ‘. Maksiat lagi taklid juga, ertinya mengikut-ikut kata orang jua. Seperti Sabda Nabi s.a.w :

Ertinya: " Apabila kamu ketahuilah terang seperti matahari nyatanya, maka naik saksilah kamu."

Yakni tiada lagi syak dan tiada zan dan tiada waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka daripada Nabi diambil qias oleh segala Ahli Sufi r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah dilihat nyata cahayanya terang didalam hati seperti cahaya matahari atau cahya bulan atau seperti emas atau seperti perak yang baru tiada karatan lagi; yakni tiada syak dan tiada zan dan tiada waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi didalam hati.

Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap teguhlah yakinnya dan pengenalannya akan imannya pada " La illaha illallah, Muhammad Rasulullah " itu yakni tasdiqnya akan dia didalam hatinya teguhlah dan tetaplah tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah diketahuilah serta fahamlah ia akan sekelian itu didalam hatinya.

Bukannya ada tersurat, yang tersuratnya didalam hatinya daging sekepal yang bernama jantung itu ada Kalimat Allah atau Muhammad didalam jantung ia seperti ambilan orang salah.

** WALLAHHU ALAM **

No comments: