Monday, July 9, 2012

Kejadian malaikat & tugasnya

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Kejadian malaikat & tugasnya

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Baaba Al Tsaalatsa Faya Zakara Al Malaakata

Bermula bab yang ketiga itu pada menyatakan segala malaikat.  Ketahui olehmu bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan segala malaikat yang mulia yang empat iaitu Israfil A’layaha Al Salama dan Jibril A’layaha Al Salama dan Mikail A’layaha Al Salama dan Izrail A’layaha Al Salama dan telah menjadikan pada tangan mereka berupa fikir jalan makhluk dan tadbir alam sekeliannya dan telah menjadikan Jibril A’layaha Al Salama mempunyai wahaya dan pesuruh dan Mikail A’layaha Al Salama sahaba segala hujan dan segala rezeki dan Izrail A’layaha Al Salama mempunyai mengeluarkan segala ruh dan Israfil mempunyai sangkakala.

Telah berkata Sayadana A’bada Allaha bana A’baasa radhoya Allaha a’nahama bahawa Israfil A’layaha Al Salama minta akan Allaha Taa’laya bahawa memberi akan dia dan kuat tujuh langit maka memberi Allaha Taa’laya akan dia dan kuat tujuh bumi maka memberi akan dia dan kuat angin maka memberi akan dia dan kuat segala bukit maka memberi akan dia dan kuat jin dan manusia maka memberi akan dia dan kuat binatang yang buas maka memberi akan dia. Dan di bawah tapak kakinya hingga kepalanya bulu dan beberapa mulut dan beberapa lidah yang tertutup dengan hijab mengucap tasbih ia akan Allaha Taa’laya dengan tiap-tiap lidah dengan seribu loghat. Dan menjadi Allaha Taa’laya daripada dirinya seribu malaikat mengucap tasbih mereka itu akan Allaha Taa’laya hingga hari kiamat dan mereka itulah Al Maqorabawana (Muqorabin) hampir kepada Allaha Taa’laya dan Hamalata Al A’rasha dan Al Karaama Al Kaarabawana dan mereka itu atas rupa Israfil A’layaha Al Salama.


Dan melihat Israfil tiap-tiap hari dan malam tiga kali kepada Jahanam dan Tadhoraa’ maka menangis dan hancur dan jadilah ia seperti tali busaran dan menangis akan sebagai tangis yang sangat dan jikalau tiada Allaha Taa’laya tegahkan air matanya nescaya penuh segala bumi ini daripada air matanya maka jadilah ia seperti taufan Nuh A’layaha Al Salama dan daripada besarnya. Bahawasanya jikalau di tuang sekelian air segala laut dan air segala sungai atas kepalanya nescata tiada jatuh daripadanya satu titik atas bumi ini.

Fasal dan adapun Mikail A’layaha Al Salama maka menjadi akan dia oleh Allaha Taa’laya kemudian daripada Israfil A’layaha Al Salama dengan lima ratus tahun. Dan daripada kepalanya hingga dua kakinya berapa bulu daripada kamakama dan segala sayapnya daripada zabarjad yang hijau. Dan atas tiap-tiap satu bulu seribu mukanya dan pada tiap-tiap muka seribu mata dan menangis dengan tiap-tiap mata kerana rahmat maka orang yang berdosa daripada mukmin dan pada tiap-tiap muka seribu mulut. Dan pada tiap-tiap mulut seribu lidah, tiap-tiap lidah bertutur dengan seribu loghat dan tiap-tiap lidah minta ampun kepada Allaha Taa’laya bagi mukmin dan mazanabatana.

Dan tertitik daripada tiap-tiap mata tujuh puluh ribu titik maka menjadi Allaha Taa’laya daripada tiap-tiap titik satu malaikat atas rupa Mikail A’layaha Al Salama mengucap tasbihlah mereka itu akan Allaha Taa’laya hingga hari kiamat dan nama mereka itu Karawabayawana dan mereka itu menolong bagi Mikail A’layaha Al Salama di wakilkan mereka itu atas hujan dan tumbuh-tumbuhan dan segala rezeki dan segala buah-buahan maka tiada jua daripada suatu yang di dalam laut dan segala buah atas segala pohon kayu dan tumbuh-tumbuhan atas bumi melainkan ada atas malaikat di wakilkan dengan dia.

Fasal dan adapun Jibril A’layaha Al Salama maka menjadi akan dia oleh Allaha Taa’laya kemudian daripada Mikail A’layaha Al Salama dengan lima ratus tahun dan baginya seribu dan enam ratus sayap dan daripada kepalanya hingga dua kakinya bulu daripada zafran dan matahari antara dua matanya dan atas tiap-tiap bulu seumpama bulan dan bintang dan tiap-tiap hari masuk ia di dalam laut daripada nur tiga ratus tujuh puluh kali maka apabila keluar ia gugurlah daripada tiap-tiap sayapnya seribu titik maka menjadikan Allaha Taa’laya daripada tiap-tiap titik satu malaikat atas rupa Jibril A’layaha Al Salama mengucap tasbih mereka itu akan Allaha Taa’laya hingga hari kiamat dan mereka itu A Rawahaanayawana (Ruhaniyun).
Fasal dan rupa Malaka Al Mawata itu seumpamanya rupa Israfil A’layaha Al Salama dengan segala wajah mukanya dan lidahnya dan sayapnya dan besarnya dan kuatnya dengan tiada lebih dan kurang.

Al Baaba Al Raabaa’ Faya Zakara Kholaqo Malaka Al Mawata

Bermula bab yang keempat pada menyatakan kejadian Malaka Al Mawata. Tersebut di dalam hadis daripada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama tatkala menjadi Allaha Taa’laya akan Malaka Al Mawata di dinding akan dia daripada segala makhluk dengan seribu hijab besarnya terlebih besar daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan jikalau di tuang akan air sekeliannya sungai atas kepalanya tiada jatuh suatu titik daripadanya atas bumi. Dan bahawa Masyrik dunia dan Maghribnya antara hadapannya seperti talam di hantarkan atasnya tiap-tiap makanan dan di hantarkan antara hadapan seorang laki-laki supaya makan akan dia maka makanlah daripadanya barang yang di kehendakinya. Dan demikianlah Malaka Al Mawata membalik-balikkan dunia ini seperti membalik-balik anak Adam antara dua tangannya akan dirham.

Dan sungguhnya telah diikat dengan tujuh puluh ribu rantai tiap-tiap satu rantai ada perjalanan seribu tahun dan tiada hampir akan dia malaikat dan tiada tahu mereka itu akan tempatnya dan tiada mendengar mereka itu akan suaranya dan tiada mengetahui mereka itu akan halnya dan tiada tahu kepada apa waktu adanya. Maka tatkala menjadi Allaha Taa’laya akan mati dan mengeras Allaha Taa’laya atasnya Malaka Al Mawata maka firman Allaha Taa’laya bagi malaikat “Berhenti oleh kamu dan lihat oleh kamu akan ini mati” maka berhentilah segala malaikat sekeliannya. Dan kata Allaha Taa’laya baginya “Terbanglah engkau atas mereka itu dan hampirkan olehmu segala sayap sekeliannya dan buka olehmu akan segala mata kamu sekeliannya”. Maka tatkala terbang ia melihatlah kepadanya oleh segala malaikat maka tersungkur segala mereka itu pitam atas mereka itu seribu tahun. Maka tatkala siuman mereka itu “Hai tuhan kami, adakah engkau jadikan terlebih besar daripada ia akan satu makhluk” berkata Allaha Taa’laya “Aku jadikan dia, aku terlebih besar daripadanya dan sungguhnya merasa tiap-tiap makhluk daripadanya”.

Kemudian kata Allaha Taa’laya “Hai Izrail, ambil olehmu akan dia maka sungguhnya aku keraskan engkau atasnya” maka berkata ia “Hai tuhanku dengan apa kuat aku ambil akan dia maka bahawasanya ia terlebih besar daripada aku” maka memberi Allaha Taa’laya akan dia kuat kemudian di ambilnya maka diamlah ia di tangannya. Maka berkata Malaka Al Mawata “Hai tuhanku izinkan bagiku hingga aku seru di dalam segala langit ini sekali seru” maka mengizin Allaha Taa’laya baginya maka menyerulah ia dengan setinggi-tinggi suara “Akulah mati yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih dengan kekasihnya, akulah mati yang menceraikan antara laki-laki dengan isterinya dan akulah mati yang menceraikan antara anak dengan ibunya dan akulah mati yang menceraikan antara saudara laki-laki dengan saudara perempuan dan akulah mati yang meruntuhkan segala rumah dan mahligai dan akulah mati yang meramaikan segala kubur dan akulah mati yang aku menuntut akan kamu dan aku dapat akan kamu dan jikalau adalah kamu di dalam rumah yang tinggi yang kukuh sekalipun dan tiada tinggal daripada satu makhluk melainkan merasai mereka itu akan daku”.

Dan bahawa kafir dan munafik dan yang celaka apabila hadir akan mereka itu mati turunlah atasnya dan dari belah kirinya malaikat azab hitam segala mukanya, biru segala matanya dan serta mereka itu pakaian daripada azab. Maka duduklah mereka itu jauh daripadanya hingga datang Malaka Al Mawata dan apabila datang Malaka Al Mawata akan seorang daripada mereka itu berdirilah di hadapannya atas rupa yang menakuti. Kemudian berkata demikian orang itu “Siapa engkau dan apa kehendak engkau” maka berkata ia “Akulah Malaka Al Mawata yang mengeluarkan akan dikau daripada dunia dan aku jadikan anak kau itu dan isteri engkau itu janda dan harta engkau di pusakakan antara segala waris yang tiada engkau kasih akan mereka itu pada hal hidup engkau dan bahawasanya engkau tiada mendahulukan kebajikan bagi diri engkau dan tiada bagi akhirat engkau ini hari aku datang akan dikau supaya aku ambil akan ruh engkau”.

Maka apabila mendengar dengan dia seorang hendak mati itu memaling ia akan mukanya kepada dinding maka melihat ia Malaka Al Mawata berdiri di hadapannya maka memaling akan mukanya sebelah lain maka melihat ia Malaka Al Mawata di hadapannya berdiri maka berkata Malaka Al Mawata “Tiada engkau ketahui akan daku Malaka Al Mawata yang mengambil ruh dua ibu bapa engkau dan engkau melihat kepada keduanya dan tiada memberi nafaat engkau akan keduanya ini hari aku ambil akan engkau hingga melihat segala anak engkau dan kerabat engkau dan segala taulan engkau hingga dapat nasihat mereka itu daripada engkau ni hari dan aku Malaka Al Mawata yang sungguhnya telah aku fanakan pada masa yang dahulu mereka yang terlebih banyak kuat daripada engkau dan terlebih banyak harta daripada engkau dan terlebih banyak anak daripada anak engkau”.

Kemudian berkata baginya Malaka Al Mawata “Betapa engkau lihat akan dunia” maka berkata ia “Aku lihat akan dia sangat tipu daya”. Kemudian menjadi Allaha Taa’laya akan dunia atas satu rupa maka berkata dunia “Hai a’si adakah engkau tiada malu berdosa engkau di dalam dunia dan tiada menegah engkau akan diriku daripada segala maksiat. Bahawasanya engkau tuntut akan daku dan tiada aku tuntut akan dikau dan tiada membeza engkau akan halal dan haram sangka engkau tiada bercerai akan dunia ini maka bahawasanya aku lepas daripada engkau dan daripada amal engkau dan melihat ia akan hartanya telah jatuh pada milik orang lain”.

Maka berkata harta “Hai a’si engkau usaha akan daku dengan tiada sebenarnya dan tiada engkau tasrif akan daku dan tiada bersedekah dengan daku atas segala fakir dan miskin ini hari sungguhnya telah jatuhlah aku pada milik orang lain daripada engkau”. Dan demikian itu seperti firman Allaha Taa’laya Yawama Laa Yanafaa’ Maala Wa Laa Banawana Alaa Mana Anaya Allaha Baqolaba Salayama Pada hari yang tiada memberi manafaat hartanya dan anak melainkan mereka yang datang akan Allaha Taa’laya dengan hati yang sejahtera. Maka berkata “Hai tuhanku, kembali akan daku ke dunia mudah-mudahan beramal aku akan amal yang sholeh pada barang yang aku tinggalkan maka kata Allaha Taa’laya “Apabila datanglah ajal mereka itu tiada di takhirkan satu saat dan tiada dahulukan kemudian mengambil ia akan ruhnya. Jika ada ia mukmin atas saa’dat dan jika ada ia kafir atau munafik atas shaqowat celaka kerana firman Allaha Taa’laya Kalaa Ana Kataaba Al Fajaara Lafaya Sajayana Sebenarnya bahawa kitab orang fajaar itu pada sijjin.

Al Baaba Al Khoamasa Faya Ahawaala Malaka Al Mawata Kayafa Yaakhoza Al Arawaaha

Bermula bab yang kelima pada menyatakan hal Malaka Al Mawata betapa ia mengambil akan segala ruh. Telah di sebutkan di dalam kitab Al Salawaka daripada Maqobala abana Salayamaana bahawasanya Malaka Al Mawata adalah baginya sarira pada langit yang ketujuh, kata setengah pada langit yang keempat. Telah menjadi akan dia Allaha Taa’laya daripada nur dan baginya tujuh puluh ribu tiang dan baginya empat ribu sayap penuh sekelian jasadnya dengan berapa banyak mata dan berapa banyak lidah. Dan tiada seorang daripada makhluk anak Adam dan burung dan tiap-tiap yang punya ruh melainkan baginya pada jasadnya, muka dan tangan dan mata dan telinga dengan bilang-bilang tiap-tiap manusia maka mengambil ia ruh sekelian makhluk pada tiap-tiap tempat.

Maka apabila mati satu nafas di dalam dunia ini hilanglah daripada jasadnya rupanya dan kata setengah mereka itu bahawasanya baginya empat muka, satu muka di hadapannya dan yang kedua atas kepalanya dan yang ketiga atas belakangnya dan yang keempat di bawah kakinya. Maka mengambil akan ruh anabayaa dan malaikat daripada muka yang di kepalanya dan Arawaaha Al Mawamanayana daripada muka yang di hadapannya dan Arawaaha Al Kafarawana daripada muka yang di belakangnya dan Arawaaha Al Jana daripada muka yang di bawah kakinya. Dan salah satu daripada dua kakinya atas titi jahanam dan yang satunya atas sarira yang dalam syurga dan di kata orang pada besarnya bahawasanya jikalau di tuang air sekelian laut dan sekelian sungai atas kepalanya tiada jatuh daripadanya satu titik atas bumi.

Dan kata orang bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan dunia sekeliannya pada lambung Malaka Al Mawata seperti talam di hantarkan antara hadapan seorang laki-laki supaya makan ia daripadanya barang yang di kehendakinya maka demikian lagi Malaka Al Mawata pada sekelian makhluk membalik ia akan dunia seperti membalik seorang anak Adam akan dirham. Dan di kata orang tiada turun Malaka Al Mawata melainkan atas Al Anabayaa Wa Al Marasalayana dan ada baginya khalifah atas mengambil ruh binatang yang buas dan segala binatang yang jinak. Dan di kata orang bahawasanya Allaha Taa’laya apabila di fanakan segala makhluknya daripada manusia dan lainnya memfanakan akan demikian mata yang pada jasadnya sekeliannya dan tinggal lapan daripada makhluk iaitu Israfil dan Mikail dan Jibril dan Izrail dan empat daripada yang menanggung Arash.

Dan adapun mengetahui akan habis ajalnya itu bahawasanya Malaka Al Mawata apabila jatuh kepadanya Nasakhota Al Mawata dan sakit bagi seorang hamba berkata ia “Hai tuhanku, bila aku ambil ruh hamba itu dan atas apa hal dan apa kelakuan dan apa kelakuan aku angkat akan dia” maka berkata Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al Mawata, Anaya Aa’lama Ghoyaba tiada boleh melihat atas seorang lain daripada aku dan tetapi aku ketahui akan dikau dengan datang waktunya dan aku jadikan bagi engkau alamat yang mengetahui engkau atasnya. Bahawasanya satu malaikat yang iaitu di wakilkan dia atas segala nafas dan segala amal mereka itu datang kepada engkau. Maka berkata ia sempurna nafas si fulan dan malaikat yang di wakilkan atas segala rezekinya dan segala amalnya berkata telah sempurna rezekinya dan amalnya dan jika ada ia daripada Ahala Al Saa’adata nyatalah atas namanya yang iaitu tersurat di dalam Shohayafata yang pada Malaka Al Mawata khota daripada anawaara putih keliling namanya itu. Dan jika ada ia daripada Ahala Al Shaqoawata nyatalah padanya khota hitam kemudian tiada sempurna bagi Malaka Al Mawata itu pengetahuan demikian itu hingga gugur atasnya satu daun daripada kayu yang di bawah Arash tersurat atas daun itu namanya tatkala itu mengambillah ia akan ruhnya”.

Riwayat daripada Kaa’ba Al Akhobaara bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan satu pohon kayu di bawah Arash atasnya daun sebilang-bilang segala makhluk. Dan apabila selesai ajalnya seorang hamba dan tinggal baginya daripada umurnya empat puluh hari gugurlah daunnya atas riba Izrail A’layaha Al Salama. Maka mengetahui ia dengan demikian itu bahawasanya di suruh dengan mengambil ruh tuannya dan kemudian daripada demikian itu menama mereka itu akan dia mati orang yang di dalam langit dan ia hidup atas muka bumi empat puluh hari. Dan di kata orang bahawasanya Mikail A’layaha Al Salama turun dengan surat atas Malaka Al Mawata daripada Allaha Taa’laya tersurat padanya nama orang yang di suruh mengambil akan ruhnya dan tempat yang mengambil ruh padanya dan sebab yang di ambil ruh atasnya.

Telah menyebut Abawa Al Layatsa radhoya Allaha a’naha bahawasanya turun dua titik dari bawah Arash atas nama taulan keduanya salah satunya hijau dan yang satunya putih maka apabila jatuh yang hijau itu atas apa nama ada ia adalah di ketahui ia celaka dan apabila jatuh yang putih atas apa nama ada ia adalah di ketahui bahawasanya ia bahagia. Dan adapun mengetahui akan tempat yang mati ia padanya maka di kata orang bahawasanya Allaha Taa’laya telah menjadikan malaikat yang di wakilkan dengan tiap-tiap anak yang di peranakkan oleh ibunya di kata orang baginya Malaka Al Arahama namanya. Maka apabila di jadikan anak di suruh bahawa di masukkan mani yang di dalam rahim ibunya daripada tanah yang mati ia atasnya maka berkeliling hamba Allaha itu di mana-mana dia berkeliling kemudian kembali kepada tempat yang dahulu itu maka mati ia padanya dan atas ini menunjuki firman Allaha Taa’laya Qola Lawa Kana Tama Yawata Kama Labaraza Alazayana A’laya Hama Al Qotala Alaya Madhoajaa’ Hama Kata olehmu ya Mahamada jikalau adalah kamu di dalam segala rumah kamu nescaya keluarlah mereka itu yang di surat atas mereka itu mati kepada tempat yang di tanam akan mereka itu padanya.

Dan atas ini hikayat dan iaitu bahawasanya Malaka Al Mawata adalah ia zahir pada zaman dahulu maka masuk satu hari atas nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama maka melihat ia kepada satu orang muda yang ada di majlis Sayadana Sulaiman A’layaha Al Salama itu maka gementar orang muda itu takut akan dia maka tatkala ghaib Malaka Al Mawata berkata orang muda itu “Ya nabi Allaha, bahawasanya aku menghendaki bahawa engkau suruh angin bahawa menanggung akan daku kepada negeri Al Shoyana. Maka menyuruh nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama akan angin maka menanggung akan dia ke negeri Shoyana maka kembali Malaka Al Mawata kepada nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama maka bertanya akan dia daripada sebab lihatnya akan orang muda itu maka berkata ia “Bahawasanya aku di suruh akan daku bahawa aku mengambil akan ruhnya pada demikian hari itu di dalam negeri Al Shoyana maka aku lihat akan dia pada engkau maka takjub aku daripada demikian itu maka mengkhabarkan dia dengan kisahnya daripada keadaannya minta akan dia bahawa menyuruh akan angina supaya menanggung akan dia ke negeri Al Shoyana. Maka aku ambil akan ruhnya demikian hari itudi dalam negeri Al Shoyana.

Dan pada hadis yang lain bahawasanya Malaka Al Mawata itu baginya berapa malaikat yang menolong akan dia yang berdirilah mereka itu di hadapannya dengan mengambil segala Arawaaha.  Adakah engkau tiada lihat bahawasanya di riwayatkan bahawasanya satu laki-laki di jatuh atas lidahnya Allahama Aghofara Laya Wa Lamalaka Al Shamasa yakni Hai tuhanku ampun olehmu bagi aku dan bagi malaikat matahari yakni yang membaca akan doa ini. Maka minta izin ini malaikat akan tuhannya pada ziarahkan dia maka tatkala turun malaikat matahari itu atasnya berkata ia baginya “Bahawasanya engkau banyak mendoakan bagi aku maka apa hajat engkau” kata ia “Hajat aku bahawa engkau tanggung akan daku kepada tempat engkau maka menghendaki bahawa engkau pinta bagiku akan Malaka Al Mawata bahawa mengkhabar ia akan daku dengan hampir ajal aku”.

Kata ia maka menanggung ia akan dia dan mendudukkan dia pada tempatnya daripada matahari kemudian maka pergi ia kepada Malaka Al Mawata dan menyebut ia baginya “Bahawasanya seorang laki-laki daripada anak Adam di datangkan pada lidahnya bahawa berkata ia tiap-tiap dia sembahyang Allahama Aghofara Laya Wa Lamalaka Al Shamasa maka sungguhnya ia menuntut akan daku tuntut daripada engkau beri tahu akan dia hampir ajalnya supaya bersedia ia baginya”. Maka melihat Malaka Al Mawata pada suratnya maka berkata ia baginya Hayaata yakni jauh pekerjaannya bahawasanya adalah bagi sahabatku engkau ini pekerjaan yang sangat besar dan bahawasanya ia tiada mati hingga ia duduk pada tempat duduk engkau daripada matahari”. Berkata ia “Sungguhnya telah duduk ia pada tempat duduk aku daripadanya” maka berkata Malaka Al Mawata “Telah mati ia pada rasul kami atas demikian itu dan mereka itu tiada mengetahui”.

Dan tersebut di dalam hadis daripada nabi A’layaha Al Salama berkata ia “Segala ajal binatang sekeliannya pada zikir maka apabila meninggal mereka itu akan zikir Allaha Taa’laya mengambillah Allaha Taa’laya akan segala ruh mereka itu dan tiadalah bagi Malaka Al Mawata daripada demikian itu suatu dan sungguhnya di kata orang bahawasanya Allaha Taa’laya itu yang mengambil akan segala ruh dan hanya sanya di sandarkan demikian itu kepada Malaka Al Mawata dengan seperti di sandarkan bunuh kepada orang yang membunuh dan mati kepada sakit dan atas ini menunjukkan dikau oleh firman Allaha Taa’laya Allaha Yatawafaya Al Anafasa Hayana Mawatahaa ertinya Allaha Taa’laya yang mematikan akan segala nafas tatkala matinya. Wa Allaha Aa’lama.   
     
Al Baaba Al Saadasa Faya Zakara Jawaaba Al Rawaha

Bermula bab yang keenam pada menyatakan jawab ruh. Telah datang pada hadis bahawasanya Malaka Al Mawata apabila menghendaki akan mengambil ruh seseorang mukmin berkata ruh itu “Tiada aku taat akan dikau selama tiada di suruh akan dikau dengan yang demikian itu” maka berkata Malaka Al Mawata "Di suruh akan daku dengan yang demikian itu" maka menuntut ruh daripadanya akan alamat dan berhana maka berkata ruh “Bahawasanya tuhanku telah menjadi akan daku dan telah memasuk akan daku dalam jasadku dan tiada engkau tatkala demikian itu maka waktu ini menghendaki engkau bahawa mengambil engkau akan dia” maka kembali Malaka Al Mawata kepada Allaha Taa’laya maka berkata Allaha Taa’laya “Telah benar ruh hambaku” kemudian berkata Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al Mawata, pergi olehmu kepada syurga dan ambil olehmu satu buah Tafaaha atasnya alamat aku dan engkau lihatkan ruh hambaku” maka pergilah Malaka Al Mawata kepada syurga dan mengambil satu buah Tafaaha dan atasnya tersurat Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama maka apabila melihat akan dia ruh hamba Allaha itu keluar ia dengan rajin dan sayang lazat dan hening.
    
Al Baaba Al Saabaa’ Faya Zakara Jawaaba Al Aa’dhoa

Bermula bab yang ketujuh pada menyatakan jawab anggota dan tersebut dalam hadis apabila menghendaki Allaha Taa’laya mengambil ruh seorang hamba datanglah Malaka Al Mawata daripada mulutnya supaya mengambil akan ruhnya daripadanya maka keluar zikir Allaha daripada mulutnya maka berkata ia “Tiada bagi engkau daripada ini jahat maka panjanglah ia melalukan lidahnya pada zikir tuhanku”. Maka kembali Malaka Al Mawata kepada Allaha Taa’laya maka berkata ia baginya maka berkata Allaha Taa’laya “Ambil akan ruhnya daripada jahat yang lain”. Maka datang ia daripada jahat tangan maka keluar sedekah maka berkata ia “Tiada jalan bagi engkau kepadanya maka bahawasanya ia bersifat dengan aku banyak dan menyapu dengan aku kepala anak yatim dan menyurat dengan qalam dan memukul dengan pedang akan batang leher segala kafir”.

Dan kemudian datang ia kepada kaki maka berkata ia “Tiadalah jalan bagi engkau daripada jahat ini bahawasanya ia berjalan dengan daku kepada sembahyang berjemaat dan kepada segala hari raya dan kepada segala majlis ilmu dan berlajar”. Kemudian maka datang kepada telinga maka berkata ia “Tiada jalan bagi engkau daripada jahat ini maka bahawasanya ia mendengar dengan aku akan Qoraana dan yang zikir”. Maka datang ia kepada dua matanya maka berkata keduanya “Tiada jalan engkau daripada jahat kami maka bahawasanya ia melihat dengan kami kepada segala Qoraana dan kepada segala muka a’lama dan kepada dua ibu bapanya dan kepada orang yang sholeh-sholeh”.

Maka pergilah Malaka Al Mawata kepada Allaha Taa’laya maka berkata ia “Hai tuhanku, bahawasanya hamba engkau berkata ia bagian-bagian” maka berkata Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al Mawata, gantung olehmu akan nama aku atas tapak tangan engkau dan engkau zahirkan akan dia bagi ruh hambaku hingga melihat ia akan dia” maka keluarlah ia maka menyurat ia akan nama Allaha Taa’laya atas tapak tangannya maka melihat ia akan dia oleh ruh hamba Allaha itu maka memperkenanlah ia akan dia maka keluar ruh hamba Allaha itu dengan berkat nama Allaha Taa’laya maka pergilah daripadanya payah dan sakit nazak itu. Adakah tiada pergi daripadanya azab yang sangat keji apabila di suratkan atas dadanya mereka itu nama Allaha Taa’laya kerana firman Allaha Taa’laya Afamana Sharaha Allaha Shodaraha Lala Asalaama Fahawa A’laya Nawara Mana Rabaha Adakah seorang yang telah meluasi Allaha Taa’laya dadanya bagi Asalama maka iaitu atas nur daripada tuhannya. Adakah tiada berpaling daripada mereka itu azab dan ehwal kiamat.

Dan tersebut dalam hadis lima perkara itu racun yang membunuh dan lima perkara yang lain itu penawarnya. Maka bermula dunia racunnya yang membunuh dan zuhud itu penawarnya dan harta racun yang membunuh dan zakat itu penawarnya dan kalam itu racun yang membunuh dan zikir Allaha itu penawarnya dan umur itu racun yang membunuh dan taat itu penawarnya dan sekelian tahun itu racunnya yang membunuh dan penawarnya itu bulan Ramadhan.

Dan tersebut dalam hadis apabila jatuh seorang hamba Allaha pada nazak menyerulah yang menyeru daripada pihak Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Tinggalkan ia hingga ia bersenang hati sangat”. Dan apabila sampai ruh kepada dada berkata ia “Tinggalkan dahulu hingga ia istirehat satu saat” dan demikianlah lagi apabila sampai kepada dua mulutnya dan pusatnya dan apabila sampai ke halkumnya datanglah seru “Tinggalkan olehmu akan dia hingga wadaa’ setengah anggotanya akan setengahnya maka mewadaa’matakan akan tawalnya maka berkata ia pada wadaa’nya Al Salaama A’laya Kama Alaya Yawama Al Qoyamata.

Dan demikian lagi dua telinganya dan dua tangan dan dua kaki dan mewadaa’ ruh akan dirinya maka Naa’waza Allaha daripada wadaa’ iman bagi lidahnya dan Naa’waza Allaha daripada wadaa’ makrifat dan iman bagi hati. Maka tatkala tinggallah dua tangannya dengan tiada bergerak-gerak dan dua kaki dengan tiada bergerak dan dua mata dengan tiada melihat dan dua telinga dengan tiada mendengar dan badan dengan tiada ruh. Dan jikalau tinggal lidah dengan tiada beriman dan hati dengan tiada makrifat maka betapa adalah hal seseorang yang hamba Allaha dalam lahad kuburnya tiada melihat akan seorang dan tiada bapa dan tiada mak dan tiada anak dan tiada saudara dan tiada sahabat dan tiada hamparan dan tiada dinding. Maka jikalau tiada ia melihat tuhan yang amat murah nescaya rugilah akan sebagai rugi yang amat besar. Dan telah berkata Imam Abawa Hanayafaha terlebih banyak barang yang di tinggalkan iman daripada seorang hamba Allaha itu waktu nazak Hafazhonaa Allaha Wa Ayaakama Mana Sholaba Al Ayamaana Telah memeliharakan kami dan akan kamu daripada di tinggalkan iman.


Sumber: Kitab Daqoaqo Al Akhobaara

No comments: