Tuesday, July 3, 2012

SYAHADAT

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

PENGERTIAN SYAHADAT

Syahadat.
Arti syahadat ialah pengakuan atau penyaksian yang sebenarnya ya’ni saksi dzahir dan bathin. Didalam pengetahuan akan syahadat harus diketahui akan rukun syahadat , syarat syahadat dan juga yang membinasakan syahadat.

a. Rukun Syahadat.

Adapun rukun syahadat itu empat perkara :
1. Menetapkan Dzat Allah Ta’ala (berdiri dengan sendirinya).
2. Menetapkan Shifat Allah Ta’ala (kuasa).
3. Menetapkan Af ‘al Allah Ta’ala (berbuat dengan sekehendaknya).
4. Menetapkan kebenaran Rasulullah s.a.w.

b. Syarat Syahadat.

Adapun syarat kesempurnaan syahadat itu empat perkara :
1. Hendaklah diketahui syahadat itu, ya’ni mengerti akan maksudnya.
2. Diikrarkan lidah ya’ni dibaca seterusnya dari permulaan hingga akhirnya.
3. Hendaklah di yaqinkan dalam hati akan maksud syahadat itu, ya’ni tidak ragu- ragu lagi.
4. Yaqin serta diamalkan dengan anggota, ya’ni dengan hati dan perbuatan

c. Yang membinasakan Syahadat.

Adapun yang membinasakan syahadat itu empat perkara :
1. Menduakan atau menyekutukan Allah Ta’ala
2. Ragu atau syak hati akan Allah Ta’ala.
3. Menyangkal atau mengingkari dirinya dijadikan Allah Ta’ala.
4. Tidak dikukuh atau ditetapkan pada dirinya yang demikian.

d. Nama Syahadat.

Adapun nama syahadat itu ada dua perkara :
1. Syahadat Tauhit : “Asyhaduanlaa ilaha illallahu”.
{“Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah.”} 2. Syahadat Rasul:“Wa asyhaduanna Muhammadan Rasulullah.”
2. Syahadat Rasul:“Wa asyhaduanna Muhammadan Rasulullah.”
{“Dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu Utusan Allah”}.
Post a Comment