أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Untuk mengkaji sebab-sebab
tercetusnya peperangan Jamal kiranya perlu untuk melihat dalil-dalil
dari kedua-dua belah pihak yang berbalah kemudian mengukurnya mengikut
dengan fakta-fakta sejarah dan selepas itu memilih pandangan yang benar.
Pertamanya kami akan menyemak secara global faktor-faktor tercetusnya
peperangan Jamal menurut pandangan orang-orang yang memulai peperangan
ini (ashab Jamal):
A. Sebab-sebab meletusnya perang Jamal menurut para pembesarnya:
1. Setelah
kaum Muslimin melakukan baiatnya kepada Imam Ali As, Aisyah yang hadir
ketika itu di tengah-tengah perhimpunan kaum Muslimin berkata: “Wahai
kaum Muslimin! Sesungguhnya Ustman terbunuh dalam keadaan teranaiya.”[1]
Ucapan Aisyah ini secara zahirnya telah menjadi batu asas bagi
penentangannya terhadap Amirul Mukminin As dan kebiasaannya faktor ini
dikemukakan adalah sebagai alasan utama keluarnya Aisyah dan para
pendokongnya untuk melawan Amirul Mukminin Ali As. Kerana mereka
memandang bahawa Ali As adalah merupakan punca utama atas terbunuhnya
Utsman, dengan demikian mereka bangun menentangnya.
2. Sebahagian
ulama Muktazilah berpandangan bahawa Aisyah dan para pengikutnya
bermaksud ingin menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar.[2]
3. Thalha
dalam menyampaikan khutbah yang ditujukan kepada masyarakat Basrah
berusaha menunjukkan kepada masyarakat bahawa kebangkitannya tidak
bermaksud untuk merebut jawatan kekhalifahan dan pemerintahan, bahkan ia
mahukan bantuan dari penduduk Basrah supaya semuanya berupaya
memperbaiki umat Rasulullah Saw dan menyebarkan ketaatan kepada Allah
Swt.[3]
Sebagaimana
yang telah disebutkan, secara umumnya kebanyakkan khutbah yang dipetik
dari Aisyah dan Thalha, menyebut tentang pembunuhan Utsman dan mahu
menebus kembali darahnya yang tumpah adalah sebab utama mengapa mereka
melanggar perjanjian dan baiat mereka kepada Ali bin Abi Thalib As.
Terdapat juga masalah lain yang dapat disebutkan di sini dimana Thalha
mengira bahawa pemerintahan Ali As tidak sejalan dan tidak mengikut
model dan gaya pemerintahan tiga khalifah sebelumnya dan Ali As tidak
bermusyawarah dengannya dalam urusan pemerintahan. Dan ini menjadikannya
bangun menentang Imam Ali As[4]
Sebelum
menjelaskan sebab-sebab tercetusnya peperangan Jamal menurut Ali bin
Abi Thalib As kita harus memperhatikan satu poin penting iaitu
faktor-faktor utama terjadinya perang. Amirul Mukminin As dalam khutbah
172 Nahj al-Balâgha bersabda, “Thalha dan Zubair telah mengheret
isteri Rasulullah Saw bersamanya bak budak yang dibawa untuk dijual di
pasar.” Dari sabda Amirul Mukminin As ini dapat difahami bahawa pelaku
penting perang Jamal, tidak lain adalah Thalah dan Zubair. Dan Aisyah
dalam hal ini lebih banyak telah disalahgunakan.
B. Sebab-sebab meletusnya perang Jamal menurut Ali bin Abi Thalib dan para pengikutnya:
1. Mengejar kekuasaan: Amirul Mukminin dalam khutbah 148 Nahj al-Balâgha
menjelaskan bahawa Thalha dan Zubair yang mecetuskan peperangan Jamal
ini kerana ingin mengejar kekuasaan: “Masing-masing dari mereka berharap
mereka dapat meraih kekuasaan dan harapannya tertambat pada kekuasaan
serta tidak lagi memandang sahabatnya.”
2. Melanggar
baiat dan janjisetia: Amirul Mukminin As dalam sebuah khutbah ketika
mengarahkan masyarakat supaya bersiap-sedia (untuk berperang) bersabda:
“Sesungguhnya Thalha dan Zubair telah melanggar baiat dan janjisetia
mereka serta telah mengheret Aisyah dari rumahnya supaya dapat
menyemarakkan api fitnah dan menumpahkan darah.”[5]
3. Dendam
kesumat yang lampau: noktah ini sememangnya tidak dapat diingkari
bahawa terdapat dendam kesumat terhadap Ali bin Abi Thalib As. Hadrat
Amirul Mukminin As menyebutkan akar-akar permasalahan tersebut, di
antaranya: Pertama: Kerana Rasulullah Saw mengutamakan saya dibandingkan
ayah Aisyah sendiri. Kedua: Kerana Rasulullah Saw mengkhususkan saya
sebagai orang yang bersaudara dengannya.[6]
Ketiga: Kerana Allah Swt memerintahkan kepada Rasulullah Saw supaya
menutup semua pintu rumah yang berakhir dengan masjid dan termasuklah
pintu rumah ayah Aisyah, namun pintu rumah saya tetap terbuka.[7]
Keempat: Kerana Rasulullah Saw menyerahkan panji kemenangan Khaibar
kepadaku setelah ia menyerahkannya kepada yang lain. Dan saya telah
menyebabkan kemenangan (dalam peperangan tersebut) dan hal ini telah
menyebabkan mereka berduka dan sebagainya.[8]
Di
samping itu, Thalha dan Zubair berharap bahawa Ali bermusyawarah dengan
mereka dalam urusan pemerintahan. Kerana Thalha dan Zubair melihat diri
mereka sederajat dengan Ali As dan bahkan lebih tinggi darinya. Dan
mereka juga berharap bahawa setelah kematian Utsman mereka dapat meraih
sebagian urusan pemerintahan. Namun tidak satu pun dari harapan ini
dapat dicapai dan hal telah menjadi sebab timbulnya dendam kesumat
pribadi keduanya terhadap Ali bin Abi Thalib As.
4. Nifak: Imam Ali As dalam khutbah 13 Nahj al-Balâgha menyifatkan bahawa agama orang-orang ini memiliki dua wajah.
5. Melenyapkan
keamanan kaum Muslimin: Setelah para pembesar Jamal berjaya berkuasa di
Basrah, mereka mula menyerang gudang Bahrah dan menceroboh serta
merampas harta dari baitulmal. Demikian juga mereka turut menyerang
masyarakat, menyiksa sebagian orang serta membunuh sebagian yang lain.[9]
6. Menutup
tindakan mereka sendiri: Tatkala Amirul Mukminin mendengar khabar
bahawa Thalha dan Zubair bangkit demi menuntut darah Utsman, Hadrat As
bersabda: “Tiada orang lain selain mereka sendiri yang telah membunuh
Utsman. Dan juga kandungan ucapan ini telah disebutkan juga di dalam
khutbah 137 Nahj al-Balâgha, “Mereka ingin menuntut darah orang yang telah mereka tumpahkannya sendiri.”
Dengan
kondisi ini, Amirul Mukminin As bersabda: Talhah telah mencetuskan
peperangan supaya dengan itu ia tidak dipertanggungjawabkan atas
pembunuhan Ustman[10].
Dan dengan merenung ungkapan di atas dapat disimpulkan bahawa: Pertama:
kebanyakan cemohan dan cercaan Amirul Mukminin kepada para pembesar
Jamal adalah berdasarkan ucapan Hazrat As kepada Thalha dan Zubair.
Sepertinya Hazrat As meyakini bahawa punca tercetusnya perang adalah
mereka berdua ini. Dengan kata lain, Aisyah hanya memainkan peranan
kedua (cabang) dalam bencana ini dan telah disalahgunakan oleh keduanya.
Kedua: Apabila diperhatikan jelas bahawa tiada satu pun sebab dan dalil
yang disebutkan oleh para pembesar Jamal untuk dapat diterima. Khusunya
tatkala kita tahu bahawa pembunuhan dan menuntut darah Utsman hanya
sekadar alasan dan propaganda semata-mata; ini kerana Aisyah sendiri
tidak memiliki hubungan baik dengan Utsman. Dinukilkan bahawa Aisyah
telah membawa pakaian Rasulullah Saw ke hadapan Utsman dan berkata
kepadanya, “masih belum kering lagi kelembapan kain kapan Rasulullah
Saw, engkau telah menyelewengkan hukum-hukumnya.” [11]
Maka
itu, perhatikanlah bahawa para pembesar Jamal, dengan bertopengkan
wajah yang ceria dan mahukan kebenaran tetapi bangkit menentang Ulil
Amrinya (pemimpin) dan melanggar baiat serta janjisetia mereka, yang
mana semua ini tidak lain hanya sekadar alasan (untuk mereka sampai
kepada tujuan mereka dan dendam kesumat terhadap Hazrat As) semata-mata.
[1]. Al-Jamal, Syeikh Mufid, hal. 228; menukil dari Târikh Thabari, jil. 4, hal. 448-450; al-Syâfi, jil. 4, hal. 357-358.
[2]. Ibid, hal. 64; menukil dari Masâil al-Imâmah, hal. 55; Fadhl al-I’tizâl, hal. 72.
[3]. Ibid, hal. 304; yang menukil dari Ansâb al-Asyrâf, hal. 226 dan 229.
[4]. Ibid, hal. 306; yang menukil dari Ansâb al-Asyrâf, hal. 226.
[5]. Al-Jamal, Syeikh Mufid, hal. 240; yang menukil dari Târikh Thabari, jil. 4, hal. 455 & 480; Ansab al-Asyrâf, hal. 233.
[6]. Ibid, hal. 409 yang menukil dari Sirah Ibnu Hisyam, jil. 2, hal. 150; Sunan Tirmidzi, jil. 5, hal. 595.
[7]. Ibid, hal. 410 yang menukil dari Musnad Ahmad, jil. 4, hal. 369.
[8]. Ibid, yang menukil dari Musnad Ahmad, jil. 1, hal. 99; Shahih Bukhari, jil. 5, hal. 76.
[9]. Nahj al-Balâgha, Sayid Radhi, khutbah 218.
[10]. Ibid, khutbah 174.
[11] ابن ابی الحدید معتزلی، شرح نهج البلاغة، ج 6، ص 215، کتابخانه آیت الله مرعشی، قم، 1404 هـ ق.
No comments:
Post a Comment