Wednesday, June 13, 2012

TASAWUF RASULULLAH SAW, PARA SAHABAT DAN AULIA ALLAH


TASAUF RASULULLAH SAW, PARA SAHABAT DAN AULIA ALLAH : Bandingan untuk mereka yang meremehkan Syariat


Tercatat dalam Kitab Ilmu Tahqiq Manhalus Shofi Fi Bayaani Ahli-Ssufi peringatan yang sangat penting bagi mereka yang ingin memasuki dunia Tasauf sebagaimana berikut;
Setengah daripada yang tidak dapat tidak(yakni WAJIB) bagi orang yang murid yang hendak berjalan kepada Allah Subhanahuwa Taala,  jalan Ahlullah,  iaitu bahawa hendaklah melazimkan diri dengan "Adab Syariat" Nabi kita Muhammad SAW.  Yakni dengan memelihara segala perkara yang disuruh dan yang ditegah.  Kemudian masuk ia pada "Thoriqat Nabi kita SAW" yakni mengikut akan jalan yang dikerjakan oleh Nabi yang terdiri dari amal atas sekuasa-kuasanya.  Tiadalah maqam yang terlebih(afdhal) daripada mengikut Nabi SAW pada perbuatannya,  tegahnya,  kelakuannya dan perangainya.  Tiada dapat sampai kepada Allah melainkan dengan mengikut Nabi kita SAW kerana dialah Ariffin yang mengetahui dengan sesuatu yang menghampirkan dirinya kepada Allah dan kepada redhoNya.  Sesungguhnya telah berjalan Ia(Rasulullah SAW) dengan Dia bagi dirinya dengan demikian jalan.
Barangsiapa yang mengikut akan dia(Rasulullah SAW) padanya,  maka tiada maqam yang terlebih afdhal daripada maqamnya.  
Setengah daripadanya dapat kasih Allah Taala seperti firman Allah Taala;
"Katakanlah olehmu ya Muhammad!  Jika ada kamu kasih akan Allah,  maka ikut oleh kamu sekalian akan daku nescaya dikasih akan kamu oleh Allah Taala"
Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a ada membuat peringatan ini dalam Kitab Hikamnya;
"Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut"Thoriqat Muhammadiyah" (yakni Sunnah Rasulullah SAW) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka".
Demikianlah dasar yang menjadi intipati sandaran para pendokong Ilmu Sufiah,  tidak sama sekali berenggang jauh dengan petua dan amalan-amalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW.  Sejarah telah membuktikan akan keluhuran dan ketinggian peribadi Rasulullah SAW,  para sahabat-sahabat yang keistimewaan dan kekuatan jiwa dan ruh Islam yang hakiki mengalahkan tamadun-tamadun yang sebelum itu,  semasa itu dan selepas itu dan  "isme-isme" yang ada sekarang ini.
"Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh  Rasulullah itu maka ambil oleh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu,  maka berhentilah oleh kamu jangan dikerjakan".  (Al-Hasyr: 09)
Tulisan ini adalah sebagai lanjutan dari bicara mengenai Tasuaf dan maksud bertasauf.  Di samping itu juga ia adalah merupakan  usaha untuk mengheningkan  kebingungan golongan yang mendakwa diri mereka pengamal tasauf sedangkan mereka telah tertipu dan terpedaya oleh syaitan laknatullah kerana meremeh-remehkan syariat malah ada yang sampai ke tahap membuang terus kemuliaan syariat ini semata-mata beralasan bila sudah berada dipuncak,  segala hukum dan tuntutan syariat tidak boleh dipakai.  Mereka bukan sahaja tergelincir dari "jalan yang benar" malah boleh menyebabkan orang awam(kebanyakan orang ramai) akan menjadi keliru dan turut terjebak dalam golongan yang suka saya gelarkan "Tasauf Pinggiranr".
Marilah sama-sama kita perhatikan bagaimana Tasauf membayangi kehidupan Rasulullah.
Mula hidupnya dengan mempelajari rahsia dan hikmah alam dengan bersunyikan diri diri Gua Hira' sehingga menjadi Rasul.  Rasulullah sangat kuat bertahajud, beristigfar,  berzikir,  sembahyang hingga bengkak kakinya kerana lama berdiri Qiyam.  Rasulullah menangis kerana takutkan TuhanNya.  Rasulullah menunjukkan kepada Abu Hurairah rupa dunia yang kotor ini dengan contoh satu lopak yang bertimbun-timbun bangkai manusia dan binatang dan barang buruk buangan.  Semua ini terang dalam hadis yang shohih.
Rasululah mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayap nyamuk.
Dalam satu hadis Qudsi  Allah berfirman; "Aku di sisi orang-orang yang pecah remuk redam hatinya"
Rasulullah tidur di atas tikar yang kasar.  Badannya berlarik bekas tikar itu di kedua lambungnya hingga menangis Sayyidina Omar Al-Khattab dengan keadaan Nabi itu.
Asas pembinaan peribadi yang luhur dengan ketaatan yang tinggi terhadap Allah Taala ini telah diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda.  Tiap-tiap seorang muslim pada zaman Rasulullah jadi Abid dengan hidup cara tasauf dalam kecergasan tabie semulajadi.
Sahabat-sahabat Nabi itu memandang dunia sebagai Rasulullah memandang dunia dengan rendahnya dan bersedia menghadap akhirat semata-mata kerana Allah.  Kerana ringan dan murahnya nilai dunia ini,  maka mudah sahaja dijijak dan diperhambakan  hingga mereka menguasai dunia ini dan dengan dunia yang diperhambakan itu mereka membeli dan berjaya memenangi akhirat.  Maka menguasai dunia untuk dijadikan tunggangan ke akhirat.  Sekali-kali tidak ada peluang diberikan kepada dunia itu menakluki mereka atau mengatasi mereka.  Kerana itu mereka berjaya di dunia dan di akhirat iaitu terus menang dlam jihad mereka.
Abu Bakar,  bila beribadat kerana takut kepada Allah hingga bernyawa seperti jantung terbakar.  Beliau  membaca Al-Qur'an sepanjang malam;  termakan makanan syubhat termuntah-muntah.  Dalam satu peperangan Abu Bakar menyerahkan semua harta kekayaannya kepada Rasulullah kerana memenuhi seruan jihad.  Inilah jiwa tasauf yang terpancar pada Abu Bakar Al-Siddiq.
Omar Ibni Al-Khattab yang menghancurkan Empayar Rum dan Parsi,  menguasai timur dan barat yang bertamadun zaman itu penuh dengan kekayaan harta dan perbendaharaan;  ia kerap makan tidak berlauk,  bajunya bertampal 12 tampal,  lambat satu hari ke masjid hingga tertunggu-tunggu jamaah yang hendak beriman akan dia.  Bertanya sahabatnya;  "Kenapakah lambat ya Amirul Mukminin?"  Sahutnya;  "Aku membasuh kain(dan tunggu hingga kering) tak ada kain lain".  Inilah ruh Tasauf yang menjelma melalui Omar Ibni Al-Khattab.
Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Oma waraknya.  Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi  tidak berhasil.  Bila balik didapatinya tersedia tiga biji tamar.  Oleh kerabna sudah sehari suntuk tidak makan,  tetapi bila ia hendak menyuap tamar yang ada di rumah itu teringat ia tidak tahu tamar siapa?  hingga isterinya Fatimah menerangkan itu memang disimpankan untuknya.  Baru ia hendak menyuap,  tiba-tiba terdengar oorang memberi salam dan berkata;  "Saya orang miskin kelaparan. 
Kerana Allah ..Ya Ali!!! berilah saya makanan".  Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu.
Bila akan menyuap yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya  Ali....  saya anak yatim.  Kerana Allah berilah saya makan kerana sangat lapar".  Tidak jadi dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu.
Baru hendak menyuap yang ketiga,  datang pula seorang lelaki.
"Ya Ali...saya seorang yang merana.  Kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terus diberianya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah.
Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda  meraung menangis hingga gempar dan hairan orang melihatnya.  Bila ditanya kepada janda-janda itu?,  jawab mereka:
"Tumbanglah harapan kami,  putuslah pergantungan kami,  kerana selama ini Ali lah yang menanggung dan menyara kehidupan kami"  Tegasnya dalam sulit,  tiada dengan tahu sesiapa Ali menolong janda-janda itu,  Ali miskin kerana kesenangan orang lain.  Inilah kemurniaan  Tasauf yang bergemilapan pada peribadi Sayyidina Ali bin Abi Talib.
Abu Ubaidah bin Jarah,  pahlawan Islam,  pembuka dunia baru mengembangkan Islam,  jadi Raja(Amir) di Syam negeri yang mewah makmur dengan kekayaan.  Manakala Umar melawat Syam dan  bila masuk ke istana tiada kelihatan apa-apa benda kecuali sebiji pinggang dan sehelai tikar.  Umar pun menangis kerana kasihan dan sedihkan nasib Abu Ubaidah yang menderita dalam negeri yang mewah.  Memandangkan hal itu,  Abu Ubaidah berkata;
"Ya Amirul Mukminin,  adakah tuan menangiskan nasib saya sedangkan saya telah menjaulkan dunia saya untuk membeli akhirat".
Generasi seterusnya terus mewarisi pesaka keluhuran budi dan ketinggian ubudiyah ini dengan
Melazimi dan mengekali wirid harian untuk mendapat Warid,

Imam Ali bin Hussin r.a sembahyang sunat sebanyak 1,000 rekaat sehari semalam.
Aulia Allah Daud Al-Thoni tidak mengunyah makanannya tetapii direndamnya dalam ayer dan menelannya.  Apabila ditanya kenapa beliau berbuat begitu,  beliau menjawab,  untuk menjimatkan masa kerana masa itu saya gunakan membaca al-Qur'an.
Sheikh Junaid Al-Bagdadi menegaskan:  " Apa yang aku dapat dalam bidang kerohanian adalah melalui tiga perkara:  Pertama - menjauhkan dunia;  Kedua - puasa;  Ketiga - berjaga sepanjang malam.
Beliau berkata lagi Kesufian itu ialah lari dari dunia menuju Allah dan berada sentiasa dalam ibadat,  carilah kesufian itu dalam diri sendiri
Sejarah Wali Allah Abu Hassan al-Khorkhoni mencatatkan selama 30 tahun dia tidak tidur malam.
Mansur bin 'Amar berkata;  Kebersihan hati dicapai dengan empat latihan:  bercampur dengan Aulia Allah,  mengaji al-Qur'an,  sembahyang di waktu malam,  mengeluarkan air mata pada masa sembahyang.
Imamiyah Tasauf Sheikh Junaid Al-Baghdadi,  pada waktu menerangkan tujuan Shufi,  mengatakan,  "Kami tidak mengambil Tasawwuf ini difikiran dan pendapat orang,  tetapi kami ambil dari dari menahan lapar dan menahan kecintaan kepada dunia,  meninggalkan kebiasaan kami sehari-hari mengikuti segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang."
Jelasnya dan nyata sekali kini,  bahawa Ilmu Tasauf ini bukanlah semata-mata ilmu yang hanya bermain-main dengan kata-kata hakikat atau makrifat yang dijadikan topik perbualan di kedai-kedai kopi dengan meremeh-remeh dan mempersendakan syariat.  Ianya adalah sesuatu yang "besar"  melebihi jangkaun fikiran.  Hayatilah catatan pengalaman Hujjatul Islam Imam Ghazali ini yang tercatat dalam Kitabnya Minhajul 'Abidin sebagai satu rumusan mengenai Tasauf ini
Ketahuilah .....Hal ibadat telah cukup kami fikirkan, telah pula kami teliti jalannya dari awal hingga tujuan akhirnya yang diidam-idamkan oleh para penempuhnya(abid/salik/ilmuan). Ternyata suatu jalan yang amat sukar, banyak tanjakan-tanjakannya(pendakiannya), sangat payah dan jauh perjalanannya, besar bahayanya dan tidak sedikit pula halangannya dan rintangannya, samar di mana tempat celaka dan akan binasa, banyak lawan dan penyamunnya, sedikit teman dan penolongnya.
Bayangan salah satu tempat celaka dan binasa ini boleh diambil iktibar dari kisah Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani  yang pada satu masa berada di dalam hutan tanpa makanan dan minuman beberapa lama.  Tiba-tiba datang awan,  lalu turun hujan.  Dapatlah Sheikh itu menghilangkan dahaganya.  Dengan tdak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan lembaga itu berkata,  "Aku ini Tuhan kamu.  Sekarang ini aku halalkan segala yang haram untuk kamu".  Mendengar itu Sheikh Abdul Qadir pun membaca;  "A 'uzubillahi minassyathonir rajim".  Lembaga itu bertukar jadi awam lalu berkata,  "Dengan ilmumu dan rahmat Allah kamu telah terselamat dari tipu helahku"  Kemudian syaitan itu bertanya kepada beliau bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera.  Jawab Sheikh Abdul Qadir,  bahawa apabila syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan yang haram,  maka dengan serta-merta ia tahu bahawa bukan datang dari Allah Taala kerana Allah tidak menghalalkan segala yang haram.



MAQAM DAN AHWAL(HAL) DALAM TASAWWUF


Dalam istilahi tasawwuf yang dimaksud maqamat sangat berbeza dengan maqam dalam istilah umum yang bererti kubur. Pengertian  maqamat secara adalah bentuk jamak dari kata maqam, yang berarti kedudukan kerohanian

Maqam erti nya :

1) adalah "tempat berdiri", dalam istilah sufis bererti tempat atau martabat seseorang hamba di hadapan Allah pada saat dia berdiri menghadap kepada-Nya. Adapun "ahwal" bentuk jamak dari 'hal' 

2) biasanya diartikan sebagai keadaan minda atau fikiran yang dialami oleh para sufi celah-celah perjalanan kerohaniannya

Dengan erti kata lain, maqam diertikan sebagai suatu tahap adab
 kepadaNya dengan bermacam usaha diwujudkan untuk satu tujuan
pencarian dan ukuran tugas masing-masing yang berada dalam tahapnya
sendiri ketika dalam keadaan tersebut, serta tingkah laku riyadah
menuju kepadanya.

3  Seorang sufi tidak dibenarkan berpindah ke suatu maqam
lain, kecuali setelah menyelesaikan syarat-syarat yang ada dalam maqam
tersebut. Tahap-tahap atau tingkat-tingkat maqam ini bukannya berbentuk
yang sama di antara ahli-ahli sufi, namun mereka bersependapat bahawa
tahap permulaan bagi setiap maqam ialah taubah.
Rentetan amalan para sufi tersebut di atas akan memberi kesan kepada
keadaan rohani yang disebut sebagai al-ahwal yang diperoleh secara
rohaniah dalam hati secara tidak langsung sebagai anugerah daripada Allah
semata-mata, daripada rasa senang atau sedih, rindu atau benci, rasa takut
atau sukacita, ketenangan atau kecemasan secara berlawanan dalam kenyataan
dan pengalaman dan sebagainya.

4 Al-Maqamat dan al-ahwal adalah dua bentuk kesinambungan yang bersambungan dan bertalian daripada sebab akibat amalan-amalan melalui latihan-latihan rohani.

Banyak pendapat yang berbeza untuk mendefinisikan maqamat, di antaranya :

 Al Qusyairi, menjelaskan bahwa maqamat adalah etika seorang hamba dalam wushul (mencapai, menyambung) kepadanya dengan macam upaya, diwujudkan dengan tujuan pencarian dan ukuran tugas. Al Qusyairi menggambarkan maqamat dalam taubat - wara - zuhud - tawakal - sabar dan Ridha.

Al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin membuat sistematika maqamat dengan taubat - sabar - faqir - zuhud - tawakal - mahabbah - ma'rifat dan redha.

At Thusi menjelaskan maqamat sebagai berikut : Al Taubat - Wara - Zuhud - faqir - sabar - redha - tawakal - ma'rifat.

Al Kalabadhi (w. 990/5) didalam kitabnya "Al taaruf Li Madzhab Ahl Tasawuf", menjelaskan ada sekitar 10 maqamat : Taubat - zuhud - sabar - faqir - dipercaya - tawadhu (rendah hati) - tawakal - redha - mahabbah (cinta) -dan ma'rifat.

Ibn Arabi dalam kitab Al futuhat Al Makiyah bahkan menyebutkan enam puluh maqam tetapi tidak memperdulikan sususunan maqam tersebut.

Maqam-maqam di atas harus dilalui oleh seorang sufi yang sedang mendekatkan diri kepada Tuhannya. Karena urutan masing-masing ulama sufi dalam menentukan urutan seperti yang tersebut di atas tidak seragam sehingga mengelirukan murid, biasanya Syaikh (guru) tasawuf akan memberikan petunjuknya kepada muridnya.

Menjelaskan perbezaan tentang maqamat dan hal mengelirukan karena definisi dari masing-masing tokoh tasawuf berbeza tetapi umumnya yang dipakai sebagai berikut:

Maqamat adalah perjalanan rohaniah yang diperjuangkan oleh para Sufi untuk memperolehnya. Perjuangan ini pada hakikatnya merupakan perjuangan srohaniah yang panjang dan melelahkan untuk melawan hawa nafsu termasuk ego manusia yang dipandang sebagai berhala besar dan merupakan halangan untuk menuju Tuhan.
Didalam kenyataannya para Saliki memang untuk berpindah dari satu maqam ke maqam lain itu memerlukan waktu yang bertahun- tahun, sedangkan "ahwal" sering diperoleh secara spontan sebagai hadiah dari Tuhan. Contoh ahwal yang sering disebut adalah : takut , syukur, rendah hati, ikhlas, takwa, gembira. Walaupun definisi yang diberikan sering berlawanan makna, namun kebanyakan mereka mengatakan bahwa ahwal dialami secara spontan dan berlangsung sebentar dan diperoleh bukan atas dasar usaha sedar dan perjuangan keras, seperti halnya pada maqamat, melainkan sebagai hadiah dari kilatan Ilahiah , yang biasa disebut "lama'at".

Menurut al-Qusyairi (w. 465 H) maqam adalah tahapan adab (etika) seorang hamba dalam rangka wushul (sampai) kepadaNya dengan berbagai upaya, diwujudkan dengan suatu tujuan pencarian dan ukuran tugas.

Adapun pengertian maqam dalam pandangan al-Sarraj (w. 378 H) yaitu kedudukan atau tingkatan seorang hamba dihadapan Allah yang diperoleh melalui serangkaian pengabdian (ibadah), kesungguhan melawan hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati (mujahadah), latihan-latihan spiritual (riyadhah) dan mengarahkan segenap jiwa raga semata-mata kepada Allah.

Semakna dengan al-Qusyairi, al-Hujwiri (w. 465 H) menyatakan bahwa  maqam  adalah keberadaan seseorang di jalan Allah yang dipenuhi olehnya kewajiban-kewajiban yang berkaitan dengan maqam itu serta menjaganya hingga ia mencapai kesempurnaannya.  Jika diperhatikan beberapa pendapat sufi diatas maka secara terminologis kesemuanya sepakat memahami Maqamat bermakna kedudukan seorang pejalan spiritual di hadapan Allah yang diperoleh melalui kerja keras beribadah, bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan latihan-latihan spiritual sehingga pada akhirnya ia dapat mencapai kesempurnaan. Bentuk maqamat adalah pengalaman-pengalaman yang dirasakan dan diperoleh seorang sufi melalui usaha-usaha tertentu; jalan panjang berisi tingkatan-tingkatan yang harus ditempuh oleh seorang sufi agar berada sedekat mungkin dengan Allah. Tasawuf memang bertujuan agar manusia (sufi) memperoleh hubungan langsung dengan Allah sehingga ia menyadari benar bahwa dirinya berada sedekat-dekatnya dengan Allah. Namun, seorang sufi tidak dapat begitu saja dekat dengan Allah. Ia harus menempuh jalan panjang yang berisi tingkatan-tingkatan (stages atau stations). Jumlah maqam yang harus dilalui oleh seorang sufi ternyata bersifat relatif. Artinya, antara satu sufi dengan yang lain mempunyai jumlah maqam yang berbeda. Ini merupakan sesuatu yang wajar mengingat maqamat itu terkait erat dengan pengalaman sufi itu sendiri.

Ibn Qayyim al-Jauziyah (w. 750 H) berpendapat bahwa Maqamat terbagi kepada tiga tahapan. Yang pertama adalah kesadaran (yaqzah), kedua adalah tafkir (berpikir) dan yang ketiga adalah musyahadah. Sedangkan menurut al-Sarraj Maqamat terdiri dari tujuh tingkatan yaitu taubat, wara’, zuhd, faqr, shabr, tawakkal dan ridha. 

 Al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin membuat sistematika maqamat dengan taubat – sabar – faqir – zuhud – tawakal – mahabah – ma’rifat dan ridha. At Thusi menjelaskan maqamat sebagai berikut : Al Taubat – Wara – Zuhud – faqir – sabar – ridha – tawakal – ma’rifat. Al Kalabadhi (w. 990/5) didalam kitabnya “Al taaruf Li Madzhab Ahl Tasawuf” menjelaskan ada sekitar 10 maqamat : Taubat – zuhud – sabar – faqir – dipercaya – tawadhu (rendah hati) – tawakal – ridho – mahabbah (cinta) -dan ma’rifat.

Tentang "Hal", dapat diambil contoh beberapa item yang diungkapkan oleh al-
Thusi sebagai item yang termasuk di dalam kategori hâl yaitu:
 Al-murâqabat (rasa selalu diawasi oleh Tuhan),
al-qurb (perasaan dekat kepada Tuhan),
al-mahabbat (rasa cinta kepada Tuhan),
 al-khauf wa al-rajâ’ (rasa takut dan pengharapan kepada Tuhan),
 al-syawq (rasa rindu),
 al-uns (rasa berteman),
al-thuma’nînat (rasa tenteram),
 al-musyâhadat (perasaan menyaksikan Tuhan dengan mata hati), dan
al-yaqîn (rasa yakin).

Kembali kepada masalah Al-Maqaamaat dan Al-Akhwaal, yang dapat
dibezakan dari dua segi:

a). Tingkat kerohanian yang disebut maqam hanya dapat diperoleh
dengan cara pengamalan ajaran Tasawuf yang sungguh-sungguh. Sedangkan
ahwaal, di samping dapat diperoleh manusia yang mengamalkannya, dapat
juga diperoleh manusia hanya karena anugErah semata-mata dari Tuhan,
meskipun ia tidak pernah mengamalkan ajaran Tasawuf secara sungguh-
sungguh.

b) Tingkatan kerohanian yang disebut maqam sifatnya
bertahan lama, sedangkan ahwaal sifatnya sementara; sering ada pada
diri manusia, dan sering pula hilang. Meskipun ada pendapat Ulama
Tasawuf yang mengatakan bahwa maqam dan ahwaal sama pengertiannya,
namun penulis mengikuti pendapat yang membeZakannya beserta alasan-
alasannya.

Tentang jumlah tingkatan maqam dan ahwaal, tidak disepakati oleh Ulama
Tasawuf. Abu Nashr As-Sarraaj mengatakan bahwa tingkatan maqam ada
tujuh, sedangkan tingkatan ahwaal ada sepuluh.

Adapun tingkatan maqam menurut Abu Nashr As-Sarraj, dapat disebutkan
sebagai berikut:

a). Tingkatan Taubat (At-Taubah);
b) Tingkatan pemeliharaan diri dari perbuatan yang haram dan yang
makruh, serta yang syubhat (Al-Wara');
c). Tingkatan meninggalkan kesenangan dunia (As-Zuhdu).
d) Tingkatan memfakirkan diri (Al-Faqru).
e). Tingkatan Sabar (Ash-Shabru).
f). Tingkatan Tawakkal (At-Tawakkul).
g). Tingkatan kerelaaan (Ar-Ridhaa).

Mengenai tingkatan hal (al-ahwaal) menurut Abu Nash As Sarraj, dapat
dikemukakan sebagai berikut;

a). Tingkatan Pengawasan diri (Al-Muraaqabah)
b). Tingkatan kedekatan/kehampiran diri (Al-Qurbu)
c). Tingkatan cinta (Al-Mahabbah)
d). Tingkatan takut (Al-Khauf)
e). Tingkatan harapan (Ar-Rajaa)
f). Tingkatan kerinduan (Asy-Syauuq)
g). Tingkatan kejinakan atau senang mendekat kepada perintah Allah
(Al-Unsu).
h). Tingkatan ketenangan jiwa (Al-Itmi'naan)
i). Tingkatan Perenungan (Al-Musyaahaah)
j). Tingkatan kepastian (Al-Yaqiin).


Maqām merupakan tahapan-tahapan thariqah yang harus dilalui oleh seorang salik, yang membuahkan keadaan tertentu yang merasuk dalam diri salik. Misalnya maqām taubat,  seorang salik dikatakan telah mencapai maqām ini ketika dia telah bermujahadah dengan penuh kesungguhan untuk menjauhi segala bentuk maksiat dan nafsu syahwat. Dengan demikian, maqām adalah suatu keadaan tertentu yang ada pada diri salik yang didapatnya melalui proses usaha riyadhah (melatih hawa nafsu).

Sedangkan yang dimaksud dengan hāl − sebagaimana diungkapkan oleh al-Qusyairi − adalah suatu keadaan yang dianugerahkan kepada seorang sālik tanpa melalui proses usaha riyadhah.

Namun, dalam konsep maqām ini Ibn Atha’illah memiliki pemikiran yang berbeza, dia memandang bahawa suatu maqām boleh dicapai bukan karena adanya usaha dari seorang salik, melainkan semata anugerah Allah swt. Karena jika maqām dicapai karena usaha salik sendiri, sama halnya dengan menisbatkan bahwa salik memiliki kemampuan untuk mencapai suatu maqām atas kehendak dan kemampuan dirinya sendiri.
Pun jika demikian, maka hal ini bertentangan dengan konsep fana’ iradah, iaitu bahwa manusia sama sekali tidak memiliki kehendak, dan juga bertentangan dengan keimanan kita bahwa Allah yang menciptakan semua perbuatan manusia. Dengan demikian, bagi seorang salik untuk mencapai suatu maqām hendaknya salik menghilangkan segala kehendak dan angan-angannya (isqath al-iradah wa al-tadbir).

Mengenai maqām, Ibn Atha’illah membahaginya tingkatan maqam sufi menjadi 9 tahapan;

1. Maqam taubat
2. Maqam zuhud
3. Maqam shabar
4. Maqam syukur
5. Maqam khauf
6. Maqam raja’
7. Maqam ridha
8. Maqam tawakkal
9. Maqam mahabbah


Muthaba’ah 3 Wali pada Muhammad SAW



“Wa Ma Arsalnaka Illa Rohmatan Lil ‘Alamin” Mungkin ayat inilah yang memotifasi kepada setiap Hamba Allah atau yang bergelar Umat Rosululloh untuk selalu mencintai Nabiyulloh Muhammad SAW, apakah gerangan motifasi serta harapan tersebut ? Motifasi tersebut tak lain & tak bukan adalah meneladani sifat atau perangai Nabi baik dalam Dzohir dan Bathin.

Jika dalam pandangan Dzohir maka hal tersebut dapat ditempuh dengan meneladani sifat/perangai beliau melalui Hadist-Nya pula, sedangkan dalam pandangan Bathin harus dengan melalui suatu jalan (tharekat).

Dengan perpaduan antara Syari’at & Tharekat itulah maka bukan tidak mungkin seorang “salik” akan singgah dalam “Hadroh” nabi yang sebelumnya telah sirna dalam “Muthaba’ah” kepada beliau.

Muthaba’ah itu sendiri dapat dilihat dengan mata hati jika telah menerima panji-panji ketuhanan yang diserahkan oleh Rosululloh sendiri.

Alkisah, Salah seorang jama’ah ahli wilayyah menegaskan dan mengabarkan bahwa Nabi mengundang 3 Wali yang bernama Muhammad, ketiganya hampir sangat dekat kepada Nabi bahkan beliau dalam kesempatan mengatakan dihadapan para wali
Inilah 3 permata-Ku
Inilah diantara 7 pasak panji-panji-ku

Ketiganya telah menerima Ijazah hasil Muthaba’ah tersebut secara langsung dari Nabi berupa panji-panji ketuhanan, dan ketiganya pun menerima dengan warna yang berbeda, Siapakah 3 Wali tersebut ? mereka adalah

1.     Syekh Sayyid Muhammad Al-Aydrus , beliau menerima panji berwarna kuning.
2.   Syekh Sayyid Muhammad Yusuf Al-kaf beliau menerima panji warna hijau.
3.   Syekh Sayyid Muhammad Thalhah Maulana Al-kaf beliau menerima panji warna merah.

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus.
(Q.S.An-nisa: 125)

Ketiganya bukan saja memiliki kesamaan Nama, namun ketiganya sangat haus kasih sayang dari kekasih Allah Azza Wa Jalla itu.

Mudah mudahan kita selalu mendapat Pertolongan serta Bimbingan Allah agar selalu dalam Muthala’ah kepada Nabi Muhammad SAW. Amin

ALLAHUMMA-RZUQNA MUTHABA’ATAN –NABY SAW
AWWALAN, WA AKHIRAN
WA DZOHIRAN WA BATHINAN
WA QOULAN WA FI’LAN
WA THO’ATAN WA ‘IBADATAN
WA ‘AMALAN SHOLIHAN WA ADAH.

No comments: