Friday, June 8, 2012

KISAH KOTA MANUSIA, RAJANYA ADALAH ROH

Ketika Allah menciptakan khalifahNya, Dia juga mendirikan sebuah kota baginya , di mana Sang khalifah itu boleh tinggal bersama rakyat jelatanya dan pegawai pemeritahannya. Dia menamai kota itu Manusia.
Ketika Allah menyiapkan pembangunan kota itu, Dia berikan tempat khusus ditengah-tengahnya kepada khalifahnya yang dinamakan Hati. Ada cakap cakap angin mengatakan adakah khalifah betul-betul menetap di kota ini atau hanya menggunakannya sebagai pusat pentadbirannya. Apakah ia merupakan ruangan singahsana atau balai istana atau hanya tempat bersuara, tidaklah penting.
Allah mendirikan kota dari bahan –bahan yang terdiri dari tanah, air, api dan angin. Pemimpin utama menyatakan dalam riwayat yang bernama firman Tuhan yang bermaksud:
Langit dan bumi yang kuciptakan tak dapat meliputinya, namun hati hamba Ku yang beriman meliputimya.
Manakala pemimpin kita Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
Allah tidak memandang pada rupa parasmu atau perbuatan mu, tetapi hati mu.
Allah selalu mengingati, memerhatikan dan mecermati nya setiap saaat
Dia yang meciptakan wakilnya, sudah pasti memerhatikan wakilnya itu, apa yang dibuatnya terhadap amanat yang telah diserahkannya.
Allah mecipatkan roh sebagai khalifahnya atas tubuh, jadi Allah membuat roh bertanggungjawab terhadap tubuh. Ingat lah firman Allah yang bermaksud:
… Kerana sesunggugguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada
Manusia yang mengembara di seluruh pelosok dunia ini. Dalam kesempatan hidup mereka , mereka dapat melihat dengan jelas. Mereka melihat yang hidup dan yang mati, yang dibangunkan dan yang dihancurkan. Mereka punya mata untuk melihat, punya telinga untuk mendengar, jadi tidak mahu mengambil iktibar dari apa yang dilihat dan didenganya. Jika mereka lalai, itu kerana mereka buta.
Pemimpin Rasulullah bersabda:
Ada sekerat daging dalam tubuh manusia. Jika bersih ia dan baik , nescaya seluruh tubuh akan menjadi baik. Jika sekerat daging itu rusak, niscaya tubuh akan rusak. Sekerat daging itu adalah hati.
Hati merupakan istana khalifah Allah, tempat meyimpan rahsia, ia merupakan peti besi tempat menyimpan catitan rahsia, hukum dan titah sang khalifah.
Ingat jika sang pemimpin kota baik, niscaya rakyat jelata pun baik, jika sang pemimpin ini tersesat, para sahabat dan rakyatnya juga tersesat.
Ketika Allah menajdikan roh manusia sebagai pemimpin utama kota manusia. Dia mengajar tentang perangai, perilaku dan fikiran para penduduk kota itu. Jadi, kerana ia memahami rakyatnya, maka rakyatnya menghormatinya, percaya kepadanya dan rela membelanya. Jika khalifah Allah ini, tidak setia dan khianati amanatnya, niscaya penduduknya akan rusak dan juga tidak setia kepadanya. Di pihak lain jika ia bertaqwa dan memuliakan yang memberikan kepadanya kekuasaan, maka para sahabat dan rakyat akan mempercayai dan menghormatinya.
Jadi perhatikan diri anda sendiri. Jika anda bertaqwa, adil dan baik, maka roh anda pun akan jadi demikian jua. Anda sebagaimana roh anda.
Orang melihat begitu banyak hal dalam dirinya tanpa menyedari mengapa semua itu ada. Siapakah semuanya itu terjadi sejak permulaaan atau terjadi sesudahnya atau akan tetap seperti itu jua pada bila- bila. Sebab orang tidak mengetahui kerahsiaaan pemerintahan Allah di dalam hati atau bagaimana melindungi sekerat daging kecil yang bernama hati tadi. Jika salah langkah boleh merusakan kita semua.
Allah mendirikan menara di tanah tinggi di kota manusia. Dia membangunkannya dengan bahan-bahan yang terpilih, merancangnya untuk mengawasi seluruh kota dan meyebutnya dengan nama fikiran.
Dia juga membuka jendela besar di puncaknya tersebut untuk menikmati empat sudut kota dan menamainya mata, telinga, mulut dan hidung.
Di bahagian tengah menara pula, Dia membangunkan sebuah ruang untuk mneyimpan khazanah khayalan dan dalamnya tersimpan perbendaharaan yang tersusun sempurna.
Para pemimpin panca indera ini, dapat manfaatkan ruang maklumat ini untuk kemudiannya menambah akan data-data baru kepadanya. Mimpi dalam tidur pun berasal dari ruang ini. Di sini juga, semua kekayaan dari kutipan cukai dikumpulkan oleh para pemungut cukai di dalam kota manusia, di mana hasil wang dipisahkan berdasarkan halal dan yang haram.
Allah juga membangunkan ruang lain di dalam menara fikiran itu ia dinamai ruang akal. Barang-barang di dalam ruang itu berasal dari dari ruang khayalan. Di sini barang-barang ditimbang dan diukur. Di mana apa-apa yang benar yang disimpan dalam ruang, manakala yang salah dikembalikan pada ruang pertama tadi.
Pada sebuah sudut fikiran, dibangunkan pula ruang lain , tempat menyimpan kenangan. Penjaga kenangan ini adalah seorang penjawat yang bernama akal.
Ada kawasan lain, di dalam kota manusia yang dijadikan tempat tinggal yang bernama nafsu, sang puteri mahkota khalifah Allah. Tempat ini dikenal sebagai mementingkan diri sendiri. Disinilah terdapat berbagai pertentangan, di sini juga tersimpan perintah Allah maupun laranganNya. Pada malam agung tertentu, Perintah yang Maha Agung diturunkan di sini. Tempat itu, dilindungi sendiri oleh Allah,
sebab ia berada dibawah tempat pijak, tempat kakinya yang suci berpijak iaitu roh.(khalifah Allah) yang berada di bawah dan dilindungi oleh singgahsanaNya .Mengikut Imam Al Ghazali , beliau berkata:
Manusia adalah anak yang ayahnya adala roh dan ibunya adalah jiwa. Dia berpendapat bahawa Tuhan menjaga roh pada pada tingkatan tertinggi di bawah singgasanahNya dan ibu kita, jiwa pada tingkatan lebih rendah di bawah kakinya. Jadi Dia adalah Tuhan kedua orang tua kita, Dia lah Tuhan raga, roh dan jiwa. Kaum sufi mengetahui bahawa semua ucapan dan perbuatan jiwa,benar atau salah telah ditakdirkan oleh Tuhan. Satu-satunya bahagian manusia yang tak terkena tempias takdir ialah roh, yang mereka mengikutinya pada masa-masa hadapan.
Sebenarnya manusia memiliki tiga jenis jiwa iaitu jiwa tumbuhan yang dikelompokkan dalamnya benda-benda mati. Jenis kedua ialah jiwa haiwani, yang di dalamya dikelompokkan golongan haiwan, jenis ketiga ialah jiwa rasional, yang di dalamnya di bezakan dari kedua-dua makhluk sebelumnya. Dengan dikaitkan dengan manusia. Dengan jiwa yang ketiga tadi manusia menjadi lebih unggul dari malaikat.
Seterusnya dalam kerajaan manusia, Allah mencipatakan kekuatan lain yang sifatnya selalu memberontak dan ingin merebut kuasa roh dan akal. Ia dinamakan sebagai hawa nafsu dan menteri kanannya bernama syahwat.
Suatu hari, syahwat menyamar dalam pasukan kerajaan manusia, berjalan-jalan di sebahagian taman indah. Tanpa sengaja, dia bertemu dengan nafs, iaitu isteri tersayang sang khalifah, Kemudian saling berpandangan dan syahwat mula jatuh cinta kepada nafs, Untuk bersatu dengannya, syahwat telah mengerjakan berbagai helah licik, Dia menggunakan cara rayuan, bersolek , memberi hadiah indah-indah apa-apa yang dimilikinya. Utusannya yang bernama angan-angan dan dutanya yang bernama terpedaya pun kehilir kehulu di antara kedua-duanya sehingga sang isteri khalifah tadi pun jatuh cinta kepada syahwat. Sayangnya,khalifah sendiri tidak menyedarinya. Tetapi, akal mengetahuinya keadaan ini, coba menutup sebelah mata dan menyembunyikannya agar sang khalifah tidak menaruh curiga.
Bahkan dalam keadaan tertentu, nafs atau jiwa telah pun di bawah pengaruh nafsu dan syahwat begitu mencengkam. Meskipun roh mengetahui bahaya godaaan jiwa yang selalu memerintahkan kepada kejahatan. Manusia tetap berada pada keadaan yang amat sulit. Manusia tadi, terombang ambing di antara dua buah pengaruh yang kuat, roh menyerunya ke arah kebaikan, tetapi jiwa selalu terus menerus menyeru kepada kejahatan ,
Tetapi semua dugaan ini telah diizinkan Allah. Sebagaimana firmannya bermaksud dalam surah al-syamas:91. Bermaksud:
Dan jiwa serta penyermpurnaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kepada kefasikan dan ketaqwaan.
Manusia yang selalu mmentingkan diri sendiri dan kepada jiwa ia terpengaruh kepada hasutan, kepada kejahatan. Jika ia tergoda, hilanglah kesuciannya. Semuanya datang dari sisi Allah, Di mana Ia menjadikan jiwa yang selalu menyeru kepada kearah kejahatan dan Dia pula yang menjadikan sikap ego manusia yang condong kepada kejahatan dan kabaikan, siling berganti. Ketika jiwa berfikir, merenung dan insaf, ia menjadi murni dan normal kembali. Kemudian jiwa ini disebut dengan jiwa yang tenang.
Meskipun Allah telah mencipatkan khalifahnya dengan sifat-sifat yang sangat sempurna namun Dia tetap memandangnya lemah, tak berdaya dan papa kedana. Allah ingin agar khalifahNya menyedari bahawa khalifahnya akan menemui kekuatan hanya dengan pertololongan dan sokongan padu Tuhannya. Dia menciptakan halangan dan dugaan-dugaan yang kuat baginya itu untuk mehghalangi kepada kesedaran. Ini lah rahsia dua kemungkinan yang saling berlawanan bagi diri manusia tadi.
Roh dan nafsu adalah suami isteri yang sah. Jika sang suami memanggil isterinya, namun isterinya tidak menyahut, orang akan berkata, mengapa isterinya tidak datang kepada mu. Maka si suami bertanya kepada pembantu yang dikasihinya iaitu akal, mengapa isterinya bersikap diam, Akal mengatakan kepada tuannya, hai tuanku yang baik hati, engkau menyeru yang kedudukannya adalah setara dengan kekdudukanmu sendiri, yang mempunyai wilayah pemeritahannya sendiri, dengan kekuatan dan berada di bawah perintah Yang Maha Kuasa juga. Dia disebut sebagai nafsu duniawi, jiwa ini selalu menyeru ke arah kejahatan. Tidaklah begitu mudah untuk menaklukinya.
Roh megirimkan sepucuk surat kepada isterinya melalui penasihat kananya, yang mejelaskan perasaanya kepadanya. Namun nafsu telah menangkap dan memenjarakan utusan roh. Akal sebagai penasihat kanan roh, telah ditakluki di bawah tekanan nafsu .
Ketika akal kini di bawah pengaruh nafsu, telah diizinkan kembali ke tuannya roh, dia telah menyampaikan pesanan bahawa dia bukan sahaja kehilangan isterinya malah telah banyak juga pegawai-pegawainya dan pasukannya telah berpihak kepada isterinya. Hanya segelintir sahaja yang tetap setia kepadanya.
Fikiran telah memberitahu kepada roh bahawa musuhnya telah mamasuki halaman istana, telah siap siaga menghancurkan pemerintahannya, merebut tahta kerajaan dan mengambil alihnya. Akal telah memberitahu tugas sucinya adalah untuk memperingatkan kepada roh sebelum mereka berdua binasa.
Kini, dengan peringatan dari akal, roh mengetahui bahawa dia telah dilumpuhkan, Dia sudah tak berdaya dan kini pasrah diri kepada Tuhannya pemilik segala sesuatu. Kini Roh sudah mengetahui, dia sudah tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri. Kini dia tahu di saat cemas beginilah apa erti makna Tuhan kepadanya yang maha perkasa.
Ketika khalifah Allah yang bernama roh mengadap junjung kasih kepada Tuhannya untuk meiminta pertolongan.
Tuhan telah menjadi perantara antara roh dan nafsu. Kemudian nafsu menahan dirinya dan tidak lagi melakukan penguasaan menyeluruh atas kerajaan manusia tadi.
Menyahuti dan meghormati akan kekuasaan Tuhan, maka roh dan nafsu menundukkan kepala mereka dalam ketaatan, puas dengan keridhaan Allah sebagaimana Firman Allah berbunyi: dalam surah Al- fajar:27-30, yang bermaksud:
Hai jiwa yang tenang (Muthamainnah), kembalilah kepada Ku, dengan hati yang puas lagi diredhai, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaku Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku
Kini perbezaan antara kedua-duanya telah lenyap. Mereka akhirnya bersatu kembali.
Tuhan menamai jiwa yang tenan sebab pada diri nafsu telah menyedari potensi dan kemampuan yang sebenarnya. Jika ia tergoda oleh kejahatan, ia menentang kodratnya sendiri, seperti dalam, firman Allah surah an nisa:78 yang bermaksud:
Semuanya dari sisi Allah
Juga, dalam surah al-isra’ :20, yang bermaksud:
Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.
Ketika Dia memanggil roh dan nafsu kepada diriNya sendiri dengan puas lagi diredhaiNYa, tersirat bahawa kedua-duanya saling meridhai dan serasa. Ketika Dia megundang mereka berdua ke syurgaNya, sebenarnya Dia mengundang mereka menuju keselamatan di sebuah tempat yang damai, jauh dari tempat-tempat yang tidak diredhai Tuhan. Ketika ia diminta datang ke dalam syurga bersama para hambaNya yang dicintaiNYa, dimasukkanNya mereka ke dalam golongan orang yang taat patuh kepada Nya dan telah mengikat kukuh hati mereka tunduk kepadaNya.
Di dalam kerajaan manusia, di bawah pemeritahan roh, khalifah Allah terdapat empat golologan penduduk:
  1. Mukmin sejati yang mamatuhi hukum-hukum Tuhan mereka dan, mereka mampu melindungi diri sendiri dari semua kejahatan
  2. Golongan kedua, mereka pada dasarnya beriman, namun terkadang tersasar berbuat maksiat
  3. Golongan ketiga, kumpulan munafik iaitu yang menampakkan keimanan padahal sebenarnya mereka tidak beriman
  4. Golongan keempat . Golongan kafir yang memandang diri mereka sendiri sebagai Tuhan
Inilah kenyataan yang ada pada kerajaan manusia, di tengah-tengah berlakunya kejahatan, rasa dengki, perang antara roh dan nafsu. Fikiran dan jiwa yang selalu mengarahkan kepada kejahatan.

No comments: