Friday, June 8, 2012

HATI : PENGERTIAN DAN SIFAT-SIFATNYA

Pengertian secara umum ialah Hati
Secara khusus mempuyai dua erti iaitu:
1. Hati jasmani iaitu daging khusus yang berbentuk seperti jantung pisang yang terletak di dalam
rongga dada sebelah kiri dan berisis darah hitam pekat. Ia merupaka Roh Haiwani.
2. Ia menyangkut jiwa yang bersifat Lathif Rabbani (halus dan mempunyai sifat Ketuhanan) dan Ruhani.
Lathif Rabbani dan Ruhani
Ia memiliki hubungan dengan hati yang bersifat jasmani sama seperti hubungan a’radh dan jisim serta hubungan sifat dan yang disifati.
Lathif ini merupakan hakikat manusia yang mengenali, mengetahui, yang diajak berbicara, yang dituntut, diberi pahala dan dosa.
Hati merupakan tingkatan yang kedua batin manusia selepas Shadr, setelahnya adalah tingkat Fu’ad dan Lubb.
Firman Allah Taala:
“Telah ku ciptakan seorang malaikat di dalam tubuh anak keturunan Adam. Di dalam malaikat itu ada ‘Shadr’. Di dalam Shadr itu ada ‘Qalb’. Di dalam Qalb itu ada ‘Fu’ad’. Di dalam Fu’ad itu ada ada ‘Syagf’. Di dalam Syagf ada ‘Lubb’. Di dalam Lubb itu ada ‘Sirr’. Di dalam Sirr itu ada ‘Aku”.
Hati manusia merupakan tempat peubahan dan pasang surut yang tetap.
Hati merupakan batas (Barzakh) antara dunia dan akhirat.
Hati merupakan tempat jihad besar (Jihad al Akbar), juga merupakan tempat jiwa rendah (Nafs) yang terperosok jika dibandingkan dengan Roh yang selalu merindukan Ilahi. Perang dan rebutan kekuatan antara Roh dan Nafs ini meruapakan sesuatu yang menguasai hati manusia (Hati = Roh vs Nafs).
Mengikut Al Jilli: Hati meruapakan cahaya abadi dan rahsia yang tinggi yang dirunkan kepada manusia agar dengannya Tuhan dapat melihat manusia. Ia merupakan salah satu daya rohaniah manusia. Menurut Al Jilli lagi, hati ini mempunyai 7 nama:
1 Hati (al qalb)
2 Akal (al ’aql)
3 Penganggar (Wahm)
4 Taffakur (himmah)
5 Fikiran (fikr)
6 Fantasi (khayal)
7 Jiwa (nafs).
Ciri Khas Hati
1 Mempuyai penglihatan dan kebutaan
2 Menjadi tempat bagi cahaya iman, cahaya khusyuk, sifat
taqwa, sifat mahabbah, sifat redha, sifat yakin, sifat takut,
sifat harap, sifat sabar, sifat qana’ah
3 Menjadi sumber ilmu, kerana ia umpama sumber mata air.
4 Ia memiliki dua jenis aspek pengetahuan atau ilmu iaitu dari
dalam dan dari luar. Satu sisi Allah menciptakannya dan pada
sisi lain merupakan suatu hakikat. Dan hidupnya hati
bergantung pada dua aspek ini.
Rasulullah saw bersabda: ”Kesalehan ada di sini, sambil
menunjukkan ke dalam hati”
Perbandingan hati dengan shadr
Hati sebagai sumber air, Shadr bagaikan danau, di mana dari sumber air inilah membolehkan air mengalir dan menjadi danau. Shadr merupakan tempat keluarnya ilmu dari hati atau tempat masuknya ilmu dari pendengaaran setelah melalui shadr. Keyakinan, ilmu dan niat selalu bergelora di dalam hati, sehingga terlimpah keluar ke dada. Oleh demikian, hati ini dianggap sebagai pokok dan shadr meruapakan cabang-cabangnya.
Hati sumber hikmah
Hati merupakan tempat ilmu hikmah dan rahsia. Bagi seseorang yang dibukakan hatinya oleh Allah Taala, sehingga dapat menyaksikan sesuatu yang ghaib dan dapat melihat sesuatu yang terdapat di balik hijab maka ia melihat sesuatu yang ghaib dengan matanya. Hingga walaupun dibuka dinding hijab tadi, tapi sedikit pun tidak terpengaruh kepada jiwanya.
Sifat Hati
Hakim At Tirmizi menggambarkan sifat hati yang dikehendaki oleh Allah Taala adalah hati para wali Allah iaitu hati yang penuh hasanah hikmah, tempat rahmat dan rahsia makrifat. Selain itu, ia juga tempat Allah Taala melihat dengan pandangan rahmatNya, Gedung ilmuNya, tempat pancaran rahsia hikmah dan tempat kesedaran keesaanNya.
Menurut Imam Al Ghazali bahawa di luar akal dan jiwa terdapat alat yang dapat menyingkap pengetahuan yang ghaib dan hal-hal yang akan terjadi di masa hadapan. Penyingkapan seperti ini dikatakan cawan Irfaniyyah. Hanya dengan alat hati sahajalah ilmu makrifat boleh diperolehi oleh manusia.
Manakala sesetengah ahli sufi, mengatakan di dalam hati terdapat Sirr dan Ruh. Sirr, Ruh dan Hati, ketiga-tiganya mempunyai fugsi yang berbeza. Sirr dikatakan sebagai alat atau tempat untuk ber-musyahadah alam ghaib, Ruh sebagai alat untuk ber-mahabbah alam ghaib, sedangkan Hati adalah alat untuk ber-makrifat kepada Allah.
Fngsi hati mengikut Ahli Tasawwuf ialah:
1 Sebagai alat untuk menemukan penghayatan makrifat kepada Allah, kerana dengan hati inilah manusia boleh menghayati segala rahsia di alam ghaib. Hati itu alim atau tahu terhadap Allah Taala
2 Hati berfungsi untuk beramal hanya kepada Allah dan berusaha utuk menuju Allah, manakala anggota badan yang lainnya hanyalah sebagai pengikut dan alat kepada hati semata-mata.
3 Hati taat kepada Allah semata-mata, gerak ibadat semua aggota badannya adalah pancaran dari hati itu.

No comments: