AUZUBILLAH .....KEJADIAN ADAM
Maka tatakala dikehendaki Allah
Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba)
lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya
maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka
dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan
daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan
beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka
diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu.
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka
dijadikan lembaga oleh hak Allah Taala akan tanah yang satu gengam
itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka
dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat
yang antara medan “azali” dan
“abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada
"israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada qamar
al-sifat, tetapi tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala
perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang
maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia
sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas lembaga adam kira
kira 120 tahun lamanya iaitu:-
Pada tanah yang bercampur
dengan air kira-kira 40 tahun lamanya.
Pada tanah kering kira-kira 40
tahun lamanya.
Pada tanah hitam busuk kira-kira
40tahun lamanya.
Setelah itu maka dipersalinkan hak
taala akan lembaga itu dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah
penglihatan segala malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada
melihat yang dijadikan allah Taala denga kemulianya dan Samad dan Jalalnya dan
Jamalnya dan Zatnya pada menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam,
Maka adalah tilik segala malaikat
kepada lembaga itu dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu kerana
kurang makrifat mereka itu akan kebesaran dan martabat lembaga itu.
dan dibutakan Allah Taala akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia
didalam lembaga nabi allah adam itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga
itu.
Berkata segala ulama tetakala
dikehendaki allah taala menjadikan nabi allah adam, maka ia berfirman seperti
yang tersebut didalam alquraan yang ertinya, pada ketika firman tuhan
engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku hendak menjadikan insan
daripada tanah, maka firman allah taala kepada Jibril Alaisalam, Hai Jibril,
pergilah engkau ke bumi ambil olehmu tanah daripada segala bumi. Aku hendak
menjadikan suatu kejadian daripdanya. maka Jibril pun turunlah ke bumi lalu
hendak diambilnya akan tanah daripada bumi itu maka disumpah oleh bumi akan dia
serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut
dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka,
maka Jibril pun kembalilah kehadrat Allah, maka dipersembah Jibril, Ya Tuhanku
engkau jua yang mengetahui bahawa hambamu disumpah oleh bumi...
Setelah itu maka dititahkan Allah
akan Mikail pun mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak
diambilnya akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia
pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu
jua.
Setelah itu maka titahkan Allah
Taala akan Israfil pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu
hendak diambil akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali
ke hadrat Allah Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua.
Setelah itu maka dititahkan Allah
taala akan Izrail pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah
daripada bumi itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan
akan Jibril ["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku,
bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung
siksa neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang
aku ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai
kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada
tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab
itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi allah adam.
Maka dibawa oleh Izrail akan tanah
itu kehadrat Taalah serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana engkau jua
tuhan yang terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh
bumi inilah tanah yanga ku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala,
hanya Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahanya itu
aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah
kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya
Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.?
Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau
kerana aku jadikan baginuya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan
binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan
dia.
Setelah itu Firman Allah Taala
kepada Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah
itu, maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air
masam, air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis
qudsi, yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam dengan dua tangan kudart
ku, empat hari maka jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air
mata
- dan daripada air hanyir itu air
hidung
- dan daripada air putih itu air
telinga.
Kata Wahab bahawa kejadian Allah
Taala akan Nabi Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi,
Kepalanya itu daripada bumi yang
pertama.
Lehernya itu daripada bumi yang
kedua.
Ddadanya daripda bumi yang ketiga.
Kedua tangan itu daripada bumi yang
keempat.
Belakang badan dan perutnya daripada
bumi yang kelima.
Dan pingangnya daripada bumi yang
keenam.
Kedua betisnya dan kedua tapak
kakinya daripada bumi yang ketujuh.
Dan pada satu riwayat kata
Ibni Abas r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
daripada segala iklim dunia.
Kepalanya itu dariapda tanah Kaabah
Dadanya itu daripada segala pihak
bumi
Belakangnya dan perutnya itu
daripada tanah Hindi
Dua tanganya itu daripada tanah
Masyrik
Dua kakinya itu daripda tanah Magrib
Dan pada satu riwayat yang lain pula
telah berkata Ibnu Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
Kepalanya itu daripada tanah Baitul
Mukadis itu tempat akal dan cerdik dan berkata-kata.
Mukanya itu daripada tanah Syurga -
tempat keelokan dan tempat perhiasan.
Dua telinganya itu dariapda tanah
Tursina - itu tempat mendengar nasihat.
Dahinya itu itu daripada tanah Iraq
- tempat sujud bagi Allah Taala
Segala kakinya itu daripada tanah
Kausar
Tangannya yang kanannya dan segala
anak jarinya daripada tanah Baitul Kaabah
Tangannya yang kiri itu daripada
tanah Parsi
Dua kakinya dan serta dua bvetisnya
itu daripada tanah Hindi
Tulang itu daripda tanah Bukit
Uratnya itu daripada tanah Negeri
Bil Bil
Belakangnya itu daripada tanah Iraq
Perutnya itu daripda tanah Khurasan
Hatinya itu daripada tanah Firdaus
Lidahnya itu daripda tanah Taif
Mata itu daripada tanah Hud.
Telah menjadikan Allah taala didalam
Adam itu sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya,
dua lubang hidunnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur.
Dan dijadikan pacaindera yang lima
itu:-
Penglihatan pada mata
Pendengaran pada telinga
Perasa pada mulut
Penjabat (deria) pada badanya
Penciuman pada hidunnya
Bahawa ROH itu masuk ia daripada
otaknya, maka berkelilinglah ia didalamnya pada kadar 200 tahun, Kemudian
turun roh itu kepada mata maka menilik ia akan dirinya maka melihat ia akan
dirinya tanah yang kering maka tetakala sampai ia akan dua telingnya nescaya
mendengar ia akan tasbih segala malaikat, kemudian turun ia kepada hidungnya
maka bersin ia maka tetakal selesai daripada bersinnya turunlah ruh itu
kemuluntya dan kepada lidahnya dan kepada kedua telinga dan telah mengajar oleh
allah taala akan bahawa berkata ia Alhamdulillah maka menjawab ia akan dia
denga kata Ya Harkam robik ya Adam.
Turun ruh itu kedadanya maka
bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula
demikian itu firman allah taala yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat
bersegera, maka tetakala sampai roh itu kepada ronga perutnya maka
inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka
jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan
dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath halus seperti
KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar Nur
Muhammad dengan brseri-seri pada wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti
kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah
Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari
tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam
No comments:
Post a Comment