أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Rahsia Syariat Dan Nama Ilahi
Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan.
Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan.
Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah,
hamba Allah bermain mata.
Dia sejahtera dengan dirinya
bangga, sombong, meninggi diri, bongkak.
Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara
lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh.
Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan,
"Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!"
[Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat]
Allah berfirman,
"Katakanlah:
Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan dengan aman. Kami
tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka malaikat juga yang
menjadi Utusan" (17:95)
dan Dia berfirman,
"Kami tidak datangkan hukuman sehinggalah Kami hantarkan Utusan" (17:15).
Ketahuilah bahawa Nama-nama Ilahi mempunyai lidah hal yang sesuai
dengan hakikat-hakikat mereka. Penuhilah diri kamu dengan apa yang kamu
dengar dan jangan khayalkan yang berbilang-bilang atau perkumpulan yang
bebas bertindak sendiri. Dalam tajuk ini banyak daripada hakikat-hakikat
yang mampu difikirkan akan disusun menurut hubungan itu, bukan menurut
sumber kewujudan. Zat Allah adalah Esa sebagaimana keadaan zat. Daripada
pandangan itu kewujudan kita, keperluan dan kemungkinan, kita ketahui
bahawa kita mesti ada sesuatu yang harus yang boleh kita pegangi. Dasar
yang daripadanya kewujudan kita tuntuti mesti ada beberapa asbab. Nabi
memanggil mereka Wahai Nama-nama Yang Paling Indah. Dia memanggil
diri-Nya "Berkata-kata" melalui mereka oleh kerana Dia berkata-kata
dalam darjat kewujudan bagi Wujud ketuhanan-Nya yang tidak boleh
dikongsikan. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan kecuali
Dia.
[Pertemuan Nama-nama dalam hadrat Yang Dinamai dan kenyataan keputusan mereka]
Selepas kepastiannya pada permulaan perkara ini dan keutamaan dan
penguasaan dalam alam yang mungkin ini, saya katakan bahawa nama-nama
dikumpulkan bersama dalam hadrat (kehadiran) yang di Namai. Mereka
menyaksikan hakikat-hakikat mereka dan maksudnya dan memintakan
kenyataan bagi keputusan mereka agar sumber mereka akan terpisah
daripada kesannya. Pencipta adalah Dia Yang Menentukan, Yang Mengetahui,
Yang Mentadbir, Yang Membezakan, Yang Membentuk, Yang Memulakan, Yang
Mengulangi, Dia yang mengadakan kematian, Yang Mewarisi, Yang Bersyukur.
Semua nama-nama Ilahi memandang kepada zat mereka, tetapi tidak melihat
apa yang sudah diciptakan, diuruskan, dibezakan atau dibekalkan. Mereka
berkata, "Bagaimana ada tindakan kecuali sumber-sumber ini dinyatakan
yang dalamnya keputusan kami muncul lalu penguasaan kami menyata?"
Jadi selepas kemunculan sumber bagi alam, Nama-nama Ilahi yang
sebahagian daripada hakikat alam tuntutkan mencari perlindungan Nama,
al-Bari (Permulaan). Mereka berkata kepada-Nya, "Bolehkah Engkau bawakan
kepada kewujudan sumber-sumber ini agar menyata keputusan kami dan
penguasaan kami didirikan kerana kehadiran yang kami berada di dalamnya
tidak menerima kesan kami?" Al-Bari berkata, "Itu mesti dirujukkan
kepada Nama, Yang Berkuasa. Aku di bawah kuasa-Nya".
[Yang harus dalam suasana mereka yang tidak wujud dan bagaimana sumber mereka muncul]
Asas ini ialah dalam keadaan mereka tidak wujud, 'yang mungkin' membuat
permohonan kepada Nama-nama Ilahi daripada keadaan kehinaan dan
pergantungan. Kata mereka, "Ketidakwujudan membutakan kami daripada
pengertian satu sama lain dan kepada mengenali apa yang kami berhutang
denganmu. Jika kamu menyatakan sumber kami dan pakaikan kami dengan
pakaian wujud, kamu merahmati kami dengannya dan kami akan menanggung
kemuliaan dan ketinggian itu kewajipan berhubung dengan kamu. Penguasaan
adalah sah bagi kamu dalam kenyataan kami yang sebenarnya. Kini kamu
adalah Tuan bagi kami semua melalui kuasa dan keupayaan. Inilah yang
kami cari daripada kamu adalah lebih banyak daripadanya dalam
hubungannya dengan kami." Nama-nama menjawab, "Ini, apa 'yang mungkin'
katakan itu adalah sah." Mereka bergerak untuk mencari yang demikian.
Kemudian mereka menghadap nama, al-Qadir (Yang Berkuasa). Dia berkata,
"Aku di bawah penguasaan Yang Menjadikan. Aku tidak boleh membawa
sebarang sumber daripada kamu kepada kewujudan melainkan dengan
arahan-Nya. Tidak ada yang mungkin bagi-Ku kecuali perintah daripada
Yang Memerintah datang kepadanya daripada Tuhannya. Apabila Dia
perintahkannya supaya mengambil bentuk dan berkata, 'Jadi!' maka Aku
boleh melakukannya dan hubungkannya kepada pembawaannya kepada
kewujudan, maka Aku berikannya bentuk dari saat itu. Pergilah kepada
nama Yang Menjadikan. Boleh jadi Dia akan berkenan dan jadikan lebih
berpengaruh aspek kewujudan di atas aspek tidak wujud. Yang Memerintah,
Yang Berkata-kata dan Diri-Ku akan bergabung bersama dan membawa kamu
kepada kewujudan."
Mereka pergi kepada nama, Yang Menjadikan,
dan berkata kepada-Nya, "Kami telah bertanyakan nama Yang Berkuasa,
untuk membawa sumber kami kepada kewujudan. Dia merujukkan perkara ini
kepada kamu. Apakah kata kamu?" Yang Menjadikan berkata, "Yang Berkuasa
berkata benar, tetapi aku tidak memiliki berita tentang nama Yang
Mengetahui telah putuskan berhubung dengan kamu, samada ilmu-Nya untuk
membawa kamu kepada kewujudan sudah mendahului secara khusus ataupun
tidak. Aku di bawah penguasaan nama Yang Mengetahui. Pergilah kepada-Nya
dan ceritakan hal kamu".
Mereka kemudian pergi kepada nama,
yang Mengetahui, dan menceritakan kepada-Nya apa yang nama, Yang
Menjadikan katakan kepada mereka. Yang Mengetahui berkata, "Yang
Menjadikan berkata benar. Ilmu-Ku mengenai kamu keluar kepada kewujudan
sudahpun mendahului, tetapi adab adalah lebih sesuai. Di sana ada hadrat
(kehadiran) yang mengawal kita, dan ia adalah nama Allah. Kita mesti
menghadap-Nya, kerana ia adalah kehadiran bagi perkumpulan."
Semua nama-nama berkumpul dalam kehadiran Allah. Dia berkata, "Apakah
keperluan kamu?" Mereka menceritakan kepada-Nya. Dia berkata, " Aku
adalah nama yang mengumpulkan semua hakikat-hakikat kamu. Aku adalah
bukti bagi yang dinamakan, dan ianya adalah Zat yang murni yang memiliki
sifat kesempurnaan dan 'tiada-hubungan' (tanzih). Tunggu sehingga Aku
masuk kepada pembuktian-Ku." Dia pergi kepada pembuktian-Nya dan
memberitahu-Nya apakah yang dikatakan oleh 'yang mungkin' kepada-Nya dan
apa yang nama-nama rundingkan. Dia berkata, "Pergilah dan beritahu
setiap Nama itu agar mengikat dirinya kepada apa yang hakikatnya tuntut
dalam 'yang mungkin' itu. Aku adalah Esa dengan Diri-Ku dalam hubungan
Diri-Ku. 'Yang mungkin' memerlukan darjat-Ku, dan darjat-Ku memerlukan
mereka. Semua Nama-nama Ilahi kepunyaan darjat itu, bukan kepada-Ku,
kecuali untuk Yang Esa. Ia adalah Nama khusus bagi-Ku, dan tidak ada
yang berkongsikannya dengan-Ku dalam hakikatnya dalam aspek apa
sekalipun, samada di kalangan nama-nama, darjat atau 'yang mungkin'.
[Perseimbangan yang diketahui, had yang ditentukan dan Imam yang dipelihara]
Nama Allah keluar, dan dengan-Nya keluar nama, Yang Berkata-kata, untuk
menterjemahkan bagi-Nya kepada 'yang mungkin' dan Nama-nama. Dia
nyatakan kepada mereka apa Yang Dinamakan nyatakan. Maka Yang
Mengetahui, Yang Menjadikan, Yang Berkata-kata dan Yang Berkuasa
dihubungkan, dan 'yang mungkin' pertama muncul, melalui pilihan Yang
Menjadikan dan keputusan Yang Mengetahui.
Apabila sumber dan
kesan muncul dalam makhluk, sebahagian mula menekan yang lain dan
mengatasi mereka menurut apa yang mereka diasaskan daripada nama-nama
dan ini membawa kepada perselisihan dan perbalahan. Mereka berkata,
"Kami bimbang susunan kami akan menjadi buruk dan kami akan disatukan
dengan yang tidak wujud yang kami berada dalamnya". 'Yang mungkin'
mengingatkan Nama-nama tentang apa yang telah diberitahu kepada mereka
oleh Nama-nama, Yang Mengetahui dan Yang Mentadbir. Mereka berkata,
"Wahai Nama-nama! Jika keputusan kamu di atas perseimbangan yang
diketahui, dan had yang ditentukan oleh Penghulu yang kamu rujukkan,
kewujudan kami akan dipelihara untuk kami dan kami akan pelihara kesan
kamu di atas kami untuk kamu. Itu adalah lebih baik bagi kami dan kamu.
Jika tidak, kami akan musnah dan hilang". Mereka berkata, "Ini adalah
pendapat yang berguna dan benar". Maka mereka lakukan yang demikian.
Mereka berkata, "Nama, Yang Mentadbir, adalah yang menentukan hal kamu".
Mereka pergi kepada Yang Mentadbir membawa hal mereka. Dia berkata,
"Aku akan lakukannya".
Dia masuk dan muncul dengan perintah
Hakikat kepada Nama, Rab. Dia berkata kepada-Nya, "Lakukan apa yang
kemanfaatan perlukan bagi menjadikan sumber kepada yang mungkin ini
berkesinambungan". Dia melantik dua menteri untuk membantu-Nya
sebagaimana perintah-Nya. Satu ialah Nama Yang Mentadbir dan satu lagi
Nama Yang Membezakan. Allah berfirman,
"Dia mentadbir urusan itu dan membezakan tanda-tanda. Boleh jadi kamu menjadi yakin akan pertemuan dengan Rab kamu" (13:2)
iaitu Imam (Penghulu). Jadi perhatikan betapa bijaknya perkataan Allah
bila Dia bawakan ayat menurut suasana yang mewajibkan hal itu
didasarkan!
[Polisi (dasar) yang bijak dan peraturan yang lazim]
Nama, Rab, tentukan had bagi mereka dan letakkan peraturan bagi mereka
untuk kebaikan kerajaan itu dan sebagai ujian siapakah di antara mereka
yang baik amalannya. Allah letakkannya kepada dua lategori. Satu
kategori dipanggil polisi yang bijaksana yang Dia letakkan dalam sifat
diri-diri mereka yang ternama. Had yang ditentukan dan dan peraturan
yang digariskan melalui kuasa yang mereka temui dalam diri mereka dalam
setiap bandar, arah dan cuaca, menurut penyusunan tempat itu dan
pembawaan mereka perlukan melalui ilmu mereka mengenai apa yang sesuai
dengan kebijaksanaan. Mereka panggilnya peraturan (nawamis) yang
bermakna "sebab-sebab bagi kebaikan" kerana dalam penggunaan teknikal,
Namus adalah yang membawa kebaikan. Pengintai (jasus) adalah yang
berurusan dengan kejahatan.
Nawamis adalah peraturan
kebijaksanaan yang digubalkan oleh manusia yang bijaksana, datangnya
daripada ilham yang dari Allah padahal mereka tidak menyedarinya. Yang
demikian adalah bagi kebaikan dunia, peraturannya dan hubungannya dalam
tempat-tempat yang Syariat Ilahi tidak sampai, tidak juga ilmu tentang
Yang Esa yang menurunkan peraturan ini dan perkara ini membawa hampir
dengan Allah, mewarisi syurga atau neraka bukan juga sesuatu daripada
asbab Alam Kemudian. Mereka tidak tahu adanya Alam Kemudian dan
kebangkitan jasad selepas mati dalam bentuk jasad yang asli dan akan ada
makanan, minuman, pakaian, persetubuhan dan keseronokan, dan dalamnya
akan ada seksaan dan azab. Kewujudan yang demikian adalah harus, dan
ketidak-wujudannya juga harus. Mereka tidak mempunyai bukti yang satu
daripada dua itu lebih berat daripada yang satu lagi.
"Mereka melahirkan kependetaan" (57:27).
Oleh sebab itu asas peraturan mereka dan manfaatnya adalah untuk menjadikan faedah terlaksana di sini.
Dalam diri mereka, mereka memiliki ilmu Ilahi: tauhid tentang Allah dan
ketinggian serta kemuliaan yang mesti ada dengan-Nya, sifat-sifat
tanzih (tiada-hubungan) dan ketidak-wujudan sebarang tara atau
persamaan. Orang yang menyaksikan yang demikian dan yang mengetahuinya
menceritakannya kepada yang lain. Mereka menggalakkan orang ramai supaya
melakukan penyelidikan yang benar dan mengajar mereka bahawa akal,
dalam hubungan pemikirannya, ada had yang padanya ia berhenti dan tidak
berupaya melepasinya, dan bahawa Allah kurniakan ilham suci kepada
hati-hati sebahagian hamba-hamba-Nya yang dengannya Dia ajarkan kepada
mereka ilmu yang langsung daripada-Nya agar ia tidak menjadi mustahil
bagi mereka. Allah pertaruhkan kepada alam langit perkara-perkara yang
dirumuskan melalui adanya kesan mereka pada alam anasir. Dia berfirman,
"Dia bukakan pada setiap langit peraturannya" (41:12).
Mereka mencari hakikat diri mereka melalui apa yang mereka lihat -
apabila jasad yang berbentuk ini mati, tidak ada daripada pancaindera
yang kurang. Lalu mereka tahu bahawa yang menyaksikan dan yang
menggerakkan tubuh fizikal ini adalah unsur lain yang menjadi tambahan
kepadanya. Mereka mencari unsur tambahan itu, maka mereka mengenali diri
mereka. Kemudian mereka melihat apa yang diketahui sesudah kejahilan.
Mereka tahu bahawa sekalipun ianya tubuh yang paling mulia, ianya
disertai oleh kemiskinan dan kehilangan. Mereka mencari puncanya dengan
penyelidikan, bergerak dari satu benda kepada yang lain. Bila sahaja
mereka sampai kepada sesuatu perkara, mereka melihatnya memerlukan
sesuatu yang lain sehinggalah pemerhatian membawa mereka kepada sesuatu
yang tidak memerlukan apa-apa bukan juga serupa dengan sesuatu yang
menyerupai sesuatu dan tidak juga sesuatu menyerupainya. Mereka berhenti
padanya dan berkata, "Inilah Yang Pertama". Ia mestinya Yang Satu
dengan zatnya dalam hubungan zatnya, dan kepertamaannya tidak menerima
yang kedua, tidak juga keesaan-Nya kerana Dia tidak mempunyai keserupaan
dan tidak juga persamaan. Mereka mengesakan-Nya dengan tauhid wujud.
Apabila mereka melihat yang demikian, dengan diri mereka, 'yang mungkin'
tidak memiliki penguasaan dengan zat mereka, mereka tahu bahawa Yang
Satu ini memberikan mereka kewujudan. Mereka memerlukan dan bergantung
kepada-Nya dan kepada kekuatan-Nya untuk melepaskan daripada mereka
semua yang dengannya zat mereka digambarkan. Inilah batas akal (dalam
pemikiran).
[Polisi Syariat dan peraturan Ilahi]
Demikianlah kami jelaskan tentang mereka. Apabila seseorang dari
kalangan mereka muncul yang mereka anggapkan orang itu tidak mempunyai
darjat dalam ilmu untuk mereka percaya, dan mempunyai fikiran yang benar
serta perhatian yang wajar, dan kemudian orang itu berkata kepada
mereka, "Aku adalah Utusan Aallah kepada kamu," mereka berkata,
"Keadilan lebih sesuai. Lihatlah kepada dasar pengakuan itu. Adakah dia
mengaku sesuatu yang mungkin ataupun mustahil?" Mereka berkata, "Sudah
teguh pegangan dengan kami bahawa Allah memiliki limpahan suci yang Dia
boleh kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki sebagaimana Dia
limpahkannya kepada roh-roh sfera-sfera dan akal-akal ini. Semuanya
berkongsikan kemungkinan. Tidak ada daripada 'yang mungkin' itu lebih
berhak daripada yang lain dalam apa 'yang mungkin'. Terpulang kepada
kami untuk melihat kepada kebenaran orang yang membuat pengakuan itu
atau melihat samada dia berbohong atau tidak. Kami tidak simpulkan salah
satu daripada dua pendapat ini tanpa bukti. Ia adalah adab yang buruk
dengan ilmu kami".
Mereka berkata, "Adakah kamu mempunyai bukti
tentang kebenaran pengakuan kamu?" Dia membawakan kepada mereka
bukti-bukti, dan mereka memerhatikan keterangan dan bukti-buktinya.
Mereka memerhatikan untuk mengetahui apakah yang orang ini miliki
daripada maklumat-maklumat mengenai hasil pemikiran dan apakah yang dia
tidak perakui mengenainya. Mereka mengetahui bahawa sebagaian daripada
yang dibukakan dalam setiap langit oleh Yang Esa, yang membukakan pada
setiap langit peraturannya, adalah mengenai kedatangan orang ini dan apa
yang dia bawakan. Mereka bersegera kepadanya dengan mempercayai dan
memperakuinya. Mereka mengetahui bahawa Allah telah memperkenalkannya
dengan apa yang Dia telah amanahkan dalam makrifat alam tinggi yang
pemikiran mereka tidak sampai. Kemudian Dia berikannya sebahagian
daripada makrifat Allah yang mereka tidak miliki.
Mereka
melihat bahawa Dia menurunkan ilmu mengenai Allah kepada manusia biasa,
pendapat yang lemah, adalah dengan yang demikian sesuai bagi akalnya
dalam yang demikian, dan kepada manusia yang berakal cerdas dan
pemerhatian yang kuat adalah juga dengan yang demikian sesuai bagi
akalnya dalam yang demikian. Mereka tahu bahawa lelaki itu telah
menerima wahyu Ilahi yang melampaui tahap akal, dan bahawa Allah telah
mengurniakan kepadanya sebahagian ilmu mengenai-Nya dan kekuasaan
keatasnya yang Dia tidak berikan kepada mereka. Mereka memperkatakan
nikmat-Nya dan kelebihan yang Dia kurniakan kepadanya melebihi mereka.
Mereka percaya kepadanya dan perteguhkan dan mengikutinya. Dia adakan
bagi mereka amalan yang membawa seseorang hampir dengan Allah dan dia
ajarkan mereka apa yang Allah ciptakan dari yang mungkin yang tidak
kelihatan bagi mereka, dan apa yang Dia akan bentukkan dalam mereka pada
masa akan datang. Dia ceritakan kepada mereka tentang
Dihidupkan-semula, Kebangkitan, Dikumpulkan, Syurga dan Neraka.
[Asas pembentukan Syariat yang suci dalam dunia ini]
Kemudian Rasul-rasul diutuskan silih berganti pada masa dan suasana
yang berlainan. Setiap mereka memperakui sahabat mereka. Mereka tidak
berbeza sama sekali dalam prinsip asas yang atasnya mereka pegang dan
yang mereka tunjukkan, sekalipun perutusan berbeza. Undang-undang Tuhan
diturunkan dan perutusan juga diturunkan. Perutusan menurut masa dan
suasana sebagaimana firman-Nya,
"Kami tentukan peraturan (Syariat) dan amalan bagi setiap orang daripada kamu" (5:48).
Prinsip asas mereka bersamaan tanpa ada percanggahan dalamnya.
Mereka mengadakan perbandingan di antara risalat nabi yang datang
daripada Allah dengan apa yang ahli falsafah tetapkan mengenai peraturan
kata-kata falsafah yang mereka anggap sebagai hasil proses pemikiran.
Mereka ketahui bahawa perkara ini lebih lengkap dan ia daripada Allah
tanpa keraguan. Oleh itu mereka menerima apa yang dia ajarkan kepada
mereka daripada alam ghaib dan mereka percaya bahawa kepada
Utusan-utusan. Tidak ada dari kalangan mereka yang membantah, tetapi
sebahagiannya tidak memberikan keyakinan yang penuh kepadanya dan
ilmunya dan mereka
"menurut hawa nafsu" (7:178)
dan melantik pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Mereka jahil
tentang diri mereka yang sebenar dan nilainya, dan mereka jahil tentang
Tuhan mereka.
Akar dan sebab bagi diturunkan Syariat kepada
dunia ini ialah untuk menjadikan dunia ini dalam keadaan sejahtera dan
perakuan tentang apa yang tidak diketahui daripada Allah yang tidak
diterima oleh akal, iaitu apa yang akal tidak miliki sendirinya dalam
hubungan pemerhatiannya. Jadi Kitab diturunkan yang mengandungi ilmu
ini, dan lidah Nabi dan rasul membacakannya. Dengan demikian orang yang
berakal menegtahui bahawa mereka kekurangan dalam perkara penegtahuan
mengenai Allah yang Rasul-rasul memilikinya dengan sempurna.
[Manusia berakal yang sebenarnya dan mereka yang memiliki kekhuatiran,
perselisihan dan perkataan-perkataan]
Dengan menggunakan manusia yang berakal, saya tidak maksudkan
mutakallimun hari ini menurut kebijaksanaannya. Yang saya maksudkan
ialah sesiapa yang mengikuti jalan Rasulullah s.a.w dengan memerhatikan
dirinya, membentuk disiplin diri, bermujahadah, berkhalwat dan
persediaan untuk kedatangan waridat yang akan datang ke dalam hati
mereka apabila sifat mereka menjadi sebahagian daripada alam atas yang
dalamnya pembukaan diberikan dalam langit yang tinggi. Mereka ini, iaitu
mereka yang berakal, mengadakan celoteh, ucapan dan perbahasan dengan
mereka yang menggunakan fikiran dalam perkara yang diperkatakan yang
dikeluarkan oleh yang terdahulu. Mereka tidak melihat perkara itu
daripada apa yang orang-orang itu perolehi. Begitulah keadaan kita hari
ini, mereka tidak ada nilai dengan sebarang manusia berakal. Mereka
memperolok-olokkan dan merendahkan hamba-hamba Allah, dan mereka hanya
menghormati orang sama taraf dengan mereka. Kecintaan kepada dunia ini
menguasai jiwa mereka, begitu juga cita-cita kepada pangkat dan
kedudukan. Allah menghinakan mereka sebagaimana mereka menghina ilmu dan
Dia merendahkan mereka. Dia jadikan mereka pergi kepada pintu-pintu
raja dan gabernor yang jahil. Raja dan gabernor itu menghina mereka.
Perkataan orang-orang seperti itu tidak penting.
"Allah telah metrikan hati mereka" (7:2),
"jadikan mereka pekak dan adakan tutupan atas pandangan mereka" (47:23)
walaupun mereka mengaku merekalah yang terbaik di dalam dunia ini. Ahli
feqah dan mufti yang di dalam naungan Allah adalah lebih baik daripada
mereka sekalipun mereka kurang ketelitiannya dalam segala aspek. Orang
yang mempunyai keyakinan, sekalipun dia mengambilnya melalui tiruan,
berada dalam suasana yang lebih baik daripada mereka yang berakal itu
dalam apa yang mereka dakwakan. Jauh sekali daripada kedudukan seorang
yang berakal dengan keadaan mereka yang demikian!
Kami telah
menyaksikan sebahagian daripada mereka yang merupakan orang-orang yang
paling mengetahui tentang skop Rasul-rasul dan mengikuti sunnah dengan
bersungguh-sungguh, dan sangat memelihara Sunnahnya, ahli makrifat
mengenai apa yang perlu mengenai keagungan Yang Haq dalam ketinggian,
mengetahui apa yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya di kalangan
Nabi-nabi dan pengikut mereka dari kalangan aulia di atas jalan
mengenali Allah dari arah limpahan suci yang pilihan yang terkeluar
daripada pengajaran yang biasa pada jalan pembelajaran dan mujahadah
yang akal tidak mampu mencapainya melalui pemikirannya.
Saya
dengar salah seorang daripada orang yang terkenal dari kalangan mereka,
yang telah menyaksikan sebahagian daripada apa yang Allah telah bukakan
kepada saya mengenai ilmu tentang-Nya tanpa pemikiran dan pembacaan.
Ianya daripada khlawat khusus yang saya lakukan dengan Allah ketika saya
tidak berada bersama-sama mereka yang mencari. Dia berkata, "Segala
puji bagi Allah yang mengizinkan daku berada dalam zaman yang dalamnya
daku melihat seseorang yang Allah kurnikan rahmat daripada-Nya dan ilmu
daripada hadrat-Nya!" Allah kurniakan rahmat kepada sesiapa yang Dia
kehendaki, dan Allah memiliki nikmat yang luas.
"Allah katakan yang benar dan memimpin kepada jalan yang benar".

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
59. Masa yang ada masa dan masa yang ditentukan
Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,
Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.
Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan', kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.
Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.
[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya]
Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan dan tiada yang
lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya memiliki
kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama
dengan-Nya. Dia adalah Esa - maha suci Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak
ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan Dia.
Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah
berfirman,
"Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa" (3:97) melalui bukti lojik dan Syariat.
Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada
Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana,
seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah
Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan
kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah
tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak
juga sebelum-Nya.
Oleh kerana perkara tambahan itu bukan
Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi
tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa
kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu
alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki
kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana
kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan
kerana ia tidak ada.
Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka
dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak.
Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan
tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri
mereka. Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada
dirinya, dan tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan
kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam
atau daripada alam.
Seandainya kewujudan alam maya ini adalah
daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana
hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil
kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada
kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq
lakukan sesuatu melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna
melainkan ini, dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman,
"Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun" (3:97).
Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama
seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia
kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang tidak berpunya.
Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara tambahan. Itu
memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud
daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan
Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus memebri kesan kepada
Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan.
Perkara ini hanya mampu difahami demikian.
Kehendak, kemahuan,
ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui dalam
Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang
Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad
"yang tidak beranak"
yang seharusnya menjadi yang terdahulu
"tidak juga diperanakkan"
yang menjadi hasil,
"dan tiada sesuatu menyamai-Nya" (112:3-4),
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar - daripada Yang Haq dan yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!
Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah
s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas
diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan yang lain.
Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada apa yang
Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau
penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.
[Hubungan azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana]
Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya - dan
Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah
hubungan azali dengan Allah adalah umpama hubungan amsa dengan kita.
Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber. Kewujudan bukan
daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan
hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa
sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya "bila" mengenainya.
Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan
wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia
berfirman,
"dan Allah mengetahui segala perkara" (33:40) "dan kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas" (30:4).
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, "Di manakah
Tuhan kita sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?" Sekiranya masa adalah
perkara yang wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak
boleh dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui
bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.
[Masa: mudah difahami dan terbukti]
Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang
ungkapan "masa" dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan
dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang
berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang
disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada
sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai
sesuatu yang ditanyakan "Bila?" Orang Arab menggunakannya untuk
memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan
siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya
dipanggil "hari siang", dan daripada terbenamnya hingga terbitnya
dipanggil "malam". Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang
diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya
dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber
masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang
tidak ada kenyataan.
Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang
mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya
minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan
ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam
dan siang. "Masa yang ditentukan" adalah apa yang menjadi tambahan
kepada hari yang kecil ini yang dengannya semua hari-hari besar
ditentukan. Dikatakan,
"pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu," (32:5)
dan
"pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu" (70:4).
[Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal]
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Pada
hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan,
dan satu hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti
hari kamu."
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan
yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran secara zahir pada akhir
hadis bila Aisyah berkata, "Bagaimana seseorang lakukan sembahyang pada
hari itu?". Baginda s.a.w menjawab, "Seseorang itu akan tentukan".
Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam pergerakan sfera-sfera masih
ada apa yang telah ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan
dengan jam yang melalui bentuknya orang yang berpengetahuan tentang ini
bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang dipenuhi oleh
awan bila matahari tidak terbit.
Pada permulaan kemunculan
Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke
tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata.
Itu merupakan sat daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada
masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di
antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah seperti
biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang
akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan
dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang
dan jam bagi sembahyang tanpa keraguan.
Jika hari itu yang satu
tahun seperti satu hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk
tentukan sembahyang. Kita menantikan tengahhari menurut matahari. Jika
ia tidak turun, kita tidak lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari
berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu tahun, Allah tidak
mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan
kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan
sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak rosak.
[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar]
Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud hubungan
kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-hari,
keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara mereka ialah
satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul
"setiap hari Dia di dalam urusan" (55:29).
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana "hal" yang
diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan paling halus.
Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia berhenti.
Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa
diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit
dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti
bagi sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila
keputusan nombor-nombotr memasuki mereka, keputusannya ialah nombor itu
dan nombor tidak berakhir maka pembahagian juga tiada kesudahan.
Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan
melihatnya dalam hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada
sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada
akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan
"yang dinomborkan" oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke dalam
kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana
nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan "zat
yang satu (satu jauhar)" membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan
terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh
mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar
dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya
berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu
nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan
kami akan nyatakannya, Insya' allah, dalam buku ini. "Allah katakan yang
benar dan memimpin ke jalan yang benar".

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,
"Katakanlah:'Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!"
dan sabda Rasulullah s.a.w,
"Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama."
Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri
kenyataan bagi berkurangannya ilmu.
Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya
mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan?
Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri,
penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut.
Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul
dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah.
Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan
sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak.
Tidak syak lagi pada kenyataan yang aku bukakan
dan ianya bukan gambaran kebohongan yang salah atau dugaan.
[Ilmu: darjat dan peringkatnya]
Ketahuilah bahawa setiap benda yang hidup dan setiap orang dinyatakan
oleh pengertian, berada dalam pengetahuan baharu pada setiap nafas
menurut pengertian tersebut. Walau bagaimanapun, boleh jadi individu
yang menyaksikan itu bukanlah seorang daripada yang berpengetahuan penuh
mengenainya. Sebenarnya, ilmu, maka ilmu boleh dinyatakan sebagai
berkurangan berhubung dengan orang yang berilmu. Ia terhasil daripada
fakta bahawa seharusnya ada pengertian sekiranya penghalang mengganggu
di antaranya dan benda-benda yang dia lihat, seperti keadaan orang yang
buta atau pekak atau seumpamanya.
Oleh yang demikian ilmu naik
dan turun mengikut apa yang diketahui. Kerana itulah apabila himma
berhubungan dengan ilmu yang mulia yang melaluinya manusia dinyatakan,
dirinya (nafs) dipersucikan dan darjatnya dipertingkatkan. Tahap ilmu
yang tertinggi ialah ilmu mengenai Allah. Jalan tertinggi kepada ilmu
mengenai Allah ialah ilmu tentang tajalliyat. Di bawahnya ialah ilmu
tentang penyelidikan akal (nadhar). Tidak ada ilmu Ilahi di bawah
penyelidikan. Ia adalah kepercayaan atau pendapat bagi manusia umum,
bukan ilmu.
Ilmu-ilmu ini ialah apa yang Allah perintahkan kepada Rasul-Nya supaya menambahkannya.
Allah berfirman,
"dan
jangan terburu-buru dengan Quran sebelum pembukaan kepada kamu selesai
dan katakan, 'Wahai Tuhan, tambahkan bagiku ilmu'" (20:114),
iaitu tambahkan bagiku dengan Perkataan-Mu yang Engkau kehendaki aku
mengetahuinya. Di sini pertambahan ilmu ialah ilmu tentang penyingkapan
secara perlahan, di luar adab dengan guru yang membawakannya kepadanya
daripada Tuhannya. Kerana sebab ini, Dia letakkan ayat ini sesudah
perkataan-Nya,
"dan segala muka merendah diri kepada Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri," (20:111)
iaitu merendah diri. Dia maksudkan ilmu tentang tajalli. Tajalli adalah
jalan yang paling mulia bagi memperolehi ilmu - ia adalah ilmu yang
dirasai dengan segera.
[Ilmu: bertambah dan berkurangan]
Kami akan nyatakan pertambahan dan pengurangan ilmu dalam tajuk lain,
Insya' Allah. Allah mengurniakan segala-galanya - dan diri (nafs)
manusia salah satunya - zahir dan batin. Diri manusia secara zahirnya
menyaksikan dengan mata, dan batinnya dengan ilmu. Allah adalah Yang
Zahir dan Yang Batin. Adalah dengan-Nya pengertian diperolehi. Bukanlah
kuasa sesuatu yang selain Allah untuk menyaksikan sesuatu dengan
sendirinya. Dia menyaksikan dengan apa yang Allah letakkan padanya dan
tajalli Allah. Sesiapa yang memperolehi tajalli daripada mana-mana alam,
baik alam ghaib dan tidak kelihatan, adalah daripada Nama, Yang Zahir.
Bagi nama, Yang Batin, sebahagian daripada hakikat hubungan ini ialah
tidak pernah ada tajalli dalamnya, tidak dalam alam ini ataupun alam
kemudian kerana tajalli menunjukkan kenyataan Allah kepada seseorang
yang menerima kenyataan itu. Itu kepunyaan nama Yang Zahir. Hubungan
yang mudah difaham oleh akal tidak berubah, sekalipun mereka tidak
mempunyai sumber yang melaluinya mereka keluar. Walau bagaimanapun,
mereka mempunyai kewujudan yang lojik, maka mereka adalah mudah
difahami.
Apabila Allah kurniakan tajalli, samada sebagai
kurniaan semata-mata ataupun sebagai jawapan kepada permohonan, tajali
itu dikurniakan kepada diri yang zahir, dan pengertian oleh indera
berlaku dalam bentuk itu, dan ia mengambil tempat pada ruang antara
(barzakh) dan membentuk gambaran. Maka orang yang menerima kenyataan itu
akan mendapat pertambahan pengetahuan jika dia seorang ulama dalam
Syariat, bertambah pengetahuan dalam kriteria maksud jika dia seorang
ahli dialek, dan bertambah pengetahuan dalam ukuran ucapan jika dia
seorang ahli bahasa. Ianya menjadikannya pakar dalam setiap pengetahuan
mengenai makhluk dan bukan makhluk. Ilmunya bertambah dalam bidang yang
dia ceburi.
Mereka yang di atas jalan ini mengetahui bahawa
pertambahan ini datangnya daripada tajalli Ilahi kepada
kumpulan-kumpulan tersebut, agar mereka tidak dapat menafikan apa yang
telah dibukakan kepada mereka. Penangkapan deria orang yang bukan ahli
makrifat bertambah dan ia disandarkan kepada pemikiran. Pengalaman bagi
yang selain dua ini bertambah tetapi tidak mengetahui yang mereka
menjadi bertambah dalam perkara apa. Dalam gambaran
"gambaran
mereka adalah seperti keldai yang membawa buku yang tebal. Betapa
buruknya gambaran mereka yang menafikan ayat-ayat Allah!" (62:5).
Ayat-ayat itu adalah pertambahan ini dan sumber pertambahannya.
Keajaiban diungkapkan bagi mereka yang menyandarkannya kepada pemikiran
mereka! Mereka tidak tahu bahawa pemikiran mereka, renungan dan kajian
dalam sebarang persolan adalah pertambahan pengetahuan dalam diri mereka
yang datangnya daripada tajalli tersebut yang telah kami nyatakan.
Pemikir sibuk dengan hubungan pemikirannya dan penghujung pencariannya.
Dia terhijab daripada pengetahuan mengenai hal yang sebenar.
Pengetahuannya bertambah tetapi dia tidak menyedarinya.
Apabila
tajalli berlaku, ianya melalui nama Yang Zahir kepada bahagian batin
seseorang. Pengertian berlaku tentang dalaman mengenai alam hakikat dan
maksud melepaskan perkara fizikal. Ini ditunjukkan sebagai
"catatan-catatan" lantaran catatan-catatan Ilahi tidak mempunyai
kekeliruan atau kemungkinan dalam aspek tertentu. Ia hanya berlaku dalam
maksud. Maka orang yang ada maksud bebas daripada pemikiran yang berat,
dan dalam tajalli dia menjadi bertambah dalam pegetahuan ketuhanan,
ilmu tentang rahsia-rahsia dan ilmu tentang batin, dan apa yang
berhubungan dengan Alam Kemudian. Ini dititikberatkan oleh mereka yang
di atas jalan kami - ia adalah jalan ilmu.
[Ilmu: pengurangannya]
Ilmu boleh berkurangan kerana dua sebab, samada melalui sifat buruk
dalam asas organismanya atau ketidak-sempurnaan sampingan dalam bakat
yang berhubung dengan itu. Sifat buruk dalam asas organisma tidak boleh
diubah, sebagaimana kata al-Khidr tentang seorang kanak-kanak,
"sifatnya ialah ingkar" (18:80).
Ini adalah asas organisma. Bagi ketidak-sempurnaan sampingan, ia boleh
hilang - jika ianya dalam bakat itu - dengan ubat. Jika ianya dalam
diri, sebagaimana apabila kecintaan kepada kepimpinan dan menurut hawa
nafsu mengalih dia daripada menambahkan ilmu yang mengandungi darjat dan
kebahagiannya, ini boleh dihilangkan apabila Hakikat menyeru dari dalam
hatinya dan dia kembali kepada tafakur yang benar, dan dia mengetahui
bahawa dunia ini adalah salah satu pentas bagi pengembara dan jambatan
yang perlu diseberangi, dan seandainya manusia tidak menghiaskan dirinya
dengan ilmu, kelakuan yang mulia dan sifat-sifat Alam Malakut di sini
dalam bentuk penyucian dan pembebasan daripada hawa nafsu yang
menghalang dia daripada renungan yang benar, tiada jalan untuknya
memperolehi kebahagiaan yang abadi. Maka dia mulakan dengannya.
Ketidak-sempurnaan ini juga sebab bagi pertambahan ilmu.
Saya
tidak maksudkan apabila ilmu itu berkurangan ia adalah semata-mata
kesalahan manusia - kecuali ilmu ketuhanan. Kebenarannya menunjukkan
bahawa tidak ada pengurangan sama sekali dan manusia itu sentiasa dan
terus menerus bertambah ilmunya dan dalam hubungan apa yang inderanya
berikan kepadanya, turun naik suasana dan aliran pemikiran dalam
dirinya. Ilmunya bertambah, tetapi tidak ada manfaat dalamnya. Pendapat,
keraguan, spekulasi, kejahilan, kelalaian dan kelupaan: semua ini dan
perkara-perkara seumpamanya tidak disertai oleh ilmu yang apa yang kamu
di dalamnya dalam hubungan pendapat, keraguan, spekulasi, kelalaian atau
kelupaan.
[Ilmu tajalli: pertambahan dan pengurangannya]
Bagi pertambahan dan pengurangan ilmu tajalli, manusia itu samada
berada dalam salah satu suasana: bagaimana anbia bawakan mereka muncul
keluar secara pancaran, atau aulia melalui prinsip menjadi pewaris
anbia. Inilah seperti yang dikatakan kepada Abu Yazid al-Bistami apabila
jubah perwakilan dipakaikan kepadanya, "Pergilah kepada makhluk-Ku
dengan sifat-sifat-Ku. Sesiapa yang melihat kamu melihat Aku!" Tidaka
ada apa yang boleh dia lakukan kecuali mentaati perintah Tuhannya. Dia
maju selangkah ke arah dirinya dan dia pengsan. Kedengaran jeritan,
"Kembalikan Kekasih-Ku kepada-Ku! Dia tidak dapat menahan perpisahan
dengan-Ku!" Dia telah larut ke dalam al-Haq, seperti Abu 'Iqal
al-Maghribi, maka roh-roh diamanahkan dengannya dan sesiapa yang
membantunya apabila dia diperintahkan keluar kembalikan dia kepada
setesen penyerapan (istihlak) dalam-Nya. Dia dikembalikan kepada Allah
dan pakaian rendah hati, kemiskinan, dan kehinaan dipakaikan kepadanya.
Hidup ini menggembirakan dan dia menyaksikan Tuhannya dan bertambah
dalam keakraban dan memperolehi kerehatan daripada
"amanah yang dipertaruhkan" (33:72)
yang perlu diangkatkan daripadanya.
[Kenaikan (Mikraj) manusia atas Tangga Makrifat]
Sejak saat saat permulaan seseorang itu memulakan tangga kenaikan, dia
mempunyai tajalli ketuhanan menurut tangga yang dia daki. Setiap orang
dari kalangan ahli Allah mempunyai tangga khusus untuknya yang tidak ada
orang lain mendakinya. Jika seseorang boleh mendaki tangga orang lain,
maka kenabian boleh diperolehi. Dengan zatnya, setiap tangga memberikan
darjat khusus untuk orang yang mendakinya. Sekiranya keadaan sebaliknya,
ulama boleh memanjat tangga anbia dan memperolehi kenabian dengan
berbuat demikian. Keadaannya tidak demikian. 'Keupayaan ketuhanan' akan
hilang sekiranya perkara itu berulang. Dalam pandangan kami, ianya sah
bahawa tidak ada pengulangan dalam kehadiran itu.
Walau
bagaimanapun, semua langkah bagi maksud - anbia, aulia, yang beriman,
dan utusan - semuanya sama. Satu tangga tidak mempunyai anak tangga yang
lebih daripada tangga lain. Langkah pertama ialah Islam. Ia adalah
penyerahan. Langkah terakhir ialah penghapusan (fana) dalam kenaikan itu
dan berjalan terus dalam perjalanan keluar itu. Apa yang tinggal ialah
di antara dua mereka. Ia adalah iman, ihsan, ilmu, kesatuan sejati
(taqdis), 'tiada-hubungan' (tanzih), kekayaan, kemiskinan, kehinaan,
kekuasaan, perubahan (talwin), penetapan dalam perubahan itu,
penghapusan (fana) jika kamu keluar dan berjalan terus jika kamu masuk.
Setiap langkah yang dalamnya kamu tinggalkkannya mengurangkan
pengetahuan tajalli dalam keseimbangan batin kamu dengan apa yang
bertambah pada zahir kamu sehingga kamu mencapai langkah terakhir.
Jika kamu keluar dan mencapai langkah terakhir, maka Dia menyata dengan
Zat-Nya dalam zahir kamu menurut nilai kamu dan kamu menyatakan-Nya
dalam makhluk-Nya. Dalam batin kamu tidak ada apa lagi yang tinggal dan
tajalliyat kebatinan meninggalkan kamu secara keseluruhannya. Apabila
kamu dipanggil untuk masuk, panggilan ini adalah langkah pertama yang
akan dinyatakan kepada kamu melalui tajalli dalam batin kamu menurut apa
yang berkurangan bagi tajalli itu dalam zahir kamu, sehingga kamu
mencapai langkah terakhir. Kemudian Dia dinyatakan kepada batin kamu
dengan Zat-Nya dan tidak ada tajalli sama sekali tinggal dalam zahir
kamu. Sebab bagi yang demikian ialah hamba dan Tuhan terus bersama,
setiap satu dengan kewujudan yang sempurna bagi dirinya: hamba tetap
hamba dan Tuhan tetap Tuhan, sekalipun berlaku pertambahan dan
pengurangan ini.
Inilah sebab bagi pertambahan dan pengurangan
ilmu tajalliyat dalam zahir dan batin. Sebab bagi itu ialah peraturan.
Inilah sebabnya semua yang Allah ciptakan dan bawakan kepada kewujudan
dalam keasliannya adalah komposit (dalam keadaan banyak bahagian tetapi
merupakan kesatuan) - ia ada zahir dan batin. Apa yang kami rujukkan
sebagai anasir yang mudah (basa'it) adalah perkara yang mudah difahami
yang tidak ada kewujudan dalam sumbernya. Setiap benda yang wujud,
selain Allah, adalah komposit. Kami ketahui ini melalui kasyaf yang
benar yang tidak ada keraguan dalamnya. Ia mewajibkan pergantungan yang
sesuai kepada-Nya, kerana ia adalah gambaran yang perlu bagi-Nya.
Jika kamu faham, kami sudah jelaskan jalannya untuk kamu mulakan
pendakian bagi diri kamu. Maka mengembaralah! Dan naiklah! Kamu akan
lihat dan saksikan apa yang sudah kami jelaskan kepada kamu. Kami telah
perincikan langkah-langkah pendakian bagi kamu yang kami simpan bagi
kamu dalam nasihat yang berguna apabila Rasulullah s.a.w perintahkan
kita melakukannya (dalam hadis). Sekiranya kami ceritakan buah dan
hasilnya kepada kamu tanpa perincian jalannya kepada kamu, kami akan
membuatkan kamu teringinkan sesuatu yang besar yang kamu tidak ketahui
jalan memperolehinya. Dengan yang Esa yang diriku dalam tangan-Nya, ia
adalah Mikraj.
"Allah katakan yang benar dan membimbing kepada jalan yang benar".

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
[Mengenai Penanggung Arasy]
Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya -
kenyataan ini mudah dimengerti.
Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya
sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan?
Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan
tiada apa lagi yang pembahagian aturkan.
Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya!
Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan.
Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat,
dan tiada kesalahan pada mereka:
Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam
dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail,
Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini -
mendapat kekuatan daripada "La ilah illa Llah".
[Arasy (singgahsana) dalam bahasa Arab]
Semoga Allah membantu wali-Nya! Ketahuilah dalam bahasa Arab
singgahsana membawa maksud sesuatu yang menunjukkan kepada kewujudan
kerajaan. Dikatakan, "Singgahsana raja diruntuhkan," bila berlaku
kekacauan di dalam kerajaannya. Singgahsana (takhta) juga membawa maksud
kerusi. Bila singgahsana dimaksudkan sebagai penunjuk bagi sesuatu
kerajaan, pembawanya adalah penanggungnya. Bila singgahsana itu adalah
kerusi, penanggungnya ialah kakinya yang menanggungnya, ataupun sesiapa
sahaja yang membawanya di atas galas mereka. Bilangan ditentukan bagi
penanggung singgahsana Arasy. Rasulullah s.a.w mengatakan ada empat di
dalam dunia ini, dan lapan pada Hari Kebangkitan. Rasulullah s.a.w
membacakan,
"Pada hari itu lapan akan membawa Arasy Tuhan kamu" (69:17)
dan kemudian baginda bersabda, "Kini mereka adalah empat," maksudnya
dalam dunia ini. Firman Allah, "Pada hari itu mereka menjadi lapan",
bermaksud Hari Kebangkitan.
[Arasy terkandung dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat]
Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali, salah seorang yang
terkemuka dalam bidang kerohanian, mengatakan, dan menyingkapkan, "Arasy
yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia terkandung di dalam tubuh, roh,
penyuburan dan darjat. " Adam dan Israfil dari golongan bentuk; Jibrail
dan Muhammad dari roh; Mikail dan Ibrahim dari pembekalan; dan Malik dan
Ridwan dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan itu hanya ada apa yang
dinyatakan. Penyuburan, iaitu pembekalan, adalah yang boleh dicapai
dengan pancaindera dan juga rohaniah. Apa yang akan kami nyatakan dalam
tajuk ini ialah satu cara, yang membawa makna kerajaan, melaluinya
segala manfaat berhubung. "Penanggungnya" mengatur mereka yang
menjalankan urusan. Satu pengurus dalam bentuk anasir atau bentuk yang
bercahaya; satu pengurus dalam bentuk roh; satu pengurus kepunyaan
bentuk anasir; satu pengurus adalah roh dan satu diuruskan dan dikuasai
oleh bentuk yang bercahaya. Penyuburan adalah kepunyaan bentuk anasir
dan penyuburan ilmu dan makrifat roh. Ada darjat kebahagiaan yang boleh
dialami oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan ada darjat
kecelakaan yang boleh dialami oleh pancaindera diperolehi dengan
memasuki Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian.
Tajuk ini
berdasarkan empat isu. Persoalan pertama ialah bentuk; keduanya roh;
ketiga ialah penyuburan; dan keempat ialah darjat, iaitu penghujung.
Setiap persoalan ini ada dua bahagian, jadi semuanya menjadi lapan.
Mereka adalah penanggung Arasy, iaitu apabila yang lapan itu hadir,
kerajaan pun didirikan dan muncul, lalu Raja bersemayam di atasnya.
[Badan yang bercahaya dan Malaikat Utama]
Persoalan pertama menyentuh bentuk dan ia mempunyai dua bahagian:
bentuk tubuh beranasir yang mengandungi bentuk tubuh khayali, dan
bahagian lain ialah tubuh fizikal yang bercahaya. Kita mulakan dengan
tubuh yang bercahaya. Tubuh-tubuh pertama yang Allah jadikan adalah
tubuh roh kemalaikatan bergerak dengan cinta dalam keagungan Allah. Ia
termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat (Universal) dan tubuh yang
bercahaya, diciptakan daripada cahaya keagungan berakhir di sana. Tidak
ada daripada malaikat ini yang diciptakan melalui cara lain kecuali
melalui Diri (an-Nafs) yang di bawah Akal. Setiap malaikat yang
diciptakan selepas malaikat-malaikat ini adalah dibawah taklukan alam
semulajadi. Mereka adalah daripada keturunan sfera-sfera yang
daripadanya mereka diciptakan dan padanya mereka menghuni. Ia sama juga
dengan malaikat anasir. Malaikat darjat terakhir ialah yang diciptakan
daripada amalan dan nafas ahli ibadat. Kami akan nyatakannya sedarjat
demi sedarjat dalam tajuk ini, Insya' Allah.
Ketahuilah bahawa
telah ada Allah sebelum Dia ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa
sebelumnya. Itu adalah ungkapan secara 'ada-hubungan' yang menunjukkan
perhubungan yang melaluinya matlamat dicapai pada pendengar. Allah
berada di dalam 'ama' yang di bawah dan di atasnya tidak ada udara. Ia
adalah kenyataan Ilahi yang pertama muncul yang dalamnya mengalir cahaya
Zat, seperti dijelaskan oleh firman-Nya,
"Allah adalah cahaya langit dan bumi" (24:35).
Bila 'ama' itu diwarnai oleh cahaya, Dia bukakan dalamnya rupa malaikat
yang terpukau oleh kecintaan yang di atas daripada badan alam
semulajadi. Tidak ada singgahsana atau malaikat yang mendahului mereka.
Bila Dia bawa mereka kepada kewujudan, Dia berikan mereka kenyataan.
Kenyataan itu menjadi tidak kelihatan kepada mereka, dan yang tidak
kelihatan itu menjadi roh mereka, iaitu bagi rupa-bentuk itu. Dia
berikan kepada mereka kenyataan dalam Nama-Nya, Yang Maha Indah, lalu
mereka kehairanan dan kebingungan dengan kecintaan dalam keagungan
keindahan-Nya, dan mereka tidak pulih daripadanya.
[Akal Awal adalah Paksi bagi Alam Catatan dan Rakaman]
Bila Allah berkehendak menciptakan alam catatan dan penulisan, Dia
khususkan salah seorang daripada malaikat Karubiyun. Ia adalah malaikat
pertama daripada cahaya itu yang dinamakan Akal dan Qalam. Ia
dikurniakan tajalli dalam tempat di mana ilmu yang dikurniakan menyata
menurut kewujudan yang Dia kehendaki terhadap makhluk-Nya, bukan untuk
akhiran dan batasan. Dengan zatnya, Akal menerima apa yang sepatutnya
dan Nama-nama Ilahi yang yang inginkan kemunculan alam ciptaan. Daripada
Akal ini muncul kewujudan lain yang dipanggil Loh. Dia perintahkan
Qalam agar turun kepadanya dan mengamanahkan kepadanya hanya apa yang
akan berlaku sehingga Hari Kebangkitan. Dia kurniakan kepada Qalam 360
tahun penulisan, iaitu menjadi Qalam. Bermula daripada ia menjadi qalam,
Allah kurniakan kepadanya 360 tajalli atau raqa'iq (berus). Setiap
tahun atau raqa'iq mengeluarkan 360 jenis ilmu yang lengkap, dan Qalam
memperincikannya dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam semesta
sehingga Hari Kebangkitan. Loh mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan
pengetahuan itu kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada alam
semulajadi, dan ia adalah ilmu pertama yang Loh terima mengenai ilmu
yang bersangkutan dengan apa yang Allah kehendaki pada makhluk-Nya. Ini
adalah lebih tepat dikira sebagai semulajadi daripada diri. Semua itu
berada di dalam alam cahaya yang murni.
[Arasy dan malaikat yang menghuninya]
Kemudian Allah bawa kepada kewujudan kegelapan yang murni yang
bertentangan dengan cahaya ini, yang berada dalam keadaan ketiadaan yang
menyeluruh bertentangan dengan kewujudan yang menyeluruh. Bila Dia
membawanya kepada kewujudan, cahaya itu mengalir ke atasanya dengan
pengaliran keluar yang perlu dengan bantuan semulajadi. Maka cahaya
memperbaiki keadaannya yang berselerakan dan badan muncul yang
ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama ar-Rahman bersemayam di atasnya
dengan nama, Kenyataan Zahir. Itu adalah kemunculan yang pertama bagi
alam ciptaan. Daripada cahaya yang bercampur itu, yang seumpama cuaca
subuh, Dia ciptakan malaikat yang mengelilingi Singgahsana itu. Inilah
firman-Nya,
"Kamu akan lihat malaikat mengelilingi Arasy sambil membesar dan memuji Tuhan mereka" (39:75).
Mereka tidak mempunyai tugas lain kecuali mengelilingi Arasy, membesar
dan memuji-Nya. Kami telah terangkan tentang penciptaan alam maya dalam
buku kami, 'Uqla al-Mustawfiz. Kami gunakan prinsip berkenaan dalam
tajuk ini.
[Kursi dan malaikat yang mendiaminya]
Kemudian Dia bawakan Kursi ke dalam kewujudan Arasy ini dan meletakkan
padanya malaikat yang dari jenisnya. Setiap sfera merupakan asas
penghuninya yang diciptakan di dalamnya sama seperti anasir yang
daripadanya penghuninya diciptakan. Adam diciptakan daripada tanah maka
keturunannya menghuni bumi. Dalam Kursi yang mulia ini, Perkataan
dibahagikan kepada rakaman dan pengadilan: ini adalah dua kaki yang
turun daripada Arasy sebagaimana dinyatakan oleh hadis. Kemudian di
dalam Kursi itu Allah ciptakan sfera-sfera, satu di dalam yang lain.
Dalam setiap sfera Dia ciptakan alam daripadanya yang mereka diami, yang
dinamakan malaikat iaitu utusan. Dia hiaskan sfera-sfera dengan
bintang-bintang, dan mengilhamkan kepada setiap langit dengan
perintah-Nya sehingga Dia ciptakan bentuk benda-benda (muwalladat).
[Roh bentuk yang bercahaya, bentuk khayali dan bentuk anasir]
Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang bercahaya dan anasir ini yang
tidak mempunyai roh yang tidak kelihatan oleh bentuk-bentuk tersebut,
Dia kurniakan kenyataan kepada setiap golongan bentuk-bentuk tersebut
menurut asas masing-masing. Roh bentuk-bentuk itu muncul daripada
bentuk-bentuk tersebut dan daripada tajalli. Ini merupakan persoalan
kedua. Allah ciptakan roh-roh dan perintahkan mereka menguruskan
bentuk-bentuk tersebut dan Dia jadikan mereka ghaib, zat yang satu
tetapi dijadikan berbeza di antara satu sama lain. Mereka berbeza
menurut bentuk yang mereka terima daripada tajalli itu. Bentuk-bentuk
itu bukanlah kepunyaan roh-roh secara kenyataannya menurut "di mana
berada". Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh sebagai kerajaan
berhubung dengan bentuk anasir, dan seumpama tempat menyatakan berhubung
dengan semua bentuk-bentuk.
Kemudian Allah hasilkan bentuk
khayali fizikal melalui tajalli lain di antara lataif (yang seni) dan
bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala muncul kepada pandangan dalam
tubuh fiikal itu. Bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera yang
menyata itu membawa bentuk maksud dalam bentuk fizikal ini di dalam
tidur, selepas kematian dan sebelum dibangkitkan - ia adalah bentuk di
antara ruang (barzakh). Ia adalah tanduk cahaya yang atasnya luas dan
bawahnya sempit. Bahagian tertingginya ialah 'ama' dan bahagian
terendahnya ialah bumi. Badan-badan bagi bentuk ini yang mana jin,
malaikat dan bahagian batin manusia muncul adalah arah ke luar semasa
tidur dan bentuk-bentuk Taman Syurga. Bentuk inilah yang menghuni bumi
khayali yang sudah kami katakan dalam tajuk yang sesuai ini.
[Penyuburan roh-roh dan penyuburan bentuk-bentuk]
Kemudian Allah tentukan penyuburan bagi bentuk-bentuk dan roh-roh ini.
Ia termasuk dalam persoalan ketiga. Mereka hidup dengan penyuburan itu.
Ia mengandungi penyuburan pancaindera dan penyuburan maksud. Penyuburan
maksud adalah penyuburan ilmu pengetahuan, tajalliyat dan hal-hal
(ahwal) atau suasana. Penyuburan pancaindera sudah diketahui umum. Ia
adalah apa yang bentuk-bentuk itu makan dan minum yang membawakan maksud
kerohanian, iaitu bakat-bakat. Setiap bentuk, samada yang bercahaya,
haiwan atau fizikal, disuburkan oleh apa yang sesuai dengannya. Ia
mengambil tempat yang panjang untuk diperincikan di sini.
[Darjat alam dalam kebahagiaan dan kecelakaan]
Kemudian Allah kurniakan kepada setiap alam darjat dalam kebahagiaan
dan kecelakaan dan satu setesen; dan perinciannya tidak terhitung.
Kebahagiaannya menurutnya: sebahagiannya kebahagiaan nafsu, kebahagiaan
kesempurnaan, kebahagiaan kerana dipenuhi, dan kebahagiaan tempat, iaitu
Syariat. Kecelakaan adalah seperti itu dalam pembahagian apa yang tidak
disetujui oleh nafsu, kesempurnaan, kelakuan (iaitu tidak dipenuhi),
dan bukan Syariat. Semua itu boleh ditangkap oleh pancaindera dan akal.
Bahagiannya yang ditangkap oleh pancaindera berkait dengan Kediaman
kecelakaan, kesakitan pada dunia ini dan alam kemudian, dan berkait
dengan Kediaman kebahagiaan bagi kesenangan dalam dunia ini dan alam
kemudian. Sebahagiannya murni dan sebahagiannya bercampur. Yang murni
berhubung dengan Alam Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan Kediaman
sekarang. Jadi yang bahagia mungkin muncul dalam bentuk yang celaka dan
yang celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia sementara mereka akan
menjadi jelas berbeza pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang celaka
menyatakan kecelakaannya dalam dunia ini dan ia berhubung dengan
kecelakaan di Alam Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia. Walau
bagaimanapun, mereka tidak diketahui dalam dunia ini, tetapi mereka
menjadi jelas dalam Alam Kemudian:
"Sekarang asingkan diri-diri kamu, wahai mereka yang berdosa, pada hari ini!" (35:59).
Jadi darjat dihubungkan dengan orang berkenaan dengan hubungan yang tidak akan putus ataupun berubah.
[Penanggung Arasy dalam alam ini dan alam kemudian]
Jadi maksud lapan, iaitu jumlah kerajaan ditunjukkan oleh Arasy, sudah
dijelaskan kepada kamu. Ini adalah persoalan keempat. Maksud lapan sudah
jelas bagi kamu. Lapan ini kepunyaan lapan asbab Ilahi yang melaluinya
Allah diceritakan. Mereka ialah: kehidupan, pengetahuan, kuasa,
kehendak, pertuturan, pendengaran, penglihatan, dan kesempurnaan
kecapan, bau dan rasa dengan sifat yang berhubung dengannya. Pengertian
ini mengenai mereka ada hubungan, seperti pendengaran menyaksikan
benda-benda yang didengar dan penglihatan menyaksikan benda-benda yang
dilihat. Jadi kerajaan itu terkandung di dalam lapan. Empat daripadanya
menyata dalam alam ini: bentuk, makanan dan dua darjat itu. Pada Hari
Kebangkitan, kesemua yang lapan itu akan kelihatan pada pandangan. Allah
berfirman,
"Pada hari itu lapan akan menangung di atas mereka Arasy Tuhan kamu" (69:17).
Rasulullah s.a.w bersabda, "Kini mereka berempat". Inilah penjelasan mengenai Arasy sebagai Kerajaan.
Bagi Arasy, iaitu singgahsana, ia kepunyaan Allah dan malaikat-malaikat
membawanya di atas belakang mereka. Hari ini mereka berempat, dan esok
mereka berlapan berhubung dengan tanggungan di bumi yang dikumpulkan. Ia
berhubung dengan empat yang menanggungnya kira-kira menyamai apa yang
Ibn Masarra katakan. Dikatakan satunya mempunyai rupa manusia, satu
singa, satu helang dan keempatnya lembu. Itulah yang dilihat dan
dikhayalkan oleh Samiri sebagai Tuhan Musa. Jadi dia bina anak lembu
untuk kaumnya dan berkata,
"Inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa" (20:88),
menurut kisahnya. Allah menceritakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar.

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
[Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)]
Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan
sebagai ruang di antara dua keadaan.
Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam
dan roh yang tiada "di mana".
Yang menerima jasad mencari makanan
untuk pembesaran tanpa kepalsuan,
Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi
mengambil bentuk dalam keasliannya.
Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain
Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api.
[Penciptaan Jin, malaikat dan manusia]
Allah berfirman,
"Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang tiada asap" (55:14).
Hadis menceritakan,
"Allah
ciptakan malaikat daripada nur, dan Allah ciptakan jin daripada api,
dan Dia ciptakan manusia daripada apa yang telah dikhabarkan kepada
kamu".
Apa yang Rasulullah s.a.w katakan mengenai
ciptaan manusia "seperti yang telah diceritakan kepada kamu", baginda
memberi ketegasan dan tidak menjelaskannya seperti yang baginda lakukan
pada menceritakan ciptaan malaikat dan jin. Rasulullah s.a.w "diberikan
segala perkataan". Ini adalah sebahagian daripadanya. Asas ciptaan
malaikat dan jin tidak berubah. Asas ciptaan manusia berubah kerana ada
empat kategori kejadian manusia. Kejadian Adam tidak menyerupai kejadian
Hawa. Kejadian Hawa tidak meneyrupai kejadian keturunan Adam yang lain.
Kejadian Isa tidak menyerupai yang lain. Di sini Rasulullah s.a.w
memberi penjelasan. Baginda menyampaikan kepada kita perincian kejadian
manusia. Adam diciptakan daripada tanah liat, Hawa daripada tulang
rusuk, Isa daripada tiupan Roh, keturunan Adam daripada
"air yang hanyir" (77:20).
[Konsep perkaitan langit dan bumi]
Bila Allah dirikan empat anasir asas dan asap naik ke bahagian bawah
Sfera Bintang-bintang Yang Tetap, tujuh langit dibentangkan di dalam
asap itu, setiap satu berpisah daripada yang lain. Dia
"bukakan pada setiap langit ketentuannya"
selepas
"Dia adakan dalamnya rezekinya"
dan semua ini
"dalam empat hari".
Kemduian Dia berfirman,
"kepada langit dan bumi: Datanglah dengan rela atau terpaksa". (41:9-11).
Kemudian Allah adakan perkaitan di antara langit dan bumi dan arah yang
dengannya Dia berkehendak mengadakan benda-benda di bumi dalam bentuk
bahan galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dia jadikan bumi seumpama
isteri dan langit seumpama suami. Langit menyalurkan perintah Allah
kepada bumi sebagaimana suami memindahkan air mani kepada isterinya.
Dengan demikian bumi membawa keluar jenis-jenis pembentukan yang Allah
sembunyikan di dalamnya.
[Empat anasir dan pembentukan manusia dan jin]
Bila udara dinyalakan dan dipanaskan, ia membakar seperti pelita.
Pembakaran api itu adalah nyalaan udara dan ianya tidak berasap (marj,
bercampur-aduk) kerana ia bercampur dengan udara dan adalah udara yang
terbakar. Marj adalah campuran dan daripada ini yang tidak berasap itu
adalah marj kerana tumbuh-tumbuhan bercampur di dalamnya.
Jin
adalah campuran dua anasir iaitu api dan udara, sebagaimana manusia
merupakan campuran dua anasir iaitu air dan tanah diuli bersama yang
menjadikannya tanah liat. Begitu juga campuran udara dan api dinamakan
'api yang tidak berasap'. Allah ciptakan bentuk jin dalam api yang tidak
berasap itu. Oleh kerana anasir udara ada dengan jin, maka jin boleh
mengambil berbagai-bagai bentuk yang mereka mahu. Oleh kerana ada anasir
api dengannya maka ia menjadi tidak nyata dan seni, dan mereka mencari
kekuasaan, kemegahan dan kekuatan kerana api merupakan bahagian yang
paling tinggi dalam anasir-anasir itu dan ia mempunyai pengaruh yang
kuat untuk menukarkan sesuatu sebagaimana hukum alam kehendaki. Inilah
sebabnya jin iblis menyombong dan enggan sujud kepada Adam bila Allah
memerintahkannya berbuat demikian lantaran pandangannya yang tinggi
terhadap dirinya. Dia berkata,
"Aku lebih baik daripadanya" (7:12),
bermaksud menurut dasar bahawa Allah lebih menyukai api daripada anasir-anasir yang lain.
Jin tidak tahu bahawa anasir air yang daripadanya Adam diciptakan lebih
kuat daripada api kerana air boleh memadamkan api dan tanah adalah
lebih teguh daripada api melalui kesejukan dan kekeringan. Adam memiliki
kekuatan dan kemantapan melalui penguasaan dua anasir tersebut yang
Allah jadikannya. Walaupun dia juga memiliki anasir-anasir yang lain -
udara dan api, anasir tersebut tidak ada kekuasaan atasnya. Jin juga
memiliki anasir-anasir selebihnya....
Adam dikurniakan sifat
rendah diri berdasarkan sifat tanah yang ada dengannya. Bila dia menjadi
megah, itu hanyalah yang datang kemudian (bukan sifat semulajadinya).
Dia menerima sifat tersebut kerana anasir api yang ada dengannya
sebagaimana imaginasi dan keadaannya menerima berbagai-bagai suasana
kerana anasir udara dengannya. Jin bersifat menyombong kerana sifat api
yang ada dengannya. Jika mereka merendah diri, itu adalah yang datang
kemudian (bukan sifat asli), ia boleh datang kerana anasir tanah yang
ada dengannya. Mereka juga menerima ketetapan dalam menggunakan tipu
daya jika mereka syaitan, dan menerima ketetapan untuk berbuat taat jika
mereka bukan syaitan.
[Keadaan jin bila surah ar-Rahman (surah 55 dalam Quran) dibacakan]
Bila Rasulullah s.a.w membacakan surah ar-Rahman kepada para sahabat
baginda, baginda bersabda, "Aku membacakannya kepada kumpulan jin.
Mereka mendengarkannya lebih baik daripada kamu. Bila aku
katakan,'Nikmat Tuhan kamu yang manakan kamu nafikan?' mereka
melafazkan,'kami tidak nafikan sebarang nikmat Tuhan kami!' Ia
meneguhkan mereka dan tidak menggeletar bila dibacakan,'Nikmat Tuhan
kamu yang manakah kamu nafikan?' dalam bacaannya. Ini adalah cetusan
sifat jin yang keluar daripada aanasir tanah dan air yang memadamkan
nyalaan api. Sebahagian daripada mereka adalah taat kepada Allah dan
sebahagiannya menderhaka, seperti manusia: tetapi mereka boleh mengambil
berbagai-bagai bentuk seperti malaikat.
[Bentuk asasnya ialah rohani]
Allah jadikan mereka tidak kelihatan kepada pandangan manusia melainkan
bila Allah angkatkan tutupan kepada orang-orang tertentu untuk mereka
melihatnya. Oleh kerana jin tidak nyata dan seni, mereka boleh mengambil
apa juga bentuk yang boleh dicapai oleh pancaindera menurut kemahuan
mereka. Bentuk asasnya ialah kerohanian yang merupakan bentuk pertama
yang diterima oleh jin pertama tatkala Allah membawanya kepada
kewujudan. Kemudian ia mengambil berbagi-bagai bentuk menurut apa yang
Allah kehendaki. Jika Allah bukakan pandangan kita sehingga kita dapat
melihat bentuk-bentuk yang dapat disaksikan pancaindera melalui khayal,
maka pada masa yang berlainan kamu akan dapat melihat manusia dalam
berbagai-bagai bentuk yang tidak serupa antara satu sam alain.
[Pembiakan jin dan manusia]
Kemudian Allah tiupkan roh ke dalam nyalaan api yang bergolak lantaran
keadaannya yang tidak pejal itu. Tiupan menambahkana pergolakan tersebut
dan udara menguasainya dan ia tidak tinggal dalama keadaan yang sama.
Alam jin muncul dalam bentuk demikian. Sebagaimana persetubuhan berlaku
dalam kehidupan manusia secara memasukkan air ke dalam kandungan lalu
menghasilkan pembiakan dan kelahiran dalam bangsa Adam yang fana, begitu
juga dengan pembiakan berlaku pada jin secara memindahkan udara ke
dalam kandungan perempuan dan pembiakan serta kelahiran berlaku pada
jin. Mereka keluar melalui Sagittarius dan keadaannya yang berapi-api.
Ini telah diceritakan oleh orang yang telah sampai - semoga Allah
melindunginya!
[Tempuh di antara penciptaan jin dan penciptaan manusia]
Tempuh di antara penciptaan Jann (jin pertama) dengan penciptaan Adam
ialah 60,000 tahun. Ini adalah perlu menurut dakwaan sesetengah orang
bahawa kelahiran jin berakhir selepas 4,000 tahun dan kelahiran manusia
berakhir selepas 7,000 tahun. Walau bagaimanapun, ianya tidak berlaku
berdasarkan yang demikian. Ianya akan berlaku menurut kehendak Allah.
Jin masih membiak dan akan terus membiak. Jadi bilakah manusia bermula,
berapa tahun pembiakannya yang masih tinggal, berapa lama lagikah
sebelum berakhirnya dunia ini dan bangsa manusia terhapus dari muka bumi
ini dan mereka dipindahkan ke Alam Kemudian? Ini bukanlah pegangan
mereka yang kukuh dalam ilmu. Ia dikatakan oleh sebilangan kecil sahaja
dan tidak akan diulangi.
[Jin adalah ruang di antara malaikat dengan manusia]
Malaikat adalah roh yang ditiupkan ke dalam nur (cahaya). Jin adalah
roh yang ditiupkan ke dalam angin. Manusia adalah roh yang ditiupkan ke
dalam bentuk. Ada yang mengatakan bahawa yang perempuan tidak berpisah
daripada jin yang mula-mula wujud, seperti Hawa berpisah daripada Adam.
Salah seorang daripada mereka mengatakan Allah ciptakan anggota pada jin
pertama, maka satu bahagiannya bersetubuh dengan bahagiannya yang lain
dan keturunannya dilahirkan seperti keturunan Adam dilahirkan: lelaki
dan perempuan berkahwin. Jadi sifat jin ialah memiliki kedua-dua
jantina. Oleh kerana itu jin merupakan sebahagian daripada ruang di
antara: mereka menyerupai manusia dan menyerupai malaikat kerana
kedua-dua jantina menyerupai lelaki dan perempuan.
[Makanan dan perkahwinan jin]
Anasir udara dan api menguasai kejadian jin. Oleh kerana itu makanannya
ialah apa yang di bawa oleh udara iaitu lemak di dalam tulang. Allah
jadikan persediaan ini dalam mereka. Jadi kita dapati bahawa tulang dan
dagingnya tidak berkurangan sama sekali dan kita tahu bahawa Allah
berikan kepada mereka zat dalam tulang itu. Inilah yang dikatakan oleh
Rasulullah s.a.w mengenai tulang, "Tulang adalah makanan saudara kamu
dari golongan jin". Dalam satu hadis, "Allah taruhkan zat pemakanan
mereka di dalamnya". Orang yang hal ini dibukakan kepadanya menceritakan
kepada kami dia telah melihat jin mendapatkan tulang dan menghidunya
seperti haiwan menghidu mangsanya. Kemudian mereka pergi sesudah
mengambil makanannya. Makanannya diambil melalui penghiduan itu. Segala
puji bagi Yang Maha Lemah-lembut (al-Latiff) dan Yang Maha Mengerti!
Bagi penyatuan mereka dalam perkahwinan, ia dalam bentuk berpusing -
seperti apa yang kelihatan pada asap yang keluar dari tempat bakaran.
Asap itu bercampur-gaul dan setiap individu jin itu menikmati kemasukan
yang berbalas-balasan itu. Pancutan maninya seperti biji palma dan dalam
bentuk bau yang asli, sama seperti makanannya.
[Puak dan kumpulan jin]
Mereka berpuak-puak dan berkumpulan. Dikatakan mereka tergolong kepada
dua belas puak dan kemudian bercabang kepada puak-puak yang lebih kecil.
Biasa berlaku peperangan besar di antara mereka, dan sebahagian
daripada angin puting beliung adalah sebenarnya di tengah-tengah
pertempuran mereka. Puting beliung itu merupakan perlawanan yang
berbalas-balasan di antara dua angin yang bertentangan, masing-masing
menghalang yang satu lagi daripada melepasi. Jadi penahanan itu membawa
kepada bulatan yang dapat disaksikan oleh mata sebagai debu yang nyata
yang merupakan kesan kepada perlawanan dua angin itu. Pertempuran mereka
adalah seperti itu, tetapi bukanlah pula setiap puting beliung itu
pertempuran mereka. Kisah jin 'Amr merupakan kisah yang terkenal. Ia
terbunuh di dalam puting beliung yang kelihatan. Ia pecah daripadanya
ketika ia hampir mati. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk mati. Ia
adalah jin yang salih. Jika asas buku ini adalah untuk menceritakan
sejarah dan budaya kami tentu ceritakan sebahagian daripadanya, tetapi
buku ini adalah mengenai maksud ilmu pengetahuan. Kamu boleh mencari
ceritanya pada tempat yang lain, dalam buku sejarah dan puisi.
[Cara alam makhluk rohani muncul dalam rupa bentuk]
Bila alam rohani mengambil bentuk dan muncul dalam bentuk yang boleh
ditangkap oleh pancaindera, mata mengurung makhluk rohani itu kerana
makhluk rohani itu tidak dapat melepaskan bentuk yang ia muncul itu
kerana mata terus melihat kepadanya walaupun yang melihat itu ialah
manusia. Bila mata manusia jelas mengenai makhluk rohani itu, ia tidak
mempunyai tempat untuk menghilangkan diri, maka makhluk rohani itu
menjelmakan bentuk yang ia gunakan untuk menutupi dirinya. Kemudian
makhluk rohani itu membuat manusia mengkhayalkan yang bentuk itu telah
meninggalkannya pada satu arah, lalu mata mengikuti arah tersebut. Bila
mata mengikutinya, makhluk rohani itu meninggalkan kurungan mata tadi
dan menghilang. Bila ia menghilang, bentuk itu hilang dari pandangan
orang yang sedang memandang kepadanya dan mengikutinya dengan
pandangannya. Dalam hubungan dengan makhluk rohani itu, bentuk itu
adalah umpama cahaya yang di dalam bekas lampu yang cahayanya
dihamburkan di penjuru-penjuru. Bila badan lampu itu tiada cahaya pun
hilang. Beginilah keadaan bentuk itu. Jika seseorang mengetahui hal ini,
dan mahu mengurung makhluk rohani itu, dia tidak harus mengikuti
makhluk rohani itu dengan matanya. Ini adalah salah satu rahsia Ilahi
yang hanya diketahui oleh mereka yang mendapat petunjuk Allah. Bentuk
itu tidak lain daripada makhluk rohani itu. Sebenarnya ia adalah sama,
sekalipun ia berada pada seribu tempat, atau pada setiap tempat, dengan
bentuk yang berlainan.
Andaikata salah satu bentuk itu dibunuh
dan kelihatan mati, makhluk rohani itu meninggalkan kehidupan dunia ini
dan pergi ke ruang antara sebagaimana kita pergi apabila kita meninggal.
Tidak ada maklumat mengenainya tinggal di dalam dunia ini, seperti
keadaan kita juga. Bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera yang
diambil oleh makhluk rohani itu dinamakan 'tubuh'. Allah berfirman,
"Kami adakan hanya jasad di atas singgahsananya" (38:34)
dan
"Kami tidak berikan kepada mereka tubuh yang tidak memakan makanan" (21:8).
Perbezaan di antara jin dengan malaikat, walaupun secara kerohaniannya
mereka serupa, ialah makanan jin mengandungi makanan yang didapati dalam
tubuh asli. Malaikat tidak demikian. Itulah sebabnya Allah ceritakan
tentang tetamu Nabi Ibrahim a.s,
"Bila dia melihat tangan mereka tidak mengambilnya, dia mencurigai mereka" (11:70),
iaitu malaikat tidak menjamah daging panggang dan mereka tidak memakannya yang membuat Nabi Ibrahim a.s curiga.
[Pembentukan alam jin]
Apabila sampai masa dijadikan alam jin, Dia memerintahkan tiga daripada
malaikat yang kepercayaan dalam sfera pertama yang membawa
pembantu-pembantu mereka yang diperlukan untuk tugas ini dari langit
kedua. Mereka turun ke langit-langit dan mengambil dua pembantu dari
langit ke dua dan ke enam. Mereka turun ke anasir dan menyediakan tempat
tersebut. Tiga lagi penjaga mengikuti mereka, dan mereka membawa apa
juga pembantu yang diperlukan daripada langit kedua, kemudian turun ke
langit ke tiga, dan daripada sana kepada yang ke lima. Mereka mengambil
dua malaikat. Mereka melalui langit ke enam dan dan mengambil dua
pembantu daripada malaikat. Kemudian mereka turun ke anasir bagi
melengkapkan pembentukan itu. Enam yang lebihnya turun dan mengambil
pembantu yang selebihnya di dalam langit ke dua dan langit-langit.
Semuanya dikumpulkan bagi susunan kejadian ini dengan izin Yang Maha
Mengetahui, Maha Bijaksana.
Bila kejadian alam jin selesai,
Allah perintahkan roh daripada Alam Pemerintahan dan tiupkan kepada
bentuk yang telah sedia itu dan kehidupan pun mengalir ke dalamnya. Ia
pun berdiri mengucapkan puji-pujian kepada Penciptanya: ini merupakan
ketentuan semulajadi yang Dia aturkan. Terkandung di dalamnya ialah
kekuatan dan kebesaran yang penyebabnya tidak dikenali dan tidak ditemui
kerana pada masa itu tidak ada makhluk lain yang wujud dalam alam
semulajadi ini selain ia. Ia beribadat kepada Tuhannya, memperakui
kekuasaan-Nya, merendah diri kepada Tuhannya yang telah mewujudkannya
sebagai satu makhluk sehinggalah Adam diciptakan. Bila jin ini melihat
lembaga Adam, salah seorang daripada mereka yang bernama al-Harith,
dikuasai oleh kebencian kepada lembaga tersebut dan kemarahannya
menyala-nyala tatkala menyaksikan lembaga Adam itu. Puaknya yang lain
melihat keadaannya dan mengkeritiknya lantaran mereka melihat ia
bersedih dan berdukacita di atas kejadian Adam itu. Bila kejadian Adam
telah siap, al-Harith menunjukkan apa yang tersirat dalam dirinya dengan
mengingkari perintah Penciptanya supaya sujud kepada Adam dan ia
menjadi angkuh terhadap Adam berbangga dengan asal usulnya (daripada api
yang ia rasakan lebih mulia daripada tanah). Ia gagal melihat rahsia
kekuatan air yang daripadanya Allah jadikan setiap makhluk yang hidup
ini, dan daripadanya juga datangnya kehidupan jin sekalipun ia tidak
menyedarinya.
[Penciptaan Adam dan kejadian manusia]
Jika kamu terdiri daripada mereka yang tidak disingkapkan, fikirkanlah tentang firman Allah,
"dan singgahsana-Nya di atas air" (11:7).
Jadi, singgahsana dan makhluk di sekelilingnya memperolehi kehidupan melalui air.
"Tidak ada yang tidak meninggikan puji-pujian terhadap-Nya" (17:44).
Dia menggunakan yang negatif. Hanya yang hidup mengagungkan. Dala satu
hadis yang baik Rasulullah s.a.w bersabda, "Malaikat berkata,'Wahai
Tuhan (dalam hadis yang panjang)!adakah Engkau ciptakan sesuatu yang
lebih kuat daripada api?' Dia menjawab,'Iya, air.'" Jadi, Dia jadikan
air lebih kuat daripada api. Sekiranya anasir udara dalam struktur jin
tidak dinyalakan oleh api, maka jin tentunya menjadi lebih kuat daripada
keturunan Adam, kerana udara lebih kuat daripada air. Dalam hadis ini
malaikat bertanya, "Wahai Tuhan, adakah Engkau ciptakan sesuatu yang
lebih kuat daripada api?" Dia menjawab, "Ya, keturunan Adam." Allah
jadikan organisma manusia lebih kuat daripada udara. Air lebih kuat
daripada api, dan ia merupakan anasir utama dalam manusia sebagaimana
api menjadi anasir utama dalam jin. Inilah sebabnya Allah katakan
tentang syaitan,
"Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah" (4:76).
Ia tidak menganggap berkekuatan terhadapnya sama sekali. Ia tidak menafikannya kepada Gobernor Mesir tatkala ia bertkata,
"sesungguhnya tipu daya kamu kuat" (12:27)...
Sebab bagi yang demikian ialah organisma manusia memiliki kesesuaian
untuk melahirkan sikap berhati-hati, keteguhan hati, bertafakur dan
berfikir lantaran pengaruh anasir tanah dan air dalam sifat manusia.
Jadi manusia memiliki akal yang lebih kerana tanah memegangnya dan
menahannya sementara air menjadikannya lemah-lembut dan mudah. Jin tidak
demikian. Akal jin tidak memiliki yang demikian yang boleh membuatnya
berpegang kepada sesuatu sebagaimana manusia boleh lakukan. Sebab itu
kita katakan, "Si anu 'ringan' akalnya dan 'malap' fikirannya" bila dia
berkelakuan bodoh dan dungu! Ini merupakan sifat jin, dan dengannya jin
sesat daripada jalan petunjuk kerana sifat aslinya yang dungu dan kurang
kecerdasannya dalam berfikir. Jadi ia berkata,
"Aku lebih mulia daripadanya" (7:12)
dan menggabungkan kejahilan dan akhlak yang buruk kerana sifat dungunya.
[Syaitan pertama dari golongan jin]
Mana-mana jin yang derhaka adalah syaitan, iaitu yang tercampak jauh
daripada rahmat Allah. Al-Harith adalah jin pertama yang dipanggil
syaitan. Allah menghalaunya dalam keadaan putus asa, iaitu menghalaunya
keluar dari rahmat-Nya dan mengharamkan rahmat ke atasnya. Daripadanya
cabang-cabang syaitan muncul. Mana-mana jin yang beriman, seperti Hama
ibn Alham ibn Laqis ibn Iblis, bergabung dengan jin yang beriman.
Mana-mana yang tinggal dalam keingkaran adalah syaitan. Ia hanya
merupakan sedikit perselisihan pendapat di kalangan ulama Syariat. Ada
yang mengatakan syaitan tidak pernah tunduk, berpandukan daripada apa
yang Rasulullah s.a.w katakan tentang syaitan yang menjadi sahabatnya,
"Allah berikan daku kekuatan ke atasnya maka dia tunduk (aslama)."
Mereka yang mentafsirkan baginda sebagai berkata "aslamu" mengambil
kefahaman "Daku selamat daripadanya" dan ia tidak mempunyai jalan ke
atasku. Jadi, terjemahannya berbeza. Jika ia diterjemahkan sebagai
"aslama" maka ia tunduk. Ia bermakna ia tunduk walaupun ia menjadi musuh
maka ia tidak menyuruhku melainkan kepada kebaikan, dipaksakan berbuat
demikian oleh Allah dan sebagai perlindungan kepada Rasulullah s.a.w.
Yang bertentangan berkata bahawa "aslama" bermakna bahawa ia percaya
kepada Allah seperti yang tidak percaya bertukar menjadi Muslim dan
beriman. Ini adalah lebih tepat dan diterima.
[Iblis adalah jin celaka yang pertama]
Kebanyakan orang berpendapat al-Harith adalah jin yang pertama, dan ia
merupakan jin yang sama kedudukannya dengan jin-jin yang lain seperti
umat manusia dengan Adam. Kami tidak berpendapat demikian. Al-Harith
adalah salah satu daripada jin, tetapi yang menyamai seperti kedudukan
Adam bagi umat manusia adalah jin yang lain. Inilah sebabnya Allah
berfirman,
"Iblis adalah salah satu jin" (18:50),
iaitu ia adalah dalam kategori penciptaan ini. Sama juga Qabil adalah
salah seorang manusia, tetapi Allah catitkannya di kalangan yang celaka.
Dia adalah yang pertama dari kalangan manusia yang celaka, dan iblis
adalah yang pertama yang celaka di kalangan jin. Kebanyakan seksaan bagi
syaitan bangsa jin di dalam neraka ialah dengan kesejukan yang amat
sangat, bukan dengan kepanasan, walaupun mereka mungkin diseksa dengan
api. Kebanyakan seksaan untuk keturunan Adam ialah dengan api.
Satu hari aku berjumpa dengan seorang wali yang meracau. Dia menangis dan berkata kepada orang ramai,
"Jangan berhenti dengan perkataan-Nya, 'Aku akan penuhkan Jahannam dengan kamu'" (38:85)
dan memaksudkannya dengan iblis sahaja. Perhatikan bagaiamana Dia
menyampaikan kepada kamu secara tidak langsung bila Dia berfirman,
'...jahannam dengan kamu.' Iblis dijadikan daripada api maka dia kembali
kepada asal usulnya - semoga Allah melaknatinya! Jika iblis diseksa
dengannya, seksaan bagi periuk belangan dengan api adalah lebih lagi,
maka ambillah perhatian!
Bila Jahannam disebutkan, wali ini
hanya memikirkan api secara khusus, dan lupa akan kenyataan bahawa
Jahannam adalah nama bagi kedua-duanya iaitu panas yang bersangatan dan
sejuk yang bersangatan. Ia dipanggil jahannam kerana rupanya yang masam
(jahama. Jahuma bermakna 'memiliki rupa yang hodoh') kerana rupanya yang
menimbulkan rasa kebencian. Jaham adalah perkataan bagi awan yang
sudahpun mencurahkan air yang dikandungnya. Hujan yang lebat merupakan
rahmat Allah. Bila Allah sudah mengeluarkan hujan daripada awan, maka
nama jaham digunakan baginya kerana rahmat iaitu hujan yang lebat sudah
tiada lagi. Begitu juga, Allah telah menghilangkan rahmat daripada
Jahannam yang dibenci menurut pandangan dan lapuran. Ia dinamakan
Jahannam kerana ia terlalu dalam. Ada yang mengatakan, "sedalam
Jahannam" bila menyatakan sesuatu yang sangat dalam. Kita bermohon
kepada Allah Yang Maha Besar agar dikurniakan kepada kita dan sekalian
orang yang beriman keselamatan daripadanya!

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله
Permulaan Jasad Manusia
[Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan]
Hakikat dalaman manusia tumbuh
menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata
Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam
sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah.
Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya,
dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya.
Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya
di kalangan yang mulia dan yang membenci
Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya
dan syaitan yang direjam menjadi bangga.
Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya
tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.
[Kejadian alam yang didiami]
Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! - masa didiami alam semulajadi
ini yang dikongkong oleh masa dan dikandung oleh ruang adalah 71,000
tahun yang diketahui dalam dunia ini. Tempuh masa ini adalah 11 hari
daripada hari-hari nama-nama yang lain. Dan satu dua perlima hari
daripada hari-hari Pemilik Pendakian. Ada berbagai-bagai jenis hari.
Allah berfirman,
"Dalam satu hari yang ukurannya 50,000 tahun" (4:70)
dan
"satu hari pada sisi Tuhan kamu seumpama 1000 tahun bilangan kamu"(22:47).
Hari yang paling singkat ialah yang diukur melalui pergerakan sfera
yang meliputi yang menyata dalam hari kita 24 jam. Hari yang paling
singkat bagi orang Arab, iaitu yang ini, kepunyaan sfera yang paling
besar. Itu adalah kerana pengaruhnya terhadap sfera di dalamnya kerana
pergerakan apa yang di bawahnya pada malam dan siang pergerakan
permukaannya mengheret baki sfera yang diliputinya.
[Pergerakan asas dan pergerakan permukaan sfera]
Setiap pergerakan sfera diikuti oleh pergerakan permukaannya. Setiap
sfera di bawahnya ada dua pergerakan pada pergerakan yang sama:
pergerakan asas dan pergerakan permukaan. Setiap pergerakan asas pada
setiap sfera mempunyai hari tertentu berlaku daripada Sfera Yang
Meliputi yang dinyatakan dengan firman-Nya, "menurut kiraan kamu".
Semuanya melintasi Sfera Yang Meliputi. Bilamana ia melintasinya secara
keseluruhannya, harinya menjadi kepunyaannya dan lakarannya berpusing.
Hari yang paling singkat ialah 28 hari "menurut kiraan kamu". Ia adalah
ukuran lintasan pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi.
Allah dirikan tujuh planet di langit supaya pandangan manusia boleh
menyaksikan lintasan sfera-sfera dalam Sfera Yang Meliputi
"bagi
mengetahui bilangan tahun dan hitungan" (10:5). "Dia tentukannya
melalui setesen-setesen supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan
hitungan" "Kami akan bezakan segala perkara" (17:11) "Ia adalah
ketentuan Yang maha Berkuasa, Maha Mengetahui" (6:96).
Setiap planet ada hari yang ditentukan yang membezakan mereka di antara
satu sama lain menurut kelajuan pergerakan aslinya atau kecil-besar
saiz sferanya.
[Penciptaan Qalam dan Loh Mahfuz]
Ketahuilah Allah kemudiannya menciptakan Qalam dan Loh Mahfuz dan
memanggilnya Akal dan Roh. Dia kurniakan kepada Roh dua sifat: sifat
ilmu dan sifat amal atau perbuatan. Dia menjadikan Akal sebagai pengajar
dan menyampaikan secara menggunakan penyaksiannya, seperti keadaan
memotong daripada bentuk pisau tanpa ia mengatakan apa-apa mengenainya.
Allah ciptakan unsur (jauhar) tanpa diri iaitu Roh yang telah
diceritakan yang dipanggil habuk (debu). Ini adalah istilah yang sampai
kepada kita daripada 'Ali ibn Abi Talib.
[Penciptaan habuk (haba')]
Habuk disebut dalam bahasa Arab. Allah berfirman,
"ia bertaburan seperti habuk" (56:6).
Ia adalah demikian bila 'Ali ibn Abi Talib menyaksikannya, bermakna
unsur ini bertaburan dalam bentuk aslinya, dan tiada bentuk yang
terlepas daripadanya kerana anasir yang dipanggil habuk ini membentukkan
bentuk rupa.. Ia ada dengan setiap bentuk oleh hakikatnya. Ia tidak
boleh dipecahkan ataupun dinyatakan secara pengurangan. Ia seumpama
keputihan yang wujud pada setiap benda putih oleh zatnya dan hakikatnya.
Tidak dikatakan ada pengurangan keputihan menurut kadar benda itu
menerima keputihan. Ini menyerupai keadaan unsur ini.
[Empat peringkat di antara Roh dengan Habuk]
Allah mengadakan empat tahap di antara Roh ini yang dinyatakan oleh dua
sifat tersebut dan habuk itu. Dia jadikan setiap peringkat sebagai satu
tahap bagi empat malaikat. Dia melantik malaikat-malaikat ini sebagai
penjaga kepada apa yang Dia keluarkan pada alam di bawah mereka,
daripada 'Illiyun' hingga ke "yang paling bawah". Dia kurniakan kepada
setiap malaikat ini pengetahuan yang perlu di bawa ke dalam alam.
Yang pertama Allah bawa kepada kewujudan dalam bentuk asal yang
berhubung dengan ilmu dan pentadbiran malaikat-malaikat ini ialah Badan
Sejagat (Universal). Bentuk pertama yang Allah bukakan dalam badan ini
ialah bentuk sfera (seperti bola) kerana ia adalah bentuk yang terbaik.
Kemudian Allah membawanya kepada kewujudan dengan kesempurnaan gubahan,
dan jadikan semua yang Dia ciptakan di bawah penjagaan malaikat-malaikat
ini. Dia amanahkan kepada mereka urusan berkenaan dalam dunia ini dan
juga akhirat dan memeliharanya daripada melanggar apa yang Dia
perintahkan kepada mereka. Dia menceritakan kepada kita bahawa mereka,
"tidak menderhakai Allah pada yang Dia perintahkan dan mereka melaksanakan apa yang mereka diperintahkan" (66:6).
[Penciptaan benda-benda (muwalladat)]
Kemudian Dia selesai menciptakan bahan-bahan yang tidak bernyawa,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan pada akhir 71,000 tahun dunia yang kamu
hitung dan aturkan dunia ini dalam keadaan yang paling rapi. Daripada
ciptaan yang pertama hinggalah yang terakhir, iaitu haiwan, Dia tidak
menggunakan kedua-dua tangan-Nya dalam ciptaan apa sahaja kecuali
manusia. Manusia adalah bentuk habuk yang berjasad. Segalanya kecuali
untuk itu Dia ciptakan daripada perintah Ilahi atau dengan sebelah
tangan. Allah berfirman,
"Apabila Kami berkehendak menjadikan sesuatu Kami hanya katakan 'jadi!(Kun)' maka jadilah ia" (16:40).
Ini adalah perintah Ilahi. Dalam hadis ada mengatakan Allah ciptakan
syurga Adn dengan tangan-Nya, menulis Taurat dengan tangan-Nya, menanam
pokok Thuba dengan tangan-Nya dan menciptakan Adam, iaitu manusia,
dengan kedua-dua tangan-Nya. Bagi menunjukkan kemuliaan bagi Adam, Allah
berfirman kepada iblis,
"Apa yang menghalang engkau sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku?" (38:75).
[Sfera paling rendah dan Buruj Dua Belas (zodiak)]
Bila Allah ciptakan sfera yang paling rendah, iaitu yang pertama
dinyatakan di atas, Dia membahagikannya kepada 12 bahagian dipanggil
"Buruj". Allah berfirman,
"dan langit dengan buruj-buruj" (85:1).
Setiap bahagian ada buruj dan bahagian-bahagian tersebut ada empat
suasana. Dia ulangi setiap bahagian daripada empat bahagian itu pada
tiga tempat. Dia jadikan bahagian-bahagian ini seumpama tempat
perhentian dan takungan air di mana pengembara berhenti, dan dalamnya
pelayar yang dalam pelayaran mengembara maka pada perhentian inilah
sampainya perjalanan planet-planet yang melalui mereka. Apa yang Allah
adakan dalam sfera planet-planet ini yang laluannya melalui buruj-buruj
tersebut supaya, melalui lintasan dan perjalanan mereka, diadakan apa
yang Dia berkehendak pada alam anasir dan semulajadi. Dia jadikan mereka
sebagai tanda perjalanan bagi kesan pergerakan sfera buruj-buruj, maka
ketahuilah akan yang demikian!
[Alam semulajadi dan empat anasir]
Alam semulajadi pada satu bahagian daripada empat bahagian itu ialah
panas dan kering; keduanya sejuk dan kering; ketiganya panas dan basah;
dan keempatnya sejuk dan basah. Dia jadikan bahagian kelima dan
kesembilan seperti bahagian yang pertama, yang keenam dan kesepuluh
seperti yang kedua, yang ketujuh dan kesebelas seperti yang ketiga, dan
yang kelapan dan kedua belas seperti yang keempat dalam keadaan
semulajadinya. Jadi Allah isikan badan semulajadi menurut perbezaan, dan
badan anasir tanpa perbezaan, dalam yang empat ini iaitu: panas, sejuk,
kering dan basah. Walaupun mereka empat acuan, Allah jadikan dua
daripadanya sebagai asas kepada kewujudan dua yang lain. Haba
mengeluarkan kekeringan dan sejuk mengeluarkan kebasahan. Ini dinyatakan
oleh Allah dengan firman-Nya,
"Tidak ada yang basah atau yang kering melainkan sudah ada dalam Buku Yang Nyata" (6:59)
lantaran sebab itu, oleh kerana ia dikeranakan, mesti ada kewujudan
sebab, atau jika ia adalah kesan, maka ia mesti ada sebab, bagaimanapun
kamu meletakkannya. Kewujudan sebab tidak memerlukan kewujudan sesuatu
akibat.
[Al-Falak al-Atlas]
Bila Allah ciptakan sfera yang pertama ini, ia berpusing dengan lakaran
yang penghujungnya hanya Allah sahaja mengetahuinya kerana tiada badan
terhad di atasnya untuk melintasinya. Ia adalah badan tipis (jarang)
yang pertama. Pergerakan menurut perkiraan dan dijadikan jelas. Allah
tidak ciptakan apa-apa dalamnya. Kemudian pergerakan menjadi jelas dan
berakhir pada sesuatu yang berada di dalamnya. Jika tidak demikian,
pergerakan di dalamnya tidak akan menjadi jelas samasekali kerana tidak
ada planet dalam al-Falak al-Atlas, dan ia menyerupai dirinya sendiri.
Jadi ukuran satu pergerakan dalamnya tidak diketahui dan tidak juga
ditentukan. Sekiranya ada sebahagian daripadanya di dalamnya ia adalah
berbeza daripada bahagian yang lain, maka tanpa keraguan pergerakannya
akan dikira dengannya. Tetapi Allah mengetahui ukurannya, akhirannya dan
ulangannya. Hari terjadi daripada pergerakan itu. Di sana tidak ada
malam atau siang pada hari itu.
Kemudian perjalanan sfera ini
berterusan dan Allah ciptakan 35 malaikat sebagai tambahan kepada 16
malaikat yang telah kami nyatakan. Jadi jumlahnya menjadi 411 malaikat.
Malaikat-malaikat ini termasuklah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.
Kemudian Dia ciptakan 974 malaikat dan tambahkan mereka kepada golongan
malaikat yang telah kami nyatakan. Dia bukakan kepada mereka dan
perintahkan mereka menurut bakat mereka yang Dia ciptakan. Mereka
berkata,
"Kami tidak turun, melainkan dengan perintah
Tuhanmu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan dan apa yang di belakang
kita, dan yang di antara keduanya. Dan Tuhanmu tidak pernah lupa"
(19:64).
Allah berfirman kepada mereka,
"Mereka tidak menderhakai Allah pada apa yang diperintahkan kepada mereka," (66:6).
Mereka adalah malaikat yang khususnya menjadi penjaga. Allah ciptakan
malaikat yang menjadi penghuni langit dan bumi untuk beribadat
kepada-Nya. Tidak ada tempat di langit dan di bumi yang tidak ada
malaikat padanya. Allah terus menciptakan malaikat daripada nafas dunia
selagi ia bernafas.
[Penciptaan Kediaman yang paling hampir]
Bila pergerakan sfera ini, yang tempuhnya 54,000 tahun menurut kiraan
kamu, sudah lengkap, Allah jadikan dunia ini dan tentukan baginya
ketentuan yang jelas yang mana ia akan berakhir dan bentuknya akan
terhapus. Ia akan ditukarkan daripada menjadi tempat kediaman kita dan
menerima bentuk tertentu, iaitu apa yang kita lihat hari ini, kepada
"bumi digantikan dengan bumi lain, dan langit juga".
Bila 36,000 tahun kiraan kamu mencukupi bagi pergerakan sfera ini,
Allah jadikan alam baharu: Syurga dan Neraka yang Allah sediakan untuk
hamba-hamba-Nya, kedua-duanya yang bahagia dan yang celaka. Di sana
9,000 tahun kiraan kamu di antara penciptaan alam ini dan penciptaan
alam akhirat. Sebab itulah ia dinamakan "yang kemudian" kerana
ciptaannya diperlambatkan sehingga selepas penciptaan alam ini yang
dipanggil "yang pertama" kerana ia diciptakan sebelumnya. Allah
berfirman,
"Yang kemudian adalah lebih baik bagi kamu daripada yang terdahulu" (97:4).
Dia menyampaikan kepada Rasul-Nya s.a.w, dan tidak mengadakan ketentuan binasa bagi Alam Akhirat. Ia adalah abadi.
[Bumbung Syurga ialah al-Falak al-Atlas]
Allah jadikan sfera ini sebagai bumbung Syurga. Kita panggilnya Arasy
yang pergerakannya tidak khusus dan tidak juga jelas. Pergerakannya
berterusan, tiada kesudahan. Tidak ada ciptaan yang telah kami nyatakan
diciptakan tanpa matlamat kedua, iaitu menghubungkan dirinya kepada
kewujudan manusia yang menjadi Wakil Raja dalam dunia ini. Saya katakan
"matlamat kedua" kerana matlamat pertama penciptaan ialah mengenal Allah
dan beribadat kepada-Nya kerana inilah tujuan seluruh alam maya
diciptakan. Tidak ada apa kecuali yang meninggikan puji-pujian-Nya.
Makna matlamat kedua dan pertama ialah hubungan kehendak, bukan dalam
ruangan masa berkehendak, kerana kehendak Allah adalah sifat mutlak
sebagaimana Zat-Nya di ceritakan seperti juga semua sifat-sifat-Nya.
[Pegerakan langit dan Pegerakan bumi]
Kemudian Allah ciptakan sfera-sfera ini dan langit-langit, dan
mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya dan mengaturkan
cahaya-cahaya dan lampu-lampu di dalamnya, dan mengisikannya dengan para
malaikat dan menjadikannya bergerak. Jadi semuanya bergerak kerana
mentaati Allah, datang kepada-Nya, mencari kesempurnaan kehambaan yang
layak bagi masing-masingnya, kerana Allah perintahkan kepada langit dan
bumi, "Datanglah dengan rela atau terpaksa" dengan perintah yang ditujukan kepada mereka. Mereka menjawab, "Kami datang dengan rela".
Jadi, mereka terus menerus datang dan terus bergerak, sekalipun
pergerakan bumi tersembunyi daripada kita. Ia bergerak mengelilingi
pusat kerana ia berpusing. Bagi langit pula, ia datang dengan rela
apabila Allah perintahkan. Bumi datang dengan rela apabila ia mengetahui
akan dipaksa dan Allah mesti membawanya bila Dia berfirman, "atau dengan terpaksa". Itulah yang dimaksudkan dengan firman-Nya, "atau dengan terpaksa". Ia datang dengan rela secara terpaksa!
"Dia dirikan tujuh langit dalam dua hari, dan Dia mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya" (41:12).
[Penciptaan bumi dan ketentuan makanan padanya]
Allah ciptakan bumi dan tentukan makanan padanya menurut bahan-bahan
keluarannya. Dia sediakan khazanah bagi keperluan pemakanan mereka. Kami
telah sentuh mengenai aturan pembentukan dunia dalam buku al-'Aql
al-Mustawfir. Sebahagian daripada ketentuan makanannya ialah kewujudan
air, udara dan api, begitu juga apa yang dikandungi sebagai wap, awan,
kilat, guruh, dan kesan-kesan daripada langit.
"Itu adalah ketentuan Yang Maha Gagah, Maha Mengetahui" (6:96).
Dia jadikan jin daripada api, dan burung, reptilia di darat dan di
laut, dan serangga daripada kereputan bumi agar udara menjadi bersih
bagi kita, bebas daripada wap kereputan. Jika wap kereputan itu
bercampur dengan udara yang dalamnya Allah amanahkan kehidupan dan
kesejahteraan manusia dan haiwan, akan membuatkan mereka jatuh sakit,
lemah dan kepayahan. Jadi Allah sucikan atmosfera untuknya sebagai
kasihan belas-Nya bila Dia jadikan makhluk ini daripada benda-benda
reput. Dengan demikian hanya kedapatan sedikit penyakit.
[Penciptaan manusia]
Dan kemudian Kerajaan siap disusunkan dan disediakan, namun tidak ada
makhluk yang mengetahui daripada jenis apakah Wakil Raja itu akan
diwujudkan, sedangkan demi kewujudannya Allah sediakan kerajaan ini.
Apabila masa yang ditentukan menurut ilmu-Nya sampai bagi mengwujudkan
Wakil Raja tersebut, 17,000 tahun sesudah dunia ini didiami dan 8,000
tahun selepas alam kemudian, yang tidak ada kesudahan, didiami, Allah
perintahkan malaikat membawakan segenggam tanah yang berbagai-bagai
jenis daripada bumi. Berbagai-bagai kisah yang panjang diceritakan
mengenai perihal malaikat mengambil tanah tersebut. Allah mengambilnya
dan mengulinya dengan tangan-tangan-Nya. Ini adalah perkataan-Nya,
"apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku" (38:75).
Allah mengamanahkan setiap malaikat yang telah disebutkan dengan amanah bagi Adam. Dia berfirman,
"'Aku ciptakan manusia daripada tanah liat" (38:71).
Amanah ini yang ada dengan kamu adalah miliknya. Bila Aku ciptakannya,
setiap kamu berikan kepadanya apa yang kamu ada yang Aku amanahkan kamu
baginya.
"Bila Aku siap menciptakannya dan Aku tiupkan daripada roh-Ku kepadanya, maka sujudlah kepadanya" (15:29).
Kemudian Allah uli tanah liat bagi ciptaan Adam dengan kedua-dua
tangan-Nya, sehingga ditukarkan baunya iaitu kebusukan tanah liat. Itu
adalah bahagian yang udara berada di dalam binaannya. Dia jadikan
bahagian luarnya sebagai tempat bagi anak-cucunya yang bahagia dan yang
celaka. Dia amanahkan apa yang ada dalam tangan-tangan-Nya. Allah
menerangkan bahawa yang bahagia di dalam tangan kanan-Nya dan yang
celaka di dalam tangan kiri-Nya. "Kedua-dua tangan Tuhanku adalah tangan kanan yang suci". Dia berfirman,
"Itu adalah bagi syurga dan yang melakukan kebaikan ahli syurga. Itu
adalah untuk neraka dan mereka yang melakukan amalan ahli neraka".
Dia amanahkan keseluruhannya dalam tanah liat Adam, dan gabungkan yang
bertentangan di dalamnya secara prinsip anggaran. Dia bentuknya atas
pergerakan lurus, dan ia di bawah penguasaan Virgo. Dia jadikan enam
arah baginya: atas, iaitu yang melepasi kepalanya, bawah yang
bertentangan dengannya iaitu di bawah kakinya, kanan yang berada di
sebelah bahagiannya yang kuat, dan kiri yang bertentangan dengannya yang
disebelah bahagiannya yang lemah, hadapan ialah yang sebelum mukanya,
dan belakang yang bertentangan iaitu yang di belakang tengkuknya. Dia
bentukkan, seimbangkan dan susunkannya. Kemudian Dia tiupkan daripada
roh-Nya kepadanya. Bila ia sudah ditiupkan kepadanya, apabila ia
menjalar ke seluruh bahagian tubuhnya, empat perkara muncul . Empat
perkara itu ialah: cecair kuning (hempedu), cecair hitam, darah dan air
liur.
Cecair kuning dari anasir api yang daripadanya ia dijadikan, firman-Nya,
"daripada tanah liat seumpama pembuat periuk (dari tanah liat yang dibakar)" (55:14).
Cecair hitam daripada tanah, firman-Nya,
"Dia ciptakannya daripada tanah" (15:26).
Darah daripada udara, dan daripada perkataan-Nya, "tanah liat yang
busuk". Air liur daripada air yang dengannya tanah diuli dan menjadi
tanah liat. Kemudian Allah datangkan kuasa daya tarikan yang dengannya
haiwan menarik makanan, kemudian kuasa mencengkam yang dengannya haiwan
memegang apa yang menjadi makanannya, kemudian kuasa penghadaman yang
dengannya makanan dihadamkan, dan kemudian kuasa membuang yang dengannya
dia mengeluarkan daripada dirinya - peluh, wap, udara, najis dan
lain-lain.
Bagi penyebaran wap dan pembahagian darah di dalam
urat daripada hati dan setiap bahagian haiwan, ia dengan kuasa
penarikan, bukan kuasa pembuangan. Bahagian kuasa pembuangan hanya apa
yang ia keluarkan, iaitu bahan-bahan buangan. Kemudian Allah datangkan
kuasa memberi makan, membesar, deria-deria, imaginasi, ilusi, kebolehan
menyimpan dan ingatan. Semuanya ini dalam manusia sama sahaja dengan
yang dalam haiwan, tidaklah meletakkannya pada taraf manusia melainkan
kerana empat kebolehan: kebolehan imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan
dan daya ingatan. Kebolehan ini lebih kuat dalam manusia daripada dalam
haiwan.
Kemudian Dia kurniakan kepada manusia bakat atau
kebolehan untuk mengerti, pemikiran dan akal, dan ini menjadikannya
berbeza daripada haiwan. Dia letakkan sekalian bakat-bakat ini pada
jasad manusia sebagai alat bagi Diri Zahir memperolehi segala manfaat
daripadanya.
"Kemudian Dia bentuknya kepada makhluk yang lain" (23:14),
iaitu kemanusiaan. Dia jadikan manusia mengenal melalui bakat-bakat
tersebut, dan dia menjadi hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak,
berkata-kata, mendengar dan melihat menurut sempadan yang dimilikinya.
"Segala puji bagi Allah, sebaik-baik Pencipta" (23:14).
Kemudian Allah tidak menamakan Diri-Nya dengan sebarang nama tanpa
meletakkan sebahagian daripada sifat nama tersebut kepada manusia
sebagai bahagian yang daripada-Nya yang menyata dalam dunia menurut apa
yang wajar baginya. Kerana itulah ada orang yang memahamkan perkataan
Rasulullah s.a.w, "Allah ciptakan manusia dalam rupa-Nya" sebagai
membawa maksud ini. Dia hantarkan manusia sebagai Wakil Raja iaitu
wakil-Nya di bumi kerana bumi merupakan sebahagian daripada alam
perubahan dan pertukaran, yang bertentangan dengan Alam Tinggi.
Pengadilan berlaku di kalangan penghuni bumi menurut perubahan yang
berlaku pada alam langit. Dengan demikian prinsip-prinsip bagi semua
nama-nama Ilahi menyata. Maka Adam lebih tepat merupakan khalifah di
bumi daripada di langit dan syurga. Di sana apa yang Dia perintahkan
adalah: pengetahuan Nama-nama, sujudnya malaikat-malaikat, dan
keingkaran iblis sebagaimana yang akan dibicarakan pada bahagian yang
sesuai nanti, Insya' Allah.
[Jasad manusia dan jenisnya]
Tajuk ini dikhususkan untuk membicarakan tentang permulaan jasad
manusia. Ada empat jenis: jasad Adam, jasad Hawa, jasad Isa dan jasad
keturunan Adam. Setiap jasad ini berbeza daripada pembentukan
jasad-jasad lain menurut hukum sebab musabab, sekalipun bersamaan dalam
bentuk zahiriah dan rohaniah. Kami katakan ini, dan membicarakan
mengenainya agar akal yang lemah tidak terdorong untuk membayangkan
kuasa Ilahi atau hakikat sebagai tidak cukup berkuasa, dan menganggapkan
bahawa makhluk bangsa manusia ini muncul daripada hanya satu penyebab
yang zatnya memperkenankan pembentukan ini. Allah menyangkal keraguan
ini lantaran pembentukan manusia ini muncul pada Adam dengan cara yang
ia tidak muncul pada Hawa; jasad Hawa muncul melalui perantaraan yang
jasad Adam tidak muncul melaluinya; dan jasad keturunan Adam muncul
melalui cara yang jasad Isa tidak melaluinya. Setiap daripada semua ini
dipanggil manusia menurut istilah. Ianya begitulah seharusnya diketahui
bahawa Allah mempunyai ilmu mengenai segala perkara dan bahawa Dia
berkuasa berbuat apa sahaja.
Kemudian, Allah gabungkan semua empat jenis makluk ini dalam satu ayat Quran, Surah al-Hujurat (49:13) Dia berfirman,
" Wahai manusia, Kami yang ciptakan kamu"
bermaksud Adam, "daripada lelaki" bermaksud Hawa dan "daripada
perempuan" bermaksud Isa, dan digabungkan "daripada lelaki dan
perempuan" bermaksud melalui perkahwinan dan kelahiran. Ayat ini adalah
sebahagian daripada "semua perkataan" dan "ungkapan yang jelas" yang
disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
[Jasad Adam dan jasad Hawa]
Kemudian jasad Adam muncul sebagaimana yang dinyatakan, dan dia tidak
ada keinginan untuk berkahwin. Allah sudah mengetahui ketentuan untuk
kelahiran, pembiakan dan perkahwinan dalam kewujudan ini. Perkahwinan
pada tempat ini adalah bagi kesinambungan kewujudan jenis-jenis.
Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam yang paling kecil.
Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat yang lebih rendah
daripada lelaki seeprti firman Allah,
"Lelaki ada kelebihan di atas perempuan" (2:228).
Jadi perempuan tidak dapat mengatasi lelaki. Hawa memiliki kebengkokan
yang ada pada tulang rusuk, maka dengannya dia mempunyai kecenderungan
kepada anak-anak dan suami. Kecenderungan lelaki (=kemesraan) kepada
perempuan adalah kecenderungannya terhadap dirinya sendiri kerana
perempuan adalah sebahagian daripadanya. Perempuan tertarik kepada
lelaki kerana dia diciptakan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk ada
kelengkungan dan kecenderungan.
[...cinta Adam dan cinta Hawa]
Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya muncul Hawa dengan
keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan pada
kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam merindui Hawa
sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah daripadanya.
Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia diciptakan.
Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam adalah
cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada
perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan
pula diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai
lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan
kepadanya seperti Adam disatukan kepada Hawa.
Allah gubahkan
dalam tulang rusuk itu semua yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad
Adam. Pembentukan jasad Adam dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk
menggubahkan daripada tanah liat dan bakaran. Pembentukan jasad Hawa
sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan Hawa
dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya, sempurnakan pembentukannya,
ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat tempat sebagai
perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil tempatnya dalam
pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram
dengan Adam. Hawa adalah "pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa" Allah
berfirman,
"Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka" (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari Hawa.
[Kejadian jasad jenis ketiga]
Kemudian Adam menutupi Hawa dan menuangkan air ke dalam kandungannya
dan dengan setitik air itu, darah haid yang Allah tentukan untuk
perempuan mengalir, dan dalam jasad itu terbentuk jasad ketiga yang
berbeza daripada cara pembentukan jasad Adam dan Hawa. Inilah jasad
jenis ketiga. Allah peliharakan pembentukan di dalam kandungan itu
seperingkat demi seperingkat dengan perubahan daripada air mani kepada
darah beku kepada segumpal daging kepada tulang. Kemudian Allah pakaikan
daging kepada tulang. Bila pertumbuhan kehaiwanan ini lengkap, Dia
bentukkan makhluk lain dan dengannya meniupkan roh manusia ke dalamnya.
"Segala puji bgai Allah, Pencipta yang paling baik" (23:14).
Sekiranya bukan kerana terlalu panjang, tentuk mai terangkan
pembentukan manusia di dalam kandungan seperingkat demi seperingkat, dan
malaikat yang menjaga yang mengawasi pembentukan janin dalam kandungan
sehinggalah ia keluar. Tetapi kami mahu perkatakan tentang tubuh
manusia. Walaupun sama menurut takrif, kenyataan, perasaan dan bentuk
yang khusus, sebab bagi komposit berbeza agar tidak ada orang yang
membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi Allah! Itu
merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang melakukan apa yang Dia
kehendaki bila Dia kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya dalam
satu perkara berbanding dengan perkara lain.
"Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha gagah, Maha Bijaksana" (3:18).
[Kejadian jasad Isa]
Pengkaji haiwan dan tumbuh-tumbuhan mengatakan mani perempuan tidak
mempunyai apa-apa yang dibentuk daripadanya - walaupun janin yang dalam
kandungannya datang daripada mani lelaki. Oleh yang demikian kami
jadikan pembentukan Isa sebagai pembentukan yang lain, sekalipun
peraturannya di dalam kandungan menyamai peraturan bagi jasad-jasad bayi
yang lain. Kejadian jasad Isa adalah daripada mani perempuan kerana Roh
zahir kepadanya tanpa menyalahi peraturan, atau ianya daripada tiupan
nafas tanpa air. Jasad Isa adalah jasad jenis keempat, yang berbeza cara
kejadiannya dengan jasad-jasad yang lain. Allah berfirman,
"Sesungguhnya, kesamaan Isa" (2:56)
iaitu kejadian Isa,
"dengan Allah adalah umpama kesamaan Adam. Dia ciptakannya daripada habuk".
Gantinama itu merujukkan kepada Adam. Kesamaan itu merujuk kepada
kejadian Isa tanpa bapa, iaitu keadaan kejadiannya menyerupai kejadian
Adam, sekalipun Dia ciptakan Adam daripada habuk. Kemudian Allah
katakan, "Jadi!".
Isa tidak berada
dalam kandungan Maryam selama tempuh kandungan biasa. Pembentukannya
berlaku dengan cepat kerana Allah berkehendak menjadikannya sebagai
tanda bagi manusia dan menjadikannya sebagai penafian kepada anggapan
mereka yang berpegang kepada hukum alam yang biasa, tidak dengan
kejadian yang rahsia dan ajaib yang Allah pertaruhkan dalamnya.
Sebahagian mereka yang berakal merumuskan hal ini sebagai hukum alam dan
berkata, "Kami hanya tahu apa yang Engkau beritahu, dan ia mengandungi
perkara-perkara yang kami tidak tahu".
[Manusia di bumi seperti akal di langit]
Inilah sebabnya kami nyatakan permulaan kejadian jasad manusia dan
kenyataan bahawa terdapat empat jenis jasad yang terbentuk secara
berbeza dan manusia merupakan kejadian yang paling akhir. Maka ia adalah
seumpama akal dan berhubungan dengannya kerana kewujudan ini adalah
bulatan. Permulaan bulatan ialah kewujudan Akal Awal seperti yang
dinyatakan dalam hadis: "Yang pertama Allah ciptakan ialah Akal". Ia
merupakan jenis pertama. Kejadian berakhir pada jenis manusia, maka
bulatan menjadi lengkap dan manusia dihubungkan degan akal, sebagaimana
titik akhir bulatan disambungkan dengan awalnya. Begitulah keadaannya.
Di antara dua hujung bulatan itu adalah semua jenis atau bangsa yang
Allah ujudkan dalam alam ini, di antara Akal Awal, iaitu Qalam, dan
manusia, iaitu kejadian terakhir.
Kemudian garisan muncul
daripada titik yang berada di tengah-tengah bulatan kepada garis
lengkung bulatan yang muncul daripadanya, dan muncul bersamaan pada
setiap bahagian garis lengkung. Ia serupa dengan hubungan Allah dengan
semua yang wujud. Ia adalah hubungan yang sama. Perubahan tidak berlaku
sama sekali. Semua perkara bergantung kepada-Nya dan menerima apa yang
Dia kurniakan seperti bahagian garis lengkung bergantung kepada titik
pusat.
Allah binakan bentuk manusia secara pergerakan lurus
seumpama bentuk kayu pemyokong kepada khemah. Dia jadikan manusia
sebagai penyokong bumbung langit. Allah menahannya daripada jatuh
kerananya. Jadi manusia adalah seumpama kayu penyokong khemah. Bila
bentuk manusia ini dihapuskan, dan tiada seorang manusia yang masih ada
di muka bumi, maka langit pun runtuh, pada hari itu ianya akan jatuh
kerana kayu penyokongnya iaitu manusia sudah terhapus.
Kemudian
kehidupan akan berpindah ke Alam Kemudian kerana manusia sudah
berpindah ke sana. Dunia ini akan menjadi satu keruntuhan disebabkan
manusia telah meninggalkannya. Jadi kita ketahui dengan jelas bahawa
manusialah yang menjadi tujuan diwujudkan dunia ini dan manusialah
khalifah-Nya yang sebenar dan manusia itulah bekas yang menyatakan
nama-nama Ilahi. Manusia membawa bersamanya semua hakikat-hakikat alam -
malaikat, sfera (cakerawala), tubuh, alam semulajadi, bahan-bahan
galian dan haiwan. Ini adalah menurut apa yang hanya diberikan kepadanya
daripada pengetahuan tentang nama-nama Ilahi, sekalipun saiz dan
jisimnya yang kecil. Allah berfirman,
"Tentunya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia" (40:57)
kerana manusia dihasilkan daripada langit dan bumi, maka mereka
menyerupai ibu bapa mereka. Allah menaikan darjat mereka kerananya,
"tetapi kebanyakan manusia tidak tahu" (7:187).
Dia tidak maksudkan lebih besar pada ukuran kerana yang demikian dapat ditangkap oleh pancaindera.
[Ujian bagi Manusia yang paling utama (al-Insan al-Akbar)]
Walau bagaimanapun, Allah menguji manusia dengan ujian yang tidak
dikenakan kepada makhluk yang lain, samada Dia akan jadikannya bahagia
atau Dia akan jadikannya celaka menurut apa yang Dia benarkan dia
menggunakannya. Ujian yang Dia gunakan bagi menguji manusia ialah Dia
jadikan pada manusia itu bakat atau kebolehan berfikir dan jadikan bakat
ini berkhidmat kepada bakat lain yang dinamakan akal. Dia jadikan akal,
seklipun ia tuan kepada fikiran, mengambil apa yang fikiran berikan
kepadanya. Dia tidak berikan kepada fikiran sebarang bidang kecuali
kebolehan berimaginasi. Dia jadikan bakat imaginasi sebagai bekas yang
mengumpulkan apa yang bakat-bakat pancaindera berikan kepadanya. Dia
juga berikan kepadanya bakat yang dinamakan pemahaman. Jadi dalam bakat
imaginasi, tidak ada apa yang diperolehi kecuali apa yang diberikan oleh
deria atau apa yang bakat pemahaman berikan. Anasir pemahaman datangnya
daripada benda-benda yang berhubung dengan deria. Ia mengumpulkan
bentuk-bentuk yang tidak ada sumber, sekalipun semua bahagiannya wujud
dalam deria.
Itu kerana akal dijadikan bersih tanpa tipudaya
dan tanpa pengetahuan yang agak-agak. Fikiran diberitahukan, "Bezakan di
antara yang benar dan yang salah yang ada dalam bakat imaginasi ini."
Fikiran mengkaji menurut apa yang ia ada. Ia mungkin memperolehi
keraguan dan ia juga mungkin menemui pembuktian tanpa ia mengetahui yang
demikian, sekalipun ia mengakui yang ia mengetahui bentuk keraguan
daripada pembuktian. Ia memperolehi pengetahuan sementara ia tidak
mengambil kira kekurangan anasir yang ia jadikan asas perolehan
pengetahuannya. Akal menerima daripadanya dan membuat keputusan
dengannya. Jadi kejahilannya boleh jadi lebih besar daripada
pengetahuannya.
Kemudian Allah perintahkan akal supaya
mengenali-Nya agar ia boleh merujuk kepada-Nya, tidak kepada sesuatu
yang lain. Akal memahami yang bertentangan daripada apa yang Yang Haq
kehendaki daripadanya, bila Dia berfirman,
"tidakkah mereka fikirkan?" (7:184) "kepada mereka yang berfikir" (10:24 dll).
Ia bergantung kepada fikiran dan jadikannya penghulu yang diikuti dan
mengabaikan apa yang Allah maksudkan bila Dia sebut fikiran. Dia
memberitahunya supaya berfikir agar ia dapat melihat bahawa tiada cara
untuk mengetahui Allah melainkan dengan kurniaan makrifat Allah. Oleh
kerana itu perkara yang sebenarnya akan disingkapkan kepadanya. Tidak
semua akal memiliki pemahaman ini - ianya hanya akal yang dipilih oleh
Allah dari kalangan anbia dan aulia.
Sekiranya saya ketahui
jika mereka telah berkata, "Ya, bahkan!" dengan pemikiran mereka bila
Allah bawakan mereka mengaku dengan diri mereka [terhadap ketuhanan
Allah sebelum mereka diciptakan] di dalam genggaman keturunan anak-cucu
Adam! Dia buat mereka mengakui demikian bila Dia mengambil mereka
daripada pinggang-pinggang mereka adalah lantaran kekhuatiran. Walau
bagaimanapun, bila mreka beralih kepada kebolehan berfikir mereka
mengenai makrifat Allah, mereka tidak bersetuju sama sekali walaupun
kepada satu keputusan mengenai makrifat Allah. Setiap kumpulan
menubuhkan pengajiannya sendiri, dan kenyataan mereka mengenai kehadiran
Ilahi yang dilindungi bertambah-tambah. Ahli-ahli fikir ini bertindak
terlalu berani terhadap Allah. Semua ini menjadi sebahagian daripada
ujian yang kami katakan bila Allah jadikan fikiran pada manusia.
Ahli Allah memerlukan Allah dalam mempercayai-Nya yang Dia
pertanggungjwabkan kepada mereka mengenai makrifat-Nya. Mereka
mengetahui bahawa yang dikehendaki daripada mereka ialah mereka merujuk
kepada-Nya dalam hal tersebut, dan dalam segala hal. Sebahagian daripada
mereka berkata, "Maha Suci Dia yang tidak mengadakan jalan untuk
mengenali-Nya melainkan ketidakupayaan untuk mengenali-Nya!" Ada yang
berkata, "Ketidakupayaan mencapai pengertian itulah pengertian".
Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku tidak berupaya menghitung
puji-pujian-Mu!" Allah berfirman,
"Mereka tidak berupaya melingkungi-Nya dengan ilmu mereka" (20:110).
Mereka kembali kepada Allah dalam mengenali-Nya dan meninggalkan
anggapan mengenai darjat-Nya dan melaksanakan tuntutan-Nya. Mereka tidak
meletakkan-Nya pada apa yang tidak harus difikirkan mengenai-Nya. Telah
dinyatakan bahawa adalah ditegah daripada memikirkan tentang Zat Allah.
Allah berfirman,
"Allah memberi amaran kepada kamu tentang Diri-Nya" (3:28,30).
Allah kurniakan makrifat-Nya kepada mereka iaitu kurniaan-Nya dan
menjadikan mereka saksi bagi makhluk-Nya dan kenyataan apa yang Dia
jadikan mereka saksi. Jadi mereka tahu apakah yang secara logiknya
mustahil melalui fikiran, adalah tidak mustahil melalui hubungan
Ilahiah. Sebahagian daripada yang tersebut akan diketahui dalam tajuk
"Bumi dijadikan daripada baki tanah liat Adam" dan tempat yang lain.
Iaitu yang manusia berakal berhutang budi kepada Allah lantaran dirinya
mengetahui bahawa Allah berkuasa berbuat apa sahaja, mungkin atau
mustahil - dan bukan segalanya mustahil. Dia memiliki kuasa yang
berkesan dan kurniaan yang melimpah. Tidak ada ulangan pada apa yang Dia
bawa kepada kewujudan - lebih tepat perkara yang serupa berlaku dalam
anasir yang Dia bawa kepada kewujudan dan inginkan kesinambungan. Jika
demikian kehendaknya, ia akan dihapuskan dengan tiupan.
"Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Gagah, Yang Bijaksana" (3:18).
