MENGENAL DIRI DI HADAPAN TUHAN NYA :
Lir-ilir, Lir-ilir,
Tandure wus sumilir,
Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar,
Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi,
Lunyu-lunyu yo penekno kanggo mbasuh dodotiro,
Dodotiro-dodotiro,
kumitir bedhah ing pinggir,
Dondomono jlumatono kanggo sebo mengko sore,
Mumpung padhang rembulane,
mumpung jembar kalangane,
Yo surako… surak hiyo. . .
26. Di situlah tempat tinggal orang yang berahi kepada Allah, berahikan
surga pun tidak, dengan neraka pun dia tidak takut, kerana pada orang
berahi yang wasal jannah (sampai surga), itulah yang dikatakan dalam
firman Allah QS Al Fajr 89:29,30: Masuklah kamu dalamgolongan hambaKu,
dan masuklah kamu ke dalam surgaKu.
'
Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).
'
Seperti kata ahli makrifatullah: Barang siapa mengenal Allah maka ia itu musyrik (kenapa musyrik? Kerana ada dualiti).
'
Dan lagi kata ahli Allah: Yang fakir itu hitam (tiada) mukanya pada kedua negeri (Zahir dan batin, yang ada hanya wajah Allah)
'
Dan Lagi: Aku telah karamlah pada laut yang tidak bersisi (Dzat Allah),
Maka lenyaplah aku di dalamnya, Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah
tahu.
'
Kata syair: Kembalilah aku daripada menuntut dan yang dituntut. Dan
berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai, Dan
kembalilah daripada aku bagi adaMu. Tiada engkau di dalamnya dan tiada
aku.
'
Kata Syeikh Attar pula : Daripadanya kembalilah, setengah daripadanya melihat temasya tepuk dan tari,
'
Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut. Lagi kata: Kertas pun
dibakar dan pensel pun dipatahkan dan dakwat pun ditumpahkan dan nafas
pun ditarik. Inilah kisah ragam orang berahi bahawa dalam daftar tidak
lulus (tidak dapat dikisahkan). Lagi kata: Tuntut pun seteru dan
kehendak pun sia-sia, dan wujudpun jadi dinding (hijab) tidak dapat
diperolehi menghendaki damping dan cita, yang hadir segala nafs pun
menjauhkan (menghijab).
'
27. Inilah kesudahan sekelian, inilah yang dikatakan Fana, inilah yang
dikatakan alam Lahut, pun dapat dan dikatakan wasal (sampai), dikatakan
mabuk (berahi Allah) pun dapat.
'
Inilah kata Shah Ali Barizi: Kepada pintu negeri yang Fana (yang tinggal
hanya Allah) sujudlah aku. Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah
mukaMu kepadaku.
'
Kata orang Pasai: Jika tidak tertutup maka tidak bertemu (Dzat Allah).
Erti pada itu tidak lulus iaitu, menjadi seperti dahulu kala seperti di
alam Lahut, tatkala dalam perbendaharaan tersembunyi, serta dengan
TuhanNya.
'
Seperti biji benih dalam pohon kayu, sungguhpun zahirnya tidak
kelihatan, hakikatnya Esa jua. Sebab itulah Mansur Al Halaj menyatakan:
Ana al Hak (Akulah Hak), manakala setengah sufi yang lain menyatakan:
Anallah (Aku Allah), kerana adanya (dirinya) tidaklah dilihatnya lagi
(telah Fana, yang tinggal hanya Allah).
'
'
No comments:
Post a Comment
AkvvfKEyCzFtfheJCWaEteNVKP0